You are on page 1of 10

Dasar Awam

BAB 1

PENGENALAN DASAR AWAM

OBJEKTIF BAB

Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Memberikan tafsiran dan maksud konsep dasar awam.
2. Menjelaskan kepentingan dasar awam bagi sesebuah negara.
3. Membincangkan sifat dasar awam.
4. Membezakan bentuk-bentuk dasar awam.
5. Menjelaskan kategori dasar awam.
6. Mengenal pasti komponen yang membentuk sistem dasar.

1.1 PENGENALAN

Pengkajian dasar awam merupakan satu bidang pengkajian yang terdapat


dalam bidang pentadbiran awam. Pengkajian dasar awam merujuk
kepada mengkaji tindakan-tindakan yang diambil oleh kerajaan yang
memerintah dalam membangunkan sesebuah negara. Dasar awam
merupakan nadi kepada penggerak utama kerajaan ke arah
membangunkan negara. Ia sebagai panduan dana hala tuju bagi kerajaan
untuk memandu negaranya ke arah mana yang diingini. Dasar awam yang
dipraktikkan menjadi penentu sama ada negara tersebut maju atau
mundur dan mampu atau tidak mampu berdaya saing dalam era
globalisasi yang semakin mencabar. Dasar yang diamalkan oleh negara
terbabit menjamin akan penerimaan dan keyakinan rakyatnya terhadap
arah tuju kerajaan dan seterusnya menjadi perhatian oleh negara lain di
peringkat antarabangsa. Contohnya, negara Jepun dianggap sebuah
negara yang dapat bangkit dengan cepat menjadi sebuah negara maju
sungguhpun negara berkenaan telah hampir hancur pada Perang Dunia
Kedua. Malaysia juga disegani di peringkat antarabangsa kerana dasarnya
yang toleran dan mampu menstabilkan keadaan politik sungguhpun
mempunyai pelbagai etnik. Oleh yang demikian, amatlah perlu kita
mengkaji dasar awam dan kepentingannya kepada negara.

1
Dasar Awam

1.2 DEFINISI KONSEP DASAR AWAM

Cuba anda fikirkan sejenak apakah yang dimaksudkan dengan dasar


awam? Adakah peraturan yang digubal oleh kerajaan merupakan satu
dasar awam? Atau, adakah peraturan yang digubal oleh sesebuah
organisasi swasta dianggap sebagai satu dasar awam? Sekiranya anda
mengatakan bahawa peraturan yang digubal oleh kerajaan merupakan
satu dasar awam, maka anda betul. Dasar awam hanya terhad kepada apa
yang dilakukan oleh pihak kerajaan sahaja kerana kerajaan mementingkan
kebajikan orang awam khususnya dan langkah yang diambil lebih ke arah
meningkatkan kebajikan orang awam. Beberapa definisi dasar yang
dikemukakan oleh para sarjana Barat akan digariskan di bawah.

Definisi pertama diutarakan oleh Thomas R. Dye (1995: 3) iaitu “public


policy is whatever governments choose to do or not to do”. Apa yang dimaksudkan
oleh beliau ialah beliau mendefinisikan dasar awam sebagai apa jua
pilihan yang diambil oleh kerajaan sama ada untuk melakukan atau tidak
melakukan sesuatu. Jika kita meneliti definisi ini, kita dapat melihat
bahawa kita mengkaji apa yang dilakukan oleh kerajaan, persoalan
mengenai mengapa kerajaan melakukannya dan apakah perbezaan yang
dapat dilihat apabila kerajaan melakukannya atau memilih untuk tidak
melakukannya.

Definisi kedua diutarakan oleh Rose (dlm. Anderson, 1995) iaitu dasar
awam ialah “A long series of more-or-less related activities and their consequences for
those concerned rather than discrete decision”. Apa yang dimaksudkan oleh
beliau ialah dasar awam merupakan satu siri tindakan atau aktiviti yang
dilakukan oleh kerajaan dan bukan hanya memadai sebagai keputusan
untuk melakukan sesuatu. Tafsiran ini agak khusus kerana tindakan
kerajaan dilihat sebagai satu siri atau pattern yang diambil dan bukan
hanya melibatkan proses pembuatan keputusan sahaja.

