You are on page 1of 7

BAHAGIAN A: PENULISAN AKADEMIK TUGASAN INDIVIDU

(MOHD HAFIZ ALMUHAIMI BIN MOHD HALIM)

Pendidikan merupakan nadi penggerak ke arah peningkatan tamadun sesuatu bangsa.


Maju mundurnya sesebuah negara berkait rapat dengan sistem pendidikan yang diterima oleh
rakyatnya. Di negara kita, banyak perubahan dan pendekatan baru telah diterapkan dalam
sistem pendidikan selaras dengan aspirasi negara ke arah negara maju. Bermula dengan
kewujudan secara bertulis Falsafah Pendidikan Negara (FPN), diikuti pula dengan wawasan
2020 yang akan mencitrakan masyarakat Malaysia yang maju pada tahun 2020. Kemudian
tampil pula agenda pengisian yang mengemukakan cabaran-cabaran kepada para guru,
Sekolah Bestari dan Koridor Raya Multimedia.

Institusi sekolah merupakan salah sebuah organisasi yang mempunyai matlamat dan
objektif yang perlu dicapai bagi merealisasikan visi dan misi pendidikan negara. Oleh itu, bagi
memastikan institusi ini bergerak dengan berkesan, ia memerlukan individu berketerampilan
bagi mengendalikannya. Ini bermaksud bahawa kecemerlangan dan kejayaan sesebuah
sekolah adalah tanggungjawab pemimpin sekolah iaitu guru besar sebagai pentadbir. Ini
bergantung kepada pentadbir bagaimana beliau boleh menggunakan hubungan pemimpin dan
ahli, struktur tugasan dan kedudukan kuasanya untuk mewujudkan situasi sekolah berkesan
yang memberi impak kepada kecemerlangan sekolah.

Hubungan pemimpin–ahli adalah sejauh manakah pemimpin diterima dan disokong oleh
ahli. Jika ahli kumpulan yang menerima pemimpin, pemimpin akan berasa dirinya dihormati dan
diinspirasikan untuk memimpin ahli ke tahap yang lebih berkesan. Hubungan pemimpin –ahli
sangat penting dalam sesebuah pentadbiran sekolah kerana ia menjamin keharmonian dan
kecemerlangan sekolah melalui kepimpinan guru besar yang direalisasikan oleh ahli-ahlinya
yang bekerja dengan bersungguh-sungguh. Pemimpin yang baik, adil dan bertolak ansur akan
diterima dalam komuniti sekolah kerana pentadbiran sekolah sentiasa berteraskan kepada
seorang pemimpin berkesan.

Dalam banyak hal, Guru Besar sekolah ialah individu yang paling penting dan
berpengaruh di sesebuah sekolah. Dia ialah orang yang bertanggungjawab terhadap semua
aktiviti yang berlaku di sekolah. Kepimpinannyalah yang menetapkan nada sekolah, iklim
pembelajaran, tahap professionalisme dam moral guru serta darjah keprihatinan terhadap masa
depan pelajar. (Rosemblum dalam Hussein Mahmood, 1993). Menurut Ibrahim Mamat (1998),
Guru Besar ialah orang yang mengetuai atau memimpin sesebuah sekolah. Pada diri seorang
Guru Besar itu sebenarnya terdapat ciri-ciri ketua dan ciri-ciri orang tua. Sabri Salleh (1998)
menyatakan Guru Besar merupakan orang yang bertanggungjawab untuk mengambil inisiatif
bagi menggerakkan perubahan di sekolahnya.

Penampilan seorang Guru Besar yang hebat dan disegani berkaitrapat dengan stail
kepimpinan yang dipaparkan. Berdasarkan teori tingkah laku, kepimpinan yang berjaya
merupakan tingkah laku yang boleh dilatih atau dipelajari secara formal atau tidak formal. Oleh
itu, guru besar perlu bertingkahlaku baik seperti menunjuk ajar para guru di sekolah dalam hal-
hal kurikulum dan pedagogi. Beliau juga perlu memberikan semangat, mendorong dan memberi
inspirasi kepada para guru dan pelajar di bawah jagaannya supaya bekerja dan belajar
bersungguh-sungguh. Kata-kata rangsangan yang baik jika digunakan dengan sempurna sudah
pasti dapat membuka minda orang bawahan untuk meningkatkan profesionalisme serta
meningkatkan produktiviti. Elemen ganjaran atau pujian amat sesuai digunakan untuk
meningkatkan motivasi mereka. Oleh itu, guru besar sendiri perlu menunjukkan contoh tauladan
yang boleh diikuti dan disegani pleh para guru dan pelajar sekolahnya. Tugas ini merupakan
tugas pemimpin.

