You are on page 1of 14

946/3 STPM

2019

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN

PENGAJIAN PERNIAGAAN

KERTAS 3
(Satu jam empat puluh lima minit)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


( MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN.

Jawab semua soalan dalam bahagian A


Jawab soalan 11 dalam Bahagian B
Jawab soalan 12 atau soalan 13 dalam bahagian B
Anda boleh menjawab kedua-dua soalan, iaitu 12 dan 13 tetapi hanya satu jawapan yang pertama
akan diperiksa.

__________________________________________________________________________________________
Kertas soalan ini terdiri daripada empat halaman bercetak
[Lihat sebelah
SULIT

1
Bahagian A [50 markah]

Jawab semua soalan.

1. Terangkan dua perbezaan antara sumbang saran dan kumpulan fokus. [6]

2. Jelaskan sumber idea baharu yang berikut.


i) Paten
ii) Penyelidikan dan pembangunan [6]

3. Huraikan bagaimana Majlis Amanah Rakyat (MARA) memberi bantuan kewangan


kepada usahawan.
[6]

4. Huraikan elemen rancangan pemasaran berikut:


i) Strategi produk
ii) Strategi promosi [4]

5. Terangkan tiga strategi untuk memasuki perniagaan antarabangsa. [6]

6. Berikan empat objektif perlindungan perdagangan dalam perniagaan antarabangsa.


[4]
7. Nyatakan empat galakan pelaburan yang disediakan oleh kerajaan bagi meningkatkan
penyertaan syarikat dalam perniagaan antarabangsa. [4]

8. Terangkan konsep perniagaan antarabangsa yang berikut:


i. Globalisasi
ii. Lokalisasi [4]

9. Berikan dua contoh perbuatan dan hukuman bagi jenayah kolar putih berikut:
i. Pecah amanah
ii. Rasuah [6]

10. Terangkan dua hak pengguna. [4]

2
Bahagian B [50 markah]

Baca kajian kes di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya

11 PENGUSAHA ARANG JADI USAHAWAN GEMILANG


Khairul Azizi Ramli merupakan seorang siswazah yang memiliki Ijazah Sarjana Muda
Pembangunan Bandar dan wilayah. Anak sulung daripada 11 orang adik beradik ini mula
berniaga dengan menghasilkan arang daripada tempurung kelapa. Idea untuk memulakan
perusahaan arang timbul ketika beliau menganggur selepas berhenti kerja dengan sebuah
syarikat pembinaan. Hampir setahun dia memungut tempurung kelapa di hampir 50 kedai santan
untuk dijadikan arang yang kemudiannya dijual dengan harga 65 sen satu kilogram kepada
pembekal. Ini menyebabkan masyarakat kampong pernah menyindirnya sebagai gila dan tidak
percaya beliau akan berjaya dengan usahanya itu malah pada peringkat awalnya, keluarganya
juga tidak bersetuju dengan usaha beliau. Namun kata-kata sinis dan pandangan negatif
terhadapnya dijadikan motivasi paling kuat untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa
bidang yang dipilih adalah tepat. “Tetapi hati ini kuat mengatakan saya akan mampu mencipta
kejayaan suatu hari nanti dengan usaha yang gigih”, katanya.

Khairul Azizi telah menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu Green Impiana Bothers
Solution(GIBS) .GIBS telah menghasilkan 40 produk berasaskan kelapa dengan produknya
yang paling laris ialah Arang Briket dan Baja Biochar. Selepas empat tahun mengusahakan
perniagaan, Khairul Azizi berjaya meraih pendapatan kira-kira RM10,000 sebulan melalui
jualan arang yang diusahakan. Apabila perniagaannya semakin berkembang, Khairul Azizi mula
mengajar cara membuat arang menggunakan tempurung kelapa kepada beberapa pengusaha
santan di sekitar kampungnya. Dia kemudiannya akan membeli arang yang telah siap daripada
pengusaha dan menjualnya ke pasaran. Khairul Azizi juga telah berjaya menghasilkan ‘activated
carbon’ daripada tempurung kelapa yang dibekalkan kepada hampir 90 peratus syarikat penapis
air di Kelantan dan Terengganu. Beliau kini telah berjaya memasarkan arangnya di 2000 buah
rangkaian kedai runcit dan pasaraya di seluruh Malaysia.

