You are on page 1of 7

Jurnal Dunia Pendidikan

e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 370-376, 2021


http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Kemahiran Belajar dan Guru Pelatih


(Learning Skill and Teacher Trainee)
Kok Kean Hin1*
1
Jabatan Perancangan Penyelidikan & Inovasi, IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: kok11-133@epembelajaran.edu.my

Accepted: 15 June 2021 | Published: 1 July 2021


_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji kepuasan pelajar Program Persediaan
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (PPISMP) ambilan Jun 2019 terhadap
pengajaran dan pembelajaran subjek generik Kemahiran Belajar. Sampel kajian adalah
sebanyak 50 pelajar PPISMP ambilan Jun 2019. Instrumen yang digunakan ialah borang soal
selidik GKBJPIPK-19. Data yang dikumpul secara deskriptif dalam min skor purata. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa min skor purata persediaan keseluruhan terhadap pengajaran
dan pembelajaran subjek Kemahiran Belajar adalah memuaskan dengan min skor purata 4.34.

Kata kunci: Kemahiran belajar, kepuasan pelajar

Abstract: The purpose of this research was to investigate the satisfaction of PPISMP
preparatory programme (Jun 2019 intake) students towards teaching and learning of generic
subject Kemahiran Belajar. There were 50 PPISMP (Jun 2019 intake) teacher trainees
participated in this study. The instrument used was GKBJPIPK-19 questionnaire. The
descriptive data were presented with average mean score. The results showed that the average
mean score of students satisfaction towards the preparation of teaching and learning of generic
subject Kemahiran Belajar was satisfactory with average mean score 4.34.

Keywords: Learning skill, students satisfaction


_________________________________________________________________________
1. Pengenalan

Kemahiran Belajar (Kod kursus GKB1053) ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai dan
mengaplikasi pelbagai alat berfikir dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi bagi
meningkatkan kemahiran untuk belajar (Institut Pendidikan Guru Malaysia, 2016). Kursus ini
membincangkan konsep kemahiran belajar, pengurusan pembelajaran dan kemahiran
perolehan dan pengurusan maklumat. Kandungan kursus merangkumi tiga komponen;
kemahiran literasi maklumat, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dan kemahiran
pengurusan diri. Keupayaan belajar dipertingkatkan dengan pendedahan kepada penggunaan
perisian komputer dan sistem pengurusan maklumat. Aspek-aspek pentaksiran dan menangani
masalah pembelajaran juga dibincangkan. Mod penyampaian kursus disampaikan secara
kuliah, tutorial dan perbincangan (IPGM, 2016).

2. Ulasan Kajian Lepas

Kepuasan pelajar dirangsang oleh persekitaran kelas yang kondusif. Ia meliputi keadaan
fizikal, psikologi dan sosial sesuatu kelas. Selain daripada itu, kepuasan kelas boleh
dipertingkatkan jika semangat, motivasi dan prestasi dalam sesebuah kelas adalah pada tahap

370
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 370-376, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

yang membanggakan (Yazid & Mohd Shafiq, 2013). Apabila seseorang memerlukan sesuatu
dan keperluan itu dapat dipenuhinya, dia akan berasa puas. Seseorang pekerja akan berasa puas
hati dengan kerja yang dilaksanakannya jika cita-cita kerja dan persekitaran adalah selari
dengan nilai-nilai peribadi dan jangkaan kerjanya. Di samping itu, kepuasan pelanggan sentiasa
berkait dengan aspek keperluan psikologi (Maslow, 1970).

