You are on page 1of 4

BIMBINGAN DAN KAUNSELING

BAHAGIAN A

1. Beri satu definisi kaunseling yang anda telah pelajari. (2M)

Satu definisi kaunseling yang telah saya pelajari adalah satu perbincangan antara
seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang
mengalami masalah, seterusnya sama-sama memilih alternative penyelesaian masalah
yang terbaik.

2. Apakah perbezaan antara kaunseling dengan psikoterapi?

Kaunseling merupakan satu proses jangka pendek iaitu selama 6 bulan untuk
membantu individu yang mengalami kecelaruan fikiran serta masalah harian yang
ditempuhinya supaya dapat meneruskan kehidupan yang lebih tenteram.

Psikoterapi pula lebih menekankan kepada pemulihan penyakit mental selain


daripada pertumbuhan dan ianya dijalankan dalam jangka masa 6 bulan hingga 2 tahun.

3. Mengapa kaunselor perlu menstruktur atau memberi penjelasan terlebih dahulu


sebelum kaunseling dimulakan? (2M)

Kaunselor perlu menstruktur atau memberi penjelajasan terlebih dahulu agar klien
akan merasa lebih selesa dan jelas tentang ke arah mana hendak dituju. Klien dan
kaunselor hendaklah bersetuju tentang beberapa perkara terlebih dahulu sebelum
memulakan proses kaunseling.

4. Nyatakan 2 ciri klien yang degil tetapi komited. (Ruj. ms 44)

5. Namakan 5 tahab kaunseling yang perlu dilalui yang perlu dilalui dalam satu sesi
kaunseling. (2 M)

1. Tahab membina hubungan


2. Tahab Penerokaan
3. Tahab membuat keputusan
4. Tahab Perlaksanaan
5. Tahab Penamatan Sesi Kaunseling
BAHAGIAN B

Soalan 1

a) apakah maksud “kerahsiaan” dalam kaunseling? (5M)

Dalam kaunseling “kerahsiaan” maksudnya kaunselor bertanggungjawab


memelihara kerahsiaan klien supaya hubungan baik yang telah terjalin tidak sia-sia.
Dalam kontek ini klien akan meletakkan kaunselornya sebagai orang yang paling
dipercayai dan tidak akan membocorkan rahsianya kepada sesiapa.

Kaunselor hendaklah sentiasa memikirkan tentang kesejahteraan kliennya dn


menjaga rahsia yang didedahkan dalam sesi kaunseling tidak disalahgunakan.
Kerahsiaan juga hendaklah dipelihara sekiranya tidak menggugat hak individu lain atau
hak orang ramai. Walaun bagaimanapun seorang kaunselor mesti membuat pertimbangan
yang sewajarnya dan berfikir secara rasional bilakan kerahsiaan itu boleh dikecualikan
keran kerahsiaan itu bergantung kepada benda-benda yang hendak dirahsiakan dan juga
pada situasi yang tertentu.

b) Mengapakah kerahsiaan dalam kaunseling itu penting? (5M)

Kerahsiaan dalam kaunseling itu penting supaya klien boleh berinteraksi dengan
kaunselornya tanpa sebarang perasaan curiga. Dalam hal ini, apabila kerahsiaan itu
dipelihara maka kliennya akan lebih percaya atas kemampuan kaunselornya dalam
membantunya meleraikan kekusutan yang di alami. Dengan erti kata lain, hubungan baik
diantara kaunselor dank lien akan terjalin dan ini akan memudahkan proses kaunseling
dijalankan.

c) Nyatakan dengan contoh dalam situasi-situasi manakah kerahsiaan ini boleh


dikecualikan. (5M)

Kerahsiaan boleh dikecualikan dalam situasi tertentu contohnya apabila klien


membahayakan diri atau orang lain maka tindakan kaunselor ialah mendedahkan perkara
yang dirasakan boleh membantu pihak berkuasa. Dalam kes yang lain pula, mahkamah
memerlukan maklumat tentang klien maka kerahsiaan adalah dikecualikan bagi
membantu mahkamah menyelesaikan kes yang berkemungkinan berkaitan dengan klien.
Kerahsiaan juga boleh dikecualikan apabila klien sendiri membenarkan maklumat
tentang dirinya didedahkan. Kerahsiaan juga boleh dikecualikan sekiranya kaunselornya
mencurigai tentang adanya kes penderaan berlaku.
SOALAN 2

