You are on page 1of 3

SCCG3143 KEMAHIRAN KOMUNIKASI KEPENGURUSAN MOHD IRWAN BIN SAMSUDIN

TUGASAN AKTIVITI ONLINE LEARNING 251259


KUMPULAN : E

CHAPTER 3
1. SENARAIKAN CIRI-CIRI ELEMEN BUDAYA YANG WUJUD DALAM
SESEBUAH ORGANISASI

Elemen Ciri-ciri
Budaya

Rite/ Istiadat Aktiviti terancang yang mengandungi berbagai bentuk budaya dalam
sesuatu peristiwa yang dilaksanakan melalui interaksi sosial dan
seringkali memberikan faedah kepada khalayak.

Perayaan Sistem yang terdiri daripada beberapa istiadat yang saling bergabung
untuk membentuk sesuatu peristiwa.

Mitos Naratif tentang peristiwa yang diimaginasikan, seringkali digunakan


untuk menjelaskan asal usul sesuatu serta merupakan kepercayaan
yang tidak boleh dipersoalkan.

Bahasa Merupakan bunyi vokal dan tulisan yang membawa makna yang
boleh difahami oleh satu sama lain

Isyarat Pergerakan bahagian badan untuk membawa makna.

Fizikal Benda-benda di sekeliling manusia, persekitaran dan memberikan


kepada mereka ransangan sementara tentang aspek-aspek budaya.

Artifak Objek material yang dihasilkan oleh manusia sebagai lambang


budaya.

2. APAKAH IMPLIKASI BUDAYA TERHADAP TATACARA BERKOMUNIKASI

a. Gaya Komunikasi
Dalam sesetengah budaya seperti budaya Barat, komunikasi bermaksud apa yang
dikatakan iaitu ‘mean what you say, say what you mean’”. Mesej yang
mengandungi fakta dan maklumat adalah benar-benar bernilai; lagi terperinci
maklumat maka lebih baiklah maklumat itu. Manakala dalam budaya lain yang
SCCG3143 KEMAHIRAN KOMUNIKASI KEPENGURUSAN MOHD IRWAN BIN SAMSUDIN
TUGASAN AKTIVITI ONLINE LEARNING 251259
KUMPULAN : E

bersifat homogeny terdapat keperluan menumpukan perhatian pada bagaimana


mesej itu disampaikan menerusi ciri nada yang berbeza-beza, mod saluran bukan
lisan, bahasa yang tidak tepat dan samar-samar bagi menyampaikan maksud
secara lebih kurang. Perkataan yang tidak diucapkan mungkin sama pentingnya
dengan perkataan yang diucapkan dalam menjalinkan dan mengekalkan
hubungan.

b. Konsep Rasa Malu dan Bersalah


Sesetengah budaya, anggota dipandu dengan perasaan malu kerana mereka
dijangka menunjukkan sensitivity social yang kuat terhadap orang lain. Perasaan
ini cenderung untuk tidak menggalakkan mereka berkelakuan tidak senonoh
disebabkan tekanan sosial yang akan menimpa kumpulan mereka. Dalam budaya
lain yang didorong oleh rasa bersalah, individu diajar supaya didorong secara
dalaman bagi mengawal nasib sendiri dan melakukan sesuatu itu mengikut
kehendak sendiri.

c. Hubungan dengan Individu Lain


Sesetaengah budaya, pertama skali kita perlu mengenal pasti bahawa asas
menjalinkan hubungan dengan orang lain seperti memupuk hubungan baik dan
mesra dengan orang lain. Mereka percaya, hanya menerusi pemahaman perasaan
pihak yang lain barulah mereka dapat hidup dan bekerja dengan aman bersama
mereka.

d. Rasa kekitaan
Sesetengah masyarakat, seseorang itu tergolong daripada sesebuah kumpulan atau
kolektiviti. Walaupun terdapat sesetengah masyarakat yang tertumpu pada
pencapaian dan kejayaan individu. Orientasi kolektivistik berkecenderungan
memberatkan kesan kelakuan seseorang ke atas orang lain. Mereka sanggup
mengorbankan kepentingan peribadi demi pencapaian kepentingan kolektivistik
dan harmoni. Manakala pendekatan individualistic lebih menjadikan seseorang itu
lebih memberatkan kelakuan, keperluan , kepentingan dan matlamatnya.

e. Menjaga Maruah
Sifat menjaga maruah penting dalam menjalinkan hubungan dan mengekalkan
harmoni sosial bermakna menjaga muka dan tidak mengaibkan orang lain. Ia
berkait dengan rasa yang membawa kepada kehilangan maruah keluarga.
SCCG3143 KEMAHIRAN KOMUNIKASI KEPENGURUSAN MOHD IRWAN BIN SAMSUDIN
TUGASAN AKTIVITI ONLINE LEARNING 251259
KUMPULAN : E

Mengalakkan harmoni dan menunjukkan penghormatan biasanya menunjukkan


cara bagi mengekalkan hubungan antara orang ramai.

You might also like