You are on page 1of 11

LAPORAN REFLEKTIF

LAPORAN BINA INSAN GURU 2019

PENGENALAN

Pada 17 hingga 21 September yang lalu, pelajar-pelajar guru PISMP ambilan Jun
2017 telah selesai menjalani aktiviti Bina Insan Guru (BIG) bertempat di Kem PLKN White
resort yang bertempat di Balik Pulau. Ini merupakan pengalaman baharu dan berharga yang
tidak mungkin saya peroleh untuk seumur hidup saya. Apabila saya dan rakan-rakan tiba di
destinasi di sana, kami terus dibahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan 1 dan kumpulan
2. Kumpulan 1 terdiri daripada pelajar-pelajar guru kelas Sains manakala kumpulan 2 terdiri
daripada kelas Matematik dan Pendidikan Tamil. Dalam penulisan ini, saya akan
mengemukakan laporan reflektif dan analisis swot yang menerangkan aspek kekuatan,
kelemahan, peluang dan ancaman sepanjang saya menjalani program BIG ini.

HARI PERTAMA : Selasa

TARIKH : 17 September 2019

Kami telah memulakan perjalanan dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau
Pinang tepat pada jam 8.00 pagi selepas kami menjalani sesi gotong-royong mengangkat
barang-barang keperluang Bina Insan Guru (BIG) ke dalam bas . Kami bekerjasama bagai
aur dengan tebing sepanjang gotong-royong itu berlangsung.

Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 1 jam itu telah membawa kami ke
destinasi yang ditujui iaitu Kem PLKN White Resort. Sampai sahaja kami di destinasi, kami
diberi tempoh hampir setengah jam untuk mengeluarkan barang-barang dari dalam bas dan
sarapan pagi. Setelah itu, kami semua akan bertolak ke pantai teluk bayu untuk
melaksanakan aktiviti ‘water confident’. Kami dibekalkan Buoyancy aid (BA) sebelum
memasuki air laut. Sebelum memasuki air laut kami telah diajar teknik untuk berenang
daripada fasilitator iaitu pelajar guru semester 7 yang mengambil kursus renang. Aktiviti
yang memakan masa lebih kurang 2 jam ini telah mengajar kami tentang ilmu-ilmu yang
baharu tentang aktiviti yang berkonsepkan air. Aktiviti bermula dengan taklimat keselamatan
dan tatacara pemakaian buoyancy aid. Aktiviti ini benar-benar menguji ketahanan fizikal
kami sebelum bergelar seorang pendidik kepada anak-anak bangsa suatu hari nanti. Semua
pelajar guru seronok dengan ilmu baharu yang berkonsepkan aktiviti air berkenaan.

Selesai sahaja kami bermain air laut, kami bertolak pulang ke kem. Setelah itu, kami telah
diarahkan untuk membina khemah sebagai tempat untuk berteduh walaupun begitu semasa
kami membina khemah terdapat pencemaran udara iaitu jerebu yang menghalang kami

1
LAPORAN REFLEKTIF

untuk merasai pengalaman untuk tidur di dalam khemah. Oleh disebabkan itu, untuk
menjaga kesihatan kami semua telah ditempatkan di dalam asrama sebagai tempat
penginapan kami. Setelah selesai proses menguruskan diri di sini, kami semua diberi rehat
kerana pada sesi malam akan diadakan sesi ice breaking antara kesemua peserta. Kami
semua berasa sangat terhibur dengan aktiviti yang dijalankan kerana aktiviti sebegitu
mampu mengeratkan hubungan silaturahin antara kami pelajar-pelajar guru IPG Kampus
Pulau Pinang.

Aktiviti semasa melakukan aktiviti water confident

Aktiviti ini semasa kami sedang membina khemah

2
LAPORAN REFLEKTIF

HARI KEDUA : Rabu

TARIKH : 18 September 2019

Pada hari kedua kami akan membuat aktiviti Interaksi bersama sekolah dan khidmat
komuniti di sekolah. Saya sebagai salah seorang daripada ahli kumpulan 2 telah dihantar ke
Sekolah Kebangsaan Kongsi di Balik Pulau bagi menjalani program khidmat komuniti di
sana.