Peranan Guru Besar mengikut Drake dan Roe (1980) adalah functionally-dualistic;
melihat peranan Guru Besar dari dua dimensi iaitu pentadbiran-pengurusan dan pemimpin
pendidikan–pengajaran. Sebagai pentadbir dan pengurus sekolah, Guru Besar
bertanggungjawab terhadap kelicinan perjalanan sesebuah sekolah dan kemajuannya.
Manakala sebagai pemimpin pendidikan-pengajaran ialah memberi kepimpinan, galakan,
sokongan kepada guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam masa yang
sama Guru Besar perlu berusaha memimpin sekolah untuk mewujudkan persekitaran sosial
yang sihat dan memberansangkan pengajaran dan pembelajaran.

Terdapat beberapa ciri penting yang diperlukan Guru Besar bagi menjalankan kepimpinan
pengajaran dengan cara yang berkesan. Aspek itu ialah sikap, pengetahuan dan kemahiran
Guru Besar. Seorang Guru Besar tidak mungkin dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan
jika dirinya tidak mempunyai cukup pengetahuan, kemahiran dalam bidang atau tugas yang
hendak disempurnakannya. Prestasi Guru Besar dalam kepimpinan pengajaran merupakan
penggunaan pengetahuan dan kemahiran yang ada pada beliau dan ditunjukkan menerusi
tindakan atau tingkahlakunya.

Seterusnya, seorang guru besar haruslah dapat mengawal dan mendorong supaya
wujudnya suasana kerjasama dan berpasukan dalam kalangan guru dan kakitangan. Andrew
dan Soder (1987) menyatakan pemimpin pentadbiran mengambil tindakan mengarah staf,
menggunakan sumber-sumber yang ada di sekolah masing-masing supaya visi dan matlamat
sekolah dapat dicapai. Menurut Burns (1978), dalam Ainon dan Abdullah (2003), kepimpinan
yang dikemukakan oleh beliau yang mana teorinya telah disokong oleh pakar seperti Bernard
Bass (1990), mengatakan seorang pemimpin itu telah mengamalkan gaya kepimpinan
transformasi apabila dia berjaya mengubah sikap individu-individu yang dipimpinnya daripada
sikap mengutamakan kepentingan diri sendiri kepada memementingkan kelompok. Perubahan
ini terjadi apabila mereka dengan sukarela sanggup bekerja dan berjuang demi mencapai
tujuan dan matlamat organisasinya. Sebagai pemimpin pentadbiran, guru besar perlu memberi
pertolongan kepada staf kerana fungsi utama kepimpinan pentadbiran ialah untuk memudahkan
pencapaian matlamat dan objektif sekolah (Sergiovanni 1977). Ini dapat dibuat dengan
menyediakan sistem maklumat tentang dasar, peraturan dan undang-undang dan sebagainya
untuk guru-guru.

Selain itu, guru besar juga perlu mengamalkan stail kepimpinan yang lebih mengutamakan
nilai kemanusiaan seperti membina hubungan yang harmonis dengan guru, bersikap telus,
mudah didekati, kerap memberi motivasi membimbing dan member tunjuk ajar kepada guru
Bush 2003 ;Hussein Haji Ahmad 2001). Mengikut Chan Yuen Fok (2000) pula, aspirasi
pendidikan Negara tidak akan mencapai matlamat jika kepimpinan sekolah terlalu tertumpu
kepada tugas pentadbiran sahaja sedangkan bidang kepimpinan hari ini bersifat dinamik,
kompleks malah menuntut sesuatu yang lebih tinggi ( Speck 1999; Herbert 2006) dalam
menyediakan guru besar yang mampu menghasilkan guru yang komited terhadap sekolah.

Dalam konteks sekolah, guru besar merupakan individu yang penting dan berpengaruh
serta mempunyai peranan yang besar daam mewujudkan suasana pembelajaran, tahap
profesionalisme, perhubungan antara kakitangan, struktur tugasan, kedudukan kuasa dan tahap
keprihatinan mereka terhadap perubahan yang berlaku di sekolah dan persekitaran.
Guru besar haruslah berpandangan jauh, proaktif dan berani melakukan perubahan demi
kepentingan dan masa depan pelajar mengikut perkembangan dan kesesuaian zaman, dan
seterusnya membimbing dan berusaha untuk melonjakkan pencapaian sekolahnya ke peringkat
yang paling gemilang. Hussein Mahmood (1993) dan Edmonds (1979) berpendapat bahawa,
kejayaan sesebua sekolah terletak di tangan guru besar. Ini bermakna bahawa guru besar
haruslah mempunyai pelbagai kebolehan , selain daripada memiliki kebolehan mengajar yang
dapat menjadi teladan dan rujukan kepada para guru, beliau juga harus berkebolehan untuk
memotivasikan guru, staf dan pelajar supaya lebih berminat dan berkomited dengan segala
urusan dan aktiviti di sekolah.

