You are on page 1of 5

Bab 3

(Hubungan Etnik di Malaysia)

1. Nyatakan 5 faktor yang mempengaruhi hubungan etnik di Malaysia.


a) Galakan kepada penduduk untuk berhijrah
b) Penyeragaman sistem pendidikan melalui dasar-dasar pelajaran
c) Peranan media massa
d) Integrasi ekonomi
e) Penyatuan fahaman politik

2. Mengapakah penempatan penduduk di satu-satu kawasan khususnya yang melibatkan


pelbagai kaum amat digalakkan di Malaysia?
Mengalakkan pergaulan dan pertembungan antara kaum dengan lebih kerap

3. Senaraikan 5 contoh dasar pelajaran yang telah diamalkan di Malaysia


a) Penyata Barnes
b) Laporan Fenn-Wu
c) Undang-undang Pelajaran 1952
d) Penyata Razak
e) Penyata Rahman Talib
f) Dasar Pendidikan Kebangsaan

4. Apakah matlamat utama dasar-dasar pelajaran yang diperkenalkan oleh kerajaan di


Malaysia?
Mewujudkan hubungan antara etnik yang erat dan menyediakan sistem
pendidikan yang seragam serta menyeluruh

5. Nyatakan secara khusus 2 fungsi utama media massa di Malaysia selain untuk
mengukuhkan hubungan etnik antara kaum.
a) Mengurangkan jurang maklumat yang menyebabkan prasangka
b) Mengalihkan perhatian kaum pendatang daripada tertumpu semata-mata
kepada negara asal

6. Nyatakan 3 kepentingan mengapa integrasi kaum dalam sektor ekonomi dilakukan


oleh kerajaan.
a) Mengurangkan jurang ekonomi antara kaum
b) Mewujudkan perpaduan kaum dalam kegiatan ekonomi
c) Memastikan pengagihan ekonomi yang seimbang antara kaum

7. Sistem pentadbiran kerajaan yang diamalkan Malaysia sehingga kini adalah bersifat
campuran

8. Sebelum dikenali sebagai Barisan Nasional, UMNO, MCA dan MIC pernah
bergabung dan bersatu di bawah satu nama parti yang besar iaitu Parti Perikatan
9. Dengan perkataan sendiri, nyatakan secara ringkas 4 maksud pendekatan berikut yang
telah digunakan oleh kerajaan bagi menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di
Malaysia.
a) Akulturasi
Proses penerapan budaya antara kaum majoriti dengan kaum

b) Difusi
Proses penyebaran unsur-unsur kebudayaan antara individu atau
masyarakat yang berlainan kaum.

c) Asimilasi
Proses percantuman dan penyatuan antara individu atau kelompok yang
berlainan kebudayaan bagi membentuk kebudayaan dan identiti yang
sama

d) Integrasi
Proses menyatukan rakyat pelbagai kaum bagi mewujudkan satu identiti
yang sama dalam sebuah negara

10. Pendekatan akulturasi hanya melibatkan aspek budaya sahaja.

11. Nyatakan 4 contoh amalan yang berjaya menampakkan penyatuan kaum di Malaysia
walaupun budaya itu sebenarnya diamalkan oleh satu kaum sahaja sebelumnya.
a) Pemberian wang raya
b) Berkongsi pakaian tradisi sesuatu kaum
c) Makan menggunakan tangan
d) Menari tarian tradisi sesuatu kaum

12. Nyatakan 2 jenis proses difusi dan pengertiannya


a) Difusi antara anggota masayarakat
b) Difusi antara masyarakat

13. Nyatakan secara ringkas 4 faktor yang membantu kejayaan difusi antara anggota
masyarakat.
a) Penyebaran unsur baharu yang berguna
b) Kedudukan status individu sebagai penyebar
c) Peranan kerajaan terhadap unsur baharu yang diperkenalkan
d) Unsur baharu dan lama yang disebarkan tidak bercanggah

14. Nyatakan secara ringkas 4 faktor yang menentukan kejayaan proses asimilasi.
a) Kelompok sanggup menerima identiti kelompok majoriti sebagai identiti
baharu

b) Kelompok majoriti sanggup menerima kehadiran kelompok minoriti


dalam kehidupan di kawasan yang sama
c) Saiz kelompok majoriti mestilah lebih besar daripada saiz kelompok
minoriti

d) Berlaku amalgamasi (perkahwinan campur)

