You are on page 1of 1

Faktor Sosial

Faktor sosial merujuk kepada pembinaan peraturan, prosedur semasa


menjalankan aktiviti, interaksi sosial dan rutin bilik darjah. Bilik darjah
melibatkan interaksi antara guru, pelajar dan bahan. Interaksi yang baik
antara pelajar dengan pelajar dan guru dengan pelajar akan menghasilkan
suasana bilik darjah yang harmoni. Oleh itu, prosedur dan peraturan harus
ditetapkan dalam memastikan iklim bilik darjah yang ideal.  Pembinaan
peraturan amat penting dalam memberikan gambaran jelas mengenai
tingkahlaku yang diharapkan semasa di bilik darjah. Contohnya, “dilarang
berbuat bising semasa di dalam bilik darjah”, “hormati orang lain” dan
sebagainya dapat memberikan mesej yang melatih tanggungjawab sosial
pelajar. Jika pelajar mengikuti peraturan yang telah ditetapkan, maka iklim
bilik darjah akan menjadi kondusif untuk proses P&P kerana mempunyai
kawalan kelas yang baik. Peraturan bilik darjah juga dapat membantu
mengalakkan interaksi antara pelajar dan persekitaran yang kondusif untuk
belajar (Levin & Nolan, 1994). Hubungan antara dua atau lebih orang boleh
dipengaruhi oleh peraturan dalam satu operasi (Wragg, 1994). Interaksi
antara pelajar boleh dipupuk melalui pembinaan peraturan bilik darjah.
Menurut Jones & Jones (1995), langkah pertama dalam merangka peraturan
bilik darjah ialah untuk mengalakkan para pelajar berbincang untuk merangka
peraturan bilik darjah yang boleh dipatuhi oleh semua pelajar. 

Selain itu, prosedur aktivti yang dijalankan dalam bilik darjah boleh
meransang interaksi sosial pelajar. Contohnya, aktiviti perbincangan, kaedah
Jigsaw, menjalankan eksperimen dan kerja berkumpulan boleh membantu
perkembangan sosial pelajar dan kawalan kelas. Semasa menjalankan aktiviti
dalam bilik darjah, guru perlu menetapkan rutin atau perkara yang boleh
dilakukan oleh pelajar. Contohnya, semasa menjalankan aktiviti berkumpulan,
guru menetapkan bahawa pelajar hendaklah melibatkan diri secara aktif dan
memberikan kerjasama, tidak boleh merayau-merayau semasa berjalan
aktiviti serta cara untuk mendapatkan bahan pembelajaran.

You might also like