You are on page 1of 23

KERJA BATA Unit 2

KERJA BATA
OBJEKTIF AM
Memahami konsep kerja bata, jenis-jenis bata dan kegunaannya, bahagian-
bahagian bata, jenis-jenis bata potong dan kegunaannya, jenis-jenis tembok dan
susunannya serta jenis-jenis sambungan mortar.

2
Unit
OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat :

 Mengenalpasti dan membezakan jenis-jenis bata beserta ukurannya.


 Mengenalpasti dan membezakan kegunaan jenis-jenis bata potong.
 Menerangkan perbezaan bahagian-bahagian dan ukuran bata.
 Membeza dan menerangkan istilah-istilah dalam kerja bata.
INPUT            

2.0 PENGENALAN

Bata merupakan satu bahan binaan yang tahan lama dan kegunannya meluas. Ia
telah wujud beratus tahun lamanya dan penting untuk membina stuktur bangunan
dalam bidang kejuruteraan awam.

Definisi bata ialah satu bongkah yang dibuat daripada tanah liat dan berukuran
215mm x 102.5mm x 65mm yang mana jika dicampurkan dengan lapisan mortar
ukurannya bertambah 10mm. Satu perkara yang menarik tentang bata ialah ukuran
dan saiznya tidak berubah dari dulu.

Bata yang digunakan dalam pembinaan diperbuat daripada beberapa jenis bahan
mentah yang utama seperti tanah liat, pasir dan simen. Antara jenis-jenis bata yang
dihasilkan dan digunakan dalam pembinaan tempatan ialah bata tanah liat, bata
simen dan blok simen.

Rajah 8: Dimensi Bata

Sumber: Teknologi Binaan Bangunaan (Tan Boon Tong), DBP. Tahun 1994.
JENIS-JENIS BATA BESERTA UKURANNYA
Jenis-jenis bata yang biasa terdapat dipasaran sekarang ialah bata tanah liat, bata
simen dan blok simen.

Bata tanah liat


Antara jenis bata yang tersebut di atas, bata tanah liat adalah paling meluas
digunakan. Bata ini boleh didapati dalam dua kumpulan iaitu bata biasa dan bata
muka elok. Kebanyakkan kilang bata hanya  berdaya menghasilkan bata biasa. Bata
muka elok cuma dihasilkan beberapa kilang bata yang besar yang mempunyai
kemudahan teknologi canggih. Bata muka elok mempunyai ciri-ciri bata yang
bermutu tinggi dan harganya pula tiga kali ganda bata biasa. Bata biasa digunakan
dalam pembinaan biasa yang hendak dilepa manakala bata muka elok digunakan
dalam pembinaan yang tidak dilepa (rujuk rajah 9). Bata tanah liat juga dihasilkan
dalam berbagai-bagai bongkah dan jubin (paver) untuk kegunaan yang tertentu
(rujuk rajah 10).

SUDAHKAH ANDA FAHAM APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN


BATA ?
Gambarajah 9 : Jenis bata muka elok (tanah liat)
Sumber:  Teknologi Binaan Bangunan ( Tan Boon Tong ) DBP 1994

Gambarajah 10: blok konkrit dan jubin 1994


Sumber : Teknologi Binaan Bangunan ( Tan Boon Tong ) 1994

Antara proses pembuatan bata tanah liat ialah persediaan tanah, membentuk bata,
pengeringan dan pembakaran.
Persediaan tanah
Tanah liat digali daripada lombongnya dengan traktor penyodok atau jengkaut,
kemudian dimasukkan ke dalam satu mesin penghancur untuk dihancurkan
sehingga halus. Setelah itu dimasukkan pula ke dalam mesin pengisar, tempat tanah
tersebut digaul dengan sedikit air dan ditekan keluar melalui satu acuan dan
dipotong dengan dawai mengikut saiz bata.
Membentuk bata
Terdapat dua kaedah menghasilkan bata iaitu bata potong dawai dan bata tekanan.
Bancuhan yang telah ditekan keluar dari mesin dipotong dengan dawai dikenali
sebagai bata potong dawai. Tanah yang telah dipotong dawai itu dimasukkan ke
dalam mesin tekanan, hasilnya bata tekanan. Bata tekanan adalah lebih mampat
dan saiznya lebih seragam.

