You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SERING

16150 KOTA BHARU, KELANTAN

MINIT MESYUARAT TRANSISI KALI PERTAMA SESI 2022

Tarikh : 25 JANUARI 2022


Tempat : Bilik Gerakan
Masa : 1.00 petang

Kehadiran :
Pn. Roslina Bt Ab Rahman - Guru Besar
En. Zakuan B Mohamed Salleh - PKP
Semua guru Tahun 1

Tidak Hadir :
Tiada

1. Perutusan PengerusI.

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli jawatankuasa ke mesyuarat Transisi kali
pertama bagi 2022.
1.2 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan ummul kitab, al-Fatihah.
1.3 Harapan daripada pengerusi agar cikgu-cikgu dapat menjalankan tugas dengan baik.

2. Perutusan Penasihat.

2.1 Penolong Kanan Kanan (PKP), En. Zakuan adalah PKP baru mengucapkan bebanyak terima kasih
kerana sudi meluangkan masa untuk mesyuarat kali ini.
2.2 Untuk tahun 2022, Transisi hadir dengan wajah baru. Bagi tahun 2022, transisi hanya
diperuntukkan selama 4 minggu sahaja.
2.3 Empat bahagian ini dibahagi pula kepada 2 bahagian.
1. Penyesuaian.
2. Persediaan.
2.4 Untuk penyesuaian ini, murid-murid diminta untuk menyesuaikan diri dengan rakan-rakan, guru-
guru dan suasana kelas.
2.5 Untuk persediaan pula, murid-murid perlu bersedia untuk melangkah ke alam persekolahan
yang sebenar. Sebanyak 10 tema disediakan untuk guru membuat persediaan untuk
berhadapan dengan murid-murid.

3. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu.

3.1 Pn. Zaleha selaku penyelaras baru Transisi bagi tahun 2022 membentangkan minit mesyuarat
yang lalu untuk disahkan. Pn. Syahida dilantik sebagai penolong setiausaha yang baru.
3.2 Pn. Hasanah mencadangkan agar minit mesyuarat yang lepas disahkan dan disokong oleh Pn.
Rosnani.

4. Bahan Pengajaran.

4.1 Tahun 2022 diperkenalkan dengan transisi 3.0.


4.2 Transisi 3.0 ini hanya berjalan selama 4 minggu saja berbanding transisi lepas selama 3 bulan.
4.3 Modul Transisi 3.0 ini tema telah disediakan sebanyak 10 tema. Guru boleh memilih mengikut
kesesuaian dan kebolehan murid-murid.
4.4 Penyelarasan transisi telah menyediakan modul untuk 2 minggu penyesuaian. 2 minggu
persediaan guru-guru boleh menyediakan mengikut tema dan kebolehan serta kesesuaian
murid-murid.

5. Hal-hal Lain.

5.1 Program Transisi sesi 2022 diharap berjalan dengan lancar.


5.2 Bahan lembaran dan lain-lain bahan yang berkaitan sepanjang program ini di letak di Bilik Guru
untuk rujukan semua guru Tahun 1.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 pagi dengan Surah A-Asr.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

___________________ ___________________________
(ZALEHA BINTI SALLEH) (ZAKUAN BIN MOHAMED SALLEH)
Penyelaras Transisi, Penolong Kanan Pentadbiran,
Sekolah Kebangsaan Sering, Kota Bharu. Sekolah Kebangsaan Sering, Kota Bharu.

You might also like