Menurut Khairul Azizi, Program Azam Tani di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian
Kemubu (KADA) telah membantunya mendapatkan mesin ayak, mesin pengadun, dan mesin
pemampat yang bernilai RM10 000 untuk meningkatkan pengeluaran dan kualiti produk yang
dihasilkannya. Selain itu, Mesin berskala sederhana bernilai RM70,000 juga diperolehi
menerusi geran pemadanan oleh KADA. Khairul Azizi juga sentiasa menghadiri kurusus yang
dianjurkan oleh KADA untuk memantapkan diri sebagai peserta azam tani .“ KADA sentiasa
berusaha untuk membantu peserta Program Azam Tani untuk meningkatkan kualiti produk
terutama dari segi pemasaran dan pembungkusan selain mewujudkan kepelbagaian produk ”,
kata Timbalan Pengurus Besar KADA, Encik Sokshi Che Nor. Khairul Azizi adalah seorang
daripada 1220 peserta azam tani Kelantan yang telah berjaya menjadi usahawan dan bebas dari
belenggu kemiskinan. Pada tahun 2016, beliau telah berjaya menerima anugerah Usahawan

3
Gemilang di bawah Program Latihan Kemahiran dan Keusahawanan Empower Wilayah
Ekonomi Pantai Timur(ECER) .

Pada 21 Mac 2019, sebagai pengurus syarikat GIBS, Khairul Azizi telah menandatangani
Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Universiti Malaysia Kelantan(UMK) bagi
meningkatkan hasil penyelidikan pengeluaran bioarang berjenama AcBioC bagi menghasilkan
baja organik Biochar untuk tujuan pengkomersialan. Bagi Khairul Azizi, kerjasama
penyelidikan bersama UMK ini memberi impak yang besar kerana masih ramai yang belum
tahu akan teknologi pengolahan biojisim yang boleh menghasilkan produk arang dan terbitan
arang dengan nilai tambah yang tinggi.

(Disesuaikan daripada https://www.bharian.com.my, dan https://m.utusan.com.my, www.kada.gov.my


yang dicapai pada 28 Julai 2019)

Berdasarkan kes di ats:

a) Huraikan lima ciri-ciri usahawan berjaya yang ada pada Encik Khairul Azizi. [18]

b) Jelaskan kemudahan dan bantuan kerajaan yang diterima oleh Encik Khairul Azizi dalam
perniagaannya. [12]

Jawab satu soalan sahaja.

12. Bincangkan empat kaedah bagi seseorang usahawan untuk memulakan sebuah perniagaan.
[20]

13. Terangkan tanggungjawab sosial perniagaan terhadap pihak berkepentingan. [20]

SKIMA JAWAPAN
4
BAHAGIAN A
(50 arkah)

1.Dua perbezaan antara sumbang saran dan kumpulan fokus ialah:


