You are on page 1of 5

SULIT *

900/2 STPM 2022

KOLEJ TINGKATAN ENAM TUN FATIMAH


MELAKA

PENGAJIAN AM
KERTAS 2
(Satu jam 30 minit)
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEMESTER 2
TAHUN 2022
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Arahan kepada calon:


Untuk kegunaan pemeriksa
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA Bahagian A
ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. 1
Jawab semua soalan dalam Bahagian A. 2
3
Jawab satu soalan sahaja dalam Bahagian C. Anda boleh
menjawab semua soalan tetapi hanya jawapan yang pertama 4
yang akan diperiksa. Bahagian B

Jawab satu soalan sahaja dalam Bahagian C. Anda boleh


menjawab semua soalan tetapi hanya jawapan yang pertama Bahagian C
yang akan diperiksa.
Jumlah

Kertas soalan ini terdiri daripada 5 halaman bercetak.

Disediakan oleh :- Disahkan oleh

………………………… …………. ………….


(EN WEE JUANN NAM ) ( PN.NORFAZILA BTGHAZALI )
Ketua Unit Pengajian Am Ketua Jabatan Bahasa
SULIT * Bahagian A [15 markah]
Jawab semua soalan.
Tulis jawapan dalam ruang yang disediakan
1.Nyatakan empat langkah membina Malaysia yang maju dan sejahtera ( 4 m )

.............................................................................................................................................................

.............................................................................................................................................................

.............................................................................................................................................................

...............................................................................................................................................................

...............................................................................................................................................................

.................................................................................................................................................................

2. Jelaskan dua matlamat penggubalan Rukun Negara . ( 4 m )

……………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………….....................

3. Apakah tiga faktor yang perlu dipertimbangkan oleh kerajaan sebelum membuat rancangan pembangunan
negara ? (3m)

………………………………………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………… …………………..

4. Jelaskan dua teras dalam pembangunan Dasar Wawasan Negara (4m)

………………………………………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………… …………………..
SULIT *
Bahagian B [20 markah]

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.

5. Berdasarkan petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan kes di negeri-
negeri yang terpilih dan nilai kompaun yang dipungut pada setiap tahun yang diberikan.

Negara kita mempunyai sistem jaringan jalan raya yang maju berbanding dengan negara-negara
sedang membangun yang lain. Namun, di sebalik kemajuan itu, banyak kes kemalangan jalan raya yang
berlaku. Malah ada pihak yang melaporkan angka kematian yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya
di Malaysia dianggap serius.Sesungguhnya jalan raya boleh jadi pembunuh nombor satu seandainya
tindakan yang mampan tidak dirancang dan dilaksanakan secara ikhlas.
Bagi membendung keadaan, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama-sama pihak berkuasa lain,
tidak ketinggalan dalam menguatkuasakan peraturan yang ada dengan mendenda pengguna jalan raya
yang melakukan pelbagai kesalahan. Sejak tahun 2019 hingga 2021, banyak saman telah dikenakan dan
pesalah yang terlibat terpaksa menjelaskan kompaun yang dikenakan.
Dalam tahun 2019, sebanyak 4 000 kes saman dikeluarkan oleh JPJ bagi pelbagai kesalahan pengguna
jalan raya di Kelantan, Terengganu kurang 600 kes berbanding dengan Kelantan dan Pahang mencatat
sebanyak 4 200 kes. Hasil kompaun yang telah berjaya dipungut iaitu RM1 200 000 bagi Kelantan,
RM998 500 bagi Pahang dan RM744 000 bagi Terengganu.
Sepanjang tahun 2020, kompaun telah dikutip sebanyak RM1 010 000 bagi Pahang, RM715 500 bagi
Terengganu dan RM1 293 300 bagi Kelantan. Hasil kompaun jelas meningkat disebabkan sikap
pengguna jalan raya di negeri ini yang tidak sabar semasa menghadapi masalah kesesakan lalu lintas. Di
Kelantan, kes saman telah meningkat sebanyak 1 200 kes, Terengganu mencatat peningkatan sebanyak
600 kes dan Pahang menokok kepada 5 100 kes berbanding dengan tahun sebelumnya.
Pada tahun 2021pula, keadaan tidak banyak berubah. Karenah pengguna jalan raya terutamanya cukup
menguji kewibawaan pihak berkuasa khasnya JPJ. Di Pahang, sebanyak RM93 6600 kompaun telah
dikutip hasil daripada 5 600 kes saman yang dikenakan. Terengganu RM980 000 kompaun untuk 4 800
saman dan di Kelantan RM1 159 600 kompaun untuk 6 200 kes saman yang dikeluarkan.
Akhir sekali, bagi tahun 2022, hanya Kelantan dijangka menunjukkan perkembangan positif, sedangkan
Terengganu dan Pahang tidak banyak berubah. Di Kelantan, hanya 5500 kes saman yang dijangka
dikeluarkan. Manakala di Terengganu 6 500 kes dijangkakan dikeluarkan saman.Di Pahang pula, kes
saman dijangka meningkat sebanyak 600 kes sehingga kompaunnya mencecah RM1 129 000. Kompaun
yang dikutip di Kelantan dijangka merosot sedikit kepada RM950 000 berbanding dengan Terengganu
yang mengatasinya sebanyak RM120 000. Amaun kompaun ini bukanlah menjadi kebanggaan jika sikap
pengguna jalan raya masih memandu mengikut perasaan dan bukannya memandu mengikut peraturan.

