You are on page 1of 11

FAKULTI PEMBANGUNAN MANUSIA

JABATAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


SEMESTER 1 SESI 2017/2018

KURSUS : CPR 2011 PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

TUGASAN INDIVIDU

TAJUK: PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

NAMA NO. MATRIKS


NUR INSYIRAH BINTI ROZLAN E20171018390

NAMA PENSYARAH :
ERZIAN HANIM BINTI MOHAMAD JAAFAR

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA. (PRS)


Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ialah seorang murid yang telah dilatih dalam bidang
kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan
kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. PRS tidak
berfungsi untuk memberi nasihat dan menyelesaikan masalah rakan-rakan tetapi menjadi seorang
pendengar yang peka kepada perasaan orang lain, berminat dan mengambil berat serta rela
membantu. Pembimbing Rakan Sebaya atau PRS merupakan murid yang berkhidmat membantu
pelajar lain, terutama mereka yang memerlukan pertolongan dalam mengendalikan masalah.
PRS akan dilatih dalam bidang perhubungan manusia supaya ia berupaya menggalakkan kawan-
kawan berbincang tentang masalah, pandangan, kebimbangan dan lain-lain perkara.

Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) adalah satu program untuk melatih para belia
dan remaja agar dapat menguasai kemahiran membantu supaya mereka dapat membantu rakan
pelajar yang memerlukan pertolongan dari segi mental, sosial atau emosional, di samping
melatih mereka membantu diri sendiri.

Selain itu, khidmat “pelajar membantu pelajar” merupakan satu khidmat sokongan yang
penting di dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kursus ini dijalankan secara teori
dan praktikal.

Program ini berasaskan konsep bahawa rakan sebaya merupakan orang yang paling rapat
dan paling memahami masalah yang dihadapi oleh remaja/seseorang. Dengan itu mereka
merupakan orang yang paling tepat bagi memberi nasihat bagi menangani sesuatu masaalah.
Program ini merangkumi bidang yang luas termasuk membantu mempelajari Teknologi
Maklumat, Pembelajaran Bestari, Cara Belajar, malah digunakan dalam kempen anti dadah.

Program Pembimbing Rakan Sebaya Anti Dadah pula dimulakan pada awal tahun 2001.
Program ini menekankan kepada konsep role model iaitu bekas penagih yang berjaya mengikuti
program Pembimbing Rakan Sebaya dengan baik dan berkesan dijadikan sebagai peer educator.

Maklumat-maklumat yang diberi akan dirahsiakan. PRS dilatih untuk menjadi seorang
kawan yang berkesan melalui pembinaan hubungan yang berasaskan rasa hormat dan faham.
PRS akan diselia dengan teliti oleh Guru Bimbingan semasa mereka menjalankan tugas.
Kelebihan bagi PRS adalah mereka bukan sahaja menolong kawan-kawan memahami diri dan
masalah, tetapi juga mereka sendiri akan belajar memahami diri mereka sendiri (dikenali sebagai
kesedaran-kendiri)

Seseorang yang mempunyai akademik yang baik. Pelbagai nama digunakan untuk
menunjukkan peranan rakan sebaya dalam membantu rakan yang sebaya dengan mereka di
sekolah atau di institusi pendidikan. Konsep asas yang digunakan ialah menggalakkan remaja
memainkan peranan sebagai pembantu kepada rakan sebaya mereka dalam aspek tertentu
mengikut nama dan tugas mereka. Walau apa pun label yang digunakan, mereka ini sebenarnya
pembimbing rakan sebaya.

Program Pembimbing Rakan Sebaya secara formal diperkenalkan dalam tahun 1987
setelah penulis menjalankan projek rintis di empat buah sekolah di Petaling Jaya dan Wilayah
Persekutuan. Berasaskan kepada andaian bahawa remaja mempunyai pengaruh yang kuat
terhadap rakan sebaya sama ada dari segi positif atau negatif, maka penulis berpendapat bahawa
remaja berupaya mempengaruhi rakan secara positif jika mereka dilatih dengan teknik-teknik
bersahabat dan berkomunikasi dengan berkesan, di samping mereka menjadi contoh teladan yang
baik.

