You are on page 1of 19

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/325247620

Pemupukan Kesepaduan Sosial Melalui Kurikulum Persekolahan di Malaysia

Conference Paper · May 2018

CITATIONS READS
0 59,378

3 authors:

Nurhijrah Zakaria Sharifah Nor Puteh


Dato' Razali Ismail Teacher Training Institute, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia
12 PUBLICATIONS   0 CITATIONS    10 PUBLICATIONS   51 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Amla Salleh
Universiti Kebangsaan Malaysia
53 PUBLICATIONS   280 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Same title View project

WRITING AND ESL LEARNERS View project

All content following this page was uploaded by Nurhijrah Zakaria on 19 May 2018.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


The 3rd International Conference on Learner Diversity
18-19 September 2012, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ISBN: 978-983-2267-43-0

Pemupukan Kesepaduan Sosial Melalui Kurikulum Persekolahan di


Malaysia
NURHIJRAH ZAKARIA
SHARIFAH NOR PUTEH
AMLA SALLEH

ABSTRAK

Secara umumnya kurikulum ialah sejumlah pengalaman pembelajaran meliputi pengetahuan,


pemikiran, perasaan, perbuatan serta perlakuan yang dihasratkan. Justeru kurikulum pendidikan
sekolah adalah wadah terbaik untuk memupuk semangat perpaduan dan jati diri kebangsaan
khususnya dalam konteks masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Artikel ini memfokuskan
kepada pembangunan dan perancangan Kurikulum Kebangsaan dalam menunjukkan kesepaduan
sosial di Malaysia.

Kata kunci: kesepaduan sosial, kurikulum, Dasar Pendidikan Kebangsaan

PENGENALAN

Isu mengenai perpaduan dan integrasi penduduk selalu mendapat perhatian di negara-negara
yang mempunyai pelbagai kaum terutamanya bagi negara-negara yang mempunyai penduduk
yang terdiri daripada imigran dari negara lain seperti Britain, Kanada, Australia, Jerman,
Belanda, Malaysia dan sebagainya (Soroka et.al 2007). Imigran-imigran ini membawa agama,
kepercayaan, bahasa, budaya dan cara hidup yang berbeza dengan penduduk tempatan (Abdul
Razaq et al 2010). Penduduk Malaysia terdiri tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India serta
kaum-kaum minoriti yang lain. Kewujudan masyarakat berbilang kaum di negara ini kesan
daripada penjajahan British ke atas Tanah Melayu sekitar yang telah membawa masuk secara
besar-besaran orang-orang Cina dan India untuk bekerja di lombong-lombong dan ladang-
ladang. Dasar “pecah dan perintah” yang diperkenalkan oleh British menyebabkan wujudnya
pemisahan dari segi tempat tinggal dan pekerjaan antara orang Melayu, Cina dan India. Ini
memberi implikasi besar bukan sahaja kepada polarisasi dan hubungan kaum malah kepada
sistem pendidikan di negara hingga ke hari ini (Abdul Halim Ramli 2009).

654
The 3rd International Conference on Learner Diversity
18-19 September 2012, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ISBN: 978-983-2267-43-0

Definisi Kesepaduan Sosial


Kesepaduan sosial ialah proses membina nilai bersama dan intepretasi masyarakat bagi
membolehkan penduduk sensitif terhadap perkara yang sama dan menghadapi masalah secara
bersama dalam sebuah negara (Maxwell 1996). Jenson (1998) pula menyatakan bahawa
kesepaduan sosial merujuk kepada kemahuan saling kebergantungan antara ahli masyarakat,
berkongsi nilai-nilai kesetiaan bagi tujuan perpaduan. Perkara ini merupakan proses
membangunkan masyarakat mengenai perkongsian nilai, perkongsian cabaran, peluang sama rata
berdasarkan kepada kepercayaan, harapan dan kesalingbergantungan. Ia juga merupakan satu
proses sosial yang membantu individu membina rasa kepunyaan dalam komuniti yang sama.
Kesepaduan sosial boleh dirumuskan dengan merujuk kepada masyarakat yang berusaha
ke arah kesejahteraan ahli-ahlinya, mencipta rasa kepunyaan dan memerangi marginalisation
sama ada di dalam dan di antara kumpulan masyarakat (OECD 2012). Shamsul Amri Baharuddin
(2011) menyatakan, kesepaduan sosial merujuk kepada suatu fenomena sosial yang dipacu oleh
idaman mendalam terhadap perpaduan yang seterusnya pula mempengaruhi para anggota
masyarakat tersebut untuk merangkai pelbagai ikhtiar dan kegiatan sebagai prasyarat mencapai
perpaduan. Usaha ini bertujuan untuk membawa keamanan, keharmonian dan kestabilan dalam
masyarakat tetapi masih belum membawakan perpaduan yang diidamkan.

