You are on page 1of 16

KONVENSYEN GRADUAN MELAYU SARAWAK

(KGMS) 2022

“Sarawak Maju Tahun 2030:


Aspirasi dan Peranan Graduan Melayu”

24 Ogos 2022

Borneo Convention Centre Kuching


PERUTUSAN
YAB PREMIER SARAWAK

Assalamuaalaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana atas izin dan kurnia-Nya Ikatan Graduan Melayu
Sarawak (IGMS) dapat menyediakan pentas buat menghimpunkan para graduan Melayu Sarawak dalam
majlis Konvensyen Graduan Melayu Sarawak Tahun 2022.

Graduan Melayu Sarawak sesuai dengan tahap pendidikan dalam pelbagai bidang merupakan aset Negeri
Sarawak dalam menjadi pelapis kepimpinan dan pengurusan sama ada di sektor kerajaan mahupun
swasta.

Adalah menjadi tanggungjawab para graduan Melayu Sarawak untuk bersama dengan kerajaan bagi
membantu mencapai pelan Strategi Pembangunan Melayu Sarawak mencakupi bidang ekonomi,
pendidikan, politik, agama, budaya dan keluarga.

Sempena dengan tema “Sarawak Maju Tahun 2030 : Aspirasi dan Peranan Graduan Melayu”, maka saya
amat mengharapkan agar seluruh graduan Melayu fokus kepada peningkatan diri dalam bidang
kepimpinan, pengurusan yang lebih efektif dengan sumber yang terhad, kemampuan membina kreativiti
dan penjanaan idea yang baik untuk menghasilkan tindakan yang sempurna.

Saya menyeru agar graduan Melayu berperanan menjadi tunjang utama bagi mencapai dan menuju
aspirasi Sarawak Maju Tahun 2030.

Akhir kata, syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak IGMS dan pihak Jawatankuasa Pelaksana atas
usaha gigih yang telah dicurahkan dalam menjayakan Konvensyen ini. Mudah-mudahan Ikatan Graduan
Melayu Sarawak (IGMS) akan terus menjadi platform untuk menyumbang ke arah pembangunan dan
kemajuan bangsa Melayu Sarawak.

Sekian,

Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

(DATUK PATINGGI TAN SRI (DR) ABANG HAJI ABDUL RAHMAN ZOHARI
BIN TUN DATUK ABANG HAJI OPENG)
SELARIK BAHASA, SERAUT MADAH

YB Timbalan Primier
Datuk Amar Haji Awang Tengah Bin Ali Hasan

Assalamuaalaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Segala pujian bagi Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, dapatlah saya menyampaikan
sepatah dua kata dalam buku cenderamata bersempena dengan Konvensyen Graduan Melayu Sarawak
(KGMS) pada tahun 2022 ini.

Pertama sekali, setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada IGMS kerana dapat menganjurkan
majlis yang seumpama ini terutama sekali kepada barisan pimpinannya yang progresif dan mempunyai
wawasan dalam memajukan bangsa Melayu di Sarawak.

Semoga KGMS pada kali ini memberi impak yang besar kepada graduan-graduan Melayu di Sarawak
untuk sama-sama membantu kerajaan Sarawak dalam pembangunan negeri Sarawak selaras dengan
Post-Covid Development Strategy (PCDS) 2030 baik dalam pembangunan sahsiah mahupun
pembangunan fizikal Sarawak menjelang tahun 2030.

Justeru, saya menyeru kepada semua graduan Melayu di Sarawak untuk sama-sama bangkit dalam
mencari peluang yang ada terutama sekali yang telah diusahakan oleh kerajaan Sarawak sebagai tulang
belakang kepada kemajuan negeri Sarawak yang tercinta ini.

Saya berharap agar peserta dalam kalangan graduan Melayu Sarawak dapat memberikan idea yang bernas
semasa konvensyen bagi membantu aspirasi negeri maju menjelang tahun 2030 dapat direalisasikan.

