You are on page 1of 13

Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai | 1

Pendahuluan

Pada hari ini, kita melihat perubahan demi perubahan telah berlaku dalam sistem
kewangan dunia seiring dengan kemajuan infrastruktur teknologi. Ekonomi digital
dilihat semakin berkembang apabila kebanyakan pembayaran dan perkhidmatan
melibatkan transaksi tanpa tunai. Apakah transaksi tanpa tunai (cashless
transaction) sebenarnya? Kenapa dunia hari ini tidak memerlukan transaksi tunai
lagi? Boleh ke kita hidup tanpa tunai? Apakah pula nasib orang yang tinggal di
kawasan pedalaman jika tiada penggunaan tunai? Bagaimana pula jika berlaku
masalah bekalan elektrik?

Mungkin pelbagai persoalan lain lagi bermain di minda kita. Sebelum kita kupaskan
lebih lanjut tentang persoalan-persoalan ini, mari kita lihat definisi sebenar transaksi
tanpa tunai. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, transaksi tanpa tunai ialah urusan
jual beli atau penyelesaian pembayaran dalam perniagaan tanpa melibatkan wang
tunai secara fizikal.

Secara faham mudahnya, ia merupakan transaksi bayaran barangan dan


perkhidmatan dilakukan tanpa menggunakan wang kertas dan duit syiling. Semua
transaksi ini dilakukan secara atas talian. Menurut Asim Husain (2018) dalam
kajiannya menyatakan bahawa :

“Cashless transaction is a process of buying goods and services against


money where there is no physical currency is involved. The physical currency
is replaced by a number of methods that powered by digital information
technology and are capable to transfer money from one person’s bank
account to another person’s.”

Manakala dalam kajian A Research Study on the Effect of Cashless Transactions on


People’s Spending Behaviour pula menyatakan bahawa Gupta (2017) menyebut
“Cashless transaction is one where the payment is made by means other than
physical cash”.

Definisi-definisi ini jelaslah menunjukkan bahawa transaksi tanpa tunai merupakan


sistem kewangan baharu pada hari ini yang beransur-ansur bakal menggantikan
wang tunai sedia ada. Sistem ini semakin berkembang dari semasa ke semasa
mengikut perkembangan arus teknologi.

Ledakan Transaksi Tanpa Tunai di Seluruh Dunia

Aliran tunai secara fizikal beransur berkurangan. Semua pembayaran dan


penerimaan tunai berlaku di dunia maya. Senario ini bukan sahaja berlaku di
Malaysia atau negara-negara Asia malah di seluruh dunia. Bak kata pepatah, bagai

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)


Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai | 2

cendawan tumbuh selepas hujan. Walaupun begitu, setakat ini belum ada negara
yang 100% masyarakatnya hidup tanpa tunai (cashless society). Kebanyakan
negara di seluruh dunia kini masing-masing sedang berusaha ke arah menjadikan
negaranya tanpa tunai secara sepenuhnya.

Di China, kebanyakan transaksi adalah melalui telefon pintar (mobile payment).


Pembekal perkhidmatan bayaran terbesar di China adalah Alipay dan WeChat Pay.
Semua pembayaran untuk teksi, perkongsian basikal, penghantaran makanan dan
banyak lagi adalah melalui pembayaran telefon pintar.

Pada tahun 2016, Alipay telah memecah rekod apabila sebanyak 175 juta transaksi
telah dibuat melalui telefon pintar pada setiap hari. Malah pembayaran yang dibuat
melalui telefon pintar juga mencecah lebih 38.6 trilion yuan atau bersamaan dengan
USD5.75 trilion dimana kenaikan lebih 200 peratus daripada tahun sebelumnya.

Selain itu, hasil kajian yang dibuat oleh Ipsos (2017) menunjukkan bahawa hampir
semua restoran dan kedai makan di China menerima pembayaran dalam bentuk
digital. Carta bar yang lebih jelas adalah sepertimana berikut :

Rajah 1 : Peningkatan pembayaran digital di kedai makan negara China (Ipsos, 2017)

Hal ini jelas membuktikan bahawa rata-rata rakyat di China sudah tidak lagi
membawa wang tunai ke hulur hilir kerana semuanya hanya boleh dibayar dengan
menggunakan telefon pintar sahaja. Kajian yang dilakukan oleh Forex Bonuses
(2017), telah menyenaraikan 10 negara paling tanpa tunai (cashless) di dunia seperti
disenaraikan pada Rajah 2.

