You are on page 1of 7

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HDPS4603

AWAL MUZIK UNTUK KANAK-KANAK

NAMA :

NOMBOR MATRIK :

NO KAD PENGENALAN :

NOMBOR TELEFON :

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN TAWAU

SEPTEMBER 2019
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN

Muzik merupakan bahagian daripada kehidupan kanak-kanak kerana sejak mereka masih
berada di dalam kandungan ibu lagi, mereka sudah mampu mendengar bunyi. Adalah tidak
menghairankan sekiranya mereka terbiasa dengan muzik. Secara semulajadinya kanak-kanak
menyukai bunyi-bunyian yang menghiburkan. Mereka terbiasa dengan bunyi-bunyian dan
muzik kerana, sebelum mereka tidur, ibu bapa akan mendodoikan anak-anak dengan lagu-
lagu tradisional mereka. Muzik merupakan salah satu ransangan yang dapat memberikan
kesan positif terhadap perkembangan minda bayi dan kanak-kanak. Oleh itu, muzik
digunakan secara kreatif oleh guru untuk mengajar kanak-kanak di sekolah mahupun taman
asuhan kanak-kanak.

Kajian yang dilakukan oleh pengkaji telah membuktikan bahawa muzik boleh memberi kesan
positif terhadap perkembangan minda bayi dan kanak-kanak. Antara kesan positif
penggunaan muzik terhadap perkembangan minda bayi dan kanak-kanak adalah muzik dapat
memantapkan perkembangan bahasa kanak-kanak, kanak-kanak berupaya membina bunyi-
perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan meningkatkan keupayaan intelektual
kanak-kanak. Kebanyakkan pakar kanak-kanak serata dunia berpendapat bahawa kesesuaian
muzik bagi kanak-kanak dan bayi adalah meluas dan tidak terhad.

Apabila bayi membesar, mereka secara semulajadinya dapat menikmati muzik dengan cara
mengoyangkan anggota badan, bergerak dan menari mengikut rentak muzik apabila
mendengar muzik. Antara manfaat muzik kepada perkembangan kanak-kanak adalah dapat
menenangkan si kecil yang sedang menangis. Kebiasan yang kita selalu lihat adalah apabila
si anak menangis, salah satu cara si ibu memujuk anaknya adalah dengan menyayi, mendodoi
dan memainkan lagu dan muzik. Suara si ibu mahupun bapa yang menyayikan lagu dapat
membantu menenagkan emosi bayi, melodi daripada suara mereka dapat menghiburkan si
anak walaupun suara mereka tidak semerdu penyanyi.

Pendidikan muzik Prasekolah terkandung dalam Tunjang Fizikal dan Estetika. Pendidikan
muzik bagi kanak-kanak melibatkan perkembangan kreatif dan daya estetika. Terdapat
beberapa aktiviti yang terkandung dalam pendidikan muzik, aktiviti tersebut ialah aktiviti
nyanyian, pergerakan, pendengaran, penciptaan, permainan alat dan respon kepada visual dan
verbal bunyi-bunyian. Pendidikan Muzik bukan sekadar untuk berhibur tetapi turut dapat
menyumbangkan kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh yang meliputi
perkembangan intelek, emosi, sosial dan fizikal. Muzik perlu menjadi tunjang dan nadi
kurikulum pendidikan di sekolah. Muzik dapat memperkembangkan JERIS. Mengikut kajian
yang dibuat oleh The San Jose Unified School District Project di AS, tahap pencapaian murid
yang mempunyai muzik sebagai mata pelajaran utama lebih baik daripada sekolah yang
meluangkan masa sedikit untuk mata pelajaran muzik.

Oleh itu sistem pendidikan yang mengandungi unsur kreativiti harus dipupuk dari masa
kanak-kanak masih kecil lagi kerana minda mereka belum dibentuk sepenuhnya oleh
persekitaran melalui norma masyarakat dan pembelajaran formal. Kanak-kanak dilahirkan
dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses
tumbesaran mereka.

Menurut falsafah dan konsep Zoltan Kodaly ,Pengajaran dan Pembelajaran muzik perlu
berlaku awal di prasekolah. Kanak-kanak mudah menerima dan mudah terpengaruh. Mereka
perlu dibimbing dan belajar muzik awal di prasekolah supaya tidak terdedah kepada muzik
yang tidak bermutu. Menyanyi dan menggerakkan tubuh badan dapat memperkembangkan
mental dan fizikal kanak-kanak.

