You are on page 1of 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau
Beg Berkunci No. 11
89009 Keningau

PKBK2023
PEDAGOGI MURID PENDIDIKAN KHAS
MASALAH PEMBELAJARAN
(PENGHASILAN PRODUK)

Nama : NURUL IZZATI BINTI YUHIMIN


No. K/P : 940302-12-6216
Angka Giliran : 2020012400091
Program : PDPP
Ambilan : OKTOBER/2020
Unit : PENDIDIKAN KHAS
(SEKOLAH RENDAH)
Nama Pensyarah : ZAINAB NAWAB
KHAN
Tarikh Hantar : 22 JUN 2021

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : ___________________

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________


1.0 BLUE BUSY BOOK (BBB)
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) berlangsung guru akan
menggunakan bahan bantu mengajar untuk dimasukkan ke dalam sesi PdP agar
murid-murid lebih tertarik untuk turut serta. Murid-murid akan lebih semangat untuk
belajar apabila bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru itu sesuai dan
menarik hati mereka. Mereka akan menumpukan perhatian semasa pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Bahan bantu mengajar yang digunakan perlulah
bersesuaian dengan topik pembelajaran, tidak membahayakan murid-murid seperti
benda tajam, yang boleh terjadinya letupan dan sebagainya. Bahan bantu mengajar
yang direka dalam tugasan ini ialah Blue Busy Book iaitu seperti buku tetapi dibuat
daripada kain flanel, butang berwarna-warni pelbagai bentuk, velcro sebagai pelekat,
benang dan juga bentuk nombor.

Gambar 1.0 : Guru bersama Blue Busy Book


2.0 LANGKAH-LANGKAH PENGGUNAAN BBB

Bil. Langkah-Langkah Penggunaan Gambar BBB


1.
➢ Guru menunjukkan objek yang terdapat
pada BBB dan mengajukan pertanyaan
tentang objek apa yang mereka lihat.
➢ Murid akan diberi peluang untuk menjawab
soalan.
➢ Guru akan memberi jawapan yang betul
dan mengira bilangan objek satu persatu.
➢ Murid-murid diminta untuk menyertai guru
untuk sama-sama mengira objek yang
terdapat pada BBB.

2.
➢ Guru memperkenalkan nombor yang
terdapat pada BBB.

➢ Murid diminta untuk mengulang semula


sebutan nombor tersebut dengan
bimbingan guru.

3.
➢ Guru memadankan objek di tempat nombor
yang sesuai/betul.
➢ Guru menyebut nombor.

4.
➢ Murid dan guru sama-sama mengira objek
dan menyebut nombor yang terdapat pada
BBB bersama-sama.
5.
➢ Murid diberi peluang untuk memadankan
objek pada nombor yang sesuai/betul.
➢ Guru memberi bimbingan kepada murid
yang lemah.
➢ Guru memberi pujian kepada murid yang
memberi kerjasama yang baik.
3.0 KEKUATAN BAHAN BANTU MENGAJAR
Terdapat beberapa kekuatan yang terdapat pada Blue Busy Book ini yang boleh
membantu murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya murid-
murid daripada pendidikan khas yang mengalami masalah pembelajaran. Antara
kelebihan atau kekuatan Blue Busy Book ini adalah dapat meransang kebolehan
motorik seperti aktiviti memindahkan atau menggerakkan objek akan membuat murid-
murid lebih fokus dan membantu murid melakukan aktiviti yang lebih kompleks seperti
menulis dalam jangka masa panjang. Tambahan lagi, BBB ini boleh digunakan dalam
subjek lain seperti subjek pengurusan diri kerana terdapat aktiviti seperti membutang
baju, mengikat tali kasut dan mengikat rambut. Ini dapat membantu murid-murid
melancarkan kemahiran mengurus diri yang baik.
Seterusnya, BBB ini juga dapat memperkenalkan nombor dan objek kepada
murid-murid kerana terdapat pemilihan warna yang menarik, bahan-bahan yang
digunakan juga mampu menarik minat murid-murid untuk bermain. Selain itu, BBB
ini juga menggalakkan penerokaan dan penyelesaian masalah kerana aktiviti pada
BBB kebanyakan aktiviti yang melibatkan permainan menyelesaikan masalah.
Contohnya, suai padan, menyusun di tempat yang betul seperti mengira objek dan
melekatkan objek tersebut pada nombor yang sesuai. Kekuatan seterusnya adalah
murid-murid akan lebih fokus semasa guru menerangkan pembelajaran di dalam bilik
darjah kerana bagi murid-murid pendidikan khas yang mempunyai masalah kurang
fokus di dalam bilik darjah ataupun murid yang hiperaktif akan dapat membantu
mereka.

4.0 LIMITASI BAHAN BANTU MENGAJAR


Setiap Bahan Bantu Mengajar yang direka akan mempunyai limitasi pada BBM
tersebut. Sama seperti Blue Busy Book ini mempunyai limitasi yang dikesan iaitu
BBB ini tidak mencukupi untuk semua murid kerana proses pembikinan yang sukar
dan tidak boleh di buat secara banyak. Mereka perlu berkongsi dengan rakan-rakan
ataupun menunggu giliran untuk bermain dan mencuba untuk melakukannya
seorang demi seorang. Selain itu juga bahan yang digunakan mudah rosak apabila
murid-murid yang memegang dan menggunakan terlalu kasar seperti menarik
dengan kuat objek yang melekat pada BBM tersebut.
5.0 PENUTUP
Kesimpulannya, Bahan Bantu Mengajar ini perlulah direka sesuai dengan murid-
murid untuk meransang dan meningkatkan lagi minat mereka dalam menyertai guru
semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung di dalam bilik darjah. Oleh
itu, sebagai seorang guru kita perlulah menjadi seorang guru yang lebih kreatif dan
rajin meneroka dalam menarik minat murid-murid Setiap sesi PdP yang berlangsung.

You might also like