Aspek Sumbang saran Kumpulan fokus
Kaedah - Kaedah kumpulan di mana - Individu menyumbang
pelaksanaan [1] beberapa orang individu duduk maklumat dalam format
bersemuka dan berstruktur [1]
menyumbangkan idea. [1]
Latar belakang - Ahli-ahli terdiri daripada ahli - Ahli-ahli terdiri daripada
ahli [1] dalam organisasi itu sendiri. [1] pelbagai latar belakang sosio
ekonomi. [1]
Ketua [1] - Tiada ketua dilantik tetapi - Seorang fasilitator akan
seorang ahli dilantik untuk memandu kumpulan melalui
mencatatkan idea-idea yang satu perbincangan terbuka. [1]
dikemukakan. [1]
Keahlian [1] - Tidak ditetapkan [1] - 8 – 14 orang [1]
Tujuan [1] - Menjana kuantiti idea yang - Menjana idea yang berkualiti
banyak [1] [1]
Kritikan idea [1] - Tidak boleh mengkritik idea - Ahli dibenarkan mengkritik
orang lain [1] idea [1]
(mana-mana dua perbezaan pertama, 2 x 3 = 6 markah)
2. Sumber idea baharu: [6]
i) Paten
- Merupakan hak untuk mengeluarkan sesuatu barangan yang dilindungi oleh undang-
undang sesebuah negara daripada ditiru, dicetak rompak dan diplagiat oleh pihak-pihak
yang tidak bertanggungjawab. [1]
- Paten mempunyai nilai komersial tersendiri. [1]
- Contoh: Usahawan boleh mendapatkan paten (hak mengeluarkan barangan atau
perkhidmatan) daripada pengusaha lain sebagai idea perniagaan. [1]
ii) Penyelidikan dan pembangunan
- Merupakan usaha pihak kerajaan dan swasta menjalankan kajian dan penyelidikan bagi
mencipta produk baharu atau teknik pengeluaran baharu [1]
- Membantu meningkatkan kualiti dan kegunaan sesuatu produk serta produktiviti [1]
- Contoh: Hasil penyelidikan dan pembangunan oleh UPM yang mendapati minyak kelapa
sawit sesuai sebagai minyak kenderaan telah mewujudkan idea produk baharu untuk
usahawan [1]
(mana-mana contoh yang sesuai, H=2, C=1:2 x 3 = 6 markah)
3. Bantuan kewangan yang diberikan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) ialah:
i) Kemudahan pembiayaan bagi pembelian harta tetap (mesin atau peralatan), ubahsuai
premis perniagaan dan modal pusingan. [1]
- Contoh: Skim Pembiayaan Mudah Jaya[1]
ii) Kemudahan pinjaman menggunakan dana panel bank yang telah dilantik MARA dan
MARA bertindak sebagai penjamin. [1]
- Contoh: Skim Jaminan Usahawan MARA [1]

5
iii) Kemudahan pinjaman bagi kerja kontrak pembinaan, bekalan, perkhidmatan dan
elektrik jabatan atau agensi kerajaan, anak syarikat berkaitan serta syarikat berkaitan
kerajaan. [1]
- Contoh: Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres [1]
iv) Kemudahan pemfaktoran iaitu instrumen kewangan yang membolehkan kontraktor
mendapatkan dana dengan mencairkan akaun belum terima atau invois bagi kerja
kontrak yang telah disahkan oleh pemberi kontrak.[1]
- Contoh: Skim Pembiayaan factoring [1]
(mana-mana 3 sahaja, F=1, C=1: 3 x 2 = 6 markah)

4. Dua elemen rancangan pemasaran:


i) Strategi produk
- Merangkumi jenis barang atau perkhidmatan yang ditawarkan dan nilai tambah setiap
barang atau perkhidmatan. [1]
- Menyatakan kelebihan atau keunikan produk berbanding produk pesaing serta ciri
tambahan lain pada produk yang dapat meningkatkan daya saing. [1]

ii) Strategi promosi


- Merangkumi strategi pengiklanan, promosi jualan, jualan perseorangan, perhubungan
awam, publisiti dan pemasaran langsung.[1]
- Merupakan kaedah yang digunakan oleh usahawan untuk memberitahu kepada pengguna
atau pelanggan berkaitan produk keluaran syarikatnya. [1]
- Suatu kaedah menarik minat bakal pengguna untuk membeli produk yang dihasilkan. [1]
(mana-mana huraian yang sesuai, 2 x 2 = 4 markah)

