You are on page 1of 8

CONTOH ITEM RINGKASAN

[15 markah]
[Masa dicadangkan: 15 Minit]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut , tulis


sebuah ringkasan tentang faktor-faktor berlakunya kemalangan jalan raya.
Panjang ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.
Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan.

Isu kemalangan jalan raya senantiasa diperkatakan oleh banyak pihak.


Hal ini demikian kerana kadar kemalangan dewasa ini masih membimbangkan.
Mengapakah situasi ini berlaku? Sudah tentu terdapat banyak sebab yang
menjadi penyumbang kepada keadaan ini.

Kes kemalangan jalan raya berlaku disebabkan oleh sesetengah


pemandu dan penunggang motosikal yang tidak mematuhi had laju yang
dibenarkan(1) walaupun tanda had laju terpampang di hadapan mereka. Sikap
pengguna jalan raya yang suka memotong kenderaan lain di selekoh tajam dan
di garisan berkembar (2) turut mengundang risiko kemalangan. Tindakan ini
bukan sahaja membahayakan diri sendiri bahkan juga pengguna jalan raya
yang lain. Tambahan lagi, terdapat segelintir pemandu yang baru memperoleh
lesen hanya memikirkan keseronokan tanpa menduga bahawa maut sedia
menanti di hadapan mereka. (3)

Di samping itu, jalan raya yang sempit dan berlubang-lubang di


sesetengah tempat(4) turut mengundang terjadinya kemalangan terutamanya
pada waktu malam dan ketika hujan lebat. Keadaan ini bertambah buruk
apabila terdapat kenderaan yang tidak diselenggarakan dengan baik masih
digunakan di jalan raya(5). Oleh itu, setiap pemilik hendaklah memastikan
kenderaan mereka diselenggarakan mengikut jadual agar selamat digunakan.

Jelaslah kepada kita bahawa kemalangan jalan raya yang berlaku banyak
disebabkan sikap pengguna itu sendiri (6). Oleh itu, diharapkan agar semua
pengguna jalan raya lebih berhati- hati ketika memandu dan ingatlah orang
yang tersayang.
JAWAPAN RINGKASAN

Antara faktor berlakunya kemalangan jalan raya termasuklah


sesetengah pemandu dan penunggang motosikal yang tidak mematuhi had laju
yang dibenarkan. Selain itu, Sikap pengguna jalan raya yang suka memotong
kenderaan lain di selekoh tajam dan di garisan berkembar. Seterusnya,
terdapat segelintir pemandu yang baru memperoleh lesen hanya memikirkan
keseronokan tanpa menduga bahawa maut sedia menanti di hadapan mereka.
Seperkara lagi, jalan raya yang sempit dan berlubang-lubang di sesetengah
tempat. Akhir sekali, terdapat kenderaan yang tidak diselenggarakan dengan
baik masih digunakan di jalan raya.

(82 patah perkataan)


ISI= 5X2MARKAH=10 MARKAH
BAHASA=5 MARKAH
JUMLAH= 15 MARKAH

MAHIR RINGKASAN

a) Calon akan diberikan satu petikan berserta kata kunci untuk


diringkaskan.

b) Petikan tersebut sekitar 220 hingga 300 patah perkataan.


Contoh: … tulis sebuah petikan tentang kepentingan permainan
tradisional…

Calon perlu meringkas isi-isi yang berkaitan dengan kepentingan


permainan tradisional sahaja.

c) Jadi, calon diminta menggaris kata kunci yang diberi dan fahami
maksud kata kunci tersebut
d) Contoh kata kunci yang dikemukakan dalam soalan ringkasan
termasuklah
sebab-sebab/faktor-faktor/punca-puncaØ
kesan-kesan/ implikasi/impakØ
kepentingan /kebaikan/faedah/kesan positifØ
keburukan/ancaman/kelemahan/kesan negatifØ
kekangan/masalah/halanganØ
tugas/peranan/tanggungjawab/fungsi/sumbanganØ
langkah-langkah/usaha-usaha/cara-cara/kaedah/tindakanØ

e) Kemudian, calon diminta membaca petikan dengan teliti dan


menggaris ayat-ayat yang merupakan isi-isi penting berdasarkan
kehendak soalan. Nomborkan setiap isi yang telah digaris.

f) Tidak semestinya setiap perenggan dalam petikan perlu


diringkaskan kerana kadangkala isi-isi dalam perenggan tertentu
tiada kaitan dengan aspek yang ditanya.

g) Calon tidak perlu memasukkan keterangan, contoh, dan ayat yang


diulang atau membawa maksud yang sama dalam ringkasan.

h) Calon diminta menjawab dalam satu perenggan sahaja. Panjang


ringkasan hendaklah tidak KURANG 80 patah perkataan dan tidak
lebih 100 patah perkataan. Ayat yang melebihi jumlah perkataan
yang ditetapkan tidak akan diberi markah oleh pemeriksa.

i) Calon mesti mengemukakan sekurang-kurangnya 5 isi tetapi calon


digalakkan mengemukakan enam isi asalkan panjang ringkasan tidak
melebihi jumlah perkataan yang ditetapkan.
j) Calon dikehendaki mengemukakan satu isi dalam satu ayat sahaja
dengan menggunakan ayat yang gramatis. (5/6 isi = 5/6 ayat). Ayat-
ayat yang dibina haruslah ringkas, tepat dan padat.

k) Calon perlu menggunakan sekurang-kurangnya dua penanda


wacana yang sesuai untuk menunjukkan kesinambungan ayat dalam
ringkasan. Contoh penanda wacana termasuklah selain itu, di
samping itu, seterusnya, tambahan lagi.

n) Sehubungan dengan itu, untuk memantapkan ayat ringkasan lagi


para pelajar hanya perlu menambahkan penanda wacana dan kata
hubung yang sesuai seperti berikut.

o) Calon tidak perlu mengemukakan idea atau pendapat sendiri

p) Pastikan calon menyemak ringkasan bagi mengesan kesalahan


ejaan, tatabahasa dan tanda baca. Penggunaan kata singkatan, iaitu
‘drp’, ‘yg’ , dan ‘pd’ dikira sebagai kesalahan tatabahasa.

q) Setelah selesai, kira jumlah patah perkataan dalam ringkasan dan


catatkan di sudut kanan (di bawah baris akhir) ringkasan tersebut.