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)


Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai | 3

Berdasarkan Forex Bonuses ini,


Kanada berada pada kedudukan
pertama negara paling tanpa tunai
di dunia diikuti oleh Sweden dan
United Kingdom masing-masing
berada pada kedudukan kedua
dan ketiga.

Walau bagaimanapun menurut


laman sesawang Corecashless
(2019), Sweden telah menduduki
tempat pertama sebagai negara
yang paling tanpa tunai di dunia
kerana hanya 2% sahaja daripada
transaksi negara tersebut
melibatkan wang tunai.

Malah kebanyakan kedai-kedai di


sana sudah tidak menerima wang
tunai. Hanya 20% sahaja kedai-
kedai di negara ini yang menerima
wang tunai sekaligus ia menjadi
pemangkin kepada pengguna
untuk menggunakan transaksi
tanpa tunai. Mahu atau tidak,
Rajah 2 : 10 negara paling tanpa tunai di dunia (Forex pengguna terpaksa mengikut
Bonuses, 2017). peredaran zaman teknologi ini.

Sweden merupakan negara Eropah yang pertama mengeluarkan wang tunai pada
tahun 1661 dan menurut pelbagai sumber juga mengatakan mungkin negara itu
akan menjadi yang pertama juga berhenti menggunakan wang tunai. Menurut
Bernama (2020), Sweden dijangka menjadi negara tanpa tunai sepenuhnya yang
pertama di dunia menjelang tahun 2023. Jika lihat pada data ini, hanya 2% sahaja
yang menggunakan wang tunai pada tahun 2019, jadi sangat masuk akal untuk
negaranya menjadi 100% negara tanpa tunai. Malah mungkin lebih cepat daripada
yang dijangkakan.

Faktor utama yang mendorong kepada Sweden untuk menjadi negara tanpa tunai
juga adalah kerana populasi negara itu yang kecil menyebabkan pengedaran mata
wang fizikal tidak cekap dan mahal. Malah di negara ini, hanya terdapat beberapa
buah bank sahaja yang memudahkan penyelarasan sistem pembayaran.
Infrastruktur negara yang mesra teknologi juga menjadi antara faktor utama untuk
mereka bergerak sepenuhnya kearah negara tanpa tunai.

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)


Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai | 4

Menurut Jigar Shah (2018) menyatakan bahawa “In countries like the United States
and Sweden, transactions involving cash only account for 7% and 3% of the total
transaction respectively.” Jika dilihat secara kasarnya, transaksi tanpa tunai di
negara-negara ini akan berlaku sepenuhnya dengan lebih cepat daripada jangkaan.
Kajian ini juga ada menyatakan bahawa di United States, sebarang pembayaran
yang dibuat secara tunai dianggap mencurigakan dan perlu dibawa kepada pihak
berkuasa. Ini menunjukkan sesetengah negara telah pun memandang negatif
terhadap penggunaan wang tunai.

Berdasarkan kajian oleh Azizi Othman (2019) pula menyatakan bahawa “In South
Korea, the central bank has set a 2020 target to phase out coins. The European
Central Bank (ECB) has decide that there will be no issues of 500 euro notes.”
Bukan sahaja di Korea Selatan dan Eropah malah pada 8 November 2016, Perdana
Menteri India telah menarik balik mata wang terbesar India iaitu INR500 dan
INR1,000 dengan berkuatkuasa serta merta. Malah menurut kajian ini juga
menyatakan “India’s Prime Minister Narendra Modi created dozens of cashless
townships where notes and coins are discouraged.”

Hal ini membuktikan bahawa, beberapa negara telah pun mengambil langkah untuk
mengurangkan aliran tunai secara fizikal di dalam sistem kewangan terkini. Antara
faktor utama India bergerak ke arah masyarakat tanpa tunai adalah untuk
membasmi jenayah dan ekonomi pasaran hitam yang berleluasa di negara itu.

