You are on page 1of 17

LAMPIRAN 6

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN


PERSATUAN USAHAWAN MUDA, SEKOLAH KEBANGSAAN DOKTOR SULAIMAN,
73000 TAMPIN, NEGERI SEMBILAN.

1.0 PENDAHULUAN
Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan sokongan dan kelulusan daripada
Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum bagi menubuhkan Persatuan
Usahawan Muda, Sekolah Kebangsaan Doktor Sulaiman. Selain itu, kertas kerja ini
juga memberikan gambaran dan maklumat tentang cadangan pelaksanaan aktiviti
Persatuan Usahawan Muda bagi memohon dana dan sumbangan untuk menampung
perbelanjaan yang telah dianggarkan.

2.0 LATAR BELAKANG


Keusahawanan merupakan segala-gala yang berkaitan dengan usahawan atau
kegiatan dan kemahiran untuk menjadi usahawan (Kamus Dewan Edisi Keempat,
2005). Secara amnya, keusahawanan membawa maksud kepada seseorang yang
berusaha mengendalikan sesuatu perniagaan dan berani mengambil risiko dalam
perniagaan yang diceburinya. Selain itu, Schumpeter (1934) pula mentakrifkan
usahawan sebagai individu yang melakukan pembaharuan atau inovasi untuk
kesejahteraan organisasinya sendiri. Bagi McClelland (1961), beliau menyatakan
usahawan sebagai seseorang yang berdaya inovatif dan mempunyai keinginan yang
tinggi untuk mencapai sesuatu.
Dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai ciri-ciri
keusahawanan, maka definisi yang sesuai digunakan ialah menyediakan murid untuk
mempunyai ciri-ciri diri yang akan terserlah dalam bentuk tingkah laku untuk bertindak
dalam situasi yang terarah ke arah kesejahteraan diri, keluarga dan negara.
Sehubungan dengan itu, ciri-ciri keusahawanan ini boleh dipupuk sejak sekolah
rendah lagi.

3.0 RASIONAL
i. Belum pernah ditubuhkan pada peringkat sekolah rendah sebelum ini
ii. Penerapan elemen keusahawanan secara eksplisit merentas kurikulum
iii. pembentukan insan yang membudayakan tingkah laku yang mempunyai ciri-
ciri sebagai seorang usahawan yang berjaya sejak dari tahun satu
persekolahan.

1
LAMPIRAN 6

4.0 MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk memberi pendedahan berkaitan dengan
kepimpinan, disiplin, kemahiran pengurusan dan keusahawanan yang perlu ada dalam
diri setiap murid.

Penubuhan kelab ini juga dapat memastikan ahli Persatuan Ushawan Muda khasnya
memiliki jati diri yang kukuh, amanah dalam melaksanakan tugas, mahir dalam
komunikasi, bijak dalam menyusun strategi, berfikiran terbuka dan berbudaya saintifik
serta hidup bersatu padu. Program dalam kelab ini juga diselitkan dengan aktiviti
keusahawanan untuk melahirkan murid yang berdaya saing dan berkemahiran dengan
aktiviti keusahawanan selaras dengan pembangunan ekonomi negara.

5.0 OBJEKTIF
i. Memberi peluang kepada ahli untuk merasai pengalaman dalam menyertai program
ii. Memberi pengertian dan kefahaman tentang kepentingan keusahawanan.
iii. Mempertingkatkan kemahiran komunikasi dan pengurusan kewangan dalam kalangan
ahli
iv. Memupuk semangat kerjasama antara kumpulan serta menghakis sikap
mementingkan diri sendiri.
v. Menjadikan bidang keusahawanan sebagai satu amalan cara hidup yang berterusan
bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri, amanah, bersatu padu,
bersikap terbuka, berdaya saing dan bijak dalam pengurusan kewangan.

6.0 VISI
Membangunkan potensi individu untuk berdaya saing dalam perniagaan

7.0 MISI
Memberi pendedahan kepada pelajar menceburi perniagaan.

8.0 NAMA PERSATUAN, ALAMAT BERDAFTAR DAN SURAT MENYURAT


PERSATUAN USAHAWAN MUDA
SEKOLAH KEBANGSAAN DR SULAIMAN
73000, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN.

