You are on page 1of 11

PENGANTAR EKONOMI POLITIK ANTARABANGSA

(AS 10203)

TAJUK: LENIN DAN HOBSON MEMPUNYAI PANDANGAN YANG


BERBEZA MENGENAI IMPERIALISM. DEBATKAN

PENSYARAH : PROF. MOHD NOOR MAT YAZID

TUTOR : ENCIK LA MASRI BIN MANSHUR

NAMA NO.MATRIKS
ESRARSARAH DUIS BA14110723
FIFIE DERMA WATIE BINTI SULAIMAN BA14110726
NATALYA DIANDRA NICOLOS BA14110383
MD HAIQAL SHAFIQA BIN RUSLIE BA14110286
ROZAIMIE BIN RAIMING BA14161197
SUARDI BIN JUHALI BA14110643
PENDAHULUAN
Imperalisme adalah penjajahan dan penguasaan terhadap negara-negara kecil oleh

kuasa-kuasa asing bagi kepentingan ekonomi dan politik. Imperalisme juga adalah

strategi atau doktrin politik penaklukan untuk pembentukan sebuah kerajaan atau

pengaruh. Istilah ini kadang-kadang digunakan untuk merujuk lebih khusus kepada

neokolonialisme. “Ekonomi Imperialism” adalah perluasan kawalan ekonomi ke atas

ekonomi negara lain oleh negara pusat (core). Imperalisme berkembang semasa Revolusi

Perindustrian pada akhir abad ke-19 apabila negara-negara industri seperti United

Kingdom, Perancis, Jerman, Amerika Syarikat yang memerlukan bahan mentah untuk

kilang industri dan juga pasaran untuk barangan produk mereka. Terdapat dua tokoh

utama dalam Imperialisme iaitu Lenin dan Hobson.

Vladimir I. Lenin merupakan salah seorang sarjana hubungan antarabangsa

daripada aliran Marxism dan seorang pemimpin Kesatuan Solviet yang pertama selepas

Revolusi Rusia pada 1917. Lenin terkenal dengan karyanya yang berjudul “the highest

stage of capitalism” 1917. Buku tersebut di terbitkan bagi tujuan untuk memahami

Imperialism. Idea lenin banyak dipengaruhi oleh penulisan John A. Hobson. Lenin juga

menjelaskan dengan panjang lebar tentang idea Hobson dan German Social Democrat,

Rudolph Hilferding (1877-1941).

John Atkinson Hobson atau dikenali sebagai John A. Hobson dilahirkan pada 6

julai 1858 di Derby. Hobson telah mendapat pendidikan awal di Derby Grammar School

dan Lincoln College, Oxford. Beliau telah melanjutkan pelajaran dalam bidang klasik

dan kesusasteraan Bahasa inggeris di Faversham dan Exeter. John A.Hobson merupakan

salah seorang ahli ekonomi yang berpegang dengan pandangan liberalism dan juga
seorang ahli ekonomi British. Selain itu, Hobson juga seorang ahli sains sosial dan juga

pengkritik kepada teori imperialism.

PANDANGAN LENIN MENGENAI IMPERIALSM

Vladimir I. Lenin berpendapat bahawa Imperialisme penting dalam membentuk

sebuah struktur ekonomi. Teori ini dibangunkan oleh Lenin bagi menuntut penjelasan

mengenai keperluan golongan kapitalis dalam mengeksploitasi negara yang dirasakan

tidak begitu penting dan punca berlakunya perang diantara negara kapitalis. Merujuk

kepada teori yang dibangunkan oleh Hobson, Lenin menerima kunci perdebatan dimana

underconsumption and over production berlaku disebabkan oleh kapitalis yang berlumba-

lumba dalam mendapatkan pasaran asing. Dalam kata lain, kapitalism telah mewujudkan

oligopolies dan monopolies yang mengawal secara keseluruhan dalam sektor ekonomi.

Negara kapitalis terpaksa menjajah bagi mendapatkan pasaran baru dan mengakibatkan

golongan kapitalis perlu mencari pasaran lain untuk peluang pelaburan. Hal ini berlaku

kerana kadar keuntungan negara jatuh, Jika difikirkan secara logik, golongan kapitalis

diperlukan bagi mewujudkan pasaran antarabangsa. Sekiranya pasaran antarabangsa

berkembang, negara kapitalis yang terlibat memerlukan lebih banyak kemasukan

barangan ekonomi seperti bahan mentah, yang mampu mempercepatkan dan

menggalakkan penyebaran Imperialism bagi menjamin hasil pengeluaran mereka.

