Professional Documents
Culture Documents
Bilik Darjah Mesra Budaya Compress
Bilik Darjah Mesra Budaya Compress
1.0 PENDAHULUAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang didiami oleh rakyat berbilang kaum
daripada pelbagai latar belakang budaya yang hidup aman dan damai bersama.
Integrasi antara kaum ini seterusnya membentuk budaya Malaysia.Budaya ini
menjadi sebahagian daripada budaya pendidikan di sekolah yang turut meliputi
budaya dari segi lokasi, pekerjaan ibu bapa, pendidikan yang diterima, status
ekonomi, sosial, keturunan, kuasa politik, bangsa, bahasa, adat resam, kepercayaan
dan jantina. Justeru itu, bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif,
adalah penting bagi guru dan pihak sekolah untuk membina persekitaran bilik darjah
yang mesra budaya.Guru perlulah kreatif dan bijak dalam menyediakan pelan bilik
darjah yang mesra budaya.
Umur, tahap persekolahan, minat dan keperluan murid-murid dalam kelas
tersebut perlulah diambil kira dalam penyediaan pelan bilik darjah ini. Hasil daripada
pembelajaran dalam persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ini, kita dapat
melahirkan murid-murid tanpa mengira latar belakang sosio -budaya yang seimbang
daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelektualdan sosialselaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Murid-murid ini seterusnya akan membentuk masyarakat
yang harmonis dan aman serta berjaya.
Menurut Najeemah Md. Yusof (2006), pembelajaran merujuk kepada
perubahan tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman.
Pembelajaran ini pula dipengaruhi oleh persekitaran yang positif, atau disebut
persekitaran pembelajaran kondusif iaitu merupakan satu komponen yang amat
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pendidikan,
Choong Lean Keow (2008) mendefinisikan persekitaran pembelajaran yang kondusif
sebagai iklim dan budaya bilik darjah secara menyeluruh yang merangkumi
beberapa aspek seperti pola komunikasi, reka bentuk, pelan lantai dan susun atur
ruang fizikal dan kebolehan guru mengurus murid-murid dalam bilik darjah.
Bersandarkan maksud tersebut, dapat difahami bahawa persekitaran pembelajaran
kondusif merupakan satu keperluan wajib untuk memungkinkan proses
pembelajaran berlaku dengan lancar. Persekitaran yang kondusif ini merangkumi
empat aspek iaitu persekitaran fizikal, persekitaran psiko-sosial, peraturan bilik
darjah dan rutin bilik darjah.
2.0 Huraian Tentang Pelan Lantai.
Setiap pelajar mempunyai cara pembelajaran yang berbeza-beza antara satu
sama lain. Sebagai guru, kami tahu bahawa setiap individu pelajar itu mempunyai
budaya, latar belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi yang berbeza-beza
Kepelbagaian yang wujud antara pelajar perlu dikaji dan difahami dengan sebaiknya
dalam membantu untuk memahami gaya pembelajaran setiap orang pelajar dalam
menentukan strategi pengajaran yang lebih berkesan. Oleh yang sedemikian kami
sentiasa memastikan strategi yang dipilih bersesuaian dengan murid. Sebagai
memenuhi keperluan pengurusan bilik darjah yang mersra budaya, beberapa
langkah telah kami tetapkan ke arah itu. Antara langkah-langkah tersebut ialah:
2.1 Sebagai guru, kita perlu tahu bahawa setiap individu murid itu
mempunyai budaya agama latar belakang keluarga tahap sosio ekonomi yang
berbeza-beza. Ia juga adalah satu impak yang sangat penting kepada murid untuk
mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah.
2.2 Layanan yang sesuai ialah layanan berbentuk sama rata tanpa ada berat
sebelah kepada murid-murid tanpa mengira status dan latar belakang kehidupan
seseorang murid itu . Kepelbagaian murid, guru seharusnya bersikap adil dan
saksama kepada murid-murid mereka. Sebagai contoh, apabila seseorang guru itu
berbangsa Melayu, guru tersebut tidak seharusnya melebihkan murid bangsanya
sendiri daripada murid-murid berbangsa lain. Ia akan memberi kesan secara
langsung kepada murid-murid bangsa lain dan memberikan perspektif yang negatif
terhadap guru tersebut. Dengan itu, pemupukan semangat perpaduan tidak dapat
dicapai dengan jayanya. Oleh itu kami mengambil langkah dengan meletakkan
murid-murid dalam kumpulan yang mempunyai pelbagai kaum.