5. Strategi untuk memasuki perniagaan perniagaan antarabangsa:

i)import
-pembelian barangan dari luar negara untuk dijual dalam negara.
ii.) Eksport
-penjualan barangan yang dihasilkan dalam negara ke luar negara
iii) kontrak pengeluaran;
- satu perjanjian dimana syarikat tempatan akan memberi kebenaran kepada syarikat pengilang
asing untuk mengeluarkan produk syarikat tempatan.
iv) Pelesenan
- perjanjian antara pemegang lessen asing dengan penerima lessen tempatan dimana pemegang
lesen akan memberi kebenaran dan hak kepada penerima lesen untuk mengeluarkan produk
pemegang lesen.
- penerima lesen perlu membayar pampasan dalam bentuk royalti kepada pemegang lesen
v) Francais
- satu perjanjian dimana francaisor asing dengan francaisi tempatan dimana francaisor akan
memberi kebenaran dan hak kepada francaisi untuk memasarkan keluaran francaisor.
vi) Subsidiari
- Operasi tempatan yang dimiliki penuh dan dikawal oleh syarikat asing.
- Melalui pelaburan langsung bagi syarikat yang baru atau melalui pembelian ekuiti bagi
syarikat sedia ada.

6
vii) Usaha sama
- Dua atau lebih perniagaan bergabung menembusi pasaran antarabangsa atau membentuk
entiti perniagaan baharu
- Syarikat yang bergabung berkongsi modal, risiko, kepakaran, dan untung diagihkan
berdasarkan modal dilabur
viii) Operasi serah kunci
- Sebuah syarikat mereka bentuk membina dan menyiapkan sesuatu kemudahan di negara
asing di samping melatih pekerja negara itu untuk mengambil alih operasi kemudahan
yang dibina.
- Projek yang telah siap untuk beroperasi diserahkan kepada pembeli.

[mana-mana tiga fakta yang pertama: (1F =1M+1H/1C=1M=2M, 2Mx3= 6M]

6. Empat objektif perlindungan perdagangan ialah:


i. Melindungi perusahaan tempatan agar dapat bersaing dan berdaya maju [1]
ii. Meningkatkan pendapatan negara melalui cukai import [1]
iii.Menghalang kemasukan keluaran yang dianggap tidak sesuai dengan agama, budaya
dan adat resam tempatan [1]
iv. Mengurangkan kadar pengaliran keluar mata wang asing agar dapat mengelakkan
berlaku defisit dalam imbangan perdagangan memenuhi matlamat politik negara
contohnya mengharam kemasukan barang dari Israel [1]

7. Empat galakan pelaburan yang disediakan oleh kerajaan bagi meningkatkan penyertaan
syarikat dalam perniagaan antarabangsa ialah:
i Taraf perintis
ii Pengecualian cukai
iii Galakan cukai
iv Pembiayaian eksport
v Zon Perdagangan Bebas
vi Subsidi
( pilih mana-mana 4 fakta=4m )

8. Konsep perniagaan antarabangsa :


i. globalisasi
- suatu proses di mana ekonomi menjadi satu ekonomi yang saling bergantung
dan tidak terasing lagi. [2] atau
- konsep sejagat dan menyeluruh supaya produk dapat dipasarkan secara menyeluruh
melampaui sempadan geografi dan budaya di seluruh dunia [2] atau
- firma membentuk operasi syarikat di merata dunia. [2]

ii. Lokalisasi
- Tindakan sesebuah kerajaan mengambil alih pemilikan sesebuah firma asing dan
menjadikan firma tersebut sebagai milik negara. [2] atau
- Proses / tindakan menjadikan sesebuah perniagaan asing sebagai hak milik

7
kerajaan/negara tempatan. [2] Rujuk ms 179.