Pengeringan
Bata basah iaitu bata yang baru ditekan atau dipotong dawai disusun dalam sebuah
pondok dan dibiarkan menjadi kering dengan bantuan udara. Bata-bata tersebut
juga boleh dikeringkan dengan stim dan hendaklah disusun berjarak 50 mm antara
satu sama lain, membolehkan udara bergerak disekelilingnya untuk memudahkan
proses pengeringan. Proses ini mengambil masa agak lama biasanya 5 –7 hari
bergantung pada keadaan cuaca dan susunannya.
Pembakaran
Batu bata yang sudah dikeringkan itu perlu dibakar di dalam satu relau supaya
menjadi bata yang keras. Batu bata ini disusun di dalam relau dengan cara yang
tertentu memastikan kesemua bata dapat dibakar dengan sempurna. Pembakaran
boleh dilakukan dengan dengan menggunakan kayu api, gas, batu arang atau
minyak bakar. Pembakaran dilakukan selama dua hari, kemudian dibiarkan sejuk
sebelum bata dikeluarkan. Proses ini mengambil masa lebih kurang dua minggu
untuk menyusun bata dengan relau, mengering, membakar, menyejuk dan
mengeluarkan bata dari relau.
   

2.1.2 Bata simen


Bata ini diperbuat daripada simen dan pasir. Nisbah bancuhannya berubah mengikut
kekuatan yang dikehendaki. Nisbah 1:8 merupakan bancuhan yang lazim digunakan
untuk membuat bata simen tempatan. Kandungan air dalam bancuhan hendaklah
dikawal supaya tidak terlampau basah. Bata simen dihasilkan dengan menggunakan
acuan. Bata yang baru dicetak hendaklah dibiarkan kering sendiri dan diawet selama
dua minggu sebelum ianya sesuai digunakan. Pengawetan dilakukan dengan
menyiram air sebaik sahaja bata mengeras, terutama semasa cuaca panas. Saiz
bata simen adalah sama dengan saiz bata tanah liat iaitu 216mm x 103mm x 65mm.

2.1.3 Blok Simen


Kegunaan blok simen kian meningkat kerana ianya lebih murah dari segi harganya
dan boleh dikat dengan cepat dalam pembinaannya menyebabkan produktiviti
bertambah. Contohnya mengikat sebuah blok 450mm x 225 mm x 1000mm adalah
sama dengan mengikat 6 bata biasa.
Blok dapat dihasilkan daripada bancuhan konkrit yang terdiri daripada konkrit ringan,
konkrit padat dan konrit berudara. Definisi blok atau bongkah telah ditetapkan dalam
BS2028 yang menyatakan blok itu adalah lebih besar daripada bata dari segi
panjang, tebal dan tingginya. Tinggi blok mestilah tidak melebihi panjangnya atau
enam kali tebalnya. Dalam pembinaan tempatan terdapat tiga jenis blok yang
digunakan iaitu blok padu, blok bersel dan blok berongga.
Rajah 11 : Blok Konkrit
Sumber :  Kerja Batu Bata dan Konkrit ( Tan Boon Tong ) 1994

 Blok Padu

Blok ini diperbuat daripada konkrit ringan, konkrit padat atau konkrit berudara. Bahan
padat dalam jenis blok ini hendaklah sekurang-kurangnya 75 % isipadu blok dari
dimensi keseluruhanya. (Rajah 12).

 Blok Berongga

Blok ini  mempunyai satu atau lebih rongga atau lubang-lubang yang lurus. Isipadu
bahan padatnya antara 50 % hiingga 75 % isipadu dari dimensi keseluruhanya.
( Rujuk rajah12 ).

 Blok Bersel

Blok ini mempunyai satu atau lebih lubang yang tidak tembus dalam blok itu. Isipadu
bahan padatnya juga antara 50-70 % . Blok bersel selalunya diterapkan dengan
menghalakan lubangnya kebawah supaya permukaanya yang rata menghala ketas
untuk menerima motar dengan senang. ( Rujuk rajah12 ).

Rajah 12 : Contoh-contoh Blok

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan DBP ( Tan Boon Tong ) 1994

2.1.4 Saiz Blok


Blok boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan berdasarkan ketumpatanya mengikut
yang terdapat dalam BS2028. Merujuk jadual dibawah blok dalam kumpulan A dan B
boleh digunakan dalam kerja-kerja pembinaan bangunan yang berbeban ataupun
tidak berbeban. Blok dalam kumpulan C cuma boleh digunakan untuk pembinaan
bagi tembok dalam yang tidak berbeban sahaja.
Jadual 3 : Saiz kumpulan batu blok
Blok Panjang x Tinggi Tebal (mm)
(mm)(saiz kerja) (Saiz Kerja)
A (ketumpatan : >1500kg/m ) 3
390 x 90 75,90,100,140,190
390 x 190 140,190
440 x 225 75,90,100,140,190,215