Kepentingan Kesepaduan Sosial


Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, perpaduan dalam kalangan
penduduk sangat penting bagi menjamin kelestarian pembangunan (Abdul Razak Baginda 2005)
dan keharmonian hidup (Kassim Thukiman dan Zaliza Mohd Nasir 2009). Sikap toleransi,
kesediaan, penerimaan, tolak ansur dan kerjasama penting dalam kehidupan bermasyarakat
penduduk berbilang kaum di negara ini.
Mahathir Mohamed 1991, menyatakan kesepaduan sosial dan perpaduan nasional diberi
perhatian untuk merealisasikan matlamat Wawasan 2020 melalui konsep mewujudkan Bangsa
Malaysia yang mempunyai matlamat untuk dikongsi bersama. Konsep 1Malaysia yang
diperkenalkan pada tahun 2010 menekankan sikap penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang
kaum di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum lain seadanya agar dapat hidup bersama

655
The 3rd International Conference on Learner Diversity
18-19 September 2012, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ISBN: 978-983-2267-43-0

dalam keadaan saling hormat-menghormati sebagai rakyat dalam satu negara. Ia merupakan satu
gagasan tentang memupuk perpaduan berteraskan nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi
amalan setiap rakyat Malaysia dan akan menjadi pemacu kepada Wawasan 2020. Shamsul Amri
(2011) menyatakan, sebelum perpaduan dapat dicapai sepenuhnya, kesepaduan sosial dalam
kalangan rakyat perlu wujud terlebih dahulu dan ini menjadi satu prasyarat atau tahap yang
perlu dilalui oleh masyarakat di negara ini. Kesepaduan sosial boleh mewujudkan kekuatan
hubungan sosial, perkongsian nilai dalam komuniti mengenai intepretasi, perasaan terhadap
identiti umum dan mempunyai rasa kepunyaan dan kepercayaan dalam komuniti yang sama
walaupun wujud perbezaan dan jurang (Jenson 1998).

Ke arah Mewujudkan Kesepaduan Sosial Melalui Dasar Pendidikan.


Dasar Pecah dan Perintah oleh Inggeris memberi ruang kepada setiap kaum menubuhkan sekolah
untuk kepentingan kaum masing-masing. Sekolah Inggeris ditubuh oleh pendakwah Kristian,
sekolah vernakular Cina oleh masyarakat Cina dan sekolah vernakular Tamil oleh pemilik-
pemilik ladang dan sekolah madrasah ditubuhkan ulama-ulama. Sekolah-sekolah ini beroperasi
dengan menggunakan bahasa pengantar, kurikulum, buku dan guru berasingan. Hanya sekolah
Inggeris sahaha kanak-kanak pelbagai kaum dapat belajar bersama tetapi agak terhad dan tidak
dipersetujui oleh majoriti penduduk (KPM 2006). Pendidikan pada zaman British tidak
mempunyai matlamat dan objektif yang jelas dan seterusnya menerbitkan ketidakseragaman
dalam orientasi dan kurikulum pendidikan sehingga mendatangkan masalah yang rumit dari segi
perpaduan kaum apabila negara ingin mencapai kemerdekaan (Sufean Husin 2004).
Integrasi pendidikan yang wujud kesan daripada penubuhan Malayan Union pada tahun
1946 telah memberi kesedaran kepada kerajaan British bahawa sistem pendidikan perlu di
selaras untuk menyatukan masyarakat berbilang kaum (Kassim Thukiman & Zaliza Mohd Nasir
2009). Laporan Barnes 1951 menyarankan supaya persekolahan di peringkat rendah dijadikan
alat perpaduan dan penyatuan masyarakat. Syor yang dikemukakan ialah menyatukan sekolah-
sekolah vernakular dan akan dikenali dengan sekolah kebangsaan dengan mencadangkan bahasa
Melayu atau bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar tetapi syor mendapat tentangan yang
hebat dari masyarakat Cina kerana dibimbangi akan menghakis bahasa dan kebudayaan mereka.

656
The 3rd International Conference on Learner Diversity
18-19 September 2012, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ISBN: 978-983-2267-43-0

Laporan Fenn-Wu pula dikemukakan pada tahun 1952 dan mencadangkan konsep penggunaan
tiga bahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dan bahasa Cina dikekalkan sebagai bahasa
pengantar di sekolah berkenaan namun mendapat bantahan dari orang-orang Melayu kerana
dasar itu tidak menyumbang kepada usaha mewujudkan perpaduan nasional. Tiada laporan yang
menyatakan syor-syor dari kedua-dua laporan ini dijalankan kerana tiada kata putus ekoran
ketidaksefahaman yang wujud mengenai dasar-dasar pendidikan yang dicadangkan (Sufean
Husin 2004). Sehubungan dengan itu Jawatankuasa Penasihat Pusat ditubuhkan dengan
mengemukakan cadangan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa
pengantar di sekolah . Sekolah kebangsaan ditawarkan untuk semua kaum dan pelajaran bahasa
Cina dan bahasa Tamil disediakan sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 15 orang murid
(Kassim Thukiman & Zaliza Mohd Nasir 2009). Walaupun sekolah Cina dan Tamil tidak
termasuk dalam kategori sekolah kebangsaan tetapi persetujuan kerajaan menerima dan
mengiktiraf sekolah vernacular dalam sistem pendidikan negara ini mencerminkan usaha untuk
mencapai kesepaduan sosial wujud dalam sistem pendidikan negara.
Selepas kemenangan Parti Perikatan dalam pilihanraya umum 1955, kerajaan menubuhkan
jawatankuasa untuk mengkaji dasar pendidikan kebangsaan yang dikenali sebagai Laporan
Razak pada tahun 1956. Laporan ini merupakan titik tolak kepada dasar pendidikan bercorak
kebangsaan kerana memberi fokus untuk mewujudkan suatu masyarakat yang bersatu padu dan
mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan
damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia.
Laporan ini dijadikan asas rujukan untuk menyatukan pelajar-pelajar daripada semua bangsa
dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa. Laporan ini menyatakan :
“Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-
budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan
pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai
bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta
merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur”.
(Penyata Razak, perenggan 12)

657
The 3rd International Conference on Learner Diversity
18-19 September 2012, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ISBN: 978-983-2267-43-0

Beberapa syor dikemukakan dalam laporan ini untuk membentuk masyarakat yang
bersatupadu. Syor-syor berkenaan ialah i) Penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa
pengantar di sekolah; ii) Penggunaan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi
semua jenis sekolah; iii) Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama dan iv) Latihan guru yang
sama.
Syor-syor dari laporan berkenaan digunakan dalam dasar-dasar serta akta-akta pelajaran
berikutnya hingga ke hari ini seperti Laporan Rahman Talib 1960 yang dijadikan Akta Pelajaran
1961, Laporan Kabinet 1979, Akta Pendidikan 1996, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan dengan membuat beberapa penambahbaikan untuk
memenuhi cabaran untuk mencapai Wawasan 2020.