9. Dua contoh perbuatan dan hukuman bagi jenayah kolar putih:


i) Pecah amanah
contoh perbuatan pecah amanah ialah:
- Pengurus dana melesapkan wang pelaburan pelanggan di bawah kelolaannya.[1]
- Peguam memanipulasikan wasiat si mati yang telah diamanahkan kepadanya. [1]
- Menggunakan kepakaran atau maklumat yang dimiliki untuk membeli saham atau aset
untuk diri sendiri. [1]
- Pengurus meniru tandatangan pegawai atasan. [1]
- Melakukan manipulasi bagi memastikan firma yang dimiliki sendiri dianugerahkan
projek oleh organisasi di mana dia bekerja.[1]
Hukuman bagi perbuatan pecah amanah:
- Hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi 10 tahun serta
sebatan rotan. [1]

ii) Rasuah
Contoh perbuatan rasuah:
- Perbuatan meminta atau menerima suapan daripada orang tertentu sebagai balasan untuk
melakukan sesuatu perkara yang berkaitan dengan tugas rasmi orang itu. [1]
- Perbuatan menawar atau memberi suapan kepada pegawai tertentu sebagai balasan untuk
melakukan sesuatu perkara yang berkaitan dengan tugas rasmi pegawai itu. [1]
- Perbuatan mengemukakan dokumen tuntutan untuk bayaran walaupun tugas itu tidak
dilaksanakan. [1]
- Pegawai menggunakan jawatan atau kedudukannya dengan membuat keputusan dan
tindakan untuk kepentingan peribadi seperti melantik kontraktor atau pembekal yang
beliau mempunyai kepentingan. [1]
Hukuman perbuatan rasuah:
- Hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang daripada 14 hari dan tidak lebih daripada
20 tahun dan denda tidak kurang daripada 5 kali ganda jumlah nilai suapan atau RM
10,000 mengikut yang mana lebih tinggi. [1]

(mana-mana contoh perbuatan yang sesuai, 2 contoh + 1 Hukuman: 2 x 3 =6 markah)

10. Hak-hak pengguna :

i. Hak untuk mendapat keselamatan


- Pengguna berhak mendapat perlindungan keselamatan apabila menggunakan
barangan seperti ubatan, bahan kimia, racun serangga, alatan elektronik
ataupun perkhidmatan [2] atau
- Pengguna mempunyai hak untuk mendapat perlindungan daripada barangan
serta perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan dan kehidupan [2]
atau

8
- Pengguna harus mengetahui undang-undang yang berkaitan dengan
keselamatan penggunaan keluaran dan memahami bagaimana undang-undang
itu melindunginya. [2]

ii. Hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat
- Pengguna berhak untuk bekerja dan hidup dalam alam sekitar yang bersih,
indah, selamat, jauh dari kawasan berbahaya, dan bebas daripada pencemaran
alam sekitar. [2]

iii. Hak untuk mendapat keperluan asas


- Pengguna berhak untuk mendapat keperluan asas bagi meneruskan kehidupan
seharian mereka. [2] atau
- Keperluan asas ini termasuk makanan, pakaian, tempat tinggal, perkhidmatan
kesihatan, pendidikan, kemudahan infrastruktur dan sebagainya. [2]

iv. Hak untuk membuat pilihan


- Pengguna berhak untuk memilih pelbagai barang dan perkhidmatan yang
ditawarkan di pasaran dengan jaminan kualiti yang memuaskan, selamat
digunakan serta dijual pada harga yang berpatutan. [2] atau
- Pengguna berhak membuat perbandingan terhadap barang yang hendak dibeli
dari segi kualiti, harga dan isi kandungannya. [2] atau
- Penjual atau pengeluar tidak berhak memaksa pengguna membeli sesuatu
keluaran tertentu. [2]

v. Hak untuk mendapat maklumat


- Pengguna berhak untuk mengetahui segala maklumat yang tepat tentang
barangan yang ingin dibeli bagi membolehkan mereka membuat keputusan
pembelian yang bijak atau diberitahu fakta-fakta yang diperlukan bagi
membolehkan mereka membuat pilihan yang tepat. [2]

vi. Hak untuk mendapat ganti rugi atau pampasan


- Pengguna berhak untuk mendapat ganti rugi atau pampasan yang sewajarnya
bagi pembelian barangan yang rosak, palsu, tidak bermutu, tidak sempurna
atau tidak menepati piawaian yang tertera pada label. [2] atau
- Pengguna juga berhak menuntut pampasan jika berlaku kemalangan atau
kecederaan akibat maklumat yang salah tentang sesuatu barang yang
digunakan.