2
LAMPIRAN 6

9.0 LAMBANG / LOGO PERSATUAN

Pengertian Logo
i. Merah – Kedamaian dalam persatuan
ii. Hijau – Simbolik kepada kelembutan dan hasil kerja yang terperinci
iii. Duit – Melambangkan bahawa setiap hasil bagi usaha yang dikerjakan akan
terus berkembang.
iv. Tangan – Melambangkan kesungguhan usaha dalam mencapai matlamat yang
telah tertulis.
v. Otak – Melambangkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritikal
vi. Dunia – Melambangkan daya pemikiran global

10.0 MOTO PERSATUAN


‘Usahawan Muda Penjana Kemajuan Ekonomi’

11.0 LAGU

Usahawan Sejati
Usahwan Bukan Manusia Luar Biasa
Cuma usahawan
Luar biasa Kerjanya
Luar biasa Ketabahannya
Luar biasa Tindakannya
Luar biasa Mindanya

Bertemu Usahawan Itulah rezeki


Kerana usahawan membawa peluang
Kepada yang mahu mengubah diri sendiri

3
LAMPIRAN 6

12.0 KEAHLIAN
i. Dibuka kepada semua murid
ii. Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang (rujuk lampiran 1).
iii. Ahli kelab terhad kepada 40 orang sahaja.
iv. Ahli mesti bergiat aktif dalam sebarang aktiviti kelab yang dijalankan.
v. Ahli-ahli mesti bersetuju dengan perlembagaan yang telah ditetapkan.

13.0 CARTA ALIR PENUBUHAN PERSATUAN


Rujuk lampiran 2

14.0 ORGANISASI PENTADBIRAN


Rujuk lampiran 3

15.0 IMPLIKASI KEWANGAN


BI PERKARA JUMLAH
L
1. Baju rasmi RM30 x 40 helai RM 1200.00
2. Yuran tahunan RM15 x 40 orang RM 600.00
3. Yuran sampingan RM10 x 40 orang RM 400.00
(aktivit-aktiviti persatuan)

JUMLAH RM2200.00

16.0 PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN


Rujuk lampiran 4

17.0 PINDAAN PERLEMBAGAAN


Rujuk lampiran 5

4
LAMPIRAN 6

18.0 SYOR
Konklusinya, penubuhan Persatuan Usahawan Muda merupakan aset terpenting dan
bernilai kepada sekolah untuk meningkatkan kualiti dan prestasi murid-murid di SK
Dr. Sulaiman, seterusnya mengharumkan nama baik sekolah melalui aktiviti yang
akan disertai. Justeru, diharap dengan usaha murni kami melalui kertas kerja
penubuhan kelab ini mendapat sokongan daripada warga sekolah, khususnya guru
besar SK Dr. Sulaiman.

Disediakan oleh:

(MUHAMMAD IKRAM BIN MOHAMAD)


Guru Penasihat,
Persatuan Usahawan Muda,
Sekolah Kebangsaan Dr. Sulaiman.

Disemak oleh:

(PUAN NURUL HIKMAH BINTI MOHD DERUS)


Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Dr. Sulaiman.

Diluluskan oleh:

(EN. HANAFI BIN MAT ISA)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Dr. Sulaiman.

5
LAMPIRAN 6

PERSATUAN USAHAWAN MUDA

BORANG PERMOHONAN AHLI

1. Nama Penuh :
________________________________________________________
2. Nombor K/P :
________________________________________________________
3. Nombor Tel :
________________________________________________________
4. Alamat Kediaman :
________________________________________________________

________________________________________________________
5. Alamat Email :
________________________________________________________
6. Nama Ibu/bapa :
________________________________________________________
7. No Tel. Ibu/bapa :
________________________________________________________

8. Yuran : Pendaftaran Ahli (RM15)

9. Bayaran yuran masuk mestilah dihantar bersama borang permohonan ahli. Bayaran mestilah
dibuat secara tunai kepada bendahari persatuan.

Tandatangan Pemohon Disahkan oleh

__________________ ___________________

6
LAMPIRAN 6

CARTA ALIR PENUBUHAN PERSATUAN

Penubuhan jawatankuasa penaja

Penyediaan kertas cadangan penubuhan kelab

Mensyuarat jawatankuasa penaja

Mengemukakan surat permohonan penubuhan penaja kelab dan


persatuan

Tidak Diluluskan Diluluskan


Kelulusan

Melantik guru penasihat

Mengadakan mesyuarat agung penubuhan kelab dan persatuan

Meluluskan penubuhan kelab dan persatuan

Mendaftarkan ahli kelab dan persatuan

Mengesahkan perlembagaan dan peraturan-peraturan kelab


danpersatuan

Mengoperasikan kelab dan persatuan

7
LAMPIRAN 6

CARTA ORGANISASI PERSATUAN USAHAWAN MUDA


SEKOLAH KEBANGSAAN DR. SULAIMAN

Penaung
En. Hanafi bin Mat Isa

Penyelaras
Puan Nurul Hikmah binti Mohd Ders
Penasihat
Muhammad Ikram Bin Mohamad