( Sumber: Diubahsuaikan daripada Laporan Jabatan


Pengangkutan Jalan, 2015)
SULIT *

6. Berdasarkan maklumat yang diberikan di bawah ini , sediakan carta pai yang sesuai untuk menunjukkan
klasifikasi produk eksport Malaysia ke negara-negara import terpilih pada Februari tahun 2011 .

Eksport kasar Malaysia telah meningkat kepada RM 7 010 juta pada Februari 2011 .Klasifikasi produk
eksport ke negara-negara terpilih melibatkan Asia Timur , ASEAN , Eropah dan Amerika Syarikat .
Barangan elektronik merupakan produk yang mendapat sambutan yang meningkat kepada RM 2 309 juta
pada masa tersebut . Seterusnya , keluaran kelapa sawit yang mendominasi sektor pertanian negara Malaysia
telah mencapai eksport sebanyak 28.9 peratus daripada jumlah eksport Malaysia pada Februari 2011 .
Keluaran getah adalah berjumlah RM 989 juta pada tahun tersebut dan pada masa yang sama eksport gas
asli cecair ( LNG ) terus menunjukkan prestasi yang baik , iaitu meningkat kepada RM 785 juta .

Petroleum mentah yang merupakan antara eksport utama negara terus meningkat kepada RM 655 juta dan
sementara keluaran kayu pula mengalami sedikit pengurangan eksport pada Februari 2011 iaitu hanya
berjumlah RM 246 juta . Perdagangan luat negara Malaysia telah mencatatkan lebihan dagangan bernilai
RM 12.6 billion pada Februari 2011. Hal ini merupakan bulan ke-160 lebihan dagangan dicatatkan sejak
November 1997 .

Sementara itu , Singapura terus mengimport produk negara kita , iaitu mencecah RM 722 juta pada bulan
Februari 2011 . Pada masa yang sama , Jepun terus mengimport barang Malaysia yang tertinggi , iaitu
berjumlah RM 1 419 juta dan India pula menjadi negara inport produk negara yang meningkat kepada RM
921 juta . Indonesia negara kedua tertinggi mengimport produk Malaysia iaitu sebanyak RM 1 201 juta dan
China pula mengimport sebanyak RM 685 juta pada tahun tersebut .

Import produk Malaysia oleh negara Amerika Syarikat meningkat kepada 7.3peratus pada tahun 2011
manakala import produk Malaysia oleh negara Kesatuan Eropah menurun kepada 10.6 peratus pada tahun
tersebut . Korea mengimport produk Malaysia berjumlah RM 211 juta dan Taiwan berjumlah RM 201 juta
pada tahun tersebut . Negara Hong Kong dan Thailand meningkatkan kuantiti import produk Malaysia pada
tahun 2011 . Kedua-dua negara mengimport sebanyak RM 159 juta dan RM 237 juta pada tahun yang
dinyatakan .

Malaysia terus melakukan anjakan eksport ke tahap yang membanggakan untuk merealisasikan hasrat
negara untuk mencapai negara maju yang seimbang . Lonjakan kemajuan negara ini hakikatnya mampu
menaikkan taraf negara pada peringkat global .

( Sumber :- Disesuaikan daripada Laporan Perdagangan Luar Negara Malaysia,


Februari2011)
SULIT *

BAHAGIAN C: ( 25 Markah )
Jawab satu daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya di antara 300 hingga 350
patah perkataan. Calo hendaklah mengemukakan lima isi atau idea sahaja bagi karangan yang
dihasilkan

7. Setiap lapisan masyarakat perlu menghayati dan mempratikkan prinsip-prinsip Rukun Negara bagi
menjamin keharmonian dan kesejahteraan negara . Jelaskan .

8. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menyebabkan penggunaan pelbagai gajet
dan aplikasi baharu oleh kanak-kanak sukar disekat. Walaupun terdapat banyak manfaat kepada
perkembangan kanak-kanak, namun terdapat juga kesan buruk daripada perkembangan tersebut.
Bincangkan.

You might also like