Definisi ketiga diutarakan oleh Friederich (dalam Anderson, 1995) yang


melihat dasar awam sebagai

“A proposed course of action of a person, group, or government


within a given environment providing obstacles and
opportunities which the policy was proposed to utilize and
overcome in an effort to reach a goal or realize and objective or
a purpose.”

Ada beberapa perkara yang kita dapat lihat daripada definisi yang
diutarakan oleh beliau. Antaranya ialah

2
Dasar Awam

(i) Dasar merupakan tindakan yang dicadangkan oleh individu,


kumpulan atau kerajaan dalam satu-satu persekitaran.
(ii) Persekitaran ini menyediakan halangan-halangan dan peluang-
peluang.
(iii) Dasar yang dicadangkan itu mampu memanfaatkan persekitaran
yang ada.
(iv) Ia dilihat sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat dan
merealisasikan objektif yang telah ditetapkan.

Definisi yang diutarakan oleh Friederich agak terperinci kerana ia


memasukkan elemen persekitaran, iaitu tindakan-tindakan yang diambil
oleh kerajaan bersesuaian dengan keadaan persekitaran yang wujud.
Selain itu, penekanan kepada pencapaian matlamat dan objektif
diutamakan memandangkan matlamat dan objektif inilah merupakan
panduan kepada pelaksanaan dasar.

Definisi keempat dikemukakan oleh Anderson (1995) yang melihat dasar


sebagai “relatively stable, purposive course of action followed by an actor or set of
actors in dealing with a problem or a matter of concern”. Definisi yang
dicadangkan oleh Anderson adalah hampir sama dengan definisi
sebelumnya tetapi beliau menekankan bahawa dasar awam merupakan
apa yang telah diambil tindakan sahaja (what is actually done) dan apa jua
hasrat atau cadangan kerajaan untuk melakukan sesuatu belum lagi dikira
sebagai satu dasar awam.

Kesimpulannya, definisi yang diutarakan oleh para sarjana ini merupakan


tafsiran yang berbeza mengenai maksud dasar awam. Namun begitu,
beberapa kesimpulan dapat dilakukan berdasarkan kepada definisi yang
dibincangkan. Antaranya ialah

(i) Dasar awam merupakan tindakan kerajaan yang bertujuan dan


bermatlamat (goal-oriented) dan bukannya tindakan kerajaan secara
rawak atau nasib (chances). Oleh itu, dasar yang dicadangkan
berbentuk hipotesis, iaitu tindakan-tindakan ini boleh diuji (can be
tested).
(ii) Setiap dasar mengandungi siri tindakan atau patterns of action yang
dilakukan sepanjang masa oleh kerajaan dan ini bermaksud
bahawa dasar bukan setakat menerima pakai undang-undang
tetapi meliputi keputusan yang dibuat ekoran daripadanya.
(iii) Dasar awam melibatkan apa yang sebenarnya dilakukan oleh
kerajaan dan bukannya apa yang dihasratkan atau apa yang
dikatakan akan dilakukan.

3
Dasar Awam

(iv) Dasar awam melibatkan pihak yang membuat keputusan dan


pihak yang melaksanakan keputusan tersebut. Pihak ini boleh
terdiri sama ada individu atau kumpulan yang mempunyai kuasa
untuk memutuskan keputusan dasar dan diberi mandat untuk
melaksanakan dasar berkenaan.

1.2.1 Sifat Dasar Awam

Hasil daripada definisi dasar awam tersebut, kita dapat mengenal pasti
ada lima sifat dasar awam. Penerangan secara terperinci mengenai sifat
dasar awam adalah seperti berikut:

(i) Permintaan atau tuntutan dasar (policy demands) – merujuk kepada


permintaan dan tuntutan yang disalurkan kepada kerajaan oleh
individu atau kumpulan tertentu seperti NGO, organisasi swasta
dan sebagainya. Tuntutan yang dibuat oleh pihak ini bertujuan
meminta kerajaan mengambil tindakan terhadap sesuatu. Dasar
awam yang digubal merupakan reaksi kepada tuntutan yang
disalurkan.