Pengerusi Naib Pengerusi


Zakaria Bin Mat Isa Nurul Fatini Binti Aziz

Setiausaha Bendahari
Muhammad Asyraf Bin Md Yunos Ivy Viviana Yung AK Michael

Naib Setiausaha Naib Bendahari


Nurlyana Binti Ezani Nur Shafikah Binti Shadidi

8
LAMPIRAN 6

PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN PERSATUAN USAHAWAN MUDA


SK DR SULAIMAN, 73000 TAMPIN, NEGERI SEMBILAN

BULAN AKTIVITI
 Mesyuarat Agung Tahunan
 Minggu 1
 Lantikan Ahli Jawatankuasa
JANUARI
 Minggu 3
 Permainan Catur Bestari

 Minggu 1  Jualan Hari PIBG


FEBRUARI  Minggu 3
 Tayangan filem One Million Dollar
 Minggu 1  Pertandingan Mereka Cipta Logo
Kelab
MAC
 Minggu 3
 Bengkel Inovasi
 Minggu 1
 Ekspo Hari Sukan Tahunan
APRIL
 Minggu 3
 Pertandingan Catur Bestari

 Minggu 1
 Kursus Asas Keusahawanan
MEI
 Minggu 3
 Latihan Mempromosi Produk

 Minggu 1  Hari Kantin Sekolah


JUN  Minggu 3
 Asas Prinsip Perakaunan
 Minggu 1
 Latihan Kunci Kira-kira
JULAI
 Minggu 3  Seminar Cara Memulakan
Perniagaan
 Minggu 1
 Program Tunas Niaga
OGOS
 Minggu 3  Kuiz PNB
 Minggu 1
 Jualan Amal
SEPTEMBER
 Minggu 3  Pengurusan Kewangan Kendiri
 Minggu 1  Lawatan ke D’Herbs
OKTOBER  Minggu 3  Kuiz PNB Kebangsaan
 Minggu 3
NOVEMBER  Makan Malam Penghargaan

9
LAMPIRAN 6

PERLEMBAGAAN PERSATUAN USAHAWAN MUDA

PERLEMBAGAAN 1 : NAMA ALAMAT BERDAFTAR DAN SURAT MENYURAT

PERSATUAN USAHAWAN PINTAR


SEKOLAH KEBANGSAAN DR SULAIMAN,
73000 TAMPIN, NEGERI SEMBILAN .

PERLEMGAAN 2 : LAMBANG / LOGO KELAB

1.1. Warna:
1.1.1. Hijau – kedamaian dalam persatuan
1.1.2. Merah – simbolik kepada kelembutan dan hasil kerja yang terperinci
1.1.3. Duit – Melambangkan bahawa setiap hasil bagi usaha yang dikerjakan akan
terus berkembang.
1.1.4. Tangan – Melambangkan kesungguhan usaha dalam mencapai matlamat
yang telah tertulis.
1.1.5. Otak – Melambangkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritikal
1.1.6. Dunia – Melambangkan daya pemikiran global

2.0 PERLEMBAGAAN 3 : ASAS-ASAS DAN TUJUAN-TUJUAN KELAB


2.1. Asas-asas dan tujuan-tujuan kelab adalah untuk menghimpunkan murid yang
berminat dalam bidang keusahawanan
2.2. Berperanan untuk memupuk semangat kerjasama serta saling bantu membantu dan
akan berfungsi sebagai satu organisasi yang akan:- 
2.3. Menyatukan ahli-ahli dalam sebuah organisasi yang bermatlamat untuk membina
dan melahirkan usahawan. 
2.4. Memupuk minat ahli-ahli persatuan dalam bidang keusahawanan. 

10
LAMPIRAN 6

2.5. Mendidik, melatih dan membimbing ahli-ahli untuk memperolehi kemahiran dan
pengalaman di bidang keusahawanan. 
2.6. Mencari dan mengenal pasti peluang-peluang keusahawan untuk diceburi oleh ahli-
ahli. 
2.7. Mengadakan khidmat nasihat kepada ahli-ahli yang ingin menceburi lapangan
keusahawanan. 