2.3 Dalam menghadapi kepelbagaian sosiobudaya di bilik darjah, guru seharusnya
bijak mengendalikan bilik darjah. Sebagai contoh dengan mewujudkan satu
persekitaran psikososial Guru tidak seharusnya memberikan layanan yang berat
sebelah kepada murid-murid. Ditambah pula apabila di dalam sesuatu bilik darjah itu
mempunyai murid-murid yang datang dari latar belakang keluarga yang berbeza,
budaya yang pelbagai, agama yang berlainan dan tahap kognitif yang berbeza. Kami
sentiasa memastikan layanan yang diberikan sama rata antara semua murid-murid
tanpa mengira bangsa dan agama.
2.4 Interaksi dua hala yang bersifat ramah mesra dan produktif menimbulkan satu
persekitaran yang mesra antara guru-murid mengeratkan serta merapatkan jurang
perpaduan dalam kalangan mereka mudah dicapai semangat motivasi yang tinggi
pemupukan perpaduan. Kedudukan antara murid-murid yang duduk menghadap
antara satu sama lain membolehkan mereka berinteraksi dengan mudah. Dalam
memupuk satu persekitaran psiko sosial yang baik di dalam bilik darjah, seseorang
guru itu seharusnya mempunyai kemahiran dalam hubungan dengan manusia,
khususnya murid-murid. Sebagai contoh, beramah mesra, bersikap positif,
mendengar masalah murid, dan kebolehan memberi kata-kata pujian secara ikhlas .
Ia merupakan satu tret yang penting bagi seorang guru. Lebih-lebih lagi apabila
terpaksa menguruskan bilik darjah yang mempunyai kepelbagaian sosiobudaya,
oleh itu kami sentiasa menunjukkan sikap ramah sama ada dengan memberikan
senyuman atau dalam memberikan ucapan apabila berselisih dengan murid-murid
dan lain-lain.
2.5 Dengan kata lain, di sini terdapatnya unsur-unsur kurikulum tersirat , di mana
kami cuba untuk mendidik murid supaya menghormati antara satu sama lain serta
memupuk sikap yang baik dalam kalangan mereka. Apabila mereka melihat guru
yang berperwatakan mesra, secara tidak langsung memberikan mereka motivasi
dalaman untuk menunjukkan sikap seperti guru itu.
Guru perlu mengetahui pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu etnik.
Kami juga perlu sensitif dengan tabiat dan perangai bangsa sendiri dan penyataan
yang dinyatakan dalam kelas. Pastikan bilik darjah membawa imej yang positif
kepada pelbagai kumpulan etnik. Sebagai guru juga kami perlu sensitif dengan
bangsa dan tabiat etnik pelajar dan tanpa menilai pelajar melalui luaran sahaja. Guru
juga perlu bijaksana dalam membuat pilihan dan alat bantu mengajar. Mendalami
budaya dan warisan etnik sendiri.
2.6 Mengetahui sensitiviti setiap etnik dengan lebih mendalam untuk mencapai
objektif pengajaran. Sensitif dengan tahap perkembangan pelajar apabila terlibat
dengan aktiviti bangsa, etnik, budaya dan bahasa. Kami sentiasa berusaha untuk
tonjolkan pelajar sebagai pemenang. Guru memainkan peranan yang penting dalam
kejayaan pelajar. Kami gunakan teknik belajar bekerjasama dan kerja berkumpulan
untuk memperkenalkan bangsa dan integrasi kaum di dalam sekolah dan kelas.
Semua aktiviti di sekolah mestilah melibatkan pelbagai bangsa, agama dan etnik.
Sebagai kesimpulannya kepelbagaian sosio budaya murid, secara tidak
langsung menjadi cabaran utama dalam menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Guru perlu kreatif serta peka dengan aspek ini kerana
ia akan berubah mengikut peredaran masa. Guru yang berjayamerealisasikan
perkara-perkara ini merupakan guru yang berkesan dan cemerlang. Kepekaan guru
terhadap kepelbagaian sosio budaya ini adalah sangat penting dalam dunia
pendidikan. Apa jua cabaran yang mendatang, inilah dunia pendidikan yang sebenar
dalam usaha menyatukan kepelbagaian pelajar yang pelbagai budaya seiring
dengan konsep 1 Malaysia.