Hasil projek ini telah dibentangkan dalam seminar pertama Pembimbing Rakan Sebaya
dalam bulan Januari 1987. Peserta seminar telah sebulat suara bersetuju menggunakan nama
Pembimbing Rakan Sebaya atau lebih dikenali sebagai PRS yang berpayung di bawah
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

Yang membezakan program PRS dengan program lain yang menggunakan pengaruh
rakan sebaya ialah, PRS dilatih mengikut modul latihan yang terancang dalam bidang asas
komunikasi dan kaunseling. Tujuannya bukan menjadikan mereka sebagai kaunselor tetapi
membekalkan mereka dengan kemahiran penting dalam perhubungan manusia. Guru kaunseling
diberi tugas melatih mereka dengan lengkap sebelum mereka diiktiraf sebagai PRS. PRS dilatih
mengalami proses memahami, memotivasi dan menghormati diri sebelum mereka dapat
membantu dan membimbing rakan-rakan mereka.

Nilai-nilai murni seperti toleransi, hormat, menyimpan rahsia, bersikap positif dan
sentiasa memajukan diri menjadi prinsip program ini. Dalam bidang akademik, PRS dimestikan
meningkatkan prestasi atau sekurang-kurangnya mengekalkan prestasi akademik mereka.
Melalui pencapaian akademik yang baik mereka berupaya membantu rakan bukan saja dalam
mengatasi masalah emosi bahkan juga membantu diri segi akademik, jika diperlukan. Dari segi
psikologi, peringkat remaja merupakan peringkat yang paling berpengaruh dalam kehidupan
mereka. Mereka lebih rela menceritakan dan mencurahkan perasaan kepada rakan-rakan mereka
dari ibu bapa, guru atau orang dewasa lain.
Pada peringkat inilah pengaruh rakan sebaya paling kuat dan paling diterima. Oleh itu
pendekatan yang logikal ialah menggunakan remaja ini untuk mempengaruhi remaja lain.
Program PRS dapat memenuhi hasrat ini dengan syarat mereka dilatih dan diselia dengan teratur.
Prinsip asas program PRS ialah batu diri supaya dapat membantu orang lain menggalakkan PRS
sentiasa meningkatkan diri dan bersikap positif. Mereka merupakan contoh teladan yang baik
kepada rakan sebaya dari segi akademik dan juga perhubungan manusia. Hasil daripada
pengalaman menjadi PRS, mereka dapat mempelajari kemahiran berkomunikasi dengan
berkesan. Melalui berinteraksi dengan rakan-rakan, PRS menjadi lebih matang berfikir dan
berupaya menimbang buruk baik sesuatu tindakan. Perkongsian pengalaman dan masalah rakan
membantu mereka melihat diri sendiri dan bersyukur kepada segala anugerah Tuhan sambil
menghargai ikatan kekeluargaan. PRS juga menjadi lebih yakin dengan diri, bijak berkomunikasi
dengan orang lain, lebih toleransi serta tidak berputus asa. Pengalaman sebagai PRS membantu
mereka dalam membina perhubungan manusia yang sihat apabila mereka bekerja dan menjadi
lebih dewasa.

Bagaimanapun guru kaunseling yang melatih PRS perlu selalu menyelia mereka dan
mengingatkan mereka bahawa sebagai pelajar mereka mempunyai tugas penting terhadap diri
sendiri iaitu pencapaian akademik. Mereka digalakkan membahagikan masa supaya proses
membantu rakan yang bermasalah tidak mengganggu masa pembelajaran mereka. PRS juga
perlu diingatkan bahawa faktor kerahsiaan sangat penting dan jika mereka bertemu rakan yang
bermasalah rumit mereka harus merujukkannya kepada kaunselor. Kepada guru-guru, PRS boleh
menjadi pelajar yang dipercayai sebagai pemimpin dan pembantu. Ini tidak bererti guru
melepaskan tanggungjawab tetapi guru menjadi penggerak kepada sesuatu aktiviti, dengan PRS
sebagai pembantu.