Lenin telah mengembangkan perspektif ekonomi dan politik antarabangsa yang telah

membawa kepada perjuangan kelas Karl Marx berdasarkan kepada mod pengeluaran dan

menggunakannya untuk menjelaskan kesan kapitalisme antarabangsa disebarkan melalui


pengeluaran dan struktur kewangan negara-negara industri ke atas negara-negara miskin.

Lenin turut menerangkan tentang fungsi kewangan dalam menjana keuntungan daripada

kawasan jajahan sebagai peringkat akhir pembangunan kapitalis untuk memastikan

keuntungan yang lebih besar. Selain itu, Lenin juga menyatakan bahawa eksploitasi

buruh melalui imperialisme merupakan sesuatu perkara yang tidak dapat di elakkan di

peringkat tertinggi golongan kapitalis. Hal ini bertujuan untuk menyekat revolusi

golongan Proletariat yang akan bangkit memberontak menuntut hak mereka. Oleh itu,

Imperialism adalah perlu kerana dengan adanya tanah jajahan mereka dapat meluaskan

pasaran dan secara tidak langsung dapat mengatasi masalah lebihan pengeluaran.

Sejarah menunjukkan bagaimana berlakunya persaingan antara negara kapitalis yang

membahagi-bahagikan tanah jajahan sesama mereka berdasarkan kekuatan masing-

masing. Kuasa akan berpihak kepada kapitalis yang mempunyai kekuatan modal.

Keadaan ini membuktikan bahawa golongan kapitalis yang mempunyai finance modal

menggunakan kuasa mereka untuk mengeksport modal tersebut ke seluruh dunia bagi

memperoleh keuntungan. Bagi Lenin, Imperialisme menjelaskan bagaimana Marx

meramal wujudnya dua kelas masyarakat iaitu negara kapitalis dan Negara proletariat.

Lenin juga mengatakan bahawa Imperialisme dipandu oleh kekuatan ekonomi

negara kapitalis yang merujuk kepada eksploitasi dan kesudahan konflik yang bakal

berlaku. Oleh itu, Lenin menyangkal pandangan Hobson dan menolak pandangan

sarjana-sarjana yang bersetuju bahawa Imperialisme benar-benar menjadi polisi yang

telah dipilih oleh golongan kapitalis dan ia tidak mampu diubah. Bagi dirinya,

Imperialisme bukan pilihan tetapi tidak dapat dielakkan. Kapitalis mungkin tidak dapat

menyelamatkan diri mereka dengan cara lain selain meneruskan sahaja dasar
Imperialisme. Imperialisme merupakan satu jalan untuk negara mencapai monopoli.

Persaingan antara negara menunjukkan dominasi yang berlaku sebenarnya mempunyai

kaitan dengan kepentingan kelas kapitas dan satu cara untuk membezakan kadar

pertumbuhan ekonomi kapitalis.

Lenin turut memberikan pendapat bahawa dengan adanya imperialisme akan

menyebabkan berlakunya penambahan keuntungan dan dapat meningkatkan gaji buruh.

Hal ini kerana dengan adanya tanah jajahan masalah lebihan modal itu dapat di atasi.

Lenin turut memberikan pendapat bahawa imperialisme ini terjadi atas faktor golongan

kapitalis ataupun borguis yang mendesak kerajaan untuk mencari tanah jajahan untuk

tujuan mendapatkan lebih banyak pasaran baru dan tindakan golongan kelas pekerja

adalah sebagai pemangkin kepada revolusi proletariat di seluruh dunia apabila syarat-

syarat objektif pengeksploitasian kelas pekerja adalah sudah matang atau telah mencapai

tahap revolusi mereka.

PANDANGAN HOBSON MENGENAI IMPERIALISME

Hobson merupakan seorang ahli ekonomi British yang bersifat lebih kepada liberal.