3. Pernyataan Masalah

Pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana muda Pendidikan dengan Kepujian (PPISMP)
ambilan Jun 2019 terdiri daripada tiga opsyen berlainan, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris
dan Pendidikan Islam. Pelajar ketiga-tiga opsyen berpendapat bahawa kaedah pengajaran oleh
pensyarah A dalam ketiga-tiga kelas juga berbeza semasa sesi temuduga tidak berstruktur (Hin
& Ahmad Saad, 2019; Hin & Mohd Nasri, 2019; Hin & Siti Nur Fazlina, 2019). Tidak
dinafikan bahawa kelas subjek Kemahiran Belajar yang diajar oleh pensyarah A yang sama
mungkin berbeza dari segi pelaksanaannya (Hin, K.K., personal communication, Julai 11,
2019). Namun, ia semestinya mengikut kehendak ringkasan maklumat kursus yang ditetapkan
oleh pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia. Pengaji berpendapat bahawa kaedah pengajaran
dan pembelajaran (PdP) untuk kursus yang sama telah dijalankan secara berkala dan mantap.
Walau bagaimanapun, pelaksanaan strategi PdP kursus yang sama dalam tiga kelas yang
berlainan mungkin adalah berlainan mengikut keadaan semasa. Keadaan ini berlaku
disebabkan oleh latar belakang akademik dan keluarga pelajar-pelajar opsyen PPISMP yang
berlainan. Selain itu, komunikasi timbal balik dan respons yang diberikan oleh pelajar adalah
berlainan. Pengaji perlu menggunakan kaedah pengajaran yang berlainan. Justeru, kajian
ringkas ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti kajian kepuasan pelajar PPISMP ambilan
Jun 2019 terhadap pengajaran dan pembelajaran subjek Kemahiran Belajar GKB1053 oleh
pensyarah A.

4. Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk;

i. Mengenal pasti tahap kepuasan pelajar PPISMP ambilan Jun 2019 terhadap pengajaran
dan pembelajaran subjek Kemahiran Belajar GKB1053 oleh pensyarah A.
ii. Mengenal pasti perhubungan di antara maklum balas pelajar terhadap pengajaran dan
pembelajaran subjek Kemahiran Belajar GKB1053 oleh pensyarah A dengan jantina
pelajar
iii. Mengenal pasti perhubungan di antara maklum balas pelajar terhadap pengajaran dan
pembelajaran subjek Kemahiran Belajar GKB1053 oleh pensyarah A dengan opsyen
pelajar

5. Soalan Kajian

Soalan kajian ini adalah;

i. Apakah tahap kepuasan pelajar PPISMP ambilan Jun 2019 terhadap pengajaran dan
pembelajaran subjek Kemahiran Belajar GKB1053 oleh pensyarah A?
ii. Apakah perhubungan di antara maklum balas pelajar terhadap pengajaran dan
pembelajaran subjek Kemahiran Belajar GKB1053 oleh pensyarah A dengan jantina
pelajar?
iii. Apakah perhubungan di antara maklum balas pelajar terhadap pengajaran dan

371
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 370-376, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

pembelajaran subjek Kemahiran Belajar GKB1053 oleh pensyarah A dengan jantina


pelajar

6. Sampel Kajian

Sampel kajian ialah 50 orang pelajar PPISMP ambilan Jun 2019 di sebuah Institut Pendidikan
Guru Kampus yang berada di zon tengah semenanjung. Bilangan responden perempuan adalah
sebanyak 31 dan bilangan responden lelaki adalah sebanyak 19. Pelajar ini terdiri daripada 16
pelajar opsyen Bahasa Inggeris, 17 pelajar opsyen Bahasa Melayu dan 17 pelajar opsyen
Pendidikan Islam.

7. Batasan Kajian

Pengkaji berfokus kepada maklum balas kepuasan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran
subjek Kemahiran Belajar GKB1053. Kajian ini juga hanya berfokus kepada pendekatan
pengajaran dan pembelajaran subjek Kemahiran Belajar GKB1053 yang dikendalikan oleh
pensyarah A dan tidak boleh digeneralisasikan kepada pensyarah lain yang mengajar subjek
yang sama. Selain itu, dapatan kajian ini juga tidak boleh digeneralisasikan kepada kesemua
221 pelajar PPISMP ambilan Jun 2019 di Institut Pendidikan Guru Kampus berkenaan yang
mengambil subjek ini tetapi hanya berfokus kepada 50 pelajar PPISMP yang terpilih.