Kaunseling adalah satu lproses yang berkembang dan berubah dari suatu tahap ke suatu
tahap yang lain.
a) Apakah yang dimaksudkan dengan “perubahan dari suatu tahap ke suatu tahap yang
lain”?
Apa yang dimaksudkan dengan “perubahan dari suatu tahap ke suatu tahap yang
lain ialah semasa proses kaunseling dijalankan, proses tersebut hendaklah ada permulaan,
maju dari tahab ke tahap dan seterusnya ada kesudahan.
Untuk permulaan kaunselor dan klien hendaklah melalui tahab membina
hubungan kemudian tahab pemerokaan masalah diikuti pula pada tahap membuat
keputusan tentang pendekatan dan strategi yang akan diambil dan ianya mestilah
dipersetujui oleh klien. Seterusnya tahap melaksanakan keputusan tentang pendekatan
dan strategi yang telah dipersetujui dalam membantu klien menyelesaikan kebuntuannya.
Akhir sekali adalah tahap menamatkan sesi kaunseling iaitu setelah klien yakin dapat
menghadapi masalahnya.

b) Apakah yang diharapkan akan dicapai oleh kaunselor pada tahap penerokaan?

Pada tahab ini, seseorang kaunselor mengharapkan akan dapat memahami


mengapa klien bertindak sebegitu dan kemudian bagi kaunselor untuk membantu
kliennya menyedari dengan lebih mendalam yang masalahnya memerlukan bantuan
kaunseling.

c) Nyatakan bagaimana anda boleh mewujudkan suasana yg menggalakkan interaksi


dalam sesi kaunseling?

Untuk mewujudkan suasana menggalakkan interaksi dalam kaunseling, saya


hendaklah menunjukkan rasa minat terhadap klien, memahami dan menghormati
perasaan, sikap dan masalahnya. Semua ini boleh saya lakukan dengan menujukkan
sepenuh perhatian dan mengganggapnya sebagai seorang yang dihormati dan dihargai.
Di samping itu saya juga hendaklah mendengar dengan aktif dan meletakkan diri saya
dalam keadaannya bagi membolehkan saya menyelami masalah yang dihadapinya
kemudian saya akan memberi respon terhadap klien saya.
SOALAN TAMBAHAN

1. Nyatakan kepentingan menstruktur temubual

Menstruktur temubual adalah penting kerana ianya boleh memberi gambaran awal
kepada klien tentang apa yang akan berlaku dalam sesi kaunseling supaya klien tidak
akan tersalah anggap tentang kaunseling. Pentingnya menstruktur temubual juga supaya
klien tahu peranan kaunselor, Peranannya sebagai klien, matlamat klien tertemu
kaunselor dan supaya klien tahu yang terdapatnya kerahsiaan dalam kaunseling.

2. Jelaskan 3 perkara yang perlu diberitahu kepada klien pada perjumpaan kali pertama.

Pada perjumpaan pertama, klien hendaklah diberitahu tentang peranan kaunselor


hanyalah membantu klien mencari jalan kearah penyelesaian masalahnya bukannya
tempat klien bergantung untuk menyelesaikan masalahnya.
Klien juga perlu tahu tentang peranannya iaitu sepanjang sesi kaunseling
berlangsung, klien hendaklah bersikap jujur dalam menceritakan masalahnya agar
kaunselor boleh menyelami permasalahan yang sebenarnya.
Akhirnya klien perlu tahu matlamat sebenar kedatangannya berjumpa dengan
kaunselor.

3. Huraikan bagaimana anda memulakan sesi kaunseling.

Untuk memulakan sesi kaunseling, saya boleh berbual ringan dahulu dengan klien
untuk beberapa minit bagi mengurangkan rasa bimbang dan was-wasnya Kemudian
setelah saya merasakan klien saya sudah boleh berkomunikasi dengan saya maka saya
bolehlah memberitahunya tentang batasan masa serta peranan untuk menggerakkan
temubual adalah datangnya dari klien sendiri. Sebagai seorang kaunselor, saya juga perlu
melihat situasi klien saya samada klien saya tadi dihantar oleh orang yang ketiga samada
ibu bapa atau pihak mahkamah kerana biasanya klien yang dihantar ini mempunyai
kebimbangan yang sangat tinggi dan juga sering enggan bekerjasama sebelum saya
memulakan sesi kaunseling.

4. Huraikan perbezaan antara soalan terbuka dengan soalan tertutup.

Perbezaan antara soalan terbuka dengan tertutup ialah dalam menggunakan teknik
soalan terbuka, kaunselor menggalakkan kliennya berkonsi maklumat dengan memberi
kebebasan kepada klien untuk memberi jawapan dan tidak terkongkong kepada pendapat
dan pandangan kaunselor semata-mata. Klien bukan sekadar memberi jawapann ya atau
tidak tetapi sebaliknya memberi pendapatnya.
Manakala soalan tertutup hanyalah menghasilkan jawapan yang bersifat fakta dan
tidak relevan dengan masalahnya, sekadar untuk keperluan ingin tahu sahaja.

You might also like