vii. Hak untuk bersuara atau menyuarakan pendapat


- Pengguna berhak untuk menyuarakan pendapat mengenai produk yang
diingini dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan pengguna
secara individu atau melalui perwakilan. [2]

9
viii. Hak untuk mendapat pendidikan kepenggunaan
- Pengguna berhak untuk menerima pendidikan kepenggunaan serta
memperoleh kemahiran yang diperlukan bagi membantu mereka membuat
pilihan yang bijak dalam pembelian barang dan perkhidmatan serta
mengamalkan hak dan tanggungjawab mereka sebagai seorang pengguna. [2]

(mana-mana 2, 2 x 2 =4 markah)

11 a) Huraikan lima ciri-ciri usahawan berjaya yang ada pada Encik Khairul Azizi.

FAKTA[1] HURAIAN[1] KAITAN KES

Kreatif - Keupayaan untuk menghasilkan - mula berniaga dengan menghasilkan


produk atau idea baharu atau idea arang daripada tempurung kelapa.[1]
unik - Khairul Azizi juga telah berjaya
menghasilkan ‘activated carbon’ daripada
tempurung kelapa[1]
Lokus - Kepercayaan seseorang - Kata En Khairul Azizi iaitu “hati ini kuat
Kawalan usahawan terhadap kemampuan mengatakan saya akan mampu mencipta
Dalaman atau kebolehan dirinya tanpa kejayaan suatu hari nanti dengan usaha
dipengaruhi oleh faktor-faktor yang gigih”,[1]
luaran
Bijak - Usahawan mampu - Beliau kini telah berjaya memasarkan
mengambil mengenalpasti ruang arangnya di 2000 buah rangkaian kedai
peluang penambahbaikan daripada produk runcit dan pasaraya di seluruh Malaysia.
[1]
sedia ada,
- Bekerjasama dengan UMK untuk
- memandang jauh ke hadapan menjalankan penyelidikan bagi
menghasilkan baja organik berasaskan
dalam usaha mengenalpasti
arang.[1]
peluang-peluang yang boleh
diterokai dalam memperkenalkan
produk baru dan mengambil
tindakan daripada peluang untuk
meningkatkan kemajuan
perniagaannya

Inisiatif - Mengambil Tindakan proaktif/ - Hampir setahun dia memungut


yang tinggi usaha yang tinggi/bekerja keras tempurung kelapa di hampir 50 kedai
santan untuk dijadikan arang yang
10
kemudiannya dijual dengan harga 65 sen
satu kilogram kepada pembekal.[1]
- Selepas perniagaannya semakin
berkembang, Khairul Azizi mula
mengajar cara membuat arang
menggunakan tempurung kelapa kepada
beberapa pengusaha santan di sekitar
kampungnya.[1]
- Khairul Azizi juga sentiasa menghadiri
kurusus yang dianjurkan oleh KADA
untuk memantapkan diri sebagai peserta
azam tani[1]
Inovatif - Menghasilkan idea baru dengan - Menghasilkan baja organik berasaskan
menambah baik produk sedia ada arang iaitu Biochar.[1]
dari aspek kegunaan, spesifikasi
dan kaedah yang memberi
keuntungan kepada perniagaan.
Maksimum 18 markah

b ) Jelaskan kemudahan dan bantuan kerajaan yang diterima oleh Encik Khairul Azizi dalam
perniagaannya.