Beliau telah memperkenalkan imperialisme baru dalam pendekatan ekonomi. Hobson

telah menggunakan istilah imperialism buat pertama kalinya pada tahun 1902 dalam

bukunya yang bertajuk Imperialism: A Study. Berdasarkan John Cunningham Wood

(1983), Hobson telah menekankan tentang sebab-sebab dan kesan perkembangan

ekonomi pada abad ke-19. Beliau telah mengakui peranan semangat kebangsaan, agama,

dan pengembaraan dalam usaha memajukan imperialisme yang dinyatakan dalam buku
yang telah diterbitkan tersebut. Dalam karyanya yang lain, Hobson menjelaskan imperialisme

terjadi kerana dorongan untuk mencari pasar dan investasi yang lebih menguntungkan.

Hobson juga menekankan tentang sesebuah negara yang menjalankan imperialism

terhadap negara lain. Menurut beliau lagi, imperialisme adalah pilihan dan bukan akibat

daripada kapitalisme. Perkembangan luar negara berkait dengan penggunaan yang baru.

Perkembangan luar negara merupakan satu cara untuk menurunkan kos sekaligus

meningkatkan dan menekankan tahap keuntungan negara bagi memastikan penggunaan

yang baru berjalan dengan lancar.

Menurut Hobson, dasar imperialisme adalah tidak rasional jika dilihat dari segi

kepentingan bangsa imperialism. Imperialism dikembangkan melalui kepentingan

kewangan golongan kapitalis yang memonopoli ekonomi negara yang maju. Dalam

memajukan imperialism, sesebuah negara itu mengetepikan reformasi sosial. Pengagihan

pendapatan yang tidak seimbang menyebabkan pemodal memerlukan peluang perlaburan

yang baharu di kawasan lain. Hal ini demikian kerana, pemodal memerlukan pendapatan

yang tetap bagi meneruskan atau mengakitfkan diri dalam melabur bagi sesuatu kegiatan

ekonomi yang dijalankan. Pengagihan yang tidak seimbang menjadikan pemodal akan

mencari inisiatif baharu dalam mendaptkan keuntungan. Dengan itu, peralihan ke arah

kawasan yang baharu adalah salah satu cara yang diambil oleh pemodal yang

memandang dan menafsirkan kawasan baharu mempunyai potensi dalam mengaut

keuntungan yang lebih lumayan sekali gus memperolehi pendapatan yang seimbang.Oleh

sebab itu, kuasa membeli dalam kalangan pengguna telah menghalang penggunaan

barangan dan modal di pasaran dalam negeri.


Sebagai contoh, syarikat-syarikat gergasi seperti Amerika Syarikat bekerjasama

dalam memonopoli dan menyekat pengeluaran yang berlebihan di samping menyekat

pengeluaran syarikat-syarikat lain yang setanding dengannya yang mampu menjatuhkan

Amerika Syarikat. Oleh itu, peluang syarikat yang besar lain untuk mengembangkan

pengeluaran tempatan adalah terhad disebabkan tindakan yang dilancarkan oleh Amerika.

Hal ini demikian telah menyebabkan pengekploitasian sumber, modal, dan ekonomi di

negara sedang membangun seperti Amerika.

Bukan itu sahaja, kajian Hobson bukan hanya membincangkan apa yang beliau

sifatkan sebagai akar umbi ekonomi kepada imperialisme. Beliau juga telah mengkaji ciri

sampingan “imperialisme baru” seperti perubahan politik, fahaman perkauman dan

nasionalisme. Buku yang ditulis telah banyak mempengaruhi pemikir yang terlibat dalam

perjuangan menentang imperialisme pada zamannya.

KESIMPULAN

Imperialisme ekonomi membawa banyak perubahan kepada negara-negara yang

mengejar kekayaan dalam memajukan negara masing-masing. Tahap imperialisme baru

yang bermula pada tahun 1870-an, telah mencerminkan tamatnya perbahasan mengenai

dasar imperialis yang dianggap sesuai. Beberapa negara industri maju pada ketika itu

telah memilih dasar yang hampir serupa dalam tempoh yang agak singkat. Bukan itu

sahaja, imperialisme yang wujud telah menyebabkan ekonomi tradisional telah merosot

