You are on page 1of 4

Model Kajian (Kemmis dan Mc Taggart, 1988)

Model kajian pada rajah di bawah merupakan model kajian Kemmis dan Mc Taggart(1988)

dimana model ini merupakan hasil inovasi daripada model kajian Kurt Lewin. Ianya

melibatkan perancangan (plan), tindakan (act),pemerhatian (observe) dan refleksi (reflect).

Model kajian Kemmis dan Mc Taggart ini mempunyai dua lingkaran atau kitaran. Sekiranya

lingkaran pertama menunjukkan hasil yang tidak signifikan, maka pengkaji boleh membuat

lingkaran kedua.

i) Lingkaran Pertama

Pada peringkat perancangan (planning), pengkaji memilih strategi pembelajaran multimedia

untuk didedahkan kepada kumpulan sasaran. Topik atau unit yang ingin diajar akan

disesuaikan dengan strategi pembelajaran koperatif.


Rajah 2 : Model Kajian Stephen Kemmis dan Mc Taggart (1998)

Murid haruslah dibahagikan kepada kumpulan dan diberikan aktiviti yang boleh

membawa mereka kepada perkongsian penyelesaian masalah atau pembelajaran secara

bersama. Kumpulan yang dibentuk haruslah terdiri daripada murid yang berbeza dari segi

pencapaian. Murid pada tahap lemah, sederhana dan cemerlang bergabung didalam satu

kumpulan . Instrumen juga ditentukan pada peringkat ini kerana ianya sangat penting dalam

melancarkan lagi proses kajian tiga instrumen yang digunakan ialah pemerhatian, soal selidik

dan temu bual.

Pada peringkat tindakan (act), pengkaji memberikan aktiviti atau isu masalah kepada

kumpulan sasaran untuk diselesaikan secara bersama-sama. Namun, sebelum itu, murid

dibahagikan kepada 6 kumpulan kecil. Setiap murid haruslah bekerjasama antara satu sama
lain agar peluang untuk belajar adalah sama rata. Pengkaji menjadi pemerhati dan hanya

sebagai pembimbing kepada setiap kumpulan yang dibentuk. Setiap jangkaan dicatatkan oleh

pengkaji.

Pada peringkat pemerhatian (observe) pula, pengkaji hanya membuat pemerhatian

dalam setiap kumpulan sama ada mereka mampu bekerjasama atau tidak. Beberapa aspek

yang penting untuk diberi perhatian oleh pengkaji ialah kerjasama murid, perubahan sikap dan

juga perbincangan ahli kumpulan. Setiap aspek ini haruslah diterapkan dalam setiap

kumpulan agar pembelajaran koperatif diaplikasikan sesuai dengan kehendak kajian.

Pada peringkat mereflek (reflect), pengkaji membuat refleksi tentang segala kelemahan

dan kelebihan sepanjang kajian dijalankan. Pada peringkat ini, pengkaji akan berfikir secara

kritikal agar hasil kajian adalah signifikan dengan objektif dan segala kelemahan dapat

dikesan untuk persediaan bagi penambahbaikkan seterusnya, manakala segala kelebihan pula

boleh diaplikasikan dalam bidang pendidikan.

Reka bentuk kajian telah dipilih oleh pengkaji dalam kajian tindakan adalah berbentuk
eksperimen. Lewin (1946) menyatakan bahawa kajian tindakan ini merujuk kepada kajian
yang dilakukan secara terus untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh
pengkaji. Berdasarkan kepada objektif dan persoalan kajian yang telah dinyatakan, pengkaji
telah membuat satu kajian untuk memudahkan murid memahami proses pengajaran dan
pembelajaran guru di dalam bilik darjah dengan menggunakan kaedah multimedia.

Bentuk eksperimen merujuk kepada analisis dapatan yang dilakukan secara huraian
data bernombor. Ini akan melibatkan penggunaan perbezaan peratusan . Analisis data ini juga
dilakukan dengan menggunakan rekabentuk program komputer.Manakala hasil dapatan atau
data kajian dinyatakan dalam bentuk peratusan mengikut kehendak pengkaji.

You might also like