(ii) Keputusan dasar (policy decisions) – merujuk kepada keputusan


yang diambil oleh kerajaan berhubung dengan tuntutan yang
disalurkan ini. Kerajaan akan membuat keputusan mengenai
kandungan dan arah tuju dasar awam yang diputuskan. Dalam
konteks ini, kerajaan mungkin juga memilih untuk tidak
membuat apa-apa kerana dengan tidak mengambil sebarang
keputusan (non-decision) juga merupakan satu dasar awam. Ini
termasuklah maklumat terperinci bagaimana dasar itu akan
dilaksanakan seperti penguatkuasaan undang-undang.

(iii) Kenyataan dasar (policy statements) – merujuk kepada kenyataan


yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan secara formal. Ia mungkin
individu atau kumpulan yang mewakili pihak kerajaan.
Contohnya, kenyataan yang dikeluarkan secara rasmi oleh
Perdana Menteri, Menteri Kabinet, Ketua Setiausaha Negara,
Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan sebagainya.

(iv) Keluaran atau output dasar (policy outputs) – merujuk kepada


tindakan-tindakan yang diambil untuk mencapai keputusan dan
kenyataan dasar. Ia meliputi jumlah belanjawan yang diperlukan
untuk menyokong mencapai matlamat dasar dan jumlah tenaga
kerja yang diperlukan untuk menguatkuasakan undang-undang
apabila sesuatu dasar itu dilaksanakan.

4
Dasar Awam

(v) Hasilan dasar (policy outcomes) – merujuk kepada kesan yang lebih
luas terhadap masyarakat ekoran daripada tindakan yang
dilakukan oleh kerajaan. Ia juga dikenali sebagai “policy’s societal
consequences” (Anderson, 1995). Persoalan yang cuba diutarakan
ialah adakah tindakan kerajaan akan menambahbaikkan keadaan
yang ada ataupun sebaliknya.

SOALAN DALAM TEKS

1. Berikan definisi dasar awam.


2. Jelaskan dengan ringkas maksud
(i) Hasilan dasar
(ii) Kenyataan dasar
(iii) Keputusan dasar

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

1.3 BENTUK-BENTUK DASAR AWAM

Dasar awam yang diputuskan oleh kerajaan mempunyai pelbagai bentuk.


Pada umumnya, terdapat empat bentuk dasar awam, iaitu undang-
undang, rancangan, program dan projek (Sabitha, 1997). Setiap bentuk
ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan dasar yang dihasilkan melalui
bentuk-bentuk ini mengikut kesesuaian selaras dengan usaha untuk
menyelesaikan masalah awam. Bolehkah anda bezakan antara bentuk-
bentuk dasar ini dan berikan contoh untuk setiap satu bagi situasi di
Malaysia.

(a) Undang-Undang

Merujuk kepada peraturan yang digubal berdasarkan kepada proses


perundangan yang memerlukan kelulusan di peringkat Parlimen. Dasar
yang dibentuk melalui undang-undang tidak mudah untuk dibatalkan dan
perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Segala pindaan dan
perubahan perlulah mendapat kelulusan pihak perundangan (legislative).
Undang-undang ini mempunyai unsur-unsur hukuman yang bertujuan
untuk mengawal tingkah laku individu. Dengan adanya pengenaan
hukuman, maka individu rakyat akan melakukan perkara yang terbaik.

5
Dasar Awam

(b) Rancangan

Merujuk kepada dasar yang lebih terperinci daripada dasar yang digubal
oleh kerajaan. Contohnya, FELDA yang dibentuk oleh kerajaan
merupakan satu rancangan penempatan baru yang memberi peluang
kepada individu rakyat untuk membangunkan dan menambah peluang-
peluang di sektor pengeluaran yang lebih berdaya maju. Selain itu, anda
mungkin pernah mendengar tentang RMK5, RMK6 sehinggalah
sekarang RMK8. Rancangan ini merujuk kepada perancangan yang
dilakukan oleh kerajaan untuk membangunkan negara. Terdapat dua
bentuk rancangan jangka panjang yang dilakukan oleh kerajaan iaitu
Rancangan Malaysia yang mengambil tempoh lima tahun dan OPP
(Outline Perspective Plan) yang mengambil masa selama 10 tahun.

