You are on page 1of 3

1

BM Tingkatan 4 KOMSAS

Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)

Rangkap 1 Apabila kita menjaga penglihatan, nafsu keinginan akan berkurangan.


Apabila kita menjaga telinga, kita akan terhindar daripada mendengar hasutan atau
Rangkap 2
perbuatan keji.
Rangkap 3 Apabila kita menjaga percakapan, banyak kebaikan dan manfaat akan kita peroleh.
Rangkap 4 Tangan perlu dijaga supaya tidak melakukan sesuatu perkara yang memalukan.
Kita perlu mengawal pemakanan dan tubuh badan agar terpelihara daripada perkara yang
Rangkap 5
membawa kemudaratan.
Rangkap 6 Kita perlu menjaga hati agar tidak hilang semangat.
Rangkap 7 Kita hendaklah menjaga kaki daripada melakukan perkara yang membawa kerosakan.

Tema Nasihat agar memelihara anggota diri dan berbudi pekerti.


• Keperluan menjaga anggota diri demi kebaikan.
• Kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara.
Persoalan
• Kepentingan menjaga pemakanan.
• Kebaikan berbudi pekerti mulia.
• Terdiri daripada tujuh rangkap.
• Setiap rangkap mengandungi dua baris.
• Setiap baris terdiri daripada dua hingga tujuh patah perkataan.
Bentuk
• Setiap baris terdiri daripada lapan hingga lima belas suku kata.
• Rima akhir setiap rangkap sama, iaitu: a, a.
• Bentuk terikat.
• Inversi
Nescaya dapat daripadanya faedah (sepatutnya: Nescaya dapat faedah daripadanya)
(R3; B2)
Gaya Bahasa • Asonansi
Khabar yang jahat tiadalah damping (Perulangan bunyi vokal a) (R2; B2)
• Aliterasi
Hendaklah peliharakan kaki (Perulangan bunyi konsonan k) (R7; B1)
• Kesungguhan
Kesungguhan menjaga anggota badan daripada melakukan perkara yang tidak baik.
• Hemah tinggi
Nilai
Sentiasa menjaga tutur kata dan mengelakkan daripada bercakap perkara yang negatif.
• Berhati-hati
Sentiasa beringat dan menjaga budi pekerti pada setiap masa.
• Kita hendaklah sentiasa menjaga budi pekerti pada setiap masa.
• Kita hendaklah menjaga anggota badan dan pancaindera daripada melakukan sesuatu
Pengajaran perkara yang tidak baik.
• Kita hendaklah menjaga tutur kata dan mengelakkan daripada bercakap perkara yang
sia-sia.

You might also like