You are on page 1of 5

Justifikasi rancangan pengajaran Individu (RPI)

1.0 Masalah yang dihadapi oleh murid

Mohammad Azeem Hadi Bin Zainal merupakan murid inklusif yang menghidap
masalah pendengaran. Beliau menghadapi masalah ini sejak tadika lagi. Hal ini
menyebabkan beliau tidak fokus dalam sesi Pengajaran dan pembelajaran semasa
di dalam kelas. Dalam ujian Matematik beliau selalu mendapatkan markah yang
rendah setiap kali ujian tahunan. Murid ini juga mempunyai masalah komunikasi
dengan rakan-rakan dan guru. Oleh itu, murid ini perlu diberikan bimbingan dan
bahan bantu mengajar yang sesuai untuk memudahkan Azeem dalam
pembelajarannya di sekolah.

2.0 Ciri-ciri bahan

Ciri-ciri yang terdapat pada bahan bantu mengajar adalah bahan bantu mengajar ini
dalam bentuk ICT. Saya menggunakan bahan ICT adalah kerana untuk
merealisasikan hasrat kerajaan iaitu PAK-21. Bahan bantu mengajar ini juga
melibatkan visual yang sesuai dengan murid mempunyai masalah murid kurang
upaya pendengaran. Hal ini kerana, murid mempunyai masalah pendengaran akan
memahami lagi sekiranya mereka melihat bahan bantu mengajar secara visual dan
hands on. Pergerakan dalam slide juga ada diletakkan supaya memudahkan murid
yang mengalami masalah pendengaran ini dapat menarik minat mereka
menggunakan slide “Bentuk 3d dan 2d mudah”.

3.0 Penggunaan video

Menggunakan video bentuk 3d dan 2d semasa set induksi supaya murid yang
mengalami masalah pendengaran dapat menggambarkan konsep yang akan diajar
oleh guru.
4.0 Langkah-langkah aktiviti yang dijalankan

Untuk langkah yang pertama guru akan menayangkan video kepada murid untuk
sesi awal. Hal ini kerana dengan menunjukkan video yang sesuai kepada murid
akan menimbulkan minat mereka untuk belajar hingga akhir sesi kelas guru.
Tayangan video juga mampu menimbulkan minat yang mendalam kepada murid-
murid kuhusus murid yang inklusif. Seterusnya, untuk langkah yang kedua guru
akan menggunakan Slide yang menarik untuk akiviti kedua. Iaitu menggunakan slide
dari powerpoint untuk mengajar murid inklusif. Bukan sahaja inklusif namun murid-
murid yang lain juga boleh mempelajari juga. Aktiviti ini dilakukan dalam 20 minit ke
30 minit sahaja, kerana jika murid hanya bermain dengan satu benda sahaja sudah
pasti mereka akan bosan. Jadi, dalam beberapa minit sahaja sudah cukup memadai.
Untuk aktiviti ini, Guru haruslah memimbing murid inklusif untuk menjawab atau buat
dalam slide yang diberikan. Untuk aktiviti ini juga murid-murid akan menggunakan
sebuah komputer riba setiap seorang di Makmal komputer. Hal ini kerana, murid
amat suka jika aktiviti itu berkait rapat dengan permainan hands on. Seterusnya,
aktiviti mengenal pasti bentuk-bentuk 3 dimensi dan 2 dimensi dengan bimbingan
guru. Untuk aktiviti ini, guru akan menggunakan bahan maujud yang telah ada di
sekeliling murid. Contohnya, bola jadi murid-murid akan tahu, bola adalah bentuk
sfera. Seterusnya, Guru akan bimbing mereka untuk menamakan Bentuk 3d dan 2d.
Contohnya, guru akan menunjukkan gambar 3d dan 2d di hadapan murid. Selepas
itu, murid akan menamakan bentuk-bentuk mengikut kategori. Dan yang terakhir
sekali, adalah dengan memberikan lembaran kerja yang khas kepada murid-murid
yang berkeperluan khas. Dengan ini, murid akan sentiasa ingat apa yang diajar oleh
guru pada sesi kelas yang serterusnya.
4.0 Lampiran

Gambarajah di atas adalah gambaran mengenai slide “bentuk 3d dan 2d mudah”


Rujukan

Ang Huat Bin. (1999). Konsep dan Kaedah Penganjaran Dengan Penekanan
Pendidikan Inklusif. Selangor: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd
Fay, J.dan Funk, D. (1995). Teaching With Love and Logic. The Love and logic
Press:USA.

K.A. Razhiyah. (2006). Anak Istimewa Panduan Bagi Ibu Bapa Membesarkan Anak
Istimewa. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

K.A. Razhiyah. (2008). Apa Itu Autisme. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing
Sdn. Bhd.

K.A. Razhiyah. (2008). Menjadi Guru Pendidikan Khas. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Kamaruddin Hj. Husin. (1988). Panduan Latihan Mengajar. Kuala Lumpur : longman
Sdn. Bhd

Mohd Sharani Ahmad. (2006). Mengurus Kanak-kanak Susah Belajar. Kuala


Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2010). Perkembangan kanak-Kanak. Selangor: Penerbitan


Multimedia Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2011). Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Nik khairun Nisa Abu Bakar. (2004). Kelas Inklusif : Kesediaan, Kesesuaian dan
keberkesanan program bagi murid PKBK SK taman Sri Mawar. Prosiding
Seminar Kajian Tindakan Guru- Guru Negeri Sembilan Darul Khusus kali
kedua. M.s 83-86

Omardin Ashaari. (2009). Pengurusan Sekolah Suatu Panduan Lengkap. Kuala


Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Sheila Devaraj, Samsilah Roslan. (2006). Apa Itu Disleksia? Panduan Untuk Ibu
Bapa, Guru dan Kaunselor. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.
Bhd.

You might also like