8. Metodologi

8.1 Cara Pengumpulan Data


Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data ialah borang soal selidik GKBJPIPK-19.
Instrumen ini telah diubah suai daripada borang maklum balas latihan pembangunan staf
Institut Pendidikan Guru Malaysia dengan kebenaran. Instrumen ini telah dinilai dan disahkan
oleh pakar-pakar rujuk di IPG Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

8.2 Analisis Data


Item-item dalam soal selidik GKBJPIPK-19 telah dinilai dengan skala Likert 5-poin, iaitu
daripada julat skala 1: sangat kurang baik hingga skala 5: sangat baik. Dapatan kajian telah
dianalisis selepas soal selidik GKBJPIPK-19 dijalankan. Data kuantitatif yang dikumpul telah
dianalisis secara deskriptif dengan frekuensi dan min skor purata. Data kualitatif turut
dikumpul dan dianalisis untuk menyokong data kuantitatif.

9. Dapatan Dan Perbincangan

Jadual 1 menunjukkan tahap kepuasan pelajar PPISMP ambilan Jun 2019 terhadap pengajaran
dan pembelajaran (PdP) subjek Kemahiran Belajar GKB1053. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa pelajar PPISMP ambilan Jun 2019 berpuas hati dengan PdP subjek Kemahiran Belajar
GKB1053 secara keseluruhan dengan min skor purata sebanyak 4.34. Skor min purata untuk
kesembilan-sembilan item yang diuji melebihi 4.00 (rujuk Jadual 1). Dalam kajian Hin (2019),
pakar-pakar kesahan kandungan bersetuju dengan kesesuaian modul M-Biotek-STEM yang
dibina apabila min skor purata setiap item yang dinilai secara puratanya melebihi 4.00 dalam
skala Likert 5-poin.

372
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 370-376, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Jadual 1: Tahap kepuasan pelajar PPISMP ambilan Jun 2019 terhadap pengajaran dan pembelajaran
(PdP) subjek Kemahiran Belajar GKB1053
Descriptive Statistics
N Mean Std. Deviation
Jantina 50 1.6800 .47121
Opsyen 50 2.0000 .83299
jangkamasa 50 4.1400 .60643
ringkasanmaklumatkursus 50 4.1800 .71969
formatkerjakurusus 50 4.2600 .66425
penyampaianisikandungan 50 4.2800 .57286
penilaiankeseluruhan 50 4.3400 .55733
penyebaranmaklumat 49 4.3878 .60609
membantupenyiapantugasan 50 4.5400 .57888
meningkatkanpengetahuan 50 4.5600 .57711
pengetahuanyangpraktikal 50 4.6000 .49487
Valid N (listwise) 49
Nota: N=Bilangan sampel

Jadual 2: Analisis kualitatif GKBJPIPK-19


Opsyen Maklum balas sampel/ Kekerapan (f)
A) Bahasa Inggeris (n=16; L=5; P=11) ⚫ Menggunakan lebih banyak alat berfikir(1)
⚫ Tugasan kerja kursus perlu diterangkan dengan
lebih mendalam(2)
⚫ Pembentangan berbentuk visual perlu
diperbanyak(2)
⚫ Buku dicadangkan perlu bersesuaian dengan
topik perbincangan(1)
⚫ Berfokus kepada pengaplikasian dan cuba jaya
dalam kelas(1)
⚫ Pembelajaran secara lakonan situasi sebenar(1)
⚫ Perbanyakkan aktiviti fizikal dalam kelas(3)
⚫ Belajar topik pengkomputeran dalam makmal
komputer (1)
⚫ Aktiviti luar kelas seperti permainan
diperbanyakkan (7)
⚫ Kurangkan soalan esei(3)
⚫ PdP kelas yang kondusif(2)
⚫ Kuiz selepas kelas(1)

B) Bahasa Melayu (n=17; L=7; P=10) ⚫ Memperbanyakkan kemahiran belajar secara


praktikal (1)
⚫ Memberi tunjuk ajar sebagai fasilitator (1)
⚫ Pengajaran kreatif (1)
⚫ PdP berpusatkan pelajar (1)

