You are on page 1of 3

(TEKS PENGERUSI SAMBUTAN HARI RAYA)

( SYAHIRAH )

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh ,


Yang Berusaha Tuan Haji Shamsudin bin Haji Khamis, Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah
Agama Rantau dan barisan kepimpinannya, Tuan syed Dzulkarnain Bin Syed
Nordin,Pengetua Sekolah Menengah Agama Rantau,

Yang dihormati,

Pn Shamsina Idayu binti Mohd Yusof, Pegawai SISC+ Teknik dan Vokasional, PPD Seremban,
Inspektor Saidi bin Busman, Pegawai Perhubungan Sekolah, IPD Seremban,

Tn Haji Mohd Miswan bin Abd Manan, Nazir / Imam Masjid Kuala Sawah,

Tuan Mohd Izzuwan bin Abd Rahim, Ketua Balai Bomba Rantau

Sarjan Major Suhaini bin Mohamed Desa, Ketua Balai Polis Kuala Sawah,

(Timbalan Sarjan Hisham bin Jamaluddin, Wakil Ketua Balai Polis Kuala Sawah)

Puan Norbee Binti Alias,Penolong Kanan Pentadbiran,


Puan Siti Zubaidah Binti Muhammad, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Puan Norliza Binti Hj Musa,Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru-guru kanan mata pelajaran, Barisan pendidik dan rakan-rakan yang disayangi sekalian.

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Bersyukur kepada Allah Azza Wajalla kerana dengan rahmatnya kita dapat berkumpul sekali
lagi di dalam dewan Sayidatina Aishah bagi meraikan sambutan hari raya peringkat Sekolah
Menengah Agama Rantau bagi tahun 2022 bersamaan tahun 1443 Hijrah.
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita bersama-sama menadahkan tangan
serta mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Saudara Muhammad Mukhriz Bin
Abd Ghaffar daripada kelas 5 Hanafi. Dengan itu, dipersilakan. (BACAAN DOA)

( AINNUR )

Amin...amin yarabbalalamin. Terima kasih diucapkan kepada Saudara Mukhriz diatas bacaan
doa itu tadi.

Terbang di awan burung jentayu,

DI atas papan batang selasih,

Tampillah tuan kami merayu,

Bersama ucapan pengikat kasih.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan yang akan disampaikan oleh Yang Di Pertua PIBG
dijemput Tuan Haji Shamsudin bin Haji Khamis ke atas pentas. Dengan segala hormatnya
dipersilakan. (UCAPAN YDP PIBG)

( SYAHIRAH )

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Shamsudin di atas ucapan sebentar tadi

Seterusnya, majlis menjemput Tuan Syed Dzulkarnain Bin Syed Nordin, Pengetua Sekolah
Menengah Agama Rantau untuk menyampaikan sepatah dua bicara. Majlis dengan segala
hormatnya , dipersilakan. (UCAPAN TN PENGETUA)

( AINNUR )

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua diatas ucapan itu tadi.

Yang dinanti-nantikan telah tiba, gendang di dalam perut sudah rancak dipalu menandakan
kini adalah masa untuk menikmati juadah yang terhidang.

Berlalulah sudah Ramadan

Sebulan berpuasa

Tiba syawal kita rayakan

Dengan rasa gembira


( SYAHIRAH )

Anak muda dirantauan

Semuanya pulang ke desa

Ibu dan ayah keriangan

Bersyukur tak terkira

Haa… pernah dengar kan bait-bait berkenaan. Lagu yang sentiasa mencetus rasa gembira di
hati kita apabila Syawal menjelma.

Baiklah, tanpa melengahkan masa lagi /saya persilakan semua tetamu jemputan, guru-guru
dan rakan-rakan untuk menikmati juadah yang disediakan . Bismillah….

********* J A M U A N & P E N Y A M P A I A N H A D I A H **********

( SYAHIRAH )

Alhamdulillah.

Tamat sudah jamuan hari raya pada hari ini. Acara yang seterusnya adalah sesi bergambar.

Sebelum itu, izinkan kami mengakhiri majlis.dengan serangkap pantun.

Bunga seroja di atas para,

Jatuh ditimpa buah berangan,

Andai kata tersilap bicara,

Kemaafan jua kami pohonkan.

( BERDUA )

Kami mewakili jawatankuasa pelaksana/ memohon kemaafan di atas kekurangan yang ada.
Yang buruk itu datangnya daripada kami. Yang baik itu datangnya daripada Allah SWT

Wabillahhitaufik wal hidayah waasalamualaikum wbt.


(Dipersilakan tuan/puan bersedia untuk sesi penggambaran)

You might also like