Strategi Memupuk Kesepaduan Sosial Melalui Kurikulum Sekolah.


Kurikulum adalah sejumlah pengalaman pendidikan, kebudayaan, sosial, sukan dan kesenian
yang disediakan oleh sekolah bagi murid-murid di dalam dan di luar sekolah dengan maksud
menolongnya untuk berkembang secara menyeluruh dalam segala segi dan merubah tingkah laku
mereka sesuai dengan tujuan-tujuan pendidikan (Ibrahim Saad 1990).
Dalam sistem persekolahan negara ini, kurikulum yang diguna pakai disebut sebagai
Kurikulum Kebangsaan. Menurut Akta Pendidikan (1996), Kurikulum Kebangsaan merupakan
suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan.
Tujuannya adalah untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari
segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta menanam dan mempertingkat nilai moral yang
diingini untuk menyampaikan pengetahuan (KPM 2012).
Kurikulum terbahagi kepada dua iaitu kurikulum terancang dan kurikulum terpendam.
Kurikulum terancang dianggap sebagai usaha menyedia dan melengkapkan pelajar dengan
pelbagai pengalaman pembelajaran dari segi pengetahuan, pemikiran, perasaan, perbuatan serta
perlakuan yang diiktiraf. Kurikulum terpendam dapat diertikan sebagai menyediakan
pengalaman pelajar secara tidak terancang yang timbul daripada situasi yang terdapat di sekolah.
Berdasarkan perspektif ini, kurikulum pendidikan sekolah digubal bertujuan untuk menanam dan

658
The 3rd International Conference on Learner Diversity
18-19 September 2012, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ISBN: 978-983-2267-43-0

memupuk nilai serta tatacara hidup masyarakat dan selanjutnya memastikan kewujudan budaya
dan peradaban masyarakat itu berterusan (Sharifah Nor Puteh 2009).
Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan murid yang
lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi serta menyemai, menanam dan memupuk nilai-
nilai akhlak yang diingini di samping menyampaikan ilmu pengetahuan. Dalam konteks negara
Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendukung cita-cita negara
dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukun Negara di samping menghasilkan
tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara. Oleh itu, ciri-ciri afektif individu yang
meliputi perasaan, emosi, sentimen, sikap dan nilai perlu dibimbing dan dididik untuk membina
sifat-sifat yang sihat untuk tujuan perpaduan negara (Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979).
Dasar pendidikan kebangsaan bertanggungjawab mewujudkan perpaduan dan integrasi
kaum dalam kalangan pelajar melalui program pendidikan termasuk kurikulum dan kokurikulum
yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan
untuk perkembangan menyeluruh murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Program-
program pendidikan yang dilaksanakan dapat membantu murid bersatu padu, bertolak ansur,
penyayang, mempunyai nilai-nilai positif, patriotik dan bangga terhadap negara selaras dengan
prinsip Rukun Negara (KPM 2012). Beberapa strategi pelaksanaan yang dikenal pasti boleh
mewujudkan kesepaduan sosial dalam kurikulum sekolah ialah :

a. Menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama di institusi pendidikan


dan mewajibkan pengajaran bahasa kebangsaan di institusi pendidikan yang bahasa
pengantar utama bukan Bahasa Kebangsaan
Laporan Razak 1956 mengesyorkan bahawa bahasa kebangsaan dijadikan bahasa
pengantar utama di sekolah-sekolah dan syor ini dikekalkan hingga ke hari ini. Seksyen 17(1)
Akta Pendidikan 1996 menyatakan, bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar
utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan dan jika bahasa
pengantar utama di sesuatu institusi pendidikan adalah selain daripada bahasa kebangsaan, maka
bahasa kebangsaan hendaklah diajar sebagai mata pelajaran wajib di insitusi pendidikan itu. Ini

659
The 3rd International Conference on Learner Diversity
18-19 September 2012, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ISBN: 978-983-2267-43-0

bermakna, Bahasa Melayu adalah bahasa pengantar di semua institusi pendidikan kebangsaan.
Bagi sekolah jenis kebangsaan (SJKC) dan (SJKT), yang menggunakan bahasa Inggeris, bahasa
Cina dan bahasa Tamil sebagai bahasa penghantar, bahasa Melayu wajib dipelajari di sekolah.
Ini kerana bahasa adalah alat komunikasi yang berkesan dan bertujuan melahirkan satu
identiti kebangsaan. Perlaksanaannya yang berteraskan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan
dan beberapa laporan dan akta-akta pendidikan membolehkan semua kaum berkomunikasi secara
berkesan menggunakan bahasa Melayu dan mempunyai latar belakang pendidikan yang sama,
sumber yang sama, matlamat yang sama dalam membentuk identiti kebangsaan.