(c) Program

Lebih khusus kepada dasar yang digariskan oleh kerajaan. Ia sebahagian


daripada dasar awam yang digubal oleh kerajaan. Banyak program yang
dianjurkan oleh kerajaan. Contohnya, Program Rakan Muda yang
bertujuan mengisi masa lapang remaja dengan aktiviti-aktiviti yang
berfaedah. Selain itu, Program Penerapan Nilai-Nilai Islam dalam
perkhidmatan yang menggariskan beberapa amalan dan nilai murni yang
perlu diterapkan dalam tugas setiap kakitangan.

(d) Projek

Merupakan peringkat yang paling bawah dilakukan oleh kerajaan dalam


merealisasikan dasar pembangunan kerajaan. Ia bersifat lebih spesifik.
Kumpulan sasaran lebih kecil berbanding dengan program.
Kebiasaannya, projek merupakan sebahagian daripada program.
Contohnya, kerajaan mempunyai satu program yang besar dan
terkandung di dalamnya projek-projek kecil. Program Pembangunan
Rakyat Termiskin menggariskan beberapa projek. Antaranya Projek
Perumahan Rakyat Termiskin yang terkandung di dalamnya beberapa
projek kecil seperti motivasi, penanaman berkelompok dan sebagainya.

6
Dasar Awam

SOALAN DALAM TEKS

3. Beri SATU (1) contoh untuk setiap bentuk dasar


berikut:
(i) Rancangan
(ii) Projek
(iii) Program
4. Undang-undang digubal untuk membentuk
tingkah laku masyarakat. B/S

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

1.4 KLASIFIKASI DASAR AWAM

Dasar yang dijalankan oleh kerajaan boleh diklasifikasikan kepada


beberapa kategori yang akan dibincangkan kemudian. Ada sarjana yang
mengklasifikasikan dasar kepada dasar agihan, agihan semula, kawal selia
(Lowi dalam Lester, 2000) dan dasar keselamatan (Randall, 1988). Ada
juga yang mengkategorikan dasar kepada dasar liberal dan dasar
konservatif; dasar substantif dan dasar prosedur; dan juga material dan
simbolik (Lowi dalam Lester, 2000). Anda perlu melihat kepada
perbezaan yang wujud antara kategori dasar berikut:

(a) Dasar agihan (distributive policv)

Merujuk kepada pengagihan dan peluang yang sama rata di kalangan


individu rakyat tanpa mengira status sosial, bangsa, jantina dan
sebagainya. Setiap individu mempunyai peluang yang sama untuk
mengecapi nikmat pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan.
Contohnya ialah peluang pendidikan diberikan sama rata kepada semua
individu rakyat.

(b) Dasar agihan semula (redistributive policy)

Merujuk kepada pengagihan sumber dan peluang yang ada dalam


pembangunan negara dan diagihkan kepada golongan tertentu sahaja
berdasarkan kepada status sosial, bangsa dan sebagainya. Contohnya,

7
Dasar Awam

Program Pembangunan Rakyat Termiskin hanya dikhususkan kepada


golongan termiskin yang mempunyai pendapatan yang sedikit. Wang
untuk tujuan pembangunan tersebut diperoleh daripada cukai yang
dikenakan atau dikutip daripada golongan yang mempunyai pendapatan
yang lumayan yang menyebabkan beliau boleh dikenakan cukai.

(c) Dasar berbentuk kawal selia (regulatory policy)

Merujuk kepada satu bentuk dasar yang bertujuan mengawal tingkah laku
individu rakyat supaya patuh dengan peraturan yang ditetapkan. Bagi
tujuan kepatuhan tersebut, penggunaan hukuman dan denda dikenakan
sekiranya individu engkar atau melanggar peraturan yang ditetapkan.
Contohnya, Akta Dadah Merbahaya diperkenalkan untuk memastikan
individu tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

(d) Dasar keselamatan (security policy)

Merujuk kepada dasar keselamatan yang diamalkan oleh kerajaan seperti


memastikan perpaduan dan kestabilan politik wujud dalam negara. Ia
juga berkait rapat dengan dasar luar yang diamalkan oleh negara tertentu.
Contohnya, Malaysia menekankan dasar berkecuali dan tidak
mencampuri urusan negara-negara jirannya di Asia Tenggara kerana
menghormati kebebasan negara jiran dan untuk mewujudkan kestabilan
dan keamanan di rantau Asia Tenggara.