Sepanjang keberadaan kami di sekolah berkenaan, kami telah mengeratkan


hubungan persaudaraan antara pelajar-pelajar guru dengan warga sekolah berkenaan.
Kami juga menghasilkan mural pada dinding-dinding di sekolah berkenaan. Berpandukan
kapten kumpulan saya iaitu saudara Ali Imran Bin Omar, beliau telah membahagikan kami
kepada 2 kumpulan kecil bagi menjalani proses menghasilkan mural di sekolah berkenaan.
Kami bersyukur, berkat kesabaran selama 5 jam di sana membuahkan hasil lumayan
apabila kami berjaya menghasilkan 5 dinding dengan lukisan mural yang menarik. Saya juga
berbangga kerana mempunyai sahabat-sahabat bakal guru yang kreatif di mana mampu
menghasilkan mural-mural yang cantik. Program kami berakhir dengan ucapan terima kasih
dan Sijil penghargaan daripada sekolah berkenaan.

Gambar ini merupakan sebahagian daripada peserta kelas Matematik yang diambil selepas
proses melukis mural.

Pada waktu malam selepas selesai menunaikan solat fardhu Isya’, kami telah menjalani
aktiviti LDK pembinaan guru seimbang dan Akauntibiliti. Kami melaksanakan pelbagai

3
LAPORAN REFLEKTIF

aktiviti dalam kumpulan seperti membina peta minda menggunakan kertas mah-jong. Aktiviti
ini memerlukan kami untuk bekerjasama secara kumpulan kerana tempoh masa yang
diberikan hanyalah singkat sahaja.

HARI KETIGA : Khamis

TARIKH : 19 September 2019

Aktiviti pada hari ketiga bermula dengan sesi tazkirah yang disampaikan oleh
saudara Ahmad Arsyad Bin Nordin di surau yang menyentuh permasalahan disiplin yang
boleh memberi kesan kepada kita sebagai pelajar guru di IPG Kampus Pulau Pinang.
Kesemua pelajar lelaki dan perempuan mendengar tazkirah yang disampaikan dengan
khusyuk dan sesi soal jawab telah dilaksanakan oleh beliau bagi memberi ruang kepada
peserta-peserta lain untuk bertanya jika mempunyai sebarang masalah.

Setelah sesi tazkirah berakhir, kami telah diarahkan untuk berkumpul di dataran
untuk mendengar taklimat sebelum bergerak ke lokasi yang telah ditetapkan oleh pensyarah
penyelaras. Beliau telah memaklumkan bahawa kumpulan 2 akan melaksanakan aktiviti
berakit dan berkayak serta abseling. Sememangnya kedua-dua aktiviti ini adalah aktiviti
berisiko. Walaubagaimanapun, berkat kesabaran yang ditunjukkan para pelajar, kami
berjaya mengharunginya dengan jayanya.

Bagi pendapat peribadi, aktiviti menghasilkan kayak merupakan aktiviti yang pertama
kali saya laksanakan bagi seumur hidup saya manakala abseling adalah aktiviti kali kedua
saya jalankan selepas Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang lalu. Berdasarkan
aktiviti berkayak tersebut, kami telah diberikan masa yang singkat iaitu sekitar 40 minit bagi
menghasilkan sebuah kayak yang boleh menampung sesuatu ahli kumpulan yang terdiri
daripada 10-11 orang ahli. Namun berkat kerjasama yang diberikan setiap ahli, maka kami
mampu menghasilkan rakit dengan tiub tayar dan beberapa paip pvc. Saya bersyukur
dikurniakan ahli-ahli kumpulan yang mempunyai komitmen yang tinggi dalam gerak kerja
berkumpulan. Kami dapat menyaksikan bahawa rakit kami merupakan rakit yang paling
stabil terapung di atas air dan rakit yang paling kemas dari segi ikatan.