b. Penggunaan Kurikulum Kebangsaan di semua sekolah dalam sistem pendidikan


kebangsaan;
Hubungan kurikulum sekolah dengan perpaduan negara adalah rapat kerana selain dari
memberi ilmu pengetahuan, kurikulum boleh membentuk keperibadian dan perwatakan murid
yang baik yang boleh membawa ke arah perpaduan. Penggubalan dasar pendidikan di Malaysia
didasari oleh rasional bahawa penyeragaman kurikulum yang diperkukuh oleh satu bahasa yang
sama akan mendukung pembentukan pandangan yang homogenus serta nilai teras yang sama
bagi mewujudkan budaya yang sama sebagai asas pemupukan kesepaduan sosial dan perpaduan
negara (KPM 2012).
Laporan Razak 1956 telah menetapkan penggunaan kurikulum yang sama dan bercorak
tempatan bagi semua institusi pendidikan kebangsaan. Laporan Rahman Talib 1960 dan Laporan
Jawatankuasa Kabinet 1979 yang menyemak semula Penyata Razak juga menitikberatkan
perlunya kurikulum sekolah disesuaikan dengan keadaan keperluan negara dan bersifat tempatan
bagi mempercepatkan proses ke arah perpaduan. Seksyen 18(2) Akta Pendidikan 1996
menyatakan semua sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan juga swasta wajib menggunakan
Kurikulum Kebangsaan. Sekolah swasta disifatkan mematuhi peraturan ini jika mata pelajaran
teras diajar di sekolah tersebut.
Penggunaan kurikulum yang sama membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang sama pada akhir pembelajaran berdasarkan objektif dan matlamat yang
sama. Kurikulum Kebangsaan yang dipelajari dapat melahirkan pelajar yang lebih kenal

660
The 3rd International Conference on Learner Diversity
18-19 September 2012, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ISBN: 978-983-2267-43-0

negaranya dan seterusnya meningkatkan semangat patriotism dalam kalangan pelajar.


Pemupukan nilai-nilai multiculturalism antara kaum bagi mewujudkan kesepaduan sosial tidak
menjadi masalah selagi mereka setia kepada negara (Segawa 2007).

c. Peperiksaan awam yang sama bagi semua sekolah


Selain mengikuti kurikulum sama, semua pelajar mengambil peperiksaan yang sama bagi
tujuan membentuk keperibadian kebangsaan. Selaras dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1967,
semua peperiksaan awam dikendalikan dalam bahasa Melayu secara berperingkat-peringkat.
Pada tahun 1978 Lower Certificate Examination (LCE) ditukar kepada Sijil Rendah Pelajaran
(SRP), Malaysian Certificate Examination ditukar kepada Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) pada
tahun 1980 dan pada tahun 1982 Higher School Certificate (HSC) ditukar sepenuhnya kepada
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Dalam konteks penyatuan, sistem peperiksaan am
di semua sekolah menengah adalah dalam bahasa kebangsaan sahaja bagi menerima bahasa
sebagai identiti kebangsaan yang perlu dihayati dan dikongsi bersama oleh semua pihak.
Pelaksanaan satu sistem pendidikan yang sama dan seragam menggambarkan hasrat untuk
membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang perlu diterima oleh semua kaum (Charil
Marzuki & Habib Mat Som 1999).

d. Penggunaan buku teks yang sama.


Buku teks ialah buku yang digunakan sebagai bahan asas yang utama dan sumber
maklumat mengenai mata pelajaran atau bidang yang tertentu. Buku teks perlu mencerminkan
nilai masyarakat, harapan dan cita-cita sesebuah negara dan mesti memuatkan mengenai
perpaduan masyarakat, rukun negara, masyarakat penyayang dan wawasan 2020 (KPM 2012).
Ini bermakna, ideologi nasional, rancangan pembangunan serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan
menjadi panduan dalam penyediaan buku teks sekolah (Santhiram 1997). Buku teks ditulis
berdasarkan kurikulum mata pelajaran yang dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan
Kurikulum (BPK) dan mesti bercorak tempatan serta mengambil kira sensitiviti kaum dan
agama.

661
The 3rd International Conference on Learner Diversity
18-19 September 2012, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ISBN: 978-983-2267-43-0

e. Memperkasa kurikulum mata pelajaran bidang kemanusiaan


Bagi memenuhi keperluan untuk membina semangat perpaduan dalam kalangan pelajar di
negara ini, beberapa mata pelajaran diberi fokus secara khusus kepada pemupukan nilai
kesepaduan sosial terutamanya mata pelajaran dalam bidang kemanusiaan seperti Sejarah,
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK), Pendidikan Moral, Kajian Tempatan, Geografi
serta Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (KOMSAS).
Sejarah dijadikan mata pelajaran teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KBSM) yang wajib dipelajari oleh semua pelajar secara berterusan selama lima tahun. Dalam
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), mata pelajaran Sejarah diperkenalkan kembali
kepada murid Tahap Dua sekolah rendah dan dicadangkan sebagai mata pelajaran wajib lulus
dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2014 (KPM 2012). Dalam sebuah
negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum, kesedaran terhadap sejarah masyarakat
majmuk yang terdapat di Malaysia dapat menolong murid-murid untuk memahami peri
mustahaknya perpaduan di negara ini (Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran
1979).
Pendidikan Sejarah bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara
dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia. Melalui pengetahuan dan
penghayatan sejarah tanahair dan sejarah negara luar yang berkaitan, para murid dapat
memahami keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah dunia.
Pemahaman serta penghayatan peristiwa-peristiwa bersejarah diharap dapat mewujudkan
semangat perpaduan dan kekitaan bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama
dan adat resam. Selain itu, Pendidikan Sejarah juga dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap
sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman antarabangsa (KPM
2002).
Menerusi P & P Sejarah, guru akan menyemai nilai-nilai patriotism, setia dan cinta akan
negara dan berasa bangga sebagai rakyat Malaysia. Pemupukan nilai-nilai ini menghasilkan
warganegara yang patriotik dan melibatkan diri dalam usaha mempertahankan kedaulatan,
kemerdekaan dan pembangunan negara (Sharifah Nor Puteh 2009).