B (ketumpatan: 390 x 90 75, 90,100,140,190


<1500kg m="m" span="span"> ) 3
390 x 190

C (ketumpatan : <1500kg m="m" 440 x 190 75,90,100,140,215


span="span"> )3
440 x 215
440 x 290
590 x 190
590 x 215 60,75
390 x 190
440 x 190
440 x 215
440 x 290
590 x 190
590 x 215

Sumber :  Teknologi Binaan Bangunan  DBP ( Tan Boon Tong ) 1994

Blok konkrit ringan dihasilkan daripada bahan-bahan ringan seperti tanah atau syal
yang dikembangkan sangga (slag) dan sebagainya. Ketumpatanya kurang daripada
1500 kg/m . Blok ini memberi penebatan yang memuaskan dan sesuai digunakan
3

untuk membina tembok terutamanya tembok sekatan.

Blok konkrit padat menggunakan bahan-bahan yang padat yang mempunyai


ketumpatan melebihi 1500kg/m . Blok ini sesuai digunakan untuk membina tembok-
3

tembok yang bermuka elok jika sambungannya dikemaskan dengan betul.

Blok konkrit berudara mempunyai sifat penebatan yang baik. Blok ini dihasilkan
daripada simen, pasir, abu dan sejenis agen berudara (serbuk aluminium).
Aluminium bertindak balas dengan kapur yang terkandung dalam simen
menghasilkan hydrogen yang cepat digantikan dengan udara. Ini menghasilkan
banyak sel kecil dalam kandungan bancuhan konkrit menyebabkan blok ringan
berpenebatan baik. Selain dari blok-blok yang tersebut diatas, blok yang berudara
juga dihasilkan dengan berbagai-bagai rekabentuk untuk digunakan dalam
pembinaan lubang udara tembok.

1. KEGUNAAN –JENIS-JENIS BATA POTONG

Prinsip-prinsip utama dalam pengikatan bata ialah :


1. mengadakan lekap ¼ bata atau ½ bata untuk mengelakkan sambungan tegak
yang terus menerus, baik dipermukaan mahupun didalam tembok.
2. mengikut jenis ikatan yang ditetapkan oleh ahli rekabentuk.

Prinsip pertama memastikan kekuatan dan kestabilan tembok yang dibina. Prinsip
yang kedua pula mengawal kesenian rekabentuk pada permukaan tembok. Dalam
sesuatu tembok yang tidak terikat, iaitu sambungan datarnya berterusan ( tidak
berlekap ), kekuatan dan kestabilannya adalah kurang. Oleh sebab itu, sambungan
yang berterusan itu seboleh-bolehnya hendaklah dielakkan dalam segala kerja bata.
Perbandingan di antara tembok yang terikat dengan tembok yang tidak terikat
adalah ditunjukkan dalam rajah di bawah ( rajah 13 ). Beban yang dapat ditanggung
oleh tapak AB adalah lebih berat jika dibandingkan dengan beban yang ditanggung
oleh CD.
Gambarajah 13 : Perbandingan Kekuatan Tembok Dengan Ikatan Terikat (Berlekap) Dan Tidak Terikat (Tidak
Berlekap)
Sumber : ms 139 Teknologi Binaan Bangunan  DBP ( Tan Boon Tong )
Tebal tembok biasanya disebut mengikut saiz bata, misalnya tembok bata yang
tebalnya sama dengan lebar bata dikenali sebagai tembok setengah bata, manakala
tembok yang tebalnya sama dengan panjang bata dikenali tembok satu bata.

Apabila dua tembok bertemu, bata pengikat mestilah digunakan supaya ia mematuhi
kepada prinsip pengikatan. Bata pengikat dan bata penutup setengah dalam lapisan
bata digunakan untuk mencegah sambungan yang terus menerus pada tembok
bersudut tegak dan tembok persimpangan. Di bawah terdapat beberapa jenis
keratan bata khas digunakan memenuhi prinsip-prinsip ikatan bata:

Rajah 14 : Jenis-jenis Bata Potong


Sumber : Teknologi Binaan Bangunan  DBP ( Tan Boon Tong ) 1994

1. Bahagian dan ukuran bata

Berikut adalah bahagian-bahagian dan ukuran bata (Rujuk rajah 15 ).

 Kepala Bata

Permukaan hujung bata (65m x 102.5mm)

 Sisi Bata

Permukaan sisi bata (102.mm x 215mm)

 Kekatak/Lubang

Kesan tekanan di permukaan muka bata. Semasa menerap bata, muka bata
menghadap ke atas dan bawah untuk memperolehi ikatan yang kuat.