Saya berdoa semoga perjalanan konvensyen berlaku dengan keadaan yang sempurna serta lancar dan yang
terlibat dengan konvensyen ini sentiasa berada di dalam keberkatan.

Sekian, terima kasih.


SERUNGKAI KATA, SEINDAH MADAH

Yang Dipertua Ikatan Graduan Melayu Sarawak


Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said

Assalamuaalaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya Ikatan Graduan Melayu Sarawak
(IGMS) menganjurkan Konvensyen Graduan Melayu Sarawak (KGMS) pada tahun ini. Konvensyen ini
mula tercetus sejak tahun 2000 bermatlamat untuk mengumpul graduan Melayu daripada pelbagai bidang
untuk saling bertukar-tukar pandangan bersama-sama para pemimpin dalam banyak aspek meliputi
ekonomi, siasah, sosial dan pendidikan.

Pada tahun ini, IGMS juga telah berusia 26 tahun. IGMS bukan sahaja matang dalam usianya tetapi sudah
mampu berdikari untuk lebih progresif dan dinamik selari dengan peredaran semasa.

Sepanjang penubuhan IGMS, banyak program yang dianjurkan oleh IGMS berfungsi sebagai nilai tambah
kepada program-program kerajaan yang menyasarkan kelompok murid sekolah hinggalah kepada para
graduan lepasan universiti dan kolej supaya mereka diberi kemahiran asas dalam komunikasi, bersosial
dan juga pembinaan karektor mereka.

Saya sangat bersyukur sepanjang usia IGMS yang agak matang ini, saya mampu melihat perkembangan
IGMS sebagai sebuah pertubuhan yang luhur bagi membentuk generasi Melayu Sarawak supaya lebih
progresif selari dengan Wawasan Sarawak Maju 2030.

Akhir kata, saya berdoa semoga IGMS boleh berdiri sebagai sebuah pertubuhan yang dinamik dan boleh
membangun bagi memastikan orang Melayu di Sarawak khususnya para graduan Melayu tidak jauh
ketinggalan dalam aspek pembangunan modal insan dan berdaya saing agar boleh “berdiri sama tinggi,
duduk sama rendah” dengan komuniti lain di Sarawak ini.

Sekian, terima kasih.

Wabillahi taufiq wal hidayah.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


“DEMI ALIF BA DAN TA”

SEJARAH

Atas kesedaran bahawa ribuan graduan Melayu mempunyai potensi besar untuk menyumbang ke
arah pembangunan dan kemajuan bangsa Melayu Sarawak, maka saudara Sanib Said berusaha
mengumpul sahabat-sahabat sekolah dan universiti beliau pada tahun 1991.

Percubaan awal ini gagal. Kejayaan Seminar Budaya Melayu II dan perasmian Yayasan Budaya
Melayu pada tahun 1993 telah menghidupkan semula semangat saudara Sanib untuk
menubuhkan satu persatuan.

Sehubungan dengan itu satu mesyuarat telah diadakan di rumah beliau yang dihadiri oleh saudara
Ahmad Lokman, saudara Wajidi, saudara Dzulkornain, saudara Dr. Abang Ridwan, saudara
Takun dan saudara Hazami.

Mesyuarat itu bersetuju menubuhkan Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS).

Seterusnya perlembagaan digubal dan permohonan telah dikemukakan pada 14 Ogos 1994.

Sementara itu, perakuan daripada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan diperolehi pada 23 September
1994.

Setelah menunggu sekian lama maka akhirnya IGMS telah sah didaftar pada 18 April 1996.

OBJEKTIF

Di antara objektif penubuhan IGMS:

1. Menyemai dan memajukan budaya ilmu di kalangan ahli

2. Menyemaikan rasa cinta terhadap agama, bangsa dan tanah air

3. Memupuk semangat muhibbah di kalangan masyarakat pelbagai kaum

4. Menjalinkan persahabatan dengan pertubuhan-pertubuhan Melayu yang berdaftar di


Malaysia

5. Membantu memajukan Masyarakat Melayu dalam bidang pendidikan, ekonomi,


kebudayaan,sains, teknologi dan sosial
MAKSUD PADA LOGO

Tengkolok Berwarna Merah menghala ke bahagian kanan:


Keberanian dan kepatuhan kepada Tuhan.