Jelaslah di sini bahawa setiap negara mempunyai faktor-faktor yang tersendiri yang
mendorong mereka ke arah masyarakat tanpa tunai selain mengikut kemajuan
teknologi yang sedia ada.

Perang Transaksi Tanpa Tunai di Malaysia

Transformasi Malaysia ke arah Ekonomi Digital semakin diterima dan disambut baik
oleh rakyat. Pada pembentangan Belanjawan 2020 yang lepas, bekas Menteri
Kewangan, YB Lim Guang Eng telah mengumumkan pemberian E-Tunai Rakyat
bernilai RM30 secara one-off melalui e-wallet terpilih iaitu GrabPay, Touch ‘n Go dan
Boost. E-Tunai Rakyat ini boleh ditebus bermula daripada 15 Januari 2020 sehingga
14 Mac 2020 dan perlu dibelanjakan dalam tempoh 2 bulan tersebut.

Kempen E-Tunai Rakyat secara besar-besaran ini telah menjadi pencetus rakyat
Malaysia berlumba-lumba memuat turun aplikasi e-wallet tersebut. Inisiatif yang
dilakukan oleh Kerajaan ini adalah sebagai rangsangan menggalakkan rakyat
Malaysia ke arah masyarakat tanpa tunai.

Pada hakikatnya, ini bukanlah kali pertama Kerajaan membuat inisiatif sebegini.
Pada tahun 2016 telah berlaku secara besar-besaran penambahbaikan sistem kad

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)


Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai | 5

debit baru. Manakala pada akhir tahun 2017, Bank Negara Malaysia (BNM) telah
mengumumkan semua transaksi perbankan yang sebelum ini dikenakan caj
sebanyak 50 sen untuk transaksi segera akan dimansuhkan bermula 1 Julai 2018.

Usaha ini bukan hanya di peringkat Persekutuan malah ada negeri yang telah turut
sama bergerak kearah ini. Sebagai contoh, Sarawak telah mewujudkan sistem
pembayaran digital sendiri yang diberi nama Sarawak Pay, khas untuk anak
Sarawak membayar semua urusan yang berkaitan dengan perkhidmatan Kerajaan
melalui aplikasi ini.

Malah Sarawak Pay juga bekerjasama dengan kedai-kedai makanan dan minuman
di bawah Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (Sarawak Economic
Development Corporation, SEDC). Semua inisiatif yang diambil oleh Kerajaan
Negeri ini adalah bagi menggalakkan lebih ramai pengguna beralih kepada sistem
tanpa tunai sekaligus memudahkan urusan kita sebagai pengguna dalam banyak
perkara.

Pada tahun 2017, bekas Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin juga
pernah menyebut tentang Malaysia menuju masyarakat tanpa tunai menjelang tahun
2050. Ketika itu ramai yang tidak ambil serius dan anggap main-main malah menjadi
bahan lawak di beberapa portal. Ini mungkin keranan pengetahuan tentang transaksi
tanpa tunai masih cetek dalam kalangan pengguna. Berbeza dengan sekarang,
pengguna semakin menerima perubahan ke arah ekonomi digital ini.

Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan Ucapan Belanjawan 2020, jumlah urus niaga
pembayaran mudah alih meningkat 20 kali ganda kepada lebih 34 juta transaksi
pada tahun 2018 berbanding 2 juta transaksi pada tahun 2017.

Menurut kajian yang dibuat oleh penyelidik Universiti Teknikal Malaysia Melaka
(UTeM) berkenaan Impact of Cashless Society on the Economic Growth in Malaysia
telah menyatakan bahawa transaksi tanpa tunai di Malaysia telah meningkat dengan
ketara pada tahun 2019 berbanding 15 tahun lalu dan faktor utama peningkatan ini
adalah kesedaran dalam kalangan masyarakat dan galakan daripada Kerajaan
kearah penggunaan transaksi tanpa tunai. Bukan itu sahaja, dalam kaji selidik yang
telah dijalankan oleh Visa Inc. juga mendapati lebih daripada 3 juta transaksi tanpa
sentuh berlaku pada setiap bulan.

