You are on page 1of 5

SMK TROPICANA

JLN TROPICANA SELATAN, 47410 PETALING JAYA

KERTAS CADANGAN

PELAKSANAAN PROGRAM 1BESTARINET VLE FROG

MINGGU FROG BUZZ

PERINGKAT SEKOLAH 2012

TARIKH:

2HB NOVEMBER 2012

TEMPAT:

SMK TROPICANA, PETALING JAYA

ANJURAN:

JAWATANKUASA 1BESTARINET VLE FROG


SMK TROPICANA
1. PENGENALAN

1BestariNet adalah projek inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)


yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Dalam projek
ini, 10,000 sekolah di seluruh Malaysia akan dilengkapi akses Internet
berkelajuan tinggi dan platform pembelajaran maya yang mengaplikasikan
jaringan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada penyelesaian
pendidikan bersepadu bertaraf dunia. Visi 1BestariNet adalah mengubah
platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara
murid kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan pendidikan
berteras Internet yang berkualiti kepada semua rakyat Malaysia. Inisiatif
kerajaan ini bakal menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang
dilengkapi akses Internet mudah alih 4G dan VLE sedia ada di semua
sekolah seluruh Malaysia.

Oleh itu, JK VLE FROG Sekolah telah mengambil inisiatif untuk memberi
pendedahan mengenai apa itu VLE (Virtual Learning Environment) atau
Persekitaran Pembelajaran; satu sistem pembelajaran berteras laman web
yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan menyatukan konsep virtual
dalam pendidikan konvensional kepada semua warga SMK Tropicana,
Petaling Jaya.

2. OBJEKTIF

2.1 Memberi pendedahan kepada warga sekolah mengenai apa itu


1Bestarinet VLE Frog.
2.2 Menyediakan warga sekolah untuk menghadapi konsep maya dalam
pendidikan konvensional.
2.3 Mengalak warga sekolah bersikap positif terhadap perubahan.
2.4 Membantu KPM dalam merealisasikan visi 1Bestarinet

3. TARIKH DAN HARI


Perasmian Program: 2hb November 2012 (Jumaat)
Aktiviti Minggu FROG Buzz: 5hb – 9hb November 2012

4. TEMPAT
SMK Tropicana, Petaling Jaya

5. ANJURAN/PENGELOLA
Jawatankuasa 1Bestarinet VLE FROG Sekolah

6. PERASMI
2
Pentadbir SMK Tropicana

7. SASARAN
Semua Warga Sekolah Menengah Kebangsaan Tropicana, Petaling Jaya

8. ATURCARA PROGRAM

Tarikh Masa Tempat Aktiviti


2hb Waktu Tapak Pelancaran Minggu FROG Buzz
November pertama Perhimpunan Aktiviti:
2012 1. Pengenalan Program VLE FROG 1Bestarinet
oleh Penyelaras ICT
2. Ucapan Perasmian Pentadbir
3. Perlantikan 4 orang pelajar terpilih sebagai
‘FROG Champion’ sekolah
(Sila lihat Lampiran A untuk senarai nama
pelajar yang terpilih)
4. Pemberian hadiah cenderahati kepada 4
orang pelajar terpilih.
5. Majlis bersurai.
2hb Sepanjang Kelas Guru Tingkatan mengedarkan:
November hari masing- 1. surat perjanjian YES untuk ibu bapa dan
2012 masing pelajar
2. surat pemberitahuan ID pengguna dan kata
laluan pelajar dan ibu bapa.
(Sila lihat Lampiran B untuk contoh surat)
5hb Waktu Kelas Sesi dialog dan promosi penggunaan VLE FROG
November pertama dan masing- oleh guru subjek waktu pertama dengan pelajar.
2012 kedua masing Catatan:
1. Guru subjek waktu pertama pastikan semua
pelajar telah mempunyai ID Pengguna YES
dan kata laluan.
2. Guru subjek tuliskan di papan putih URL VLE
FROG iaitu: https://BEA8640.1bestarinet.net
3. Guru subjek terangkan kebaikan
menggunakan VLE FROG.
6hb Waktu Kelas Guru subjek waktu pertama dan kedua menjalankan
November pertama masing- Pertandingan Melukis Poster FROG.
2012 masing
Persiapan awal: Guru tingkatan perlu memaklumkan
pelajar untuk membawa alat lukis, warna dan kertas
lukisan sendiri.
Catatan:
1. Jawatankuasa Pelaksana akan menentukan
pemenang untuk kategori menengah rendah
dan menengah atas.
2. Keputusan pemenang akan diumumkan pada
hari penutup iaitu 9hb November 2012.
Tarikh Masa Tempat Aktiviti
7hb Waktu rehat Makmal Tayangan tutorial video Penggunaan VLE FROG
November komputer dikendalikan oleh Penyelaras ICT atau Penyelaras
2012 Program VLE FROG dan dibantu oleh Pelajar FROG
Champion.

3
Persiapan awal:
1. Guru Bertugas perlu mengumumkan aktiviti
tayangan video pada waktu perhimpunan p
8hb Waktu rehat Makmal Tayangan tutorial video penggunaan VLE FROG
November komputer dikendalikan oleh Penyelaras ICT atau Penyelaras
2012 Program VLE FROG dan dibantu oleh Pelajar FROG
Champion.

Persiapan awal:
1. Guru Bertugas perlu mengumumkan aktiviti
tayangan video pada waktu perhimpunan
pagi.
9hb Waktu Tapak Upacara Penutup:
November pertama perhimpunan 1. Ucapan Pentadbir
2012 2. Penyampaian hadiah Pemenang
Pertandingan Melukis Poster FROG.

9. JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Pn. Ruth Cheah Kah Yok


Timbalan Pengerusi : Pn. Hjh Zubaidah Bt Ahmad Ishak
Penyelaras : Pn. Pn Khor Puay Puay
Setiausaha : Pn. Boey Siew Inn
JK Tempat: JK Disiplin Pelajar:
- Lembaga Pengawas - En. Hisham bin Yahya

JK Dokumentasi: JK Siaraya:
- Pn. Boey Siew Inn - Lembaga Pengawas

JK Fotografi:
- Pn. Siti Noraishah binti Ismail

10. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Anggaran Perbelanjaan Kos


1. Hadiah Perlantikan Pelajar FROG Champion
(4 x RM20.00) RM 80.00
2. Hadiah Johan Pertandingan Melukis Poster FROG RM 120.00
(2 x RM60.00)
JUMLAH RM 200.00
PENUTUP

Adalah diharapkan dengan kerjasama setiap lapisan masyarakat SMK


Tropicana, Majlis Pelancaran VLE FROG 1Bestarinet ini berjaya memberi
satu gambaran yang jelas kepada semua warga sekolah agar lebih bersedia

4
dalam menerima konsep maya dalam pendidikan konvensioan. Selain itu,
adalah juga diharapkan agar program ini dapat membantu guru-guru dalam
membantu KPM dalam merealisasikan pendidikan bersepadu bertaraf dunia
dengan mengubah platform pendidikan di Malaysia.

Disediakan oleh,

(Pn Boey Siew Inn)


Setiausaha Program
Sekolah Menengah Tropicana
Petaling Jaya.

Disemak oleh:

(Pn. Khor Phuay Phuay)


Penyelaras Program
SMK Tropicana.

Disahkan oleh:

(Pn. Ruth Cheah Kah Yok)


Pengetua
SMK Tropicana. Tarikh: …………………

You might also like