3.0 Pelan Lantai Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Yang Mesra Budaya
Konsep pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah
amat penting dalam pengajaran dan pembejaran dalam abad yang mencabar ini dan
lebih-lebih lagi melibatkan murid-murid dari pelbagai latar belakang
etnik.Pengurusan fizikal harus melewati bukan hanya dari aspek kemudahan
prasarana serta kemudahan fizikal sahaja namun hasil dari pengurusan persekitaran
fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif
dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan
sosial.
Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah telah dirumuskan oleh Fred
Steele(1973) sedemikian “ the effects of physical setting in a classroom is a setting
for social interaction, symbolic identification, growth, security,shelter and pleasure”.
Kenyataan yang diutarakan oleh Steele (1973) disokong oleh Lambert (1994) yang
menyatakan bahawa aspek persekitaran fizikal seperti dengan siapa dan di mana
pelajar duduk dapat membantu dalam interaksi antara mrurid dari latar belakang
lingustik dan kebudayaan yang berbeza.
Kriteria-kriteria Fizikal Umum Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah yang
Mesra Budaya
3.1 Aspek Fizikal :-
Terdapat meja dan kerusi yang sesuai dengan murid dan boleh diubah suai
mengikut keperluan aktiviti. Murid diletakkan dalam kumpulan yang sama, terdiri
daripada etnik yang berbeza,· Menyusun atur tempat duduk semula murid-murid
dalam bilik darjah supaya terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid dari
pelbagai kumpulan etnik dan tidak hanya satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam
satu kumpulan. Apabila ada perbincangan kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan
ahli-ahli kumpulan akan terdiri dari pelbagai kaum etnik. Secara tidak langsung
kepelbagaian kumpulan etnik dalam satu-satu kumpulan akan dapat diwujudkan
serta memupuk satu suasana mesra budaya,.Pembelajaran dalam persekitaran
fizikal yang mesra budaya akan merangsang pelajar untuk menimba ilmu secara
berkesan
3.2 Sudut-Sudut Pembelajaran:-
Dalam bilik darjah, terdapat pelbagai sudut pembelajaran dan aktiviti yang dapat
membantu perkembangan intelek murid seperti sudut boneka, kognitif, kinestetik
serta sudut kreativiti dan sebagainya.Di samping itu, terrdapat sudut-sudut bacaan
seperti buku cerita dan majalah pendidikan dan sudut multimedia seperti komputer,
televisyen dan multimedia.
Aktiviti mengecat dinding dengan melukis mural -mural biasanya dilakukan oleh
guru kelas sendiri atau beberapa murid yang menjadi pembantunya. Adalah sesuai
sekiranya tema lukisan mural berkisar mengenai perayaan-perayaan serta
kebudayaan perihal pelbagai kaum etnik di negara ini.Aktiviti sedemikian juga
merupakan salah satu aktiviti yang sesuai yang boleh dilakukan oleh murid-murid
dari pelbagai latar belakang kumpulan etnik supaya dapat memupuk perasaan
kekitaan dalam kalangan mereka. Perbincangan serta persediaan untuk lukisan
mural secara tidak langsung akan dapat memupuk nilai serta belajar untuk
bertoleransi dan bekerjasama. Secara tidak langsung guru telah berjaya secara tidak
langsung untuk memujudkan persekitaran mesra budaya.
Ruang untuk bekerja adalah penting untuk memupuk nilai kerjasama dan tolong
menolong antara murid dari pelbagai latarbelakng dan budaya.Tugasan yang di
berikan oleh guru dapat di bincang diruang ini; di mana secara tidak langsung Atan,
Kumari serta Kim Sengi dapat berbincang untuk mendapatkan jawapan atau fakta
untuk tugasan mereka. Keberkesanan konsep ruang bekerja atau “work space” ini
disokong oleh Woolfolk (2001) yang menyatakan sedemikian bahawa “ the physical
environment of the classroom such as use of space, classroom setting and cocial
dimensions interact to shape classroom culture”
http://faizahembi.blogspot.com/2013/04/bilik-darjah-mesra-budaya.html