You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN KEAT HWA 2.

MINIT DIALOG PRESTASI PANITIA SEJARAH KALI PERTAMA 2020

TARIKH : 30 JANUARI 2020 (KHAMIS)


MASA : 2.15 - 3.30 PETANG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT

KEHADIRAN:

1. Puan Chua Seok Been (Pengetua)


2. Encik Lim Kuang Hooi (PK Pentadbiran)
3. Encik Ooi Beng Keong (PK HEM)
4. Encik Lim Seng Kong (PK Kokurikulum)
5. Puan Rosada binti Inche Hajat
6. Encik Che Zahir bin Meh / Hussin
7. Encik Muktar bin Zainol
8. Puan Chia Yin Mei
9. Puan Hasnah binti Ibrahim
10. Puan Noorhaslinda binti Ibrahim
11. Puan Zuriani binti Md.Zainol.
12. Puan Nafisah binti Mohd Akhir
13. Encik Faizal bin Md Daud

AGENDA 1: UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Puan Chua Soek Been memulakan perjumpaan dengan mengucapkan salam dan ucapan
terima kasih kepada guru-guru yang hadir.

1.2 Puan Pengetua memberitahu bahawa Dialog Prestasi perlu diadakan di sekolah
bertujuan untuk guru-guru mengetahui perkembangan pencapaian murid dari semasa ke
semasa bagi setiap tingkatan.

AGENDA 2: PERBINCANGAN DIALOG PRESTASI 2020

2.1 Keberhasilan Keputusan PT3 Subjek Sejarah.

2.1.1 Isu : Analisis keputusan PT3 2019 menunjukkan peratus lulus bagi
subjek sejarah ialah 23.65% dan merupakan peratus lulus
yang terendah berbanding subjek yang lain.

1
2.1.2 Masalah : Murid tidak menguasai soalan struktur yang berbentuk KBAT
dan soalan esei ringkas tidak dijawab dan dibiarkan kosong.

2.1.3 Punca : Murid kurang mahir menjawab soalan KBAT disebabkan oleh
murid tidak memahami akan perbendaharaan kata yang
digunakan di dalam soalan. Guru juga mempunyai kekangan
masa iaitu hanya 40 minit bagi satu sesi pdPc bagi setiap
kelas. Sekaligus guru tidak mampu untuk memberikan
penerangan secara lebih terperinci bagi meningkatkan
kefahaman murid. Kesannya pdPc menjadi agak kurang
berkesan.

2.2 Cadangan Intervensi

2.3.1 Puan Rosada memberi penekanan kepada murid dengan pemberian nota ringkas
oleh guru dan murid perlu terjemahkan pula kepada bentuk peta ithink. Bagi
menjawab soalan bahagian A, Puan Rosada telah membiasakan murid menggunakan
kata kunci ringkas yang akan memudahkan mereka menjawab soalan tersebut

2.3.2 Puan Chua mencadangkan agar Kamus Sejarah diwujudkan bagi meningkatkan
pemahaman murid. Misalnya perbendaharaan kata yang terdapat di dalam
soalan diterjemahkan semula ke dalam bahasa cina.

2.3.3 Encik Faizal mencadangkan juga kaedah pengulangan baris ayat yang ringkas
agar dapat dipraktikkan kepada pelajar kelas belakang contohnya 3K4.
Sekurang – kurangnya murid akan terbiasa untuk menulis ayat panjang.

2.2.4 Pengetua mencadangkan agar penambahan masa bagi subjek sejarah ditambah.

2.3.5 Guru juga disarankan mengubah cara penyampaian di dalam kelas dengan
menggunakan struktur ayat yang ringkas agar mudah difahami oleh pelajar.

2.3.6 Selain itu, interaksi antara guru dan murid juga harus diperbaiki bagi memupuk
komunikasi dua yang berkesan dalam menarik minat murid terhadap subjek
sejarah.

2.3 Rumusan Pengerusi Dialog:


2.4.1 Puan pengetua menyatakan bahawa penyediaan langkah intervensi amat penting
kerana ia dapat membantu guru dan murid untuk memperbaiki kelemahan yang
terdapat pada murid dengan segera.

2.4.2 Beliau mengingatkan supaya guru-guru mengenal pasti pencapaian murid serta
menyegerakan langkah-langkah intervensi yang perlu diambil untuk
memperbaiki kelemahan murid berdasarkan kelas masing- masing.

2
AGENDA 3 : UCAPAN PENANGGUHAN

3.1 Dialog Prestasi ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

…………………………………. ……………………………...

(NAFISAH BINTI MOHD AKHIR) (PUAN ROSADA BT INCHE HAJAT)


SETIAUSAHA KETUA PANITIA SEJARAH
SMJK KEAT HWA 2 SMJK KEAT HWA 2

Disahkan oleh :

………………………………….
(PUAN CHUA SEOK BEEN)
PENGETUA
SMJK KEAT HWA 2

You might also like