Struktur tugasan merujuk kepada kejelasan tugas dan kejelasan peranan ahli dalam
melaksanakan tugas tersebut. Apabila tugas adalah rutin dan didefinasikan dengan jelas, ahli
mengetahui bidang tugasannya, maka situasi ini akan menyokong proses kepimpinan guru
besar. Antara struktur tugasan yang terlibat ialah penyusunan serta pembahagian tugas,
penekanan terhadap pencapaian matlamat sekolah, menghayati dan mengamalkan peraturan-
peraturan atau arahan yang ditetapkan, penghasilan kerja yang berkualiti dan budaya kerja
yang cemerlang.

Seorang guru besar yang cemerlang haruslah menetapkan orientasi tugas yng khusus.
Kesan dari orientasi tugas guru ini akan membuahkan hasil apabila pekerja akan uba
mendapatkan yang terbaik dalam dalam pekerjaan merekan dan semntara keadaan tertentu
dapat diatasi oleh kaedah yang tertentu apabila wujud beberapa ketidakstabilan dalam
pengurusan.

Selain itu, untuk mencapai kejayaan dalam organisasi, guru besar juga harus pandai
menentukan tanggungjawab seorang guru atau pengikutnya. Ini boleh dilakukan melalui
pembahagian tugas atau menurunkan kuasa kepada pihak tertentu ntuk menjalankan tugas
seorang ketua. Banyak faedah yang diperolehi oleh guru besar terutama dalam pengurusan
seperti banyak masa boleh ditumpukan untuk perkara lain bagi tugas yang lebih penting seperti
meningkatkan produktiviti organisasi, melatih dan mengurankan tekanan kepada guru-guru.
Perkara-perkara yang boleh diturunkan kuasa atau diarahkan kepada pengikut adalah seperti
menyelesaikan masalah yang ringan, kerja-kerja berkaitan laporan, tugasan rutin dan teknikal
serta tugasan yang boleh member latihan dan bimbingan mengikut kepakaran pengikut
tersebut.

Seorang guru besar yang cemerlang juga haruslah cekap dalam menyebarkan
maklumat-maklumat tertentu kepada guru-guru, kakitangan, ibubapa dan masyarakat
setempat mengenai ordinan-ordinan pelajaran, buku panduan sekolah dan surat-surat
pekeliling seperti pakaian dan persatuan. Pemimpin pentadbiran juga kadangkala berperanan
sebagai ‘resource providers’ atau brokers. Kecekapan guru besar dalam menyebarkan maklumat
kepada guru-guru, kakitangan dan pelajar sekolah amat penting bagi memastikan seluruh
warga sekolah tidak ketinggalan dalam memperoleh maklumat-maklumat penting dan terkini.

Dalam konteks pentadbiran kewangan sekolah, Guru Besar tertakluk kepada peruntukan
yang terdapat di bawah Akta Pendidikan 1961 dan Accounts & Audit Rules 1962. Guru Besar
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan kewangan. Guru Besar perlu mempunyai
pengetahuan yang mendalam dan jelas dalam pengurusan hal-hal kewangan sekolah dengan
memastikan penggunaan wang secara optima. Guru Besar perlu mengagihkan peruntukan
kewangan bagi sekolahnya untuk memenuhi keperluan kurikulum, pembelian alat dan
kelengkapan sekolah. Oleh itu, guru besar haruslah mampu mentadbir kewangan sekolah
dengan efisien agar segala sumber kewangan yang diperuntukkan mampu memberi impak yang
maksimum kepada kecemerlangan sekolah.

Sebagai pemimpin, Guru Besar juga berperanan mengetahui keperluan fizikal untuk
memenuhi segala kehendak kurikulum. Peranan utama Guru Besar ialah memastikan wujud
bilik darjah yang beriklim selesa seperti saiz bilik darjah dan ketinggian kerusi meja yang sesuai.
Segala keperluan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan kurikulum seperti alat bantu
mengajar, buku teks dan sebagainya juga perlu dititikberatkan oleh guru besar agar proses
pembelajaran di sekolah dapat berjalan dengan lancar.