C) Pendidikan Islam (n=17; L=7; P=10) ⚫ Kesesuaian ringkasan maklumat kursus perlu
relevan dengan tahap pemahaman pelajar (1)
⚫ Pensyarah subjek ini boleh terus mengajar subjek
dengan cemerlang pada masa akan datang (1)

Nota: 1)n=Bilangan sampel; L=Bilangan pelajar lelaki; P=Bilangan pelajar perempuan


2)Transkripsi dianalisis dalam bahasa yang difahami oleh pengkaji walaupun maklum balas sampel
tidak disebutkan dalam bahasa standard
3)Kekerapan tidak ditetapkan untuk maklum balas pelajar

Meskipun min skor purata adalah memuaskan, pelajar telah memberi komen-komen yang
membina untuk penambahbaikan pada masa depan. Peserta telah memberi komen masing-
masing seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2. Namun, penambahbaikan-penambahbaikan
yang dinyatakan boleh diberi perhatian oleh pihak pengurusan institut pendidikan guru dan

373
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 370-376, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

pensyarah, yakni berkaitan dengan kesesuaian ringkasan maklumat kursus dan tugasan kerja
kursus, pendekatan pengajaran dengan alat berfikir dan aktiviti luar kelas serta PdP berpusatkan
pelajar.

Dapatan kajian ini boleh dibandingkan kepada maklum balas pelajar dalam sistem ITEMS
IPGM dengan kebenaran pengarah kampus (Rujuk Jadual 3 dan Jadual 4). Dapatan daripada
sistem ITEMS IPGM adalah selari dengan dapatan kajian, iaitu pelajar PPISMP terpilih ini
berpuas hati dan memberi maklum balas yang positif terhadap PdP pensyarah A. Namun, min
skor purata daripada Sistem ITEMS IPGM (IPPK-CDL) adalah 4.76 berbanding dengan
dapatan kajian ini, min skor purata=4.34. Dalam sistem ITEMS IPGM, pelajar menilai
pensyarah A melalui instrumen penilaian pelaksanaan kurikulum (LAM-PT-05-03a) yang
disediakan oleh IPGM dalam talian. Dapatan kajian ini dinilai melalui soal selidik GKBJPIPK-
19 oleh Jabatan Penyelidikan, Inovasi dan Profesionalisme Keguruan, Institut Pendidikan Guru
Kampus berkaitan. Disebabkan oleh konstruk yang berbeza, nilai min skor purata yang didapati
juga berbeza. Walau bagaimanapun, dapatan kedua-dua instrumen memberi maklum balas
yang positif terhadap PdP Pensyarah A dalam subjek Kemahiran Belajar GKB1053.
Penambahbaikan yang dicadangkan juga memberi maklum balas yang hampir serupa seperti
perbanyakkan aktiviti luar, praktikal dan keprihatian pensyarah.

Dalam Jadual 1, elemen penyebaran maklumat menunjukkan penglibatan bilangan sampel


sebanyak 49 berbeza dengan jumlah sampel, 50. Sampel berkenaan tidak mengisi maklum
balasnya tetapi elemen soal selidik ini perlu diambil kira dan tidak terkeluar daripada jurang
nilai purata data keseluruhan atau nilai outlier.
Jadual 3: Keputusan ITEMS subjek GKB1053
PPISMP Bilangan calon Kelulusan /Frekuensi (f) Purata
Ambilan
Jun 2019

GKB1053
Kemahiran
Belajar
Lelaki Perempuan A+(90-100) A(80-89.9) A-(75-79.9) B+(70-74.9) Min
markah=
86.10%
94 127 20.36% 76.47% 2.71% 0.45% Min
(45) (169) (6) (1) gred=A
Jumlah 221 100
Sumber: Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam(2019) dengan kebenaran pengarah kampus

Jadual 4: Respon pelajar terhadap GKB1053 Kemahiran Belajar (IPPK-CDL)