15. Apakah tujuan utama proses integrasi dalam masyarakat pelbagai kaum?
Untuk mewujudkan satu identiti nasional bagi semua kaum yang berbeza

16. Nyatakan 5 aspek yang terlibat dalam proses integrasi.


a) Fizikal
b) Sosial
c) Ekonomi
d) Politik
e) Amalgamasi

17. Integrasi akan gagal sekiranya semangat kekitaan dan kesukuan gagal dipadamkan.

18. Nyatakan 4 cabaran yang perlu dilalui negara dalam usaha untuk membina sebuah
negara bangsa.
a) Perpaduan
b) Pengagihan kekayaan
c) Jati diri
d) Identiti nasional

19. Nyatakan 4 contoh elemen yang digunakan kerajaan Malaysia bagi memastikan corak
pemasyarakatan dan pemasyarakatan semula dalam kalangan rakyat pelbagai kaum
berjaya diubah dan tidak lagi menjurus kepada budaya masing-masing sahaja.
a) Melalui aktiviti sosial oleh pelbagai pertubuhan kemasyarakatan
b) Kurikulum
c) Kegiatan ko-kurikulum
d) Program rukun tetangga

20. Mengapakah pengurangan identifikasi kelompok digalakkan oleh kerajaan.


Supaya semua kaum bersifat terbuka dan menerima kaum lain serta budayanya

21. Nyatakan satu contoh strategi dalam usaha untuk mengurangkan identifikasi
kelompok.
Kegiatan sukan melibatkan semua kaum

22. Apakah yang akan berlaku jika kumpulan-kumpulan tertentu dalam masyarakat di
Malaysia menyuarakan tuntutan masing-masing yang bersifat perkauman?
Konflik antara kaum yang sangat buruk

23. Apakah langkah bijak yang dilakukan oleh pemimpin Malaysia terdahulu dalam usaha
untuk mengurangkan tuntutan oleh kumpulan-kumpulan tertentu dalam masyarakat?
Menggabungkan parti politik berteraskan kaum ke dalam satu parti politik yang
lebih besar

24. Mengapakah pewujudan hubungan secara kohesif di Malaysia perlu dipupuk dan
diteruskan dari semasa ke semasa?
Supaya setiap kumpulan dalam masyarakat dapat saling memahami antara satu
sama lain.

25. Nyatakan 2 contoh dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan sebagai strategi untuk
mendorong setiap kumpulan etnik supaya terus hidup berdampingan.
a) Dasar perumahan
b) Dasar perniagaan

26. Apakah 2 matlamat utama diwujudkan DEB?


a) Membaiki ketidakseimbangan ekonomi antara kaum
b) Menghapuskan pengenalan kaum berdasarkan kegiatan ekonomi

27. Nyatakan 2 kehendak yang ingin dicapai oleh kerajaan melalui pelaksanaan DEB.
a) Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum
b) Menguruskan semula corak guna tenaga dan hak miliknya bagi faedah
semua kaum

28. Apakah 4 strategi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan melalui DEB bagi
memberikan manfaat kepada semua kaum di Malaysia?
a) Memodenkan kawasan luar bandar bagi meninggikan pengeluaran hasil
dan taraf hidup penduduk miskin
b) Membangunkan masyarakat bumiputera dalam sektor perdagangan dan
industri agar setanding dengan non bumiputera
c) Menambah baik hak milik bumiputera dalam pemilikan saham sektor
syarikat
d) Menyusun semula corak guna tenaga mengikut sektor dan jenis
pekerjaan

29. Nyatakan 4 tujuan pembinaan jati diri dalam kalangan rakyat Malaysia.
a) Membangunkan sebuah masyarakat demokratik
b) Membentuk persefahaman yang matang dalam masyarakat
c) Bermuafakat dengan cara demokrasi mengikut acuan Malaysia
d) Menjadi contoh kepada negara-negara membangun

30. Apakah 4 tujuan semangat identiti nasional diperkenalkan oleh kerajaan dan dipupuk
kepada rakyat Malaysia?
a) Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur
b) Rakyat berbilang kaum bebas mengamalkan kepercayaan agama, adat
dan kebudayaan masing-masing
c) Setiap rakyat Malaysia setia kepada satu negara yang sama

31. Apakah contoh srategi yang dilaksanakan bagi memperlihatkan imej identiti nasional
rakyat Malaysia kepada mata dunia?
Program citra warna yang menonjolkan kebudayaan pelbagai kaum dan
pelbagai negeri yang berbeza

You might also like