dan mewujudkan golongan kapitalis sebagai peneraju dalam ekonomi. Dalam pada itu,
imperialis telah mengaut keuntungan yang banyak berbanding yang lain akibat

penguasaan mereka dalam aktiviti ekonomi yang ada. Melalui keadaan yang wujud,

Imperialisme dipandang dengan cara yang berbeza oleh dua tokoh yang sangat terkenal di

dunia. Dua tokoh tersebut adalah Lenin dan Hobson dimana kedua-dua tokoh mempunyai

pandangan yang tersendiri mengenai imperialism ekonomi yang berlaku dalam ekonomi

dunia. Dengan pemikiran yang ada pada Hobson, pendekatan ekonomi terhadap

“imperialisme baru” telah wujud dimana beliau menyatakan kepentingan kewangan

golongan kapitalis monopoli adalah jawapannya. Hal ini bermaksud imperialis ekonomi

yang maju disebabkan oleh tindakan kapitalis yang mempunyai kewangan yang kukuh.

Bukan itu sahaja, Hobson juga menekankan bahawa reformasi sosial juga diketepikan

dalam usaha memajukan imperialisme. Maka, dasar ini hanya rasional dari segi

kepentingan golongan kewangan yang berkuasa. Hal ini demikian kerana, tumpuan

modal menjadi keutamaan dalam kemajuan. Modal menjadi tumpuan utama Hobson

dalam kemajuan imperialis ekonomi.

Manakala bagi Lenin pula,perkembangan imperialisme diletakkan dalam konteks

yang lebih luas daripada kepentingan bahagian tertentu daripada kelas kapitalis. Menurut

Lenin, kapitalsme telah berubah pada pertengahan kurun ke-19M oleh kerana perubahan

ini telah berlaku pada zaman yang sama di beberapa buah negara yang maju. Dengan

sendrinya “ imperialisme baru” telah timbul akibat daripada tahap pembangunan

kapitalism ini. Menurut Lenin, tahao baru ini melibatkan perubahan politi dan sosial di

samping perubahan ekonomi tetapi isi yang utama adalah penggantian kapitalisme

persaingan kepada kapitalisme monopoli.


Perbezaan antara pandangan Lenin dan Hobson adalah jelas sekali dalam

perbincangan masing-masing dalam eksport modal. Seperti Hobson, Lenin menggangap

bahawa mengeksport modal merupakan sifat imperialisme yang penting. Tetapi bagi

Lenin, perkembangan ini bukan hanya akibat daripada kelebihan modal. Lenin juga

menggangap pengeksportan modal sebagai akibat daripada keinginan menguasai punca

bahan mentah dan pasaran luar. Dengan itu, beliau telah memindahkan tekanan daripada

masalah kelebihan modal yang terdapat dalam sistem kapitalis pada semua tahap, kepada

pentingnya kawalan terhadap punca bahan mentah dan pasaran pada tahap kapitalisme

monopoli. Dengan perspektif ini, Lenin telah memperluaskan konsep imperialisme.

Walaupun terdapat faktor lain seperti politik, tentera, dan ideologi yang mempengaruhi

imperialisme tetapi Lenin memandang dan menegaskan bahawa faktor lain ini juga

dipengaruhi oleh kewujudan kapitalisme monopoli itu sendiri.


RUJUKAN

Buku

David N. Balaam & Michel Veseth. 2003. Introduction to International Political

Economy (Fourth Edition). Hlm: 22.

John A. Hobson. 1995. Imperialism: A Study Ann Arbor: University of Michigan Press.

Hlm. 85-86.

Paul R. Viotti. Mark V. Kauppi. 1993. Internatinal Relations Theory. Person

Education, Inc. 2010. Hlm. 191-192.

Shamsulbahriah Ku Ahmad. 2004. Teori Pembangunan Ekonomi. Kuala Lumpur:

Utusan Publicatins. Hlm 49.

Tgeodore H. Cohn. 2003. Global Political Economy : Theory and Practice (second

Edition). Hlm : 69.

Thomas Oatley. 2012. Introduction Political Economy. Hlm : 90-91.

Zulhilmi Paidi dan Asrar Omar. 2003. Hubungan Luar Antarabangsa. Publications &

Distributions Sdn.Bhd. Pahang. Malaysia. Hlm : 80.

You might also like