3.0 PERATURAN 4 :  YURAN KEAHLIAN


3.1. Setiap ahli perlu menjelaskan yuran keahlian RM15 seperti yang dipersetujui
3.2. Bayaran lain yang dikenakan ke atas ahli bagi perkara tertentu boleh dikutip dengan
persetujuan ahli jawatankuasa.
3.3. Yuran keahlian adalah salah satu sumber kewangan.
3.4. Yuran-yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang
ditentukan boleh dijalankan dengan persetujuan mesyuarat agung ahli.
3.5. Sekiranya ada ahli yang tidak membayar yuran tersebut dalam masa yang
ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan

4.0 PERLEMBGAAN 5 : PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI 


4.1. Ahli yang berhenti daripada menjadi ahli persatuan hendaklah memberi kenyataan
bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha Persatuan dan membayar
segala hutang-hutangnya. 
4.2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang atau bertindak dengan cara
yang mencemarkan nama baik persatuan, bolehlah dipecat atau digantungkan
keahliannya dalam tempoh yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa
Persatuan.
4.3. Sebelum Jawatankuasa Persatuan memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli
itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau
penggantungannya secara bertulis.
4.4. Ahli itu hendaklah diberi peluang memberi penerangan dan membela dirinya.
Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan, melainkan mesyuarat
agung menunda atau membatalkan keputusan itu atau rayuan oleh ahli itu.

5.0 PERLEMBAGAAN 6 : MESYUARAT AGUNG


5.1. Mesyuarat Agung Khas Persatuan boleh diadakan :-
5.1.1. Jika difikirkan mustahak dan perlu oleh Jawatankuasa Persatuan, atau
5.1.2. Atas permintaan beramai-ramai secara bertulis oleh ahli dan  bertandatangan
tidak kurang 1/3 daripada jumlah ahli menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-

11
LAMPIRAN 6

sebab hendak diadakan menyurat  agung khas itu . Permintaan  hendaklah


dihantar kepada setiausaha kelab.
5.1.3. Notis atau agenda untuk mesyuarat agung khas itu hendaklah diedarkan oleh
Setiausaha kepada semua ahlI.
5.1.4. Peraturan penangguhan mesyuarat agung tahunan boleh digunakan untuk
mesyuarat agung khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi
selapas setangah jam dari waktu yang ditetapkan bagi mesyuarat agung khas
atas permintaan daripada ahli, maka mesyuarat agung khas itu hendaklah
dibatalkan dan dalam masa enam bulan dari tarikh itu, mesyuarat agung khas
atas permintaan ahli dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan.
5.1.5. Setiusaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan draf
peringatan tiap-tiap mesyuarat agung khas dengan seberapa segara yang
boleh setalah selasai mesyuarat diadakan.

6.0 PERLEMBAGAAN 7 : KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN TANGGUNGNGJAWAB


PEGAWAI PERSATUAN
6.1. Pengerusi 
6.1.1. Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat
6.1.2. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya
6.1.3. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar atau
Penasihat dari semasa ke semasa
6.2. Timbalan Pengerusi 
6.2.1. Membantu Pengerusi Persatuan dalam menjalankan tugas dan
tanggungjawab
6.2.2. Memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya. 
6.3. Setiausaha 
6.3.1. Setiausaha hendaklah menjalankan kerja-kerja pentadbiran persatuan
mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah dan
keputusan mesyuarat-mesyuarat agung dan jawatankuasa.
6.3.2. Menguruskan hal-hal surat mesyuarat dan menyimpan semua buku, surat
dan kertas kecuali kira-kira dan buku-buku kewangan. 
6.3.3. Menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama,
umur, nombor kad pengenalan, kelas dan alamat tiap-tiap ahli.
6.3.4. Setiausaha hendaklah hadir dalam semua mesyuarat dan membuat catatan-
catatan mesyuarat.

12
LAMPIRAN 6

6.3.5. Setiausaha hendaklah menyerahkan maklumat Persatuan kepada Setiausaha


yang baru sekira tidak dilantik atau dilucutkan jawatannya. 

6.4. Penolong Setiausaha 


6.4.1. Membantu tugas-tugas Setiausaha Persatuan dan memangku jawatan
Setiausaha semasa ketiadaan Setiausaha.
6.5. Bendahari 
6.5.1. Bertanggungjawab ke semua hal kewangan Persatuan
6.5.2. Menyedia dan membentang Penyata Kira-kira Kewangan tahunan yang telah
disahkan oleh pemeriksa kira-kira di dalam Mesyuarat Agung Tahunan
Persatuan dan dalam mesyuarat Jawatankuasa Persatuan. 
6.5.3. Menandatangni semua cek-cek Kelab bersama-sama pengerusi atau
Setiausaha Persatuan.
6.6. Ahli-ahli Jawatankuasa 
6.6.1. Hendaklah menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa Persatuan dan
menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengerusi dan Jawatankuasa
Persatuan dari semasa ke semasa.