Dari aspek kuasa, guru besar adalah pemimpin utama di sekolah. Seperti yang kita maklum,
pemimpin mempunyai kuasa ke atas orang bawahannya sesuai dengan struktur tugas yang
harus diselesaikan oleh kakitangannya. Salah satu syarat penting untuk paradigma tersebut
ialah adanya serangkaian ketentuan yang harus ditaati oleh orang bawahan dalam menentukan
bentuk dan tingkat peranan dala pengambilan keputusan. Maka hubungan yang wujud adalah
hubungan yang baik. Justeru kepimpinan ini boleh menghasilkan kepimpinan yang efektif di
sekolah.

Kuasa kedudukan menggambarkan sejauh mana pemimpin mempunyai keupayaan


mempengaruhi kelakuan pengikutnya atau mempunyai wibawa melalui kuasa sah, kuasa
ganjaran atau kuasa kepakaran. Selain itu, menurut Mohd Salleh Lebar (2001) kuasa ketua di
sekolah mesti digambarkan melalui kebijaksanaan guru besar pada aspek berikut seperti
menyelaras dan mengelola disiplin kakitangan mampu membuat keputusan, agen perubahan
social sekolah, pengurus pelbagai program, ketua penilai segala aspek termasuk akademik dan
bukan akademik, iklim sekolah yang sihat dan suasana persekitaran yang memberangsangkan
proses pembelajaran murid dan merancang keperluan kakitangan. Ini menunjukkan bahawa
tugas guru besar bukan setakat mengurus sekolah tetapi sebagai pembentuk budaya sekolah,
budaya murid, budaya kakitangan dan budaya profesion keguruan.

Seseorang guru besar mempunyai kuasa rasmi yang kuat untuk melantik,, mendisiplin,
menukar, dan menentukan naik pangkat seseorang guru. Disini menunjukkan, situasi
menyokong proses kepimpinan. Kedudukan kuasa yang ada pada seseorang guru besar telah
membantunya untuk meneruskan proses kepimpinan di sesebuah sekolah. Guru besar perlu
bijak menggunakan kedudukan kuasa yang ada untuk mengawal guru-guru dengan baik dan
seterusnya mewujudkan situasi kepemimpinan yang menyenangkan dalam organisasi di
sekolah. Jika terdapat guru yang tidak menjalankan tugas dengan baik tanpa mempunyai
alasan yang kukuh, guru besar boleh mengambil tindakan yang sewajarnya supaya dapat
memberi kesedaran kepada guru tersebut. Jika guru besar dapat bertindak dengan lebih bijak,
maka tidak akan lahir guru dan orang bawahan yang lain yang mengambil kesempatan tidak
melaksanakan tugasan dengan baik.

Sekiranya semua orang melaksanakan tugasan dan tanggungjawab masing di sekolah,


sudah pasti sekolah tersebut sedang memburu dan mengekalkan kecemerlangan dalam
segenap aspek. Guru-guru yang mendapat sokongan oleh guru besar dalam kenaikan pangkat
pula akan lebih bersemangat untuk melaksanakan tugas dengan lebih baik. Hal ini kerana, ia
adalah satu motivasi bagi guru-guru dan ganjaran yang positif setelah mereka melaksanakan
tugas serta peranan dengan cemerlang dan gemilang.
Kesimpulannya, melalui tiga aspek yang ditekankan oleh Fiedler iaitu hubungan
pemimpin –ahli, struktur tugasan dan kedudukan kuasa, seorang pemimpin yang berkualiti dan
berkesan akan dapat dihasilkan dalam organisasi sekolah. Mereka merupakan peneraju utama
dalam pentadbiran sekolah yang akan memastikan sekolah mencapai tahap kecemerlangan
yang sepatutnya. Seorang pemimpin yang berkesan akan mewujudkan hubungan yang baik
dengan ahlinya supaya mereka akan sentiasa mendapat sokongan daripada ahli mereka.
Struktur tugasan yang mereka sediakan untuk ahli-ahli adalah adil berkualiti membolehkan ahli-
ahli menjalankan tugas-tugas mereka tanpa soal dan berkualiti. Kedudukan kuasa yang mereka
ada juga akan memastikan semua ahli akur dengan segala permintaannya sekiranya mereka
sentiasa menjaga kebajikan ahli-ahlinya

You might also like