Ibu bapa pula akan mendapati anak-anak mereka menjadi lebih bertimbang rasa, matang
dan bertanggungjawab. Kadang-kadang ibu bapa atau orang dewasa sendiri berasa senang
menceritakan kemusykilan mereka kepada PRS. Apa yang mereka perlukan ialah seseorang yang
boleh mendegar curahan perasan mereka, faham perasan mereka pada masa itu serta berbincang
dengan rasional tindakan yang boleh mereka ambil untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

Pengalaman awal sebagai PRS di sekolah boleh menjadikan mereka sebagai pekerja atau
ketua yang prihatin terhadap perasaan orang lain. Sama ada seorang PRS itu berfungsi dengan
baik atau tidak banyak terpulang kepada cara mereka dilatih, penyeliaan, bantuan serta susulan
kepada aktiviti mereka.

Sebagai remaja, PRS masih perlukan bimbingan dan panduan guru, terutama guru
kaunseling. Di samping itu, mereka sangat perlukan kata-kata perangsang dan bukannya
cemuhan supaya PRS dapat membina keyakinan diri serta berupaya menerima teguran dengan
positif. PRS tidak boleh dibiarkan terumbang-ambing selepas mereka diberi tugas. Pelajar yang
dipilih menjadi PRS tidak semestinya terdiri daripada pelajar bijak sahaja. Walaupun pelajar
bijak mempunyai kemampuan yang lebih dalam mengimbangkan tuntutan akademik dan aktiviti
sekolah, pelajar yang sederhana atau lemah boleh dipupuk. Kebaikan melatih pelajar lemah
ialah, program ini memberi peluang kepada mereka mencungkil potensi diri dengan bimbingan
guru kaunseling.

Menjadi PRS memberi mereka peluang diiktiraf dan secara tidak langsung meningkat
kesedaran kepada pentingnya mereka meningkatkan pencapaian akademik supaya mereka
dihormati dan dipercayai oleh rakan, guru dan ibu bapa. Walau apa pun jenis pelajar yang dilatih
menjadi PRS, jurulatihnya perlu lebih dedikasi dalam membentuk pelajar menjalankan tugas
sebagai PRS supaya kepercayaan yang diberi tidak disalahgunakan. Program ini perlu diaktifkan
semula supaya pelajar mendapat manfaat daripada latihan yang diberi dan pengalaman yang
dihadapi. Akhlak mulia atau bersikap positif. Minat menolong. Personaliti menarik. Keyakinan
diri tinggi. Mudah mesra. Menunjukkan minat dan komitmen yang tinggi untuk membantu diri
dan orang lain serta boleh berkomunikasi dengan baik.
Mempunyai ciri dan personaliti PRS (mendengan dengan penumpuan, memahami,
menerima tanpa menilai atau melabel, mengambil berat, komited, terima tanpa syarat, jujur dan
tulen) Mempunyai ciri-ciri kempimpinan diri. Trampil dalam aspek akademik, sahsiah, ko-
kurikulum dan spiritual.

Kementerian Kesihatan akan memanggil doktor daripada sebuah kinik swasta yang
dilaporkan merawat mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan
Osman Zulkarnain yang disahkan meninggal dunia akibat didera, dalam tempoh terdekat.

Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata pihaknya akan memanggil doktor


berkenaan bagi mendapatkan penjelasan berikutan kegagalan doktor itu melaporkan kecederaan
yang dialami Zulfarhan Osman kepada pihak polis.

"Kita mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Biasanya jika pesakit
itu mengalami kecederaan berpunca daripada kemalangan atau yang dipercayai mempunyai
unsur jenayah, doktor dan pihak hospital perlu melaporkan perkara itu terus kepada polis.

