You are on page 1of 3

KETERANGAN MENGENAI LAPISAN MAKLUMAT DI DALAM CPS

INDEKS NAMA LAPISAN PENERANGAN


A Addendum Zon Guna Merujuk kepada kelulusan Perintah Pembangunan
Tanah yang tidak selaras dengan zon guna tanah dan
intensiti pembangunan PBRKL 2020.

K Koridor Tepian Merujuk kepada kawasan di mana keperluan


Sungai untuk koridor tepian sungai akan dikenakan ke
atas cadangan pembangunan. Keperluan koridor
tepian sungai ini bertindih dengan Zon Guna
Tanah.

L Lot Kadaster JUPEM Merujuk kepada lot-lot tanah yang telah diukur
halus oleh JUPEM yanh mengandungi
maklumat berkaitan lot seperti nombor lot,
negeri, daerah, mukim dan lain-lain.

Laluan MRT 1 Merujuk kepada rangkaian laluan MRT 1.

Laluan Monorel Merujuk kepada rangkaian laluan Monorel.

Laluan LRT Merujuk kepada rangkaian laluan LRT.

Laluan ERL-KLIA Merujuk kepada rangkaian laluan ERL- KLIA.

Laluan KTM Merujuk kepada rangkaian laluan KTM.

Lebuhraya Merujuk kepada rangkaian lebuh raya sedia ada.

M MRT Rezab Merujuk kepada tanah-tanah yang terlibat


Pengambilan Tanah dalam rezab pengambilan tanah MRT.

P Peta Indeks Memaparkan nombor indeks yang merujuk


kepada helaian peta-peta mengenai
pengezonan dan intensiti didalam dokumen
PBRKL 2020 Jilid 2.

R Rezab SMART Merujuk kepada jajaran rezab SMART Tunnel.


Tunnel

Sempadan WPKL Merujuk kepada garisan sempadan WPKL yang


menentukan had kawasan pentadbiran DBKL.

1
INDEKS NAMA LAPISAN PENERANGAN
Sempadan Parlimen Merujuk kepada garisan yang menentukan had
sempadan kawasan yang ditetapkan oleh SPR.

Sempadan Zon Merujuk kepada kawasan persempadanan


Strategik mengikut enam (6) zon strategik Pelan Struktur
Kuala Lumpur 2020 (PSKL 2020).

Sempadan Kawasan Merujuk kepada kawasan persempadanan bagi


Perancangan pengurusan kawalan perancangan di Kuala
Lumpur yang terdiri daripada 10 kawasan
perancangan.

Stesen Rel Merujuk kepada stesen @ terminal bagi


pengangkutan rel seperti LRT, KTM, MRT,
Monorel.

Z Zon Guna Tanah dan Merujuk kepada kawalan terhadap kegunaan


Intensiti tanah dan bangunan yang terdapat di dalam Zon
Guna Tanah yang mengandungi maklumat
kegunaan tanah yang ditetapkan untuk setiap plot
tanah di Kuala Lumpur. Ini termasuk tanah
dizonkan untuk kediaman, perdagangan,
pembangunan bercampur, perindustrian, taman
teknologi, kawasan lapang awam, kawasan
lapang swasta, kemudahan awam dan zon guna
tanah lain.

Zon guna tanah ini perlu dibaca bersama-sama


dengan Kaedah - Kaedah (Perancangan)(Kelas
Kegunaan Tanah dan Bangunan) Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur 2018 yang boleh
dicapai modul peta.

Peta ini juga memaparkan maklumat mengenai


intensiti pembangunan di sesuatu plot tanah.
Intensiti yang ditetapkan adalah kepadatan
maksimum yang dibenarkan bagi tanah yang
dizonkan sebagai kediaman dan nisbah plot
maksimum yang dibenarkan bagi tanah yang
dizonkan sebagai perdagangan, pembangunan
bercampur, industri dan institusi.

Zon Warisan Merujuk kepada tanah dan bangunan di kawasan


tertentu yang tertakluk kepada dasar dan garis
panduan tambahan dalam memastikan
pembangunan di kawasan ini dijalankan dengan

2
INDEKS NAMA LAPISAN PENERANGAN
mengambil kira bentuk, karakter dan skala tapak
serta bangunan bersejarah sedia ada.

Zon warisan termasuk kawasan yang mempunyai


nilai estetik, bersejarah, kepentingan budaya atau
kepentingan lain untuk generasi Kuala Lumpur.

Zon Kawalan Merujuk kepada kawalan lapisan tambahan


Ketinggian terhadap ketinggian bangunan baru yang
terletak dalam zon kawalan ketinggian yang
ditetapkan di Bandar Raya.

Zon Perancangan Merujuk kepadan lapisan kawalan tambahan


Transit terhadap stesen transit yang ditetapkan di mana
intensifikasi pembangunan bagi kawasan di
dalam zon perancangan transit (iaitu 400 meter
radius dari stesen transit) dibenarkan.

SENARAI MUKIM DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

BIL. NOMBOR BANDAR/PEKAN/MUKIM


1. 01 Mukim Ampang
2. 02 Mukim Batu
3. 03 Mukim Cheras
4. 04 Mukim Hulu Kelang
5. 05 Mukim Kuala Lumpur
6. 06 Mukim Petaling
7. 07 Mukim Setapak
8. 44 Mukim Bandar Kuala Lumpur
9. 55 Mukim Bandar Petaling Jaya
10. 66 Mukim Bandar Baru Sg. Besi
11. 72 Mukim Pekan Kepong
12. 73 Mukim Pekan Kuala Pauh
13. 74 Mukim Pekan Petaling
14. 76 Mukim Pekan Sg. Penchala

You might also like