662
The 3rd International Conference on Learner Diversity
18-19 September 2012, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ISBN: 978-983-2267-43-0

Pendidikan Sivik Kewarganegaraan mula diajar sebagai mata pelajaran di sekolah rendah
dan menengah mulai tahun 2005 dengan memberi tumpuan memberi tumpuan utama pada isu
perpaduan, patriotisme dan pemahaman kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia. Mata
pelajaran ini diperkenalkan bertujuan untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara
yang bersatu padu, patriotik dan menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan
dunia dengan memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka
terhadap masyarakat dan negara (KPM 2005). Kandungan kurikulum PSK merangkumi tiga
aspek iaitu:
a) Aspek pengetahuan iaitu maklumat dan idea asas yang harus diketahui oleh murid serta
menggunakannya supaya menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan berkesan
b) Aspek kemahiran iaitu kemahiran intelektual dan partisipitori.
c) Aspek nilai iaitu nilai-nilai murni untuk melahirkan insan berakhlak mulia dan
warganegara yang bertanggungjawab.
Bagi aspek nilai, objektif pengajaran dan pembelajaran adalah untuk membolehkan murid
mempunyai keyakinan terhadap kebolehan diri, menghargai sumbangan ibu bapa dan anggota
keluarga, menghormati kaum dan budaya lain, menunjukkan semangat kekitaan, menghormati
pemimpin dan menghargai jasa mereka dan menunjukkan perasaan bangga dan cinta akan negara
(KPM 2005).
Pendidikan Moral di sekolah memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan
kerohanian dan kemoralan murid melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat
Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini.
Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk individu yang berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta
masyarakat global (KPM 2003). Dalam konteks kesepaduan sosial, kurikulum ini memberi
penekanan kepada prinsip untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup; bersemangat
patriotik; menghormati hak asasi manusia; mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan
serta bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain.
Pembelajaran komponen sastera (KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
diperkenalkan oleh KPM pada tahun 2000 bagi pelajar Tingkatan 1 dan 4, tahun 2001 bagi

663
The 3rd International Conference on Learner Diversity
18-19 September 2012, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ISBN: 978-983-2267-43-0

Tingkatan 2 dan 5, dan tahun 2002 bagi Tingkatan 3. Manakala program pembelajaran sastera
dalam BahasaMelayu di sekolah rendah telah dilaksanakan di Tahun 4 pada taun 2005, Tahun 5
bagi tahun 2006, dan Tahun 6 bagi tahun 2007 secara rintis. KOMSAS digunakan sebagai satu
medium untuk memupuk semangat perpaduan melalui penghayatan
pelbagai genre sastera seperti novel, cerpen, drama, prosa tradisional, puisi moden (sajak), dan
puisi tradisional. Seterusnya pelajar-pelajar berupaya mengenal dan menggunakan disiplin
instrinsik sastera di samping menghayati nilai murni dan pengajaran daripada karya sastera yang
dibaca untuk dijadikan ikhtibar dan panduan hidup (KPM 2000). Antara nilai murni dan
pengajaran penting yang dititikberatkan ialah perpaduan kaum yang menjadi matlamat dan
objektif pengajaran KOMSAS. Objektif tersebut dipercayai akan tercapai memandangkan
KOMSAS dipelajari oleh semua pelajar sekolah rendah Tahun 4, 5 dan 6, dan pelajar sekolah
menengah dari Tingkatan 1 sehingga 5. Kesemua mereka mendapat pendedahan asas tentang
sastera Melayu, tanpa mengira kaum, agama, budaya dan aliran akademik. Ini bererti KOMSAS
merupakan mata pelajaran yang merentasi kurikulum dan ia adalah multidisiplin. Sifat tersebut
membolehkan KOMSAS memainkan peranannya sebagai jambatan perpaduan kaum (Chew
Fong Peng 2009).
Kajian Tempatan merupakan mata pelajaran teras Tahap Dua yang diajar di sekolah
rendah dan terdiri dari komponen Geografi dan Sejarah. Matlamat mata pelajaran ini untuk
melahirkan murid yang berpengetahuan tentang peranan mereka dalam masyarakat,
mengapresiasi warisan sejarah negara, alam sekeliling serta kejayaan yang dicapai oleh negara
ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang harmonis, penyayang dan sentiasa mensyukuri
nikmat tuhan (KPM 2007). Lanjutan pengetahuan ini diperkembangkan di peringkat sekolah
menengah melalui mata pelajaran Geografi. Mata pelajaran ini merupakan mata pelajaran teras
untuk menengah rendah dan elektif untuk peringkat menengah atas. Kurikulum Geografi
bertujuan melahirkan murid yang berilmu, bertanggungjawab, bersyukur dan mengenali serta
mencintai negara Malaysia melalui pemahaman terhadap fenomena geografi yang berfokus
kepada negara Malaysia serta hubungan Malaysia dengan negara-negara lain (KPM 2001).

f. Menambah baik keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (P & P).

