You are on page 1of 3

Teks ucapan majlis Agihan Bantuan Awal Persekolahan 2020

Yayasan Taqwa (MAIWP)

Tarikh: 20 November 2019


Masa : 11 pagi
Tempat : Dewan Sakinah SK Medan Jaya

Majlis mengumumkan ketibaan Encik Miqdad b Zakaria, Penyelaras


Pembangunan Parlimen Marang, Encik Rosdi b Mat Penyelaras Pembangunan
Dun Ru Rendang diiringi oleh YM Engku Mohd Hamzah b Engku Abd Jalil, YDP
PIBG dan semua tetamu jemputan masuk ke dalam dewan

Semua hadirin di minta berdiri dan bersedia untuk Nyanyian lagu Negara Ku

Hadirin dipersilakan duduk

Assalammualaikum w.b.t

1. Yang Berbahagia, Encik Miqdad b Zakaria, Penyelaras Pembangunan


Parlimen Marang

2. Encik Rosdi b Mat Penyelaras Pembangunan Dun Ru Rendang

3. YM Engku Mohd Hamzah b Engku Abd Jalil, YDP PIBG SK Medan Jaya

4. Barisan Pentadbir SK Medan Jaya

4. Para Guru , ibubapa dan murid-murid sekalian

ALHAMDULILLAH, IZINKAN kami MEMANJATKAN SETINGGI-TINGGI


KESYUKURAN ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan
limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dan berkumpul pada hari ini dalam
Majlis Agihan Bantuan Awal Persekolahan 2020 oleh Yayasan Taqwa (MAIWP)

Terlebih dahulu pihak majlis sukacita mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia,


Encik Miqdad b Zakaria, Penyelaras Pembangunan Parlimen Marang , para
tetamu jemputan serta hadirin-hadirat sekelian dalam majlis Majlis Agihan Bantuan
Awal Persekolahan 2020. Semoga dengan kesudian meluangkan masa pada pagi
ini akan menyemarakkan lagi majlis ini.

BACAAN DOA

Hadirin-hadirat warga dewan yang dihormati,

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dengan limpah
kurnianya, marilah kita sama-sama bermunajat menadah tangan memohon taufik
dan hidayah sempena majlis ini. Justeru, Majlis mempersilakan Ustaz Mohd Badrol
Hisham b Mohd Noor untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya
mempersilakan.....Bacaan Doa

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Mohd Badrol Hisham b
Mohd Noor di atas bacaan doa itu tadi.

Ucapan YDP PIBG

Majlis meneruskan acara dengan ucapan alu-aluan oleh YM Engku Mohd Hamzah
b Engku Abd Jalil, YDP PIBG SK Medan Jaya

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Ucapan YDP PIBG********************************************


Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas ucapan alu-aluan YM Engku Mohd
Hamzah b Engku Abd Jalil, YDP PIBG SK Medan Jaya

Hadirin-hadirat yang dikasihi,

Tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu ucapan oleh Yang Berbahagia, Encik
Miqdad b Zakaria, Penyelaras Pembangunan Parlimen Marang seterusnya
merasmikan Majlis Agihan Banttuan Awal Persekolahan 2020 oleh Yayasan Taqwa
(MAIWP)

Ucapan Perasmi***********************************************

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang


Berbahagia, Encik Miqdad b Zakaria, Penyelaras Pembangunan Parlimen
Marang ,atas ucapan sempena majlis Agihan Bantuan Awal Persekolahan 2020
sebentar tadi ….

Penyampaian bantuan

Hadirin-hadirat warga dewan yang dikasihi,

Acara diteruskan lagi dengan pengagihan Majlis Agihan Banttuan Awal


Persekolahan 2020 oleh Yayasan Taqwa (MAIWP).
.Buat pengetahuan hadirin, 74 orang murid yang bertuah telah dipilih dari SK Medan
Jaya bagi menerima pengagihan bantuan tersebut yang bakal disempurnakan oleh
Yang dihormati Encik Miqdad b Zakaria. Sehubungan dengan itu, majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan YM Engku Mohd Hamzah b Engku Abd Jalil,
YDP PIBG SK Medan Jaya untuk menjemput dan mengiringi Yang Yang
Berbahagia, Encik Miqdad b Zakaria, Penyelaras Pembangunan Parlimen
Marang untuk tampil menyempurnakan pengagihan tersebut sebagai gimik
pelancaran. dengan segala hormatnya dipersilakan

umum Senarai nama

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Miqdad b Zakaria, Penyelaras


Pembangunan Parlimen Marang di atas pengagihan sumbangan itu tadi

penutup

Warga dewan yang dirai,

kita telahpun sampai ke penghujung majlis, oleh itu maaf jua dipinta di atas
sebarang kesilapan dan kekurangan di sepanjang majlis ini berlangsung.

Kami selaku wakil kerja jawatankuasa majlis, memohon maaf atas segala
kekurangan dan tidak keselesaan sepanjang majlis ini berlangsung. Sesungguhnya
yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada
kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan

Dengan itu majlis disudahi dengan wabillah……wassalamualaikum……

Semua dif dif jemputan di persilakan ke kantin sekolah untuk menikmati hidangan
jamuan yang di sediakan.

You might also like