7.0 PERLEMBAGAAN 8 : KEWANGAN KELAB


7.1. Disyaratkan kepada peruntukan-peruntukan berikut bagi peraturan ini, wang kelab
boleh digunakan untuk perkara-perkara berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan
persatuan.
7.2. Wang persatuan tidak boleh digunakan untuk kepentingan jawatankuasa seperti
membayar denda ahli yang dijatuhkan oleh mahkamah atau sebagainya.
7.3. Bendahari bolehlah menyimpan wang runcit ditangan tidak lebih daripada RM200.00
(Ringgit: Dua ratus ringgit sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada
jumlah itu mesti disimpan di dalam bank yang telah dipersetujui oleh jawatankuasa.
Akaun bank hendaklah atas nama persatuan.
7.4. Segala cek-cek atau sebarang kenyataan pengeluaraan wang daripada akaun
persatuan hendaklah ditandatangi oleh dua daripada tiga orang yang terdiri
daripada Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari Persatuan. 
7.5. Perbelanjaan yang lebih daripada RM500.00 (RM lima ratus ringgit sahaja) bagi
sesuatu masa tidak boleh dibayar tanpa kelulusan terlebih dahulu oleh mesyuarat
jawatankuasa.
7.6. Penyata wang yang diterima dan dibelanja berserta imbangan kira-kira bagi setahun
hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh pemeriksa kira-kira.

13
LAMPIRAN 6

8.0 PERLEMBAGAAN 9 : TAFSIRAN UNDANG-UNDANG


8.1. Di antara mesyuarat-mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberikan
tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa jika mustahak boleh
memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini. 
8.2. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang
telah dibuat dalam mesyuarat Agung Tahunan Persatuan. Keputusan
Jawatankuasa terhadap ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan
mesyuarat Agung Tahunan Persatuan.

9.0 PERLEMBAGAAN 10 : PENASIHAT / PENAUNG


9.1. Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak
menjadi Penasihat / Penanung bagi Persatuan ini dengan syarat orang yang
dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis.

10.0 PERATURAN 11 : LARANGAN-LARANGAN


10.1. Undang-undang ini tidak boleh diubah kembali kecuali dengan keputusan
mesyuarat Agung.

11.0 PERATURAN 12 : PEMBUBARAN PERSATUAN


11.1. Kelab ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang
daripada tiga perlima daripada jumlah ahli yang hadir dan berhak mengundi dalam
suatu mesyuarat Agung yang dipanggil kerananya. 
11.2. Sekiranya persatuan hendak dibubarkan secara yang disebut di atas, maka
segala hutang dan tanggungan persatuan yang sah mengikut undang-undang
hendaklah dijelaskan dan bakinya yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut
cara yang dipersetujui dalam mesyuarat Agung itu. 
11.3. Kenyataan bersabit dengan pembubaran ini hendaklah disampaikan secara
bertulis kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarik pembubaran
ini.

12.0 PERATURAN 13 – HAL - HAL LAIN


Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.
Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

14
LAMPIRAN 6

Disediakan oleh:

(MUHAMMAD IKRAM BIN MOHAMAD)


Guru Penasihat,
PERSATUAN USAHAWAN MUDA,
Sekolah Kebangsaan Dr. Sulaiman.

Disemak oleh:

(PUAN NURUL HIKMAH BINTI MOHD DERUS)


Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Dr. Sulaiman.

Diluluskan oleh:

(EN. HANAFI BIN MAT ISA)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Dr. Sulaiman

15
LAMPIRAN 6

Sekolah Kebangsaan
Dr. Sulaiman,
73000 Tampin, Tel : 064416673
Negeri Semilan Darul Khusus. Fax: 064416673
Email : NBA5053@gmail.com

Rujukan Tuan:
Rujukan Kami:
Tarikh:
En. Hanafi bin Mat Isa,
SK Dr. Sulaiman,
73000 Tampin,
Negeri Sembilan.

Tuan,

PERMOHONAN PENUBUHAN KELAB MEDIA DAN TEKNOLOGI

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya, Muhammad Ikram bin Mohamad


berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U. (A) 196,
yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk
menubuhkan Persatuan Usahawan Muda dan Teknologi mulai 20 Januari 2019.

2. Bersama-sama ini disertakan:

2.1 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja

2.2 Draf Perlembagaan

2.3 Draf Aktiviti Asas

3. Kerjasama daripada pihak tuan untuk meluluskan permohonan ini amat dihargai dan
diucapkan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,

...........................................................
(MUHAMMAD IKRAM BIN MOHAMAD)
Guru Penasihat,
SK Dr. Sulaiman,

s.k. PK Kokurikulum
S/U Kokurikulum

16
LAMPIRAN 6

17

You might also like