664
The 3rd International Conference on Learner Diversity
18-19 September 2012, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ISBN: 978-983-2267-43-0

Strategi P & P berpusatkan murid melalui pendekatan pembelajaran aktif dicadangkan bagi
menggalakkan pelajar berinteraksi dan berkomunikasi secara aktif bagi mewujudkan
persefahaman, toleransi dalam proses P & P. KPM juga mencadangkan pelajar-pelajar perlu
memiliki kemahiran belajar untuk hidup mengetahui, belajar untuk membuat, belajar untuk
menjadi insan sempurna serta belajar untuk hidup bersama sebagai satu keperluan untuk
pembelajaran sepanjang hayat. Dalam kemahiran pembelajaran abad 21, kesedaran terhadap
kepelbagaian budaya juga perlu diberi perhatian. Oleh yang demikian, aspek ini dijadikan asas
pertimbangan dalam penggubalan kurikum di negara ini. Cadangan ini didapati sangat sesuai
dipraktikkan oleh pelajar-pelajar yang tinggal dalam komuniti pelbagai kaum seperti Malaysia
bagi mencapai kesepaduan sosial.

g. Penerapan Nilai-nilai Murni Merentas Kurikulum


Pendidikan nilai diberi fokus dalam kurikulum mata pelajaran menerusi konsep nilai merentas
kurikulum. Setiap guru mata pelajaran digalakkan untuk menyepadukan dan
menggabungjalinkan nilai murni dalam P & P secara langsung atau tidak langsung mengikut
situasi. Penerapan nilai-nilai dapat dilakukan dalam kandungan topik yang diajar, aktiviti
pembelajaran dan bahan sumber pembelajaran (Sharifah Nor Puteh 2009). Nilai-nilai untuk
kesepaduan sosial seperti toleransi, bekerjasama, hormat-menghormati, kasih sayang, baik hati,
hemah tinggi, keadilan, keberanian, kejujuran dan patriotism disisip dalam semua mata pelajaran
pada setiap peringkat persekolahan . Pemupukan nilai-nilai ini boleh diperkukuhkan dengan
mengintegrasikannya melalui kegiatan kokurikulum serta program-program sekolah yang lain.

h. Menawarkan mata pelajaran Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Bahasa Arab Komunikasi
sebagai bahasa tambahan di Sekolah Kebangsaan
Memperkasakan sekolah kebangsaan merupakan salah satu teras dalam Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan. Tujuannya ialah supaya sekolah kebangsaan kekal sebagai sekolah
pilihan utama masyarakat Malaysia (KPM 2006). Strategi ini bertujuan untuk menggalakkan
penyertaan anak-anak kaum Cina dan India di sekolah-sekolah kebangsaan bagi membolehkan

665
The 3rd International Conference on Learner Diversity
18-19 September 2012, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ISBN: 978-983-2267-43-0

pelajar berbilang kaum berinteraksi dan mewujudkan kesepaduan sosial dalam kalangan
mereka.

i. Kokurikulum.
Aktiviti kokurikulum menyediakan peluang kepada pelajar untuk berinteraksi, membina
kemahiran sosial, mewujudkan kerja berpasukan, keakraban, toleransi dan kualiti kepimpinan
melalui aktiviti persatuan, permainan dan unit beruniform (BPPP 2008). Menurut Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil.1/1971) sekolah-sekolah diminta menubuhkan persatuan dan
menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh menanamkan semangat dalam sanubari murid-murid
mengenai muhibbah, perpaduan kebangsaan, Rukun Negara dan perkhidmatan masyarakat.
Sehubungan dengan itu, pengelolaan aktiviti sukan, permainan, unit beruniform dan pementasan
perlu melibatkan semua kaum pelajar.
Kegiatan ini juga dapat menyemai perasaan muhibbah, perpaduan dan integrasi nasional
dalam kalangan generasi muda melalui interaksi sosial yang berlaku secara langsung dan tidak
langsung. Guru hendaklah memastikan bahawa pemain-pemain terdiri daripada berbagai kaum
supaya perasaan kemesraan dan faham-memahami dan berkembang. Sekolah juga digalakkan
menjalankan aktiviti kebudayaan di sekolah supaya pelajar-pelajar yang terdiri daripada semua
kaum akan faham dan dapat menghayati kebudayaan kaum lain (Ab. Alim 1995). Program
kokurikulum secara integrasi antara jenis sekolah juga digalakkan dan diperluaskan melalui
Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) (KPM 2006). Kesemua aktiviti
kokurikulum secara langsung atau tidak langsung mempunyai peranan untuk membentuk sifat-
sifat sosial yang bernilai dalam diri setiap pelajar yang mengambil bahagian dalam aktiviti yang
dipilih. Pengalaman yang diperoleh menerusi aktiviti kokurikulum dapat dimanfaat apabila
mereka meninggalkan bangku sekolah.

PERBINCANGAN
Walaupun telah banyak usaha yang diperkenalkan untuk mewujudkan kesepaduan sosial melalui
sistem pendidikan di negara ini, polarisasi pelajar masih wujud dalam kalangan pelajar berbilang
kaum. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Najeemah (2006) terhadap pola interaksi sosial