Daun tengkolok menghala 45° ialah kesaksamaan yang merupakan salah satu daripada ciri
yang ada pada pemimpin Melayu di Sarawak.

Kanta mata memberi maksud fokus kepada matlamat konvensyen bertujuan untuk menyatukan
graduan Melayu dalam mengadakan dialog dalam bidang Sosial, Politik dan Ekonomi.
AHLI-AHLI JAWATANKUASA
IKATAN GRADUAN MELAYU SARAWAK

Yang Dipertua
Ybhg Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said

Timbalan Yang Dipertua


Tuan Haji Syed Hossin bin Wan Hamit

Setiausaha Agung
Encik Samsol bin Morshidi Bujang
Penolong Setiausaha Agung
Encik Syed Azrie bin Wan Annuar

Bendahari
Encik Mahayuddin bin Abdullah

Penolong Bendahari
Encik Zaini bin Ramli

AHLI-AHLI JAWATANKUASA

Biro Pendidikan dan Latihan


Encik Khairul Anwar bin Shazali
Encik Abdul Mu’min bin Jarni

Biro Kebajikan dan Sosial


Hajah Dayangku Sa’adiah binti Datuk Amar Pengiran Hipni
Encik Osman bin Zaini
Encik Yusuf bin Jalli

Biro Agama
Ustaz Haji Suhardi bin Haji Edward

Biro Ekonomi
Encik Mohamad Rizwan bin Edris
JAWATANKUASA KERJA
KONVENSYEN GRADUAN MELAYU SARAWAK (KGMS) 2022

Penasihat
YBhg Datu Dr. Haji. Sanib bin Hj. Said

Pengerusi
Tuan Haji Syed Hossin bin Wan Hamit

Setiausaha
Puan Supiah binti Morshidi

Bendahari
Encik Mahayuddin bin Abdullah

Pengurus Acara
Encik Osman bin Zaini

Persembahan dan Pameran


Encik Abu Urwah bin Umar

Publisiti,Seranta dan Multimedia


Encik Mohamad Rizwan bin Edris

Jemputan, Pendaftaran dan Sambutan Protokol serta Cenderamata


Encik Samsol bin Morshidi Bujang
Hajah Dayangku Sa’adiah bin Datuk Amar Pengiran Hipni
Puan Zuraini binti Awang Basar
Abdul Qaiyum bin Alidin

Teknikal dan Persiapan


Encik Syed Azrie bin Wan Annuar
Encik Abdul Mu’min bin Jarni
Encik Zaini bin Ramli
Encik Yusuf bin Jalli

Tugas-tugas Khas
Encik Azreen bin Abd. Rahim
1 ILMU
B A K AT DAN

2
U N A N
PEMBANG K E M A HIRAN
T A N
PENINGKA
C A R A B E RTERUSAN
SE

R L ANGA N
C E M E
M PAT A S AS KE
E
A N M E L AYU
GRADU

3
G U N A N S AHSIAH,
PEMBAN E P I M PINAN
A N K
ROHANI D
REATIF

4
O VAT I F, K
IN
AYA
DAN BERD
SAING
MADAH PUSAKA

SARAWAK MALAYS AND MALAYSIA

Malaysia to the Malays in Sarawak is more of a challenge than a political achievement. It is a


challenge that requires a revolution in their way of life and mental attitude if Malaysia is to bring
about peace and prosperity to them and to others.

It is a challenge to their ability to unite among themselves and with others, to their traditional
kampong life, to their attitude towards Government and to their rather latent ability to co-operate
in the economic development of the country.