Perkataan yang dikira sebagai satu patah perkataan dalam ringkasan.

Nama Khas [ Kementerian Kesihatan]Ø


Tarikh [ 11 November 2010]Ø
Kata ganda [ bergotong-royong, alat-alat tulis]Ø

Gantikan kata bilangan dengan penggandaan bagi menjimatkan


jumlah perkataan. Contohnya, ‘para pelajar’ ( dua perkataan) ditulis
sebagai ‘pelajar-pelajar’ (satu perkataan).
Angka yang ditulis dalam perkataan [ dua ratus lima puluh]Ø
Gelaran [jawatan [ Tun Datuk Profesor Dr. Wan Zahid]Ø

Penanda wacana , kata majmuk yang dieja berasingan dan kata sendi
masih dikira sebagai dua perkataan. Contohnya, ‘Selain itu’,
‘Seperkara lagi’, ‘Tambahan pula’,‘jalan raya’, ‘surat khabar’,dan ‘di
sekolah’.

Rangka Ringkasan

Antara ___( kata kunci soalan) _______iaitu/termasuklah___


________________(isi1)_______. Selain
itu,_____________(isi2)____________. Seterusnya,______________
(isi3)_____________.
Seperkara lagi, __________(isi 4)___________________. Akhir
sekali,_____(isi 5) ____________.

(___ patah perkataan)

Pemarkahan
a) Isi : 10 markah
Calon diminta menyertakan sekurang-kurangnya lima isi dan
menghasilkan ringkasan tidak melebihi 80 patah perkataan.

Jumlah Isi Bahasa


5 isi 9-10
4 isi 7-8
3 isi 5-6
2 isi 3-4
1 isi 1-2

• Markah isi akan ditolak jika calon mencantumkan dua isi dalam
satu ayat.
• Isi yang tidak lengkap juga akan ditolak markah.

Markah tidak akan diberi untuk isi yang dikemukakan dalam bentuk
ayat tergantung iaitu ayat yang tanpa subjek. Contoh:
Selain itu, meningkatkan taraf hidup masyarakat.

b) Bahasa : 5 markah
Bahasa dinilai secara impression.
* Bahasa digunakan untuk menyampaikan maklumat. Jadi, markah
bahasa tidak akan melebihi markah isi.
Latihan Pengukuhan

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis


sebuah ringkasan tentang cara-cara membendung jenayah dalam kalangan
pelajar. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80-100 patah
perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.

Dewasa ini, kita sering dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah yang
melibatkan remaja. Hal ini telah menggambarkan betapa seriusnya kejadian
jenayah dalam kalangan mereka. Segala jenayah ini dapat dibendung melalui
pendekatan yang lebih berkesan, misalnya ibu bapa sebagai orang yang paling
rapat dengan remaja hendaklah memberikan perhatian yang lebih kepada
anak-anak ketika di rumah kerana segalanya bermula di rumah. Pendidikan
agama dan nilai-nilai murni mestilah diterapkan supaya anak-anak dapat
menilai antara perkara yang baik dan yang buruk.

Remaja juga haruslah pandai memilih rakan sebaya kerana remaja


mudah terpengaruh dengan kawan-kawan mereka, tetapi kini kebanyakan ibu
bapa tidak mengambil peduli dengan siapa anak mereka berkawan. Pengaruh
hiburan melalui media massa juga hendaklah dibendung.

Pihak sekolah pula perlu memantapkan lagi kawalan disiplin sekolah bagi
menjamin kegiatan salah laku pelajar berkurangan. Setiap kesalahan pelajar
seperti ponteng sekolah, merokok,mengambil dadah, atau membuli pelajar
lain hendaklah didenda setimpal dengan kesalahan mereka. Masalah ini sukar
dibendung kerana ibu bapa tidak mahu meluangkan masa datang ke sekolah
untuk berbincang bagi mencari pendekatan awal sebelum masalah anak-anak
mereka menjadi semakin serius. Malahan, ada juga antara ibu bapa yang
sanggup mengambil tindakan undang-undang terhadap guru-guru jika pihak
sekolah mengambil tindakan disiplin terhadap anak mereka.

Masalah ini dapat dibendung jika penguatkuasaan undang-undang


hendaklah diperketat,tamsilannya remaja bawah umur yang melakukan
kegiatan jenayah berat seperti bunuh hendaklah dikenakan hukuman mati
mandatori sama seperti pesalah dewasa. Golongan remaja adalah aset negara
pada masa depan. Kita tidak mahu mereka yang mewarisi negara ini terlibat
dengan jenayah. Oleh itu, mereka haruslah didedahkan kepada isu-isu semasa
melalui kempenkempen dan kem motivasi supaya mereka mengetahui bahawa
segala kes jenayah akan merosakkan masa depan mereka.

JAWAPAN

Antara ___( kata kunci soalan) _______iaitu/termasuklah___


________________(isi1)_______. Selain itu, _____________ (isi2)
____________. Seterusnya,______________ (isi3)_____________.
Seperkara lagi, __________(isi 4)___________________. Akhir
sekali,_____(isi 5) ____________.

(___ patah perkataan)

You might also like