666
The 3rd International Conference on Learner Diversity
18-19 September 2012, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ISBN: 978-983-2267-43-0

antara kumpulan etnik di sekolah menengah, pelajar didapati lebih cenderung memilih untuk
belajar, berbincang dan merujuk kepada rakan-rakan dari kumpulan etnik yang sama. Najeemah
& Yasmin (2010) menyatakan polarisasi kaum juga wujud dalam kalangan pelajar sekolah
walaupun berada di sekolah-sekolah multi etnik. Ini bermakna persekitaran multi etnik masih
kurang berjaya dalam menipiskan sempadan etnik murid pelbagai etnik khususnya murid dari
SK, SJKC dan SJKT. Interaksi dalam kalangan pelajar berbilang kaum masih rendah kerana
mereka kurang mencuba mendalami dan memahami budaya kumpulan etnik lain serta keadaan
ini dibimbangi akan menjejaskan usaha untuk melahirkan Bangsa Malaysia yang bersatu padu
sebagaimana yang dihasratkan dalam Wawasan 2020. Polarisasi boleh dikurangkan dan
persefahaman dapat diwujudkan melalui kebijaksanan guru mengelola situasi belajar dan
menyediakan aktiviti yang boleh memupuk penghayatan nilai-nilai perpaduan (Ahmad Ali
Seman 2011).
Sekolah-sekolah venakular telah menyumbang wujudnya polarisasi kaum di negara ini
(Najeemah 2006 & Tan Yao Sua 2010). Walaupun sekolah-sekolah ini menggunakan kurikulum
yang sama, tetapi masih menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar.
Menurut Tan Yao Sua (2010), penyeragaman kurikulum tanpa penyeragaman bahasa pengantar
tidak dapat mendatangkan impak yang besar terhadap integrasi nasional yang diharapkan.
Apabila masyarakat berkomunikasi dan berfikir dalam bahasa yang sama, mereka akan
berkongsi elemen-elemen budaya mereka antara satu sama lain. Berdasarkan Theory of linguistic
determinism and relativism, bahasa memainkan peranan yang signifikan dalam menentukan
budaya dan setiap bahasa mempunyai cara yang berbeza melihat dunia. Penggunaan satu bahasa
yang sama mewujudkan ikatan sentimental dan instrumental yang boleh memperkukuhkan ikatan
penduduk di sesebuah negara.
Strategi untuk memupuk kesepaduan sosial yang diperkenalkan melalui kurikulum
banyak membantu usaha-usaha untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Walau bagaimanapun masih terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian terutamanya
P & P guru. Pengajaran guru yang memberi fokus kepada peperiksaan menyebabkan P & P bagi
mata pelajaran bukan peperiksaan seperti PSK, Kajian Tempatan, Pendidikan Moral di sekolah
rendah dipinggirkan (Laporan Penilaian Kurikulum dalam Sistem Pendidikan Negara 2012).

667
The 3rd International Conference on Learner Diversity
18-19 September 2012, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ISBN: 978-983-2267-43-0

Guru juga didapati kurang memberi penekanan kepada pemupukan nilai dalam P & P kerana
memberi fokus untuk menghabiskan sukatan untuk memenuhi keperluan peperiksaan awam.
Kegagalan pemupukan nilai-nilai perpaduan dalam kalangan pelajar disebabkan juga oleh
kemahiran guru yang kurang kreatif dalam P & P (Ahmad Ali Seman 2011). Pemupukan nilai-
nilai murni semasa proses P & P menjadi sangat minima kerana kekangan masa dan banyak
elemen yang perlu digabungjalinkan dalam P & P (Laporan Penilaian Kurikulum dalam Sistem
Pendidikan Negara 2012).

PENUTUP
Mewujudkan kesepaduan sosial dalam kalangan pelajar merupakan satu keperluan untuk
kehidupan abad 21. Pelajar perlu belajar untuk memahami, menerima, bertoleransi dan
menghormati antara satu sama lain agar dapat mengurangkan konflik bagi mengelakkan
Peristiwa 13 Mei berulang. Oleh itu, sistem pendidikan perlu memainkan peranan dengan
berkesan sebagai agen sosialisasi bagi memupuk keperibadian dan kesedaran bersama dalam
kalangan pelajar. Oleh yang demikian adalah menjadi tanggungjawab KPM menyediakan guru
terlatih yang berkualiti dan kompeten dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan dari
pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Standard
Guru Malaysia. Peranan guru bukan hanya sebagai penyampai ilmu pengetahuan malah sebagai,
penunjuk cara dan pembentuk jiwa. Kepimpinan guru untuk kemakmuran, perpaduan dan
integrasi nasional bukan sahaja diperlukan dalam kurikulum malah juga dalam aktiviti
kokurikulum (Ab. Alim Abdul Rahim 1995). Pencapaian matlamat kurikulum Pendidikan
Kebangsaan dalam mewujudkan kesepaduan sosial bergantung kepada cara bagaimana guru
mengendalikan proses P & P dalam menyampaikan pengetahuan, nilai dan kemahiran
berdasarkan hasil pembelajaran yang sepatutnya dicapai oleh pelajar.

RUJUKAN

Abdul Halim Ramli. 2009.Hubungan Kaum di Malaysia:Sejarah dan Asas Perpaduan. Shah
Alam: UPENA.

668
The 3rd International Conference on Learner Diversity
18-19 September 2012, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ISBN: 978-983-2267-43-0