Kepentingan Masyarakat Tanpa Tunai

Ledakan transaksi tanpa tunai di seluruh dunia telah menimbulkan pelbagai


spekulasi. Ada yang melihat dari sudut positif dan ada juga yang menyatakan
kebimbangan mereka terhadap masyarakat tanpa tunai ini. Mari kita lihat terlebih
dahulu apakah manfaat dan kepentingan masyarakat tanpa tunai.

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)


Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai | 6

Pertama : Memudahkan kita untuk melaksanakan urusan transaksi tidak kira dimana
jua berada. Kita tidak perlu bersesak ke bank untuk selesaikan urusan bil dan
pembayaran. Dalam masa yang sama juga kita dapat menjimatkan masa dan
minyak kenderaan kerana tidak perlu ke bank yang jaraknya jauh. Semuanya boleh
dibuat dihujung jari. Menurut Federal Reserve (2016), jumlah pembayaran tanpa
tunai meningkat pada kadar tahunan sebanyak 5.3% dari tahun 2012 hingga 2015.

Kedua : Mengurangkan risiko kes-kes jenayah seperti ragut, rasuah, jual beli dadah
dan penggubalan wang haram. Ada kajian yang dibuat di United States pada tahun
2017, mendapati bahawa peningkatan transaksi tanpa tunai mendorong kepada
pengurangan kes kecurian sekaligus mengurangkan kes jenayah secara
keseluruhannya. Walau bagaimanapun, hasil kajian Cashless Societies : Drive’s and
Challenges in Nigeria telah menemukan bahawa 60.9% daripada 100 orang
responden percaya bahawa kemungkinan rompakan ATM pula akan meningkat
apabila wang tunai sudah tidak lagi boleh didapati seperti biasa pada pengguna.

Ketiga : Mengurangkan penyebaran penyakit melalui penggunaan wang kertas dan


duit syiling dimana wang tunai ini dianggap sebagai medium pembawa penyakit.
Menurut kajian pada tahun 2017, yang diterbitkan dalam jurnal PLOS ONE, para
penyelidik telah menggunakan wang kertas USD1 daripada bank di New York untuk
melihat apa yang ada pada mata wang kertas tersebut. Sangat mengejutkan apabila
mereka telah menemui beratus-ratus spesies mikroorgnisme yang menjadi salah
satu punca jerawat. Mereka juga menemui bakteria kulit yang tidak merbahaya dan
bakteria vagina.

Kajian terhadap wang kertas Singapura turut diuji oleh Simon Tan (2017), hasilnya
juga mengejutkan apabila sebahagian wang kertas tersebut mengandungi bakteria
yang sama banyak dengan tapak kasut dan tempat duduk mangkuk tandas. Malah
lebih banyak daripada bakteria yang terdapat pada telefon bimbit dan span cuci
pinggan.

Keempat : Mengurangkan pengelakan cukai dimana pengutipan cukai akan berlaku


dengan lebih mudah dan dapat dikesan dengan tepat melalui transaksi tanpa tunai.
Tiada siapa yang terkecuali untuk membayarnya. Dengan ini, akan meningkatkan
hasil kerajaan sekaligus dapat mengurangkan hutang dan defisit fiskal. Satu kajian
yang dibuat di United Kingdom mendapati bahawa dengan pengurangan pengelakan
cukai yang berlaku ini membolehkan kerajaan menyimpan sebanyak 6 bilion pound
untuk United Kingdom.

Kelima : Jika dilihat dari sudut institusi kewangan pula, bank boleh membuat
penjimatan berganda. Hal ini kerana, bank tidak perlu lagi untuk menanggung kos
percetakan wang tunai, ruang penyimpanan dan pengangkutan. Bukan itu sahaja,
apabila semuanya dibuat secara atas talian, hanya beberapa pekerja bank sahaja
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai | 7

diperlukan untuk memberi bantuan kepada pengguna sekaligus dapat


mengurangkan kos gaji pekerja. Selain itu, pihak bank juga dapat menjimatkan kos
untuk percetakan kad bank apabila pengguna mula menggunakan telefon pintar
masing-masing untuk membuat bayaran.