The Malays have been well known in their contribution towards stability of Government. This is
mainly due to their tactfulness, conservatism and respect for elders and Government officials.
They are known for their exasperatingly "easy-going" sort of life.

Malaysia is a responsibility - a responsibility that every one and every race in Sarawak and in
Malaysia to proudly share. The "easy-going" attitude has to be limited. The Malays have to work
hard and to contribute hard. The past glorious history of the Malays in wars and public
administration are big assets and they should look forward to the future with courage and
confidence and above all with determination to succeed.

Ahmad Zaidi Tuanku Adruce


IGMS PADA LENSA
“SARAWAK MAJU TAHUN 2030 :
ASPIRASI DAN PERANAN GRADUAN MELAYU”

ATURCARA

07.30 pagi Pendaftaran & Sarapan

08.30 pagi Kata-kata Aluan Pengacara Majlis

Ucaptama Yang Dipertua Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS)


● YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said ~ “Minda Terpenjara : Antara Masyarakat
Civilizational dan Tribal di Sarawak”

09.15 pagi Bicara Politik ~ “Politik Melayu Sarawak : Cabaran dan Masa Depan”
● Pemakalah : YBhg. Prof. Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi, Pensyarah, Jabatan
Sosio Budaya-Kesenian Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya &
Felo Penyelidik, Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihanraya Universiti Malaya
(UMCEDEL)
● Moderator : Hajah Dayangku Sa’adiah binti Awang Hipni

10.00 - 10.15 pagi Kudapan

10.15 - 11.00 pagi Bicara Pembangunan ~ “Cabaran dan Strategi Pembangunan Infrastruktur & Ekonomi Digital
Dalam Komuniti Melayu”
● Pemakalah : YB Datuk Haji Julaihi bin Haji Narawi, Menteri Utiliti & Telekomunikasi
Sarawak
● Moderator : En. Osman bin Zaini

11.00 pagi Ketibaan YB Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak, Menteri
Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II dan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri, &
Pelaburan

Majlis Perasmian Konvensyen Graduan Melayu Sarawak Tahun 2022 oleh YB Datuk Amar Haji
Awang Tengah bin Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak, Menteri Sumber Asli dan
Pembangunan Bandar II dan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri, & Pelaburan

Majlis Penyampaian Cenderahati kepada Pelajar Melayu Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia
Tahun 2021

12.00 tengahari Jamuan tengahari bersama YB Timbalan Premier Sarawak

02.00 petang Bicara Korporat ~ “Graduan Mencipta Pekerjaan - Adakah Kita Bersedia?”
● Pemakalah : Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim, Pengarah Urusan Kumpulan,
Weststar Aviation Services Sdn Bhd
● Moderator : En. Abdul Qaiyum bin Alidin

02.45 petang Ketibaan YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk
Abang Haji Openg, Premier Sarawak

Bicara Bersama Premier Sarawak ~ “Sarawak Maju Tahun 2030 : Aspirasi dan Peranan
Graduan Melayu”
● Pemakalah : YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari
bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak
● Moderator : Hj Syed Hossin bin Hj Wan Hamit

Upacara Pertukaran Memorandum Persefahaman di antara Amanah Khairat Yayasan Budaya


Melayu Sarawak (AKYBMS) dan The Weststar Group

Majlis Penutupan Rasmi Konvensyen Graduan Melayu Sarawak Tahun 2022 oleh YAB Datuk
Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg,
Premier Sarawak

05.00 petang Minum Petang & Bersurai


PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Ikatan Graduan Melayu Sarawak dengan tulus ikhlas menzahirkan penghargaan kepada:

Kerajaan Negeri Sarawak

The WESTSTAR Group

Harwood Timber Sdn Bhd

Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Pustaka Negeri Sarawak

SARAMEDIA GLOBAL Sdn Bhd

Pusat Khidmat Wakil Rakyat N07 Samariang

Tuan Haji Azmi bin Bujang

“Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia dan
amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam
hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau
membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya.”
(Hadis riwayat at-Tabrani)

You might also like