Opsyen Maklum balas pelajar tentang Pensyarah
A/frekuensi (f)
Pelbagai (Bahasa Melayu/Bahasa ⚫ Memberi informasi yang penuh
Inggeris/Pendidikan Islam) ⚫ Bersistematik
⚫ Berkongsi pengalaman
C=221, L=94,P=127 ⚫ Memberi semangat
⚫ Meningkatkan pemahaman pelajar
⚫ Cakna terhadap isu semasa
⚫ Penyampaian mudah difahami
⚫ Komited
⚫ Kelas yang ceria
⚫ Prihatin
Cadangan penambahbaikan ⚫ Perbanyakkan aktiviti (11)
⚫ Kurang praktikal pada kes teknologi maklumat

374
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 370-376, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

seperti membuat blog (1)


Sumber: Institut Pendidikan Guru Malaysia(2019) dengan kebenaran pengarah kampus
Nota: C=Jumlah calon subjek GKB1053 Ambilan Jun 2019; L=Lelaki;P=Perempuan

Kajian ini juga mengambil kira perhubungan maklum balas sampel dengan jantina dan opsyen
pelajar (Rujuk Jadual 5 dan Jadual 6). Menurut Fraenkel, Wallen & Hyun (2015) dan Wan
Azlinda (2013), saiz sampel melebihi 30 adalah mencukupi untuk kajian berkaitan korelasi.
Jadual 5: Hubungan di antara maklum balas pelajar dengan jantina pelajar
Pearson correlation-Jantina
Pearson
constant,
r Mean Std. Deviation
Jantina N=50 1.6800 .47121
Opsyen - 2.0000 .83299
jangkamasa 0.089 4.1400 .60643
ringkasanmaklumatkursus 0.053 4.1800 .71969
formatkerjakurusus 0.010 4.2600 .66425
penyampaianisikandungan 0.263 4.2800 .57286
penilaiankeseluruhan 0.267 4.3400 .55733
penyebaranmaklumat 0.160 4.3878 .60609
membantupenyiapantugasan 0.272 4.5400 .57888
meningkatkanpengetahuan 0.072 4.5600 .57711
pengetahuanyangpraktikal 0.228 4.6000 .49487
Valid N (listwise)

Secara keseluruhannya, perhubungan maklum balas sampel dengan jantina ialah r=0.267
(Rujuk Jadual 5). Menurut Cohen, Manion & Morrison (2011), kebanyakan pekali korelasi, r
adalah di bawah 0.50 untuk bidang sains sosial. Pekali korelasi yang sangat rendah dan menuju
ke arah r=0 merujuk kepada perhubungan yang lemah atau tidak signifikan. Pekali korelasi, r
di bawah nilai 0.35 menunjukkan perhubungan yang lemah dan kurang signifkan (Fraenkel,
Wallen & Hyun, 2015). Dalam bidang pendidikan secara umumnya, nilai r di antara 0.4 dan
0.6 selalunya diterima kerana nilai ini mempunyai nilai teoritikal dan nilai praktikal yang
diperlukan untuk membuat sesuatu kajian (Fraenkel, Wallen & Hyun, 2015). Nilai r melebihi
0.65 pula akan memberi jangkaan yang lebih tepat tentang ketepatan data. Manakala, nilai r
melebihi 0.85 pula menunjukkan pehubungan yang sangat signifikan dan jarang didapati dalam
bidang pendidikan kecuali dalam penilaian aspek kebolehpercayaan sesuatu kajian (Fraenkel,
Wallen & Hyun, 2015). Justeru, perhubungan di antara maklum balas pelajar dengan jantina
pelajar adalah tidak signifikan (r=0.267; r<0.35).
Jadual 6: Hubungan di antara maklum balas pelajar dengan opsyen pelajar
Pearson correlation-opsyen
Pearson, Std.
constant, r Mean Deviation
Jantina - 1.6800 .47121
Opsyen N=50 2.0000 .83299
jangkamasa -0.162 4.1400 .60643
ringkasanmaklumatkursus -0.102 4.1800 .71969
formatkerjakurusus -0.148 4.2600 .66425
penyampaianisikandungan -0.086 4.2800 .57286
penilaiankeseluruhan 0.088 4.3400 .55733
penyebaranmaklumat -0.082 4.3878 .60609
membantupenyiapantugasan 0.085 4.5400 .57888
meningkatkanpengetahuan 0.255 4.5600 .57711
pengetahuanyangpraktikal 0.149 4.6000 .49487
Valid N (listwise) 49