 Aris/Segi Bata.

Tepi pepenjuru bata.

Gambarajah 15 : Bahagian dan ukuran bata

Kekatak/Lubang
Sisi Bata
   Segi Bata
 65mm              Kepala
Bata
         102.5mm

      215 mm

Sumber : Teknologi Binaan Bangunan  DBP ( Tan Boon Tong ) 1994

2.      Istilah-istilah Dalam Kerja Bata


Di bawah ini terdapat beberapa istilah-istilah yang biasa digunakan dalam kerja
bata :

 Sambungan Datar

Bata ini disambung secara mendatar atau mengufuk. Biasanya bagi ikatan sisi bata,
ikatan kapala bata, ikatan inggeris dan ikatan flemish.

 Sambungan Tegak

Merupakan susunan bata yang diikat secara menegak dan berselang antara satu
sama lain. Sambungan ini biasanya terdapat pada struktur binaan pada tiang lurus.

 Sambungan Tindih

Jarak mendatar bagi tindihan bata sebelah atas dan bata sebelah bawah. Biasanya
bata diikat dengan berlekap ¼ bata ataupun ½ bata. Lihat rajah 13. Sambungan ini
terdapat pada tembok L dan juga T.

 Quoin/Pepenjuru

Sambungan ini berbentuk L dan biasanya dibuat sebagai tiang dan tepi bangunan.
Sambungan batanya disusun secara berselang-seli atau bertindih antara satu sama
lain.

 Hujung Terhenti

Sesuatu tembok yang penjurunya dihentikan ( disiapkan untuk secara menegak ) ini
adalah berlainan dengan tembok yang bersudut. Di mana hujungnya berakhir
dengan keadaan yang lurus serta tiada pembinaan lain lagi selepasnya.

 Gerigi

Semasa membina tembok, penjuru atau hujung tegaknya tidak disiapkan terus tetapi
ditinggalkan ¼ bata atau ½ bata pada lapisan yang berselang seli, memberikan
bentuk bergerigi. Tujuannya adalah untuk memudahkan kerja penyambungan pada
masa hadapan.

 Pepara

Bata-bata ini disambungkan secara biasa iaitu dengan ikatan kepala bata dan
menggunakan batu bata yang tertentu dan sesuai. Sambungan ini biasanya dibuat di
atas kerangka. Contohnya bagi ikatan bata di atas kerangka pintu atau tingkap.
UNTUK MENGUJI KEFAHAMAN ANDA, SILA BUAT AKTIVITI BERIKUT. JIKA
ANDA TIDAK BERPUASHATI DENGAN JAWAPAN ANDA, SILA MEMBUAT
ULANGKAJI PADA INPUT YANG ANDA RASA MASIH KABUR.

Untuk menguji kefahaman anda sila buat aktiviti dibawah dengan ceria…selamat mencuba!
                                                                       

 AKTIVITI 2A

1. Apakah yang dimaksudkan dengan bata ?


2. Nyatakan jenis-jenis bata yang telah anda pelajari.
3. Apakah prinsip ikatan bata.
4. Nyatakan bahagian-bahagian bata.

CUBA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS BERIKUT

MAKLUMBALAS

1. Definisi bata ialah satu bongkah yang dibuat daripada tanah liat dan
berukuran 215mm x 102.5mm x 65mm yang mana jika dicampurkan dengan
lapisan mortar ukurannya bertambah 10mm.

2.   a. Bata tanah liat


           b. Bata simen
           c. Blok simen

3. Antara prinsip-prinsip ikatan bata ialah :

a. mengadakan lekap ¼ bata atau ½ bata untuk mengelakkan sambungan tegak


yang terus menerus, baik dipermukaan mahupun didalam tembok.
a. mengikut jenis ikatan yang ditetapkan oleh ahli rekabentuk.

      4.   Kekatak/Lubang
Sisi Bata
   Segi Bata
          Kepala Bata
      102.5mm

      215 mm

      PENILAIAN KENDIRI


Jawab semua soalan tanpa menjeling kawan anda...

Bagi mendapatkan batu bata yang bermutu tinggi, terdapat beberapa proses
pembuatannya seperti persediaan tanah, membentuk bata, pengeringan dan
pembakaran. Huraikan dengan terperinci proses-proses tersebut.

Terdapat banyak jenis batu bata yang berada di pasaran seperti bata tanah liat, bata
simen dan blok simen. Huraikan mana-mana dua jenis bata tersebut.