FAKTA[1] HURAIAN[1] KAITAN KES

BANTUAN Diberi dalam bentuk wang, 1) KADA telah membantunya mendapatkan


KEWANGAN geran, subsidi, jaminan mesin ayak, mesin pengadun, dan mesin
pinjaman atau pinjaman pemampat yang bernilai RM10 000 untuk
bertujuan menyelesaikan meningkatkan pengeluaran dan kualiti
masalah kewangan produk yang dihasilkannya.[1]
perniagaan usahawan. 2) Mesin berskala sederhana bernilai RM70,000
juga diperolehi menerusi geran pemadanan
oleh KADA.[1]
BANTUAN Kemudahan ini disediakan 1)Khairul Azizi telah menandatangani Memorandum
KHIDMAT untuk memastikan usahawan Perjanjian (MoA) dengan Universiti Malaysia
NASIHAT DAN memperlengkapkan diri Kelantan(UMK) bagi meningkatkan hasil
PERUNDINGAN mereka dengan kemahiran
dan ilmu pengetahuan dalam penyelidikan pengeluaran bioarang berjenama
aspek pengurusan kepada AcBioC bagi menghasilkan baja organik Biochar
usahawan untuk tujuan pengkomersialan.[1

2) KADA sentiasa berusaha untuk membantu


peserta Program Azam Tani untuk meningkatkan
kualiti produk terutama dari segi pemasaran dan
pembungkusan selain mewujudkan kepelbagaian
produk[1]
PEMBANGUNAN Program dalam melahirkan 1)Khairul Azizi juga sentiasa menghadiri kurusus
USAHAWAN ushawan tekno dan yang dianjurkan oleh KADA untuk memantapkan
menawarkan kursus untuk

11
mewujudkan masyarakat diri sebagai peserta azam tani[1]
perdagangan dan
perindustrian bumiputera 2) anugerah Usahawan Gemilang di bawah Program
Malaysia. Latihan Kemahiran dan Keusahawanan Empower
Wilayah Ekonomi Pantai Timur(ECER) [1].

12.Terangkan empat kaedah bagi seseorang usahawan untuk memulakan sebuah perniagaan
[20]

Skema ;

Kaedah bagi seseorang usahawan untuk memulakan sebuah perniagaan ialah

1) memulakan sendiri

- Usahawan membina perniagaan baharu bermula dari awal lagi


- Usahawan mempunyai kebebasan membuat keputusan tehadap perniagaannya seperti bebas memilih
lokasi perniagaan

- boleh memilih kemudahan fizikal yang diingini mengikut citarasa sendiri

- Usahawan mungkin sukar mendapat pinjaman kerana tiada rekod perniagaan lepas, tiada
bukti prestasi, dan mungkin tiada harta sebagai cagaran.
-Cth : membuka restoran baru dll yg sesuai

2) mengambil alih perniagaan sedia ada

- Iaitu membeli perniagaan sedia ada daripada orang lain /syarikat lain

- Usahawan akan membeli perniagaan yang mempunyai kekuatan seperti mempunyai rekod
perniagaan baik, pelanggan sedia ada dan lokasi yang telah teruji @ strategik

- Usahawan mungkin menanggung beban kewangan kerana perniagaan yang


diambilalih mungkin sedang mengalami kerugian,rekod perniagaan yang buruk

Cth :Tony fernandes mengambil alih syarikat Air Asia daripada daripada DRB Hicom dengan
harga RM40juta.

3) francais,

Dimana francaisor memberi hak dan kebenaran kepada francaisi untuk memasarkan keluaran
francaisor.

-francaisi dikehendaki membayar royalti dan yuran kepada francaisor

-Sistem perniagaan francais adalah berisiko rendah berbanding dengan perniagaan lain. Ini
kerana kebanyakan produk yang tersenarai dalam Sistem Francais telah lama bertapak dalam
bidang perniagaan dan telah mendapat tempat di hati pengguna.

12
- Perniagaan francais biasanya dikenakan bayaran yang tinggi bagi mendapatkan hak ke atas
jenama produk dan juga pakej yang disediakan oleh francaisor.