Pemudah cara dalam keadaan terbuka, penuh kepercayaan, rasa selesa dan empati. Menerima
rakan tanpa syarat.

Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif sebelum membuat
keputusan. Memberi sokongan dan galakan untuk rakan mengambil langkah positif. Mematuhi
etika kerahsiaan. Menyedari bukan semua masalah boleh diatasi. Berbincang dan membantu
rakan yang menghadapi masalah biasa seharian. Memimpin rakan melihat masalahnya dengan
objektif dan menggalakkan mereka mencari penyelesaian sendiri supaya mereka belajar melalui
pengalamanya. Merujuk kes-kes yang berat kepada kaunselor dan menjadi jambatan kepada
rakan yang bermasalah untuk bertemu dengan kaunselor. Menjalankan projek membantu sambil
mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri. Memberatkan kesejahteraan diri dan
memahami limitasi diri untuk membantu.

Mengawal, memberi khutbah atau mendesak rakan tentang tindakan yang harus mereka
ambil. Membuat kesimpulan awal dan cuba mengubah rakan mereka. Memberi nasihat atau
memberi cadangan penyelesaian untuk dituruti. Menyelamatkan rakan dengan membuat sesuatu
yang sepatutnya dilakukan oleh rakan itu sendiri. Bercerita masalah rakan kepada orang lain.
Mengharapkan semua masalah boleh diatasi dengan segera. Menghadapi sendiri masalah yang
sukar sehingga menggangu emosi dan kesejahteraan diri.

AKTIVITI PROSEDUR SPESIFIK SASARAN PERSONALIA

Taklimat Pakej 1. Pakej yang ditawarkan di Pelajar


Mata Pelajaran sekolah Tingkatan 4
2. Prosedur penempatan pelajar
Tingkatan 4 3. Pemilihan pelajar berdasarkan
keputusan PMR - PKA
(Akademik)
- Guru

Kaunseling

- Ketua Bidang

- Ketua Panitia
1. Melaksanakan Ujian Minat
Kerjaya. - Guru Mpelajaran
Ujian Minat
Kerjaya 2. Memproses ujian.
3. Melihat kerjaya yang dipilih Pelajar - Guru
Ujian Personaliti bersesuaian dengan Tingkatan 4
Kaunseling
penempatan kelas tingkatan 4
(Kerjaya) berdasarkan mata pelajaran
elektif.

Minggu Orientasi 1. Taklimat. Pelajar Baru


Pelajar Baru 2. Pembentukan kumpulan. Tahun 2014
3. Latihan Dalam Kumpulan. - Unit Kurikulum
4. Ceramah.
5. Pengenalan tempat.
Malam Ikrar Janji 6. Penempatan ke kelas baru. - Unit HEM
Pelajar Baru 7. Perkhemahan
8. Ikrar Janji Pelajar Baru. - Unit Kokurikulum
(Pembangunan 9. Persembahan
Diri Pelajar) 10. Jamuan Khas. - Unit Sukan

- Guru

Kaunseling

- PRS

Mesyuarat Agung 1. Perancangan Aktiviti UBK AJK Unit


UBK
B&K
(Pengurusan &
Pentadbiran)

Ceramah 1. Konsep teknik belajar Pelajar - Guru


Kemahiran Belajar yang berkesan Tingkatan
2. Kepentingan teknik belajar 1/2/4 Kaunseling
(Akademik) yang berkesan bagi
menghasilkan keputusan
peperiksaan yang
cemerlang
3. Perbincangan

Sebagai pembimbing rakan sebaya hendaklah kita menjadikan ini satu cabang peristiwa
setiap detik kehidupan. Ini adalah kerana ramai yang memberikan anasir yang negatif dikalangan
rakan sebaya. Anugerah dan dorongan rakan adlah asbab perkara itu adalah daripada Allah.
Bermohonlah dan sentiasa berada dalam rahmatnya.

RUJUKAN
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2001&dt=0521&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_03.htm#ixzz4qA2DlcBF 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

You might also like