Menurut Jigar Shah (2018) mengatakan bahawa “According to an estimate,


European banks could save between 45 billion pound and 90 billion pound annually
if the get rid of cash from their systems.” Dengan penjimatan yang sangat besar ini,
membolehkan Kerajaan untuk menambah baik kemudahan dan kebajikan rakyat.

Keenam : Pelbagai kupon, mata dan pulangan tunai boleh didapati dengan
menggunakan pembayaran melalui transaksi tanpa tunai. Sebagai contoh apabila
kita menggunakan Touch ‘n Go, Boost atau GrabPay, kita boleh mendapatkan
penjimatan berganda. Sesetengah e-wallet memberikan pulangan tunai untuk setiap
pembelian dan pembayaran melalui aplikasinya. Sebagai contoh promosi yang
dilakukan oleh Shell dan Petron, isi minyak RM40 akan dapat RM5 pulangan tunai.
Bukan itu sahaja, kita juga boleh menggunakan kupon promosi yang disediakan
untuk mendapatkan diskaun berganda. Harganya akan menjadi lebih murah
berbanding membelinya di kedai-kedai fizikal.

Bagi pemilik kad BigPay pula, setiap pembelian yang menggunakan kadnya akan
memperoleh mata dan boleh ditebus untuk membeli tiket penerbangan Air Asia.
Promosi-promosi sebegini menarik perhatian pengguna untuk berbelanja secara
berhemah dan bijak sekaligus memberi kesedaran kepada pengguna akan
kepentingan masyarakat tanpa tunai.

Ketujuh : Memudahkan pertukaran wang asing dan mengurangkan risiko kadar


pertukaran mata wang. Kita tidak perlu lagi menghabiskan masa dan penat lelah
untuk beratur panjang di pengurup wang (money changer). Antara contoh mudah
yang boleh diambil ialah dengan penggunaan kad BigPay, kita tidak lagi perlu
bimbang untuk bawa wang tunai apabila ke luar negara.

BigPay merupakan satu aplikasi pada telefon pintar dan mempunyai kad bersama
untuk membuat segala transaksi tanpa tunai. Tidak seperti e-wallet yang sedia ada
kerana kad BigPay boleh digunakan di seluruh dunia tanpa dikenakan caj
tersembunyi untuk kadar pertukaran wang asing. Malah kadar yang diambil jauh
lebih murah berbanding pengurup wang. Ini membolehkan kita berjimat berkali
ganda tanpa memeningkan kepala.

Kelapan : Mengurangkan risiko untuk kerugian kewangan (financial loss) akibat


bencana seperti banjir, gempa bumi, kebakaran dan sebagainya. Menurut Neetu
Kumari & Jhanvi Khanna (2017) menyatakan bahawa, “Cash can lead to the
financial loss in the case of fire and flooding incidents, so it can be reduced by
cashless transaction.”
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai | 8

Kesembilan : Memberi ruang kepada kerajaan untuk mengakses lebih banyak data
tentang pengguna. Kerajaan boleh menggunakan data yang diperolehi daripada
transaksi tanpa tunai untuk memperbaiki polisi sedia ada. Dengan data ini, kerajaan
juga boleh mengenal pasti corak aktiviti pengguna sekaligus membantu kerajaan
membuat perancangan untuk perumahan, pengangkutan awam, pengurusan tenaga
dan lain-lain.

Kesepuluh : Meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Peningkatan transaksi


tanpa tunai yang mudah dan cepat telah mendorong pengguna untuk membeli-belah
secara atas talian. Menurut satu kaji selidik yang dibuat sempena jualan 11.11
menerusi e-dagang milik Ali Baba Group, rakyat Malaysia mencatatkan rekod paling
ramai membeli dalam talian dengan hampir 6,000 tempahan bagi tempoh 1 jam iaitu
enam kali ganda daripada kebiasaan.