Pada sebelah malamnya, slot LDK kesantunan berbahasa dan pengucapan awam
telah disampaikan oleh Ketua Jabatan HEP iaitu Encik Azam. Beliau banyak memberi
nasihat serta kritikan yang membina tentang teknik penyantunan berbahasa. Saya tertarik
dengan peribahasa yang selalu digunakan di dalam slot tersebut iaitu ‘orang berbudi kita
berbahasa orang memberi kita merasa’.

4
LAPORAN REFLEKTIF

Gambar ini semasa kami sedang membina rakit

Gambar ini semasa saya sedang berabselling

5
LAPORAN REFLEKTIF

HARI KEEMPAT : Jumaat

TARIKH : 20 September 2019

Seperti biasa, aktiviti bermula dengan slot tazkirah yang telah disampaikan oleh
saudara Hafizul helmi yang menyentuh aspek ibu bapa yang banyak berkorban demi melihat
kita menjadi insan yang berguna. Slot tazkirah pada pagi berkenaan amat menyentuh jiwa
kami dan ada beberapa orang pelajar guru wanita yang menitiskan air mata mengenangkan
pengorbanan ibu bapa yang tinggi menggunung yang tidak mampu kita balas.

Pada jam 8 pagi, kami telah bergegas ke dataran bagi mendengar taklimat yang
menyentuh perkara keselamatan dan kerjasama kumpulan sebelum aktiviti Kembara
bermula. Bagi pendapat peribadi, aktiviti yang memakan masa selama 5 jam ini merupakan
suatu aktiviti yang paling mencabar yang menguji ketahanan fizikal, emosi dan mental kami
sebagai bakal-bakal pendidik anak bangsa. Aktiviti ini mempunyai tahap kesukaran yang
tersendiri iaitu bermula dengan berjalan kaki sekitar 2 kilometer di dalam hutan yang
keadaan tanah yang masih lembap akibat hujan. Hal ini benar-benar membuatkan kami
semua keletihan dengan aktiviti yang dijalankan. Bahagian mendaki bukit merupakan salah
satu aktiviti yang mencabar kerana dengan keadaan fizikal bukit yang licin meningkatkan
lagi cabaran kami untuk sampai ke destinasi yang ditujui. Kami bersyukur berkat keyakinan
diri daripada semua pelajar guru, kami berjaya menamatkan aktiviti ini sekitar jam 11.30
pagi. Benarlah mutiara kata yang telah disampaikan Nick Vujicic, ikon kelainan upaya yang
menyatakan bahawa, “Life is choice, better or bitter. If you choose better, forget bitter”.
Setelah selesai kami melaksanakan aktivitti kembara dalam hutan, kami melaksanakan
aktiviti yang bernama ‘air frame’ iaitu sesuatu aktiviti yang memerlukan kerjasama antara
sepasukan ketika ingin mengerakkan huruf ‘A’ gergasi yang berada di tengah-tengah yang
sekelilingnya diikat dengan tali yang akan berfungsi untuk menarik huruf ‘A’ gergasi supaya
bergerak ke garisan penamat. Akttiviti semakin rancak apabila aktiviti tersebut dilaksanakan
dalam bentuk pertandingan antara kumpulan 1 dan juga 2. Kami bekerjasama sebaik
mungkin untuk memenangi pertandingan tersebut dan hasilnya kumpulan 2 memenangi
pertandingan tersebut. Pada sesi petang pula, kami telah diberi ruang dan masa untuk
merancang suatu persembahan untuk malam kebudayaan iaitu malam terakhir kami berada
di sana.

6
LAPORAN REFLEKTIF

Aktiviti kembara di dalam hutan

7
LAPORAN REFLEKTIF

Aktiviti ‘Air Frame’

HARI KEDUA : SABTU

TARIKH : 21 Sebtember 2019

Pada hari ini, semua pelajar mempunyai perasaan yang bercampur baur kerana hari
ini merupakan hari terakhir kami mengikuti program BIG di bawah kelolaan Unit Kokurikulum
IPG Kampus Pulau Pinang. Aktiviti hari tersebut bermula dengan sesi refleksi yang
dijalankan secara individu yang dijalankan mengikut kelas masing-masing. Saya berasa
bangga kerana dapat melihat rakan-rakan sekelas saya mempunyai tahap keyakinan diri
yang tinggi dalam menyampaikan refleksi di hadapan pensyarah kami.

