You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK 2021


Program : PISMP Nama Pelajar :
Kod : EDUP 3043 Semester / Tahun : Semester 1 /Tahun 2

Ambilan: Jun 2020


Kumpulan: V1,V2.V3,V4,V5,V6,V7,V8,V9,
V12,V13,V14,V15,V16,V17,V18
Nama Kursus : Pengurusan Bilik Darjah
Dan Tingkah Laku
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar
1. Penulisan Akademik 9 JULAI 2021 25 OGOS 2021

2. Pengurusan Grafik 26 OGOS 2021 2 SEPTEMBER 2021

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menjelaskan secara mendalam konsep pengurusan bilik darjah dan tingkah laku yang
berkesan. (C2, LO1) .

2. Membincangkan dengan kritis peranan guru dalam menguruskan persekitaran pembelajaran


yang kondusif dan membina hubungan yang positif di dalam bilik darjah aliran perdana dan
inklusif (C4,LO3,CTPS3).

3. Menganalisis isu-isu semasa berkaitan tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah dengan
merujuk pelbagai sumber yang relevan (C4, LO3, LO6, CTPS3, LL1).

4. Memilih model pengurusan disiplin dan intervensi yang sesuai bagi menangani tingkah laku
bermasalah di dalam bilik darjah (C5, A1, LO3, CTPS3).

5. Membina pelan pengurusan bilik darjah yang efektif secara kreatif dan inovatif (C6, LO3,
CTPS3)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2, 3 dan 4.

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat:
1. Menganalisis dan membincang dengan kritis peranan guru dalam menguruskan persekitaran
pembelajaran yang kondusif dan membina hubungan yang positif dengan murid dalam aliran
perdana dan inklusif berdasarkan situasi yang berkaitan dengan masalah disiplin bilik darjah
dalam penulisan akademik.

2. Menganalisis isu-isu semasa berkaitan tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah dengan
merujuk kepada pelbagai sumber rujukan yang sesuai.

3. Memberi justifikasi model/beberapa model pengurusan disiplin bilik darjah dan intervensi yang
sesuai bagi menangani tingkah laku bermasalah yang boleh dilaksanakan oleh guru dalam
penulisan akademik.

4. Menghasilkan satu pengurusan grafik berkaitan dengan penulisan akademik dengan


penerangan yang sesuai.
1
SENARIO:

Tugasan 1 : Penulisan akademik

Cikgu Kamal mengajar Bahasa Melayu di kelas Tahun 5 Ixora yang terdiri daripada 25 orang
murid. Semasa mengajar, beliau telah memberikan latihan yang perlu dibincangkan bersama
dengan ahli kumpulan masing-masing. Namun, terdapat sebilangan besar murid dalam kelas
cuba menyelesaikan latihan yang diberi tanpa berbincang dengan ahli kumpulan. Dua orang
murid, didapati hanya memerhati dan meniru hasil kerja rakan di sebelah mereka. Sementara itu,
ada juga murid-murid yang bergaduh, bergerak ke sana sini dan berbual-bual dengan rakan dari
kumpulan lain walaupun mengaplikasikan teknologi sebagai media pengajaran. Ini menyebabkan
kelas tersebut menjadi riuh rendah. Walaupun Cikgu Kamal menegur mereka, keadaan tetap
sama di dalam kelas tersebut. Pada akhir waktu, tidak semua murid menghantar latihan dan ada
antara mereka yang menyiapkannya secara tergopoh gapah dengan menyalin jawapan daripada
rakan-rakan yang lain.

Berdasarkan senario yang diberikan di atas:

Tugasan 1 : Penulisan Akademik (40%)

i Berdasarkan senario yang diberikan analisa peranan guru dalam pengurusan persekitaran
bilik darjah yang kondusif. Anda juga perlu menganalisa strategi untuk membina hubungan
pelajar guru yang positif di dalam bilik darjah aliran perdana dan inklusif.

Cadangkan model pengurusan disiplin bilik darjah dan intervensi yang sesuai serta
menilaikan keberkesanannya untuk menangani tingkahlaku bermasalah di bilik darjah.

2
Tugasan 2 : Pengurusan Grafik (10%)
i Berdasarkan senario yang sama di atas, anda diminta untuk menghasilkan satu pengurusan
grafik dengan menggunakan satu software yang relevan yang merangkumi:

 konsep pengurusan bilik darjah dan tingkah laku yang berkesan.

 peranan guru dalam menguruskan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan


membina hubungan yang positif di dalam bilik darjah aliran perdana dan inklusif.

 menganalisis isu-isu semasa berkaitan tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah
dengan merujuk pelbagai sumber yang relevan.

 memilih model pengurusan disiplin dan intervensi yang sesuai bagi menangani tingkah
laku bermasalah di dalam bilik darjah.

ii Kerja kursus ini adalah bergabung dengan kerja kursus EDUP 3053. Perlaksanaan KPPB
akan dilaksanakan seiring dengan idea besar (Teknologi digital pemangkin PDPr dalam era
pandemik). Hasil projek ini akan dimuatnaik secara digital di atas talian.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Format penulisan adalah seperti berikut:


 Templat terkini muka depan kerja kursus hendaklah digunakan dan boleh dimuat turun
dari iTEMS.
 Font: Arial.
 Saiz huruf: 11.
 Langkau: 1.5
 Rujukan: APA (American Psychological Association) terkini.
 Rujukan harus merangkumi 5 rujukan daripada buku, jurnal, buku rujukan dan artikel.
 Jawab dalam Bahasa Melayu.
2. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali .
3. Tugasan anda perlu dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan.
4. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah perkataan kerja kursus.
5. Tugasan ini adalah tugasan individu dan jumlah perkataan adalah tidak melebihi 1300 patah
perkataan.

Arahan Pelaksanaan Tugasan Pengurusan Grafik

1. Format penulisan adalah seperti berikut:


 Font: Arial.
 Saiz huruf: 11.
 Langkau: 1.5
2. Tugasan ini adalah tugasan individu dan jumlah perkataan adalah tidak melebihi 300 patah
perkataan.

3
Disediakan oleh, Disemak oleh:

JALAL
______________________ ________________________
(Nama: Dr. Kanthasamy) (Nama: AHMAD JALALULAIL )
Pensyarah/Penyelaras kursus SME/Penyelaras kursus / Pensyarah Kanan

Disahkan oleh:

__________________________
(Nama: Zulkufli Bin Mahayuddin)
Ketua Jabatan

You might also like