Kajian ini turut mendedahkan Malaysia berada pada kedudukan tertinggi dengan
lebih 41 tempahan setiap minit diikuti dengan Singapura dan Indonesia masing-
masing 22 dan 15 tempahan setiap minit. Lebih ramai yang berbelanja, lebih ramai
juga pekerja yang diperlukan untuk mengendalikan barangan dan perkhidmatan
penghantaran. Sekaligus mencipta lebih banyak peluang pekerjaan serta
pertumbuhan ekonomi akan meningkat.

Cabaran yang Perlu Ditempuhi

Hakikatnya, perkembangan teknologi transaksi tanpa tunai yang ada pada hari ini,
telah menyumbang kepada kemudahan dan kesenangan kepada kita semua dalam
pelbagai aspek. Berdasarkan setiap manfaat yang telah dinyatakan, jelas
menunjukkan masyarakat tanpa tunai ini adalah suatu yang sangat positif. Namun
begitu, ada juga kebimbangan dan cabaran yang perlu kita lihat dan tangani.

Pertama : Dengan pengurangan pekerja dan cawangan institusi kewangan, akan


mengurangkan jumlah pekerjaan dan memberi kesan yang besar kepada rakyat.
Mungkin bagi pihak bank perkara ini dilihat positif kerana boleh penjimatan berganda
tapi jika kita lihat dari segi pekerjaan, ini tidak bagus kerana kadar pengangguran di
negara akan meningkat. Malah turut memberi kesan terhadap peningkatan kadar
kemiskinan negara.

Kedua : Transaksi tanpa tunai memerlukan 24 jam sehari bekalan elektrik tanpa ada
gangguan. Jika bekalan elektrik terputus, internet tiada, bagaimana nak
menggunakan transaksi tanpa tunai ini? Dalam hal ini, wang tunai dilihat masih
berguna, signifikan dan mempunyai nilainya yang tersendiri.

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)


Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai | 9

Ketiga : Peningkatan transaksi tanpa tunai akan meningkatkan lagi jenayah siber.
Sejauh mana data keselamatan kita dilindungi? Semua maklumat peribadi
kewangan disimpan di alam maya. Hackers pada bila-bila masa boleh hack sistem
yang sedia ada ini. Bukan itu sahaja, jika telefon pintar kita hilang, bagaimana
dengan aplikasi-aplikasi e-wallet yang sedia ada? Adakah pencuri boleh
menggunakannya? Sejauh mana ia akan selamat? Hal ini menunjukkan bahawa
Kerajaan perlu menaik taraf sistem sekuriti yang sedia ada bagi mengelakkan
perkara sebegini berlaku. Bukan itu sahaja, akta dan undang-undang jenayah siber
perlu diperkemaskan dan diperketatkan.

Keempat : Masih ramai dalam kalangan rakyat yang buta IT terutamanya golongan
orang miskin dan yang tinggal di pedalaman. Apatah lagi untuk mereka mempelajari
aplikasi-aplikasi transaksi tanpa tunai. Menurut Jigar Shah (2018), masih ramai lagi
rakyat di India tidak pernah melihat dan kenal bank. Mereka hanya kenal wang
melalui wang kertas dan duit syiling. Hal ini menunjukkan bahawa kurangnya
pendedahan dan pendidikan terhadap sistem kewangan masa kini. Kerajaan perlu
lebih banyak memberi pendidikan dan kesedaran kepada rakyat tentang pentingnya
masyarakat tanpa tunai dalam dunia hari ini.

Penutup

Apa yang boleh kita simpulkan di sini ialah kebanyakan negara seluruh dunia
bergerak ke arah menjadikan negaranya tanpa tunai. Wang tunai mungkin satu hari
nanti akan terhapus dengan sendirinya mengikut peredaran zaman. Mungkin juga
anak kita pada masa akan datang sudah tidak kenal lagi wang tunai. Situasi ini
mungkin berlaku.