(e) Dasar liberal dan dasar konservatif

Merujuk kepada fahaman yang dipegang oleh kerajaan. Dasar liberal


melihat kepada usaha kerajaan untuk melakukan perubahan sosial
khususnya dalam usaha untuk mewujudkan persamaan dalam
masyarakat. Walau bagaimanapun, dasar konservatif merujuk kepada
tindakan kerajaan yang lebih terarah kepada mengekalkan status quo dan
memperjuangkan kepentingan golongan tertentu.

(f) Dasar substantif dan dasar prosedural

Merujuk kepada tindakan kerajaan yang diambil untuk mengatasi masalah


awam. Dasar substantif melihat kepada tindakan kerajaan dalam
menangani masalah berbentuk substantif seperti pembinaan lebuh raya,
penjagaan alam sekitar dan sebagainya. Dasar prosedural pula merujuk
kepada penerangan bagaimana sesuatu tindakan akan diambil dan
mengenal pasti siapa yang akan mengambil tindakan. Contohnya seperti
Pekeliling yang dikeluarkan oleh kerajaan menggariskan prosedur yang

8
Dasar Awam

terkandung dalam pembayaran bonus dan siapa yang layak untuk


menerima bayaran bonus seperti yang dinyatakan oleh kerajaan.

(g) Dasar berbentuk material dan dasar berbentuk simbolik

Merujuk kepada bentuk faedah yang diberikan oleh kerajaan kepada


golongan penerima faedah berkenaan. Dasar berbentuk material
merupakan sumber-sumber yang diagihkan kepada golongan yang
memerlukan seperti subsidi rumah dan pembayaran bantuan kebajikan
yang berbentuk material. Ia merupakan pengagihan bantuan yang
nampak (tangibles). Dasar berbentuk simbolik lebih kepada pemberian
atau pengagihan nilai dan ia bersifat intangibles. Contohnya, Hari
Pahlawan mempunyai maksud yang tersendiri kerana sampai sekarang
pun kita masih mengenang jasa pejuang tanah air dan sambutan ulang
tahun kemerdekaan negara kita yang mencerminkan kita bebas daripada
dijajah oleh Barat.

SOALAN DALAM TEKS

5. Bezakan antara dasar agihan dan dasar agihan


semula.
6. Bezakan antara dasar liberal dan dasar konservatif.
7. Dasar berbentuk material merupakan dasar yang
bersifat intangibles. B/S

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

1.5 SISTEM DASAR AWAM

Apakah yang dimaksudkan dengan sistem dasar awam? Sistem


merupakan satu cara untuk kita melihat bagaimana dasar dibentuk dan
elemen-elemen yang terkandung di dalamnya. Terdapat tiga komponen
dasar awam iaitu dasar awam, policy stakeholders dan persekitaran dasar.
Ketiga-tiga komponen ini saling berkait antara satu sama lain seperti yang
digambarkan dalam Rajah 1.1 berikut:

9
Dasar Awam

Rajah 1.1
Sistem Dasar

Dasar Awam

Persekitaran dasar Policy Stakeholders

(a) Dasar awam itu sendiri

Merujuk kepada dasar yang digubal oleh kerajaan. Ia juga melihat aspek
personel yang terlibat dalam melaksanakan dasar dan bajet yang
diperuntukkan untuk melaksanakan dasar.

(b) Policy stakeholders

Merujuk kepada individu atau pihak yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung dengan dasar yang digubal atau juga dengan
masalah awam yang dihadapi oleh kerajaan. Ia terdiri daripada aktor
dasar yang akan dibincangkan dalam bab lain dalam modul ini.

(c) Persekitaran dasar

Merujuk kepada faktor persekitaran yang boleh mempengaruhi dasar


yang dibuat dan dilaksanakan seperti kegawatan ekonomi, bencana alam,
rusuhan dan sebagainya.

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada penerangan di atas, dapat kita simpulkan bahawa


dasar awam merupakan segala keputusan yang dilakukan oleh kerajaan
untuk membangunkan negara dan menjaga kebajikan rakyat. Dasar
mempunyai bentuknya tersendiri dan boleh dikategorikan kepada
beberapa jenis bergantung kepada jenis tindakan yang dilakukan oleh
kerajaan.

10

You might also like