You are on page 1of 4

UNIT 10 Penterjemahan & Pentafsiran Kurikulum Kebangsaan

AKTIVITI LATIHAN AKTIF UNIT 10

Nama
Matrik Group Tarikh
Tajuk Penterjemahan & Pentafsiran Kurikulum Kebangsaan

Pemetaan Ringkasan Kandungan

1
UNIT 10 Penterjemahan & Pentafsiran Kurikulum Kebangsaan

Latihan Objektif
Arahan: Bulatkan jawapan yang betul

1. Di dalam Rancangan Pengajaran Hariannya, Cikgu Amy menuliskan objektif seperti


berikut:
“Pada akhir pengajaran, murid-murid dapat membina 3 ayat mudah tentang
keselamatan jalan raya dengan menggunakan perkataan sendiri”.
Berdasarkan domain objektif kognitif Bloom, pada aras manakah objektif itu berada?
A. Analisis. B. Aplikasi.
C. Kefahaman. D. Pengetahuan.

2. Cikgu Kamal mengajar subjek Sains Tingkatan 2B. Beliau merancang mengajar tajuk
sistem suria bagi unit pengajarannya. Berikut ialah hasil pembelajaran yang ditulis
oleh Cikgu Kamal di dalam buku rekod mengajar. “Pada akhir pengajaran, murid
dapat memahami kesan peredaran bumi mengelilingi matahari.
Berdasarkan hasil pembelajaran yang ditulis oleh Cikgu Kamal, apakah perkara
yang perlu diperbaiki untuk menulis hasil pembelajaran yang betul?
I. Kategori murid perlu dinyatakan secara khusus.
II. Situasi perubahan perlakuan murid perlu diperluaskan.
III. Tahap penguasaan pelajar perlu dinyatakan secara spesifik.
IV. Kata kerja memahami perlu ditukar kepada kata kerja yang eksplisit.
A. I dan II sahaja. B. III dan IV sahaja.
C. I, II dan III sahaja. D. II, III dan IV sahaja.

3. Manakah di antara berikut merupakan komponen yang terdapat dalam Dokumen


Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)?
I. Standard prestasi. II. Standard kandungan.
III. Standard pembelajaran. IV. Standard kemahiran pengajaran.
A. I dan II sahaja. B. III dan IV sahaja.
C. I, II dan III sahaja. D. II, III dan IV sahaja.

4. Setiap guru diwajibkan membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang


sempurna sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.
Model Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang manakah setiap murid berpotensi
untuk berjaya dan guru mestilah menekankan aspek pemulihan dan pengkayaan
semasa sesi pengajaran dan pembelajarannya?
A. Model pembelajaran inkuiri. B. Model pembelajaran masteri.
C. Model pembelajaran konstruktivisme. D. Model pembelajaran berasaskan
masalah.

5. Penulisan refleksi merupakan suatu perkara yang mesti guru-guru laksanakan


selepas berakhirnya sesi pengajaran dan pembelajaran.
Manakah antara berikut merupakan justifikasi mewajibkan guru-guru mencatatkan
refleksi pengajaran di dalam Rancangan Pengajaran Hariannya?
A. Memastikan guru meningkatkan pencapaian murid-muridnya yang cemerlang.
B. Memastikan guru mendapat maklumat untuk membuat perancangan pengajaran
yang lebih baik pada masa depan.
C. Membolehkan guru mengenal pasti tahap pencapaian murid dan menyediakan
tindakan susulan untuk penambahbaikan.
D. Membolehkan guru mengumpulkan makumat tentang kehadiran murid-murid
dan melaksanakan tindakan susulan yang perlu dilaksanakan.

2
UNIT 10 Penterjemahan & Pentafsiran Kurikulum Kebangsaan

Latihan Esei
Arahan: Jawab semua soalan di ruang kosong yang disediakan.

1. Berikan penjelasan terhadap perkara-perkara berikut:

i. Standard pembelajaran. (5 Markah)

ii. Refleksi pengajaran dan pembelajaran. (5 Markah)

3
UNIT 10 Penterjemahan & Pentafsiran Kurikulum Kebangsaan

2. Guru yang mengajar tanpa merujuk dan mengikut dokumen tersebut adalah telah
melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM 5,000.00
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 bulan atau kedua-duanya sekali.
Jelaskan mengapakah guru-guru dimestikan menyediakan Rancangan Pengajaran
Harian (RPH)? (10 Markah)

You might also like