Swanwick K and Talor D.(1982), menyatakan muzik boleh dijadikan satu perantaraan untuk
bersosial dan merenggangkan emosi yang tegang. Muzik juga telah menjadi sebahagian
daripada budaya dalam masyarakat Malaysia. Kanak-kanak secara semula jadinya cukup
cepat terangsang kepada bunyi muzik yang mereka dengari. Lazimnya juga kanak-kanak
akan merasa selesa melahirkan ekpresi melalui muzik, irama dan ton yang merupakan asas-
asas dalam pendidikan muzik.

Tugasan ini akan mengupas tentang kaedah mengajar lagu kepada kanak-kanak prasekolah
dalam usaha memahirkan kanak-kanak ini dengan tempo dan rentak lagu yang betul. Pilihan
lagu yang sesuai juga akan dibincangkan dalam tugasan ini.
2.0 LAGU PILIHAN

Menurut Nani Menon (2005) dalam bukunya ‘Permainan,Lagu dan Puisi Kanak-Kanak’, lagu
kanak-kanak biasanya dicipta bagi memenuhi tema-tema tertentu dalam pengajaran dan
pembelajaran. Contohnya tema haiwan, tumbuhan, konsep masa dan konsep nombor. Ia akan
digunakan apabila hendak memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran bagi membantu
murid untuk memahami tajuk yang akan diajar oleh guru pada hari tersebut.

Seni kata lagu haruslah mudah difahami dan banyak pengulangan. Pemilihan lagu yang
mengandungi banyak ulangan lirik serta melodi amat sesuai oleh kerana ianya mudah untuk
dipelajari. Kaitkan lagu dengan pergerakan, drama atau mainan yang sesuai kerana ia
menambahkan minat kanak-kanak terhadap lagu itu.

Nyanyian untuk tahap prasekolah tidak memerlukan simbol not muzik. Kanak-kanak belajar
lagu dengan cara mengikuti nyanyian guru. Lagu itu sentiasa diulangi supaya kanak-kanak
dapat menghafal lagu itu dengan mudah. Ciri-ciri lagu yang sesuai dengan kanak-kanak ialah
seperti lirik yang sederhana iaitu tidak terlalu pendek ataupun panjang dan mengandungi
perkataan berulangan ataupun lirik berulangan.

Lagu kanak-kanak yang baik mempunyai ciri-ciri seperti frasa dan ayat lagu yang pendek
serta mudah difahami, lagu yang berulang perkataan dan melodinya. Guru-guru perlu
bersedia dengan lagu dan lirik sebelum mengajarkan pada kanak-kanak. Aktiviti nyanyian
boleh disertakan dengan aktiviti lain seperti nyanyian dengan berdrama, pergerakan badan
dan sebagainya.

Oleh itu, lagu yang dipilih ialah “Lompat si Katak Lompat”. Berikut ialah lirik lagu tersebut.

Lompat si katak lompat

Lompat!

Lompat yang tinggi-tinggi

Tinggi!

Cepatlah Didi cepat

Marilah bangun pagi-pagi

Kalau kita malas lagi


Malas bangun pagi

La la la la la la la

La la la la la la la

Nanti kita rugi

Lompat si katak lompat

Lompat!

Lompat yang tinggi-tinggi

Tinggi!

Cepatlah Didi cepat

Marilah bangun pagi-pagi

Kalau kita berusaha

Tentu kita bahagia

La la la la la la la

La la la la la la la

Hidup aman bahagia

La la la la la la la

La la la la la la la

Hidup aman bahagia

Lirik lagu ini mengandungi perkataan yang mudah di fahami dan banyak yang berulang.
Contoh perkataan “lompat” yang di ulang hamper di seluruh lagu. Selain itu, setiap rangkai
lagu juga mengandungi bilangan suku kata yang seimbang. Contoh, “Kalau kita berusaha”
dan “tentu kita bahagia” mempunyai bilangan suku kata yang seimbang. Seterusnya, di setiap
hujung rangkai lagu mengandungi rima. Dalam lagu ini rima tersebut ialah “a”.
Dari segi lagu yang digunakan juga sangat menghiburkan dan mudah di ingati kerana
terdapat pengulangan melodi pada lagu ini. Selain itu, rentak dan irama iringan juga tidak
terlalu berat dan terdengar santai sahaja. Dari segi senikata pula, sangat sesuai untuk aktiviti
pergerakan kanak-kanak seperti melompat tinggi dan sebagainya.

3.0 KAEDAH MENGAJAR

You might also like