Malaysia mungkin dilihat masih jauh untuk mengejar negara-negara seperti China,
Sweden dan United States. Walaupun begitu, usaha-usaha ke arah itu adalah dilihat
sangat positif. Bak kata pepatah tak dapat berjalan tegak, berengsot-engsot pun
sampai juga. Kesedaran dalam kalangan pengguna juga telah meningkat.
Walaupun ada cabaran yang perlu kita pertimbangkan, secara hakikatnya,
masyarakat tanpa tunai dilihat membawa lebih banyak manfaat dan peluang
berbanding sistem kewangan yang sedia ada pada hari ini.

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)


Baik Buruk Dunia Tanpa Tunai | 10

SENARAI RUJUKAN

Abrams, A. (2017, September 6). Here's How Dirty Your Money Really Is. Didapatkan dari Time:
https://time.com/4918626/money-germs-microbes-dirty/
Bernama. (2020, Februari 20). E-Wallet : Government's Aspiration Towards a Cashless Society.
Didapatkan dari Bernama: https://www.bernama.com/en/news.php?id=1815135
Blanc, I. (2020, January 23). Revolusi China Menjadi Cashless Society. Didapatkan dari Coin.my:
https://coin.my/bitcoin/revolusi-china-menjadi-cashless-society/
Forex Bonuses. (2017, Oktober 19). The World's Most Cashless Countries. Didapatkan dari
ForexBonuses.Org: https://www.forexbonuses.org/cashless-countries/
Eng, L. G. (2019, Oktober 11). Portal Rasmi Kementerian Kewangan. Didapatkan dari Belanjawan
2020: http://www1.treasury.gov.my/
Asim Husain. (2017, Mac 23). Cashless Transaction System : A Study of Paradigm Shift in Indian
Consumer Behaviour. Didapatkan dari ShodGangotri Research:
https://shodhgangotri.inflibnet.ac.in/handle/123456789/4546
Ipsos. (2017, Ogos 17). 2017 Mobile Payment Usage in China Report. Didapatkan dari Ipsos
Research: https://www.ipsos.com/sites/default/files/ct/publication/documents/2017-
08/Mobile_payments_in_China-2017.pdf
Johnson, B. (2019, Oktober 28). The Top 3 Cashless Countries. Didapatkan dari
Corecashless:https://www.corecashless.com/the-worlds-top-3-cashless-countries/
Mohanad Faeq Ali et.al. (2019, September). Impact of Cashless Society on the Economic Growth in
Malaysia. Didapatkan dari Research Gate:
https://www.researchgate.net/publication/335586744_Impact_of_cashless_society_on_the_e
conomic_growth_in_Malaysia
Maitanmi Olusola et.al. (2013). Cashless Society : Drive's And Challenges in Nigeria. International
Journal of Information Sciences and Techniques, 3(2),1-11.
Cristobal, M.A. et.al. (2018, April 11). A Research Study on The Effects of Cashless Transactions on
People's Spending Behaviour. Didapatkan dari Academia:
https://www.academia.edu/36409929/A_Research_Study_on_the_Effects_of_Cashless_Tran
sactions_on_Peoples_Spending_Behavior.docx
Neetu Kumari & Jhanvi Khanna. (2017). Cashless Payment : A Behaviourial Change To Economic
Growth. International Journal of Scientific Research and Education, 5 (7), 6701-6710.
Azizi Othman. (2019, November 28). Towards A Cashless Society. Didapatkan dari
ResearchGate:https://www.academia.edu/40880155/Towards_A_Cashless_Society
Dewan Pustaka dan Bahasa. (2017). Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Didapatkan dari Dewan
Bahasa dan Pustaka: http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=transaksi
Richa Goel et.al. (2019). Moving From Cash to Cashless Economy : A Study of Consumer Perception
Towards Digital Transactions. International Journal of Recent Technology and Engineering
(IJRTE) , 8 (1), 1220-1226.
Jigar Shah. (2018). The Cashless Society : The End of Cash and Our Economic Future. Didapatkan
dari Academia:
https://www.academia.edu/38020119/The_Cashless_Society_The_End_of_Cash_and_Our_E
conomic_Future
Steele, J. (2019, May 9). Payment Method Statistic. Didapatkan dari Creditcards.com:
https://www.creditcards.com/credit-card-news/payment-method-statistics-1276.php

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

You might also like