Abdul Razak Baginda & Schier,P. 2005. Educational in Multicultural Societies: Perspectives on
Education in Malaysia.London : ASEAN Academic Press Ltd.
Abdul Razaq Ahmad, Ahamad Rahim, Ahmad Ali Seman & Mohd Johdi Salleh. 2010.
Malaysian Secondary School History Curriculum and Its Contribution Towards Racial
Integration. Procedia Social and Behavioral Sciences.7(C): 488-493
Ahmad Ali Seman. 2011. Keberkesanan modul pengajaran dan pembelajaran Sejarah
berteraskan perspektif kepelbagaian budaya terhadap pembentukan integrasi nasional.
Tesis PhD. Fakulti Pendidikan. UKM.
Ab. Alim Abdul Rahim.1995. Pengurusan Kokurikulum. Shah Alam : Fajar Bakti
Alis Puteh. 2006. Language and Nation Building: A Study of the language medium Policy in
Malaysia. Petaling Jaya : Strategic Information and Research Development Centre (SIRD)
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah terpilih. Petaling Jaya
: International Law Book Services.
Bahagian Perancangan Pendidikan dan Penyelidikan.2008. Education in Malaysia: A journey to
excellence. Putrajaya : Kementerian pelajaran Malaysia.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. 2001. Pembangunan Pendidikan
2001-2010. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. 2006. Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan 2006-2010. Putrajaya : Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. 2012. Dasar Pendidikan
Kebangsaan. Putrajaya:Kementerian Pelajaran Malaysia.
Chew Fong Peng.2009. Pendidikan Sastera Perpaduan Menerusi KOMSAS Tingkatan 4:
Pelaksanaan dan Kesannya. Jurnal Pendidikan Malaysia. 34(2): 15 – 3.
Fakhri R. Khader. 2012. The Malaysian experience in developing national identitiy, multicultural
tolerance and understanding through teaching curricula: Lessons learned and possible
applications in the Jordanian Context. International Journal of Humanities and Social
Science. 2(1): 270-288.
Furnivall, J.S. 1956. Colonial Policy and Practice: A Comparative study of Burma and
Netherlands India. New York: New York University Press.
Ibrahim Saad. 1990. Perubahan Pendidikan di Malaysia: Satu Cabaran. Kuala Lumpur:Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Jenson, J. 1998. Mapping Social Cohesion : The state of Canadian Research. Ottawa : Renouf
Publishing Co. ltd .
Kassim Thukiman & Zaliza Mohd Nasir, 2009. Aspek pendidikan dalam hubungan etnik.
www.penerbit.utm.my/bookchapter/2009 . [5 Jun 2012]
Kementerian Pelajaran Malaysia. 1979. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan
Dasar Pelajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 1971. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/1971 Perkhidmatan
Masyarakat dan Muhibah di Sekolah-sekolah.
http://www.moe.gov.my/?id=162&pid=847&act=pekeliling&cat=14&info=&ikhtisas=1
[25hb Ogos 2012]
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2000. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan
Satu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

669
The 3rd International Conference on Learner Diversity
18-19 September 2012, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ISBN: 978-983-2267-43-0

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2001. Huraian Sukatan Pelajaran Geografi Tingkatan Satu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2002. Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan Satu dan
Dua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2003. Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tahun 4.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2005. Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik
Kewarganegaraan Tahun 4. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2007. Huraian Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan Tahun 4.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Laporan Penilaian Kurikulum dalam Sistem Pendidikan Negara.2012.Pusat Penilaian Pendidikan
UKM (tidak diterbitkan)
Mahathir Mohamed. 1991. Malaysia Melangkah Ke Hadapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Maxwell, J. 1996. Social dimensions of economic growth. Eric John Hanson Memorial Lecture
Series. University of Alberta.
Najeemah Mohd Yusof. 2006. Patterns of social interaction between different ethnic groups in
Malaysian Secondary schools. Jurnal Pendidik dan Pendidikan. 21: 149-164.
Najeemah Mohd Yusof & Yasmin Ahmad. 2010. Bahasa dan sempadan etnik dalam kalangan
murid pelbagai etnik di sekolah menengah di Malaysia. 1-17.
http://www.mymla.org/files/icmm2010_papers/ICMM2010_p72.pdf [30 Mei 2012]
Santhiram,R. 1997.Curriculum materials for national integration in Malaysia: Match or
mismatch?. Asia Pacific Journal of Education. 17(2) : 7-18
OECD (2012), Perspectives on Global Development 2012: Social Cohesion in a Shifting World,
OECD Publishing. http://www.oecd-ilibrary.org/development/perspectives-on-global-
development-2012_persp_glob_dev-2012-en [5hb Jun 2012]
Segawa, N. 2007. Malaysia’s 1996 Education Act: The impact of a Multiculturalism-type
Approach on National Integration. Journal of Social Issues in Southeast Asia. 22(1): 30-
56.
Shamsul Amri Baharuddin. 2008. Modul Hubungan Etnik. Shah Alam : Pusat Penerbitan
Universiti (UPENA).
Shamsul Amri Baharuddin. 2011. Kesepaduan dalam Kepelbagaian: Perpaduan di Malaysia
Sebagai “work in progress”. Siri Syarahan Kepimpinan Profesor Ulung. Bangi : Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sharifah Nor Puteh. 2009. Pendidikan nilai dalam kurikulum persekolahan di Malaysia. Dlm.
Mohd Arif Ismail & Amla Salleh. Media: Penerapan dan Pemupukan Nilai. Hlm. 17-30.
Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Shahril @ Charil Marzuki & Habib Mat Som. (1999). Isu Pendidikan di Malaysia: Sorotan dan
Cabaran. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Soroka, S.N., R. Johnston, and K. Banting, 2007. “Ties That Bind? Social Cohesion and
Diversity in Canada”. Dlm. K. Banting, T.J. Courchene, and F.L. Seidle. Belonging?
Diversity, Recognition and Shared Citizenship in Canada.The Art of the State, Vol. 3.hlm.
561-600. Montreal: Institute for Research on Public Policy.

670
The 3rd International Conference on Learner Diversity
18-19 September 2012, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ISBN: 978-983-2267-43-0

Sufean Hussin.2004. Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tan Yao Sua. 2010. Isu Bahasa, Etnik dan Pembinaan Negara Bangsa dalam Sistem Pendidikan
Malaysia. Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia.

671

View publication stats

You might also like