You are on page 1of 1

Sejarah Pengenalan Penglipur Lara Di Malaysia

Mohd Taib Osman 1991 dalam 'Pengkajian Sastera Rakyat Bereorak Cerita' masyarakat yang
bertamadun tinggi sekalipun, cerita rakyat dihargai sebagai warisan bangsa, dan lebih daripada
sastera Moden ciptaan individu, cerita rakyat dianggap dapat mewakili roh atau jiwa sesuatu bangsa.
Dalam abad ke 20, apabila api Nasionalisme sedang bertiup, sastera rakyat merupakan salah satu
titik pengembelengan bagi menyemarakkannya. Dalam masyarakat yang belum mencapai tamadun
yang tinggi atau yang masih buta huruf, seni sastera ini masih dalam bentuk lisan lagi. Dalam konteks
inilah sastera rakyat wujud dalam bentuknya yang asli terutama dari segi fungsinya.

Penulis menyatakan bahawa Penglipur Lara telah wujud pada abad ke 20 di Tanah Melayu. Menurut
Prof. Oulam dan Sarwar Yusoff (1997) dalam 'Persembahan Seni' menyatakan di Malaysia terdapat
enam jenis penglipur lara. Di bahagian utara semenanjung dikenali sebagai Selampit iaitu di negeri
Perlis dan Kedah. Penglipur Lara 6 Selampit menggunakan gendang keling semasa persembahan
dijalankan. Selain itu Awang Batil terdapat di negeri Perlis dan Langkawi, persembahan yang
dilakukan adalah berbentuk dikir, puisi lisan dan pertuturan biasa. Persembahan Awanag BatH
menggunakan alat yang diberi nama bath iaitu sebagai (tempat tadahan air). Manakala di Kelantan,
Pattani dan Perlis dikenali sebagai Tarik Selampit menyampaikan nyanyian, dikir dan pertuturan
biasa, persembahan ini menggunakan rebab.

Selain itu tukang cerita di negeri Pahang dan Terengganu lebih terarah kepada bentuk nyanyian iaitu
tukang cerita tersebut menyampaikan nyanyian dan dikir semasa persembahan dilakukan. Tukang
cerita menggunakan alat rebana sebagai alat Muzik untuk mendendangkan cerita yang disampaikan.
Penglipur Lara di Selangor serta Minangkabau dikenali sebagai Kaba menyampaikan dikir dalam
penceritaannya. Alat Muzik yang digunakan oleh penglipur Lara Kaba ini adalah biola atau rebab.
Selain itu, di daerah selatan pula dikenali sebagai penglipur lara sahaja. Cerita yang disampaikan
adalah hikayat-hikayat agung dari zaman Kesultanan Melayu, prosa tradisional dan sebagainya Alat
yang digunakan adalah gendang semasa membuat persembahan.

Penglipur Lara di Malaysia banyak menggunakan unsur-unsur penceritaan tersendiri mengikut


kreativiti dalam menyampaikan sesebuah cerita Mengikut kajian tukang tukang cerita atau penutur
cerita penglipur lara ini terdapat dua golongan iaitu tukang centa "profesional" dan "amatur". Cara
penyampaian menggunakan "kepakaran" mereka tersendiri. Contohnya dengan gaya dan lagunya
tersendiri serta diserikan lagi persembahan menggunakan alat-alat Muzik yang serdahana seperti
rebab dan biola.

You might also like