Bata mempunyai rupabentuk yang standard, begitu juga dengan bahagian serta
ukurannya. Terangkan bahagian dan ukuran bata tersebut.

MAKLUMBALAS
1. Antara proses pembuatan bata tanah liat ialah persediaan tanah, membentuk bata,
pengeringan dan pembakaran.
Persediaan tanah
Tanah liat digali daripada lombongnya dengan traktor penyodok atau jengkaut,
kemudian dimasukkan ke dalam satu mesin penghancur untuk dihancurkan
sehingga halus. Setelah itu dimasukkan pula ke dalam mesin pengisar, tempat tanah
tersebut digaul dengan sedikit air dan ditekan keluar melalui satu acuan dan
dipotong dengan dawai mengikut saiz bata.
Membentuk bata
Terdapat dua kaedah menghasilkan bata iaitu bata potong dawai dan bata tekanan.
Bancuhan yang telah ditekan keluar dari mesin dipotong dengan dawai dikenali
sebagai bata potong dawai. Tanah yang telah dipotong dawai itu dimasukkan ke
dalam mesin tekanan, hasilnya bata tekanan. Bata tekanan adalah lebih mampat
dan saiznya lebih seragam.
Pengeringan
Bata basah iaitu bata yang baru ditekan atau dipotong dawai disusun dalam sebuah
pondok dan dibiarkan menjadi kering dengan bantuan udara. Bata-bata tersebut
juga boleh dikeringkan dengan stim dan hendaklah disusun berjarak 50 mm antara
satu sama lain, membolehkan udara bergerak disekelilingnya untuk memudahkan
proses pengeringan. Proses ini mengambil masa agak lama biasanya 5 –7 hari
bergantung pada keadaan cuaca dan susunannya.
Pembakaran
Batu bata yang sudah dikeringkan itu perlu dibakar di dalam satu relau supaya
menjadi bata yang keras. Batu bata ini disusun di dalam relau dengan cara yang
tertentu memastikan kesemua bata dapat dibakar dengan sempurna. Pembakaran
boleh dilakukan dengan dengan menggunakan kayu api, gas, batu arang atau
minyak bakar. Pembakaran dilakukan selama dua hari, kemudian dibiarkan sejuk
sebelum bata dikeluarkan. Proses ini mengambil masa lebih kurang dua minggu
untuk menyusun bata dengan relau, mengering, membakar, menyejuk dan
mengeluarkan bata dari relau.

2. Bata tanah liat


Antara jenis bata yang tersebut di atas, bata tanah liat adalah paling meluas
digunakan. Bata ini boleh didapati dalam dua kumpulan iaitu bata biasa dan bata
muka elok. Kebanyakkan kilang bata hanya  berdaya menghasilkan bata biasa. Bata
muka elok cuma dihasilkan beberapa kilang bata yang besar yang mempunyai
kemudahan teknologi canggih. Bata muka elok mempunyai ciri-ciri bata yang
bermutu tinggi dan harganya pula tiga kali ganda bata biasa. Bata biasa digunakan
dalam pembinaan biasa yang hendak dilepa manakala bata muka elok digunakan
dalam pembinaan yang tidak dilepa.

Bata simen
Bata ini diperbuat daripada simen dan pasir. Nisbah bancuhannya berubah mengikut
kekuatan yang dikehendaki. Nisbah 1:8 merupakan bancuhan yang lazim digunakan
untuk membuat bata simen tempatan. Kandungan air dalam bancuhan hendaklah
dikawal supaya tidak terlampau basah. Bata simen dihasilkan dengan menggunakan
acuan. Bata yang baru dicetak hendaklah dibiarkan kering sendiri dan diawet selama
dua minggu sebelum ianya sesuai digunakan. Pengawetan dilakukan dengan
menyiram air sebaik sahaja bata mengeras, terutama semasa cuaca panas. Saiz
bata simen adalah sama dengan saiz bata tanah liat iaitu 216mm x 103mm x 65mm.

3.   Bahagian dan ukuran bata


     Berikut adalah bahagian-bahagian dan ukuran bata (Rujuk rajah 15 ).

 Kepala Bata

Permukaan hujung bata (65m x 102.5mm)

 Sisi Bata

Permukaan sisi bata (102.mm x 215mm)


 Kekatak/Lubang

Kesan tekanan di permukaan muka bata. Semasa menerap bata, muka bata
menghadap ke atas dan bawah untuk memperolehi ikatan yang kuat.

 Aris/Segi Bata.

Tepi pepenjuru bata.

Kekatak/Lubang
Sisi Bata
   Segi Bata
 65mm                  

You might also like