Aktiviti BIG berakhir dengan Majlis Perasmian Penutupan yang telah disempurnakan
oleh Encik Nordin bin Sadali, Ketua Unit Kokurikulum IPG Kampus Pulau Pinang. Encik
Nordin bin Sadali berbangga dengan pelajar-pelajar guru PISMP ambilan Jun 2017 dengan
gerak kerja ahli jawatankuasa BIG yang terdiri daripada palajar-pelajar guru. Beliau
melemparkan kata-kata semangat kepada kami sebagai inspirasi kepada kami sebagai
bakal pendidik yang akan mencorakkan anak bangsa suatu hari nanti.

Gambar diambil selepas program BIG tamat

8
LAPORAN REFLEKTIF

ANALISIS SWOT

Kekuatan.

Berdasarkan perspektif peribadi saya, kekuatan yang dapat diwujudkan melalui


aktiviti BIG ini adalah semangat kerjasama. Ini dibuktikan melalui penghasilan lukisan
mural di Sekolah Kebangsaan Kongsi di Balik Pulau. Walaupun kami hanya diperuntukkan
masa sekitar 4-5 jam, kami mampu menyiapkannya dalam masa yang sigkat dan lukisan
yang dihasilkan juga menarik dan cantik. Ini juga menunjukkan para peserta juga
mempunyai kepakaran dan kreatif dalam menghasilkan mural. Ini juga dapat dibuktikan
melalui aktiviti Kembara. Semangat berpasukan atau kerjasama dalam kumpulan berjaya
dibentuk dan dibuktikan apabila kami dapat menyelesaikan aktiviti sedemikian dengan
pantas walaupun keadaan hutan pada waktu itu licin dan basah akibat hujan yang melanda
pada malam sebelumnya. Menurut pensyarah penyelaras BIG, beliau berpuas hati dengan
semangat kerjasama yang ditunjukkan semua ahli. Selain itu, nilai-nilai keguruan dapat
dipupuk melalui program bina insan guru ini. Ini dapat ditonjolkan melalui slot Latihan Dalam
Kumpulan (LDK) yang bertemakan pengucapan awam dan Kesantunan Berbahasa. Melalui
LDK ini, kami didedahkan dengan tatacara menyampaikan ucapan di khalayak ramai
dengan protokol yang betul. Di samping itu, program ini juga dapat membentuk keyakinan
dalam diri peserta. Ini dapat dilihat melalui aktiviti Kembara yang mencabar fizikal dan
mental kami sebagai peserta BIG. Malalui aktiviti ini, saya dapat melihat kesemua peserta
mempunia keyakinan dengan diri sendiri untuk sampai ke destinasi yang ditujui. Mereka
sanggup mendaki bukit yang mempunyai bentuk fizikal muka bumi yang licin. Seterusnya,
komitmen yang ditunjukkan oleh para peserta melancarkan lagi perjalanan program ini.
Bagi pendangan saya, saya melihat semua peserta memberikan komitmen yang tinggi
sewaktu menjalankan aktiviti yang bermula dari hari pertama sehingga hari terakhir.

Kelemahan.