-cth : Usahawan menjadi francaisi KFC, McDonald’s, Pizza Hut, 7eleven, Marry Brown, Secret Recipies

4. Pakatan Strategik
-Usahawan boleh memilih membuat pakatan strategik melalui pelesenan, kontrak pengeluaran, dan usaha
sama

- Melalui Pelesenan satu perjanjian antara pemegang lesen dengan penerima lesen dimana pemegang
lesen akan memberi kebenaran dan hak kepada penerima lesen untuk mengeluarkan produk pemegang
lesen Penerima lesen akan membayar yuran dan royalti kepada pemberi lesen

-Kontrak pengeluaran, satu perjanjian dimana syarikat tempatan akan memberi kebenaran kepada
syarikat pengilang asing untuk mengeluarkan produk syarikat tempatan -Syarikat pengeluar yang
memberi kontrak akan membayar royalti kepada syarikat pengilang yang mengeluar produk

-Usaha sama merujuk kepada pergabungan dua atau lebih syarikat untuk mendapat keuntungan

-Cth
[F=1 +3 H +1 C = 4; 4 x 5m = 20M]

13.Tanggungjawab sosial perniagaan terhadap pihak berkepentingan ialah :

1.Pekerja
-Menentukan bahawa dasar upah dan gaji adalah mengikut daya pengeluaran dan kecekapan
-mengamalkan dasar pengambilan pekerja yang adil
-menyediakan tempat kerja yang selamat .
Cth:

2.Pemegang saham
-Menggunakan sumber kewangan dengan penuh tanggungjawab dan cekap
- menentukan kadar pulangan seperti dviden yang mencukupi dan memastikan pelaburan
terjamin.
-cth

3.Pembiaya
-Peniaga membayar balik pinjaman tepat pada masa dan jumlah seperti dalam perjanjian
- memberikan maklumat perniagaan yang lengkap dan jujur.
Cth

4.Pembekal
-Membayar pembekal mengikut tempoh masa yang ditetapkan seperti dalam perjanjian
-memastikan supaya semua kontrak dinyatakan dengan jelas dan tidak meragukan.
-cth

5.Pelanggan
-Menjaga mutu barang-barang dan perkhidmatan supaya terjamin penggunaannya yang cekap
-memastikan produk yang dihasilkan tidak membahayakan kesihatan dan keselamatan
pengguna.
- penyediaan produk yang mencukupi utk menampung permintaan dan keperluan pengguna
-
13
Cth

6.Peruncit
-Membekalkan barang yang diperlukan tepat pada masa, kuantiti dan kualiti yang ditetapkan
-memberikan maklumat yang lengkap dan tepat mengenai produk kepada peruncit
Cth

7.Pemborong
-Memberikan maklumat yang lengkap dan cukup
-mengadakan perjanjian yang adil dan sesuai
- cth :

8) Kerajaan
-Mematuhi semua undang-undang yang digubal oleh kerajaan
- membayar cukai perniagaan mengikut masa yang ditetapkan.
cth

9.Media
-Memastikan maklumat tentang aktiviti perniagaan yang disampaikan melalui media adalah benar dan
tepat
- tidak mengeksploitasikan kuasa media dengan motif yang curang seperti mencemarkan nama pesaing .
-cth

10.Masyarakat
- Mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat
- ini dapat menambahkan pendapatan penduduk setempat dan seterusnya meningkatkan taraf hidup
mereka.
- memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat melalui penyediaan barang & perkhidmatan berkualiti
-cth

11.Kumpulan pendesak
- Menyesuaikan keputusan perniagaan dengan cadangan atau tuntutan yang dikemukakan oleh
kumpulan pendesak
- menyediakan peluang atau kemudahan kepada kumpulan pendesak untuk menyuarakan
pendapat mereka tentang pengurusan, produk atau perkhidmatan syarikat.
- cth

Mana-mana lima fakta yang pertama [F=1 +2 H +1 C = 4; 5 x 4m = 20M]

14

You might also like