375
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 2, 370-376, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Secara keseluruhannya, perhubungan maklum balas sampel dengan opsyen ialah r=0.088
(Rujuk Jadual 6). Pekali korelasi, r di bawah nilai 0.35 menunjukkan perhubungan yang lemah
dan kurang signifkan (Fraenkel, Wallen & Hyun, 2015). Rentetan itu, perhubungan di antara
maklum balas pelajar dengan jantina pelajar juga adalah tidak signifikan (r=0.088; r<0.35).

10. Kesimpulan

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa maklum balas pelajar PPISMP terhadap pengajaran
dan pembelajaran pensyarah A dalam subjek GKB1053 Kemahiran Belajar adalah memuaskan
(min skor purata>4.30). Selain itu, perhubungan di antara maklum balas pelajar dengan jantina
pelajar adalah tidak signifikan (r=0.267; r<0.35). Di samping itu, perhubungan di antara
maklum balas pelajar dengan opsyen pelajar juga adalah tidak signifikan (r=0.088; r<0.35).
Oleh itu, maklum balas pelajar PPISMP terhadap pengajaran dan pembelajaran pensyarah A
dalam subjek GKB1053 Kemahiran Belajar adalah tidak dipengaruhi oleh jantina dan opsyen
sampel dan dipengaruhi oleh pendekatan pengajaran yang digunakan oleh pensyarah A dalam
kajian ini. Cadangan penambahbaikan yang dicadangkan boleh dijadikan panduan dalam
pengajaran subjek ini pada masa depan.

Rujukan

Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2011). Research Methods in Education (7th ed.).
Oxon: Routledge.
Fraenkel, J.R., Wallen, N.E., & Hyun, H.H. (2015). How to Design and Evaluate Research in
Education (9th ed.). New York: McGraw Hill.
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPGKPI).(2019). Keputusan kerja
kursus GKB1053 Kemahiran Belajar PPISMP ambilan Jun 2019. Retrieved from
items-ipgm.edu.my/bkkp/laporAnalisis.php?
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).(2016). Ringkasan maklumat kursus Kemahiran
Belajar GKB1053. Cyberjaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).(2019). Keputusan instrumen penilaian
pelaksanaan kurikulum.
Retrievedfromwww.muedusoft.com/cgibin/cdl/Ippk_CapaiRespons
Hin, K.K. (2019). Keberkesanan modul bioteknologi dalam subjek sains tambahan sekolah
menengah aliran teknik dan vokasional (Unpublished doctoral dissertation).Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Hin, K. K. (interviewer), & Ahmad Saad (interviewee). (2019). Maklum balas pengajaran &
pembelajaran GKB1053 Kemahiran belajar PPISMP opsyen Bahasa Melayu.
[unretrieved interview transcript].
Hin, K. K. (interviewer), & Mohd Nasri (interviewee). (2019). Maklum balas pengajaran &
pembelajaran GKB1053 Kemahiran belajar PPISMP opsyen Bahasa Inggeris.
[unretrieved interview transcript].
Hin, K. K. (interviewer), & Siti Nur Fazlin (interviewee). (2019). Maklum balas pengajaran
& pembelajaran GKB1053 Kemahiran belajar PPISMP opsyen Pendidikan Islam.
[unretrieved interview transcript].
Maslow, A.H. (1970). Motivation and Personality. New York: Harper & Row.
Wan Azlinda Wan Mohamad. (2013). Penyelidikan korelasi. In Noraini Idris (Ed.),
Penyelidikan dalam pendidikan (pp. 223-237). Kuala Lumpur: McGraw Hill.
Yazid Abdul Manap, & Mohammad Shafiq Sim Abdullah. (2013). Kepuasan kerja dalam
kalangan staf Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim Johor. Jurnal
Penyelidikan Pendidikan 6: 85-93.

376
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

You might also like