Bagi aspek kelemahan, saya melihat guru-guru di Sekolah Kebangsaan Kongsi


kurang memberi perhatian dan pemantauan sewaktu aktiviti interaksi bersama sekolah
dijalankan. Ini terbukti pada hari kedua kami menjalankan aktiviti di sekolah berkenaan, saya
mendapati warga sekolah khususnya guru-guru kurang memberi layanan dan perhatian
kepada kami yang menjalankan aktiviti di sana. Kami hanya melihat seorang sahaja guru
perempuan yang sentiasa memantau aktiviti-aktiviti sepanjang kami berprogram di sana. Di
samping itu, saya berpendapat bahawa masa yang diperuntukkan terlalu singkat untuk

9
LAPORAN REFLEKTIF

melaksanakan semua aktiviti dengan sempurna. Ini dapat dilihat melalui semua aktiviti yang
dijalankan sepanjang keberadaan kami di sana. Contohnya, Masa yang diperuntukkan untuk
aktiviti air terlalu singkat dan ini membuatkan ilmu yang disampaikan kepada kami juga tidak
menepati piawaian yang sebenar. Ini juga dapat dilihat melalui slot LDK yang bertemakan
Kemahiran Berbahasa dan Pengucapan Awam. Sememangnya slot itu penting kepada kami
selaku bakal pendidik. Akan tetapi masa yang diperuntukkan untuk slot tersebut hanya
sekitar 1 jam 30 minit sahaja. Maka ilmu yang disampaikan sewaktu aktiviti tersebut tidak
dapat diperoleh dengan sempurna. Lantaran itu, saya juga mendapati kami kurang dari
aspek kemahiran dalam menguruskan aktiviti-aktiviti yang melibatkan murid-murid
sekolah. Saya melihat perkara sedemikian apabila terdapat sedikit kekangan daripada
aktiviti interaksi bersama murid-murid sekolah. Sesetengah aktiviti dan permainan yang
dijalankan kurang mengasah kemahiran berfikir murid-murid. Kami sepatutnya merancang
aktiviti atau permainan yang berunsurkan kemahiran berfikir yang menepati pembelajaran
abad ke-21.

Peluang.

Bagi aspek peluang, saya merasakan aktiviti BIG yang dijalankan ini menjadi satu
platform kepada kami selaku bakal-bakal pendidik. Ini kerana aktiviti-aktiviti yang
dijalankan menguji ketahanan fizikal dan mental kami selaku bakal pendidik. Ini kerana
murid-murid yang lahir dalam dunia teknologi hari ini mempunyai seribu satu masalah yang
perlu ditanggani oleh guru-guru untuk masa yang akan datang. Jadinya, saya bersyukur
kerana dapat melibatkan diri sebagai peserta BIG dan sedikit sebanyak mampu mengasah
ketahanan fizikal dan mental saya. Saya juga berpeluang untuk menggunakan peralatan
yang tidak pernah saya jumpa seperti Bouyancy aid dan peralatan-peralatan abselling. Kami
bersyukur kerana tiada sebarang kerosakan langsung terhadap semua fasiliti yang
digunakan dan kami dapat menggunakannya tanpa sebarang halangan. Seterusnya, kami
juga dibimbing barisan pensyarah atau jurulatih yang berpengalaman dari Unit
Kokurikulum IPG Kampus Pulau Pinang. Perkara sedemikian tidak dapat dinafikan lagi
apabila saya melihat daripada pasangan mata kasar ini bahawa kesemua jurulatih yang
terlibat merupakan orang-orang yang hebat dan berpengalaman. Ini termasuklah aktiviti dari
aspek fizikal mahupun LDK.

Ancaman.

10
LAPORAN REFLEKTIF

Bagi pandangan saya, saya merasakan sepanjang kami berkampung 5 hari 4 malam
di sana, saya merasakan kami kurang berhadapan dengan ancaman. Walaubagaimanapun,
saya merasakan ancaman yang utama adalah bentuk fizikal muka bumi yang agak licin.
Ini merupakan ancaman kepada kami untuk menjalani aktiviti Kembara pada hari keempat di
sana. Bentuk fizikal muka bumi yang agak licin telah membuatkan destinasi yang kami tujui
itu mencabar. Selain itu, saya juga berhadapan dengan ancaman masalah kesihatan. Ini
terjadi kepada diri saya semasa saya hari kedua program tersebut berlangsung di mana
saya berhadapan dengan masalah demam dan batuk. Ini sedikit sebanyak telah memberi
gangguan kepada saya untuk menjalani aktiviti BIG pada hari berkenaan dengan sempurna.

11

You might also like