You are on page 1of 3

Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP), Universiti Malaysia Sabah

positif dalam  memperkasakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam talian


demi memenuhi keperluan dan mencapai matlamat hasil pembelajaran  yang
berkesan kepada pelajar yang mengikuti kursus kokurikulum berkredit yang
ditawarkan di pusat ini. Sebagai kursus teras universiti, kursus kokurikulum
berkredit memainkan peranan utama sebagai memenuhi domain pembelajaran
kepimpinan dan interpersonal. Berbeza dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum tanpa kredit yang diuruskan oleh fakulti mahupun pihak Jabatan Hal
Ehwal Pelajar (HEP) iaitu merangkumi kelab, persatuan atau penglibatan dalam
penyertaan sukan dan rekreasi, kursus berkredit menjadi platform pembentukan
asas pelajar yang holistik sesuai denan visi dan misi universiti. Persediaan
menghadapi era normal baharu mendorong PKPP untuk beradaptasi dengan
perubahan semasa. Bagi tujuan tersebut persediaan menyeluruh dilakukan
bukan sahaja di peringkat PKPP, melibatkan persediaan  pensyarah dan jurulatih
serta pelajar tetapi juga persediaan di peringkat universiti.

Pelaksanaan PdP di PKPP menjurus kepada kuliah, projek khidmat komuniti


serta program pembinaan jatidiri sebagai aktiviti utama. Ini kerana pelajar hanya
mempunyai tempoh masa terhad satu semester bersama dengan pusat ini,
kecuali bagi pelajar yang menyertai kursus badan beruniform. Kuliah yang
dijalankan tidak berbentuk konvensional,  sebaliknya ia dijalankan secara
interaktif dengan melibatkan aktiviti perbincangan, permainan dan simulasi yang
lebih berpusatkan pelajar. Intipati daripada pelaksanaan kuliah adalah sebagai
pengenalan kepada konsep dan falsafah kursus yang diikuti dan bagaimana ia
boleh dimanfaatkan kepada pelajar dan dalam bermasyarakat. Pendeknya kata,
pusat ini tidak bertujuan mekahirkan atlit atau pakar bidang, tetapi lebih kepada
penghayatan dan penjiwaan sesebuah bidang yang boleh memberikan manfaat.
Manakala  projek khidmat masyarakat yang dijenamakan sebagai Siswa/i
Prihatin (SPRINT) memberikan pendedahan kepada pelajar untuk mempelajari
dan menguasai kemahiran memimpin dan kemahiran sosial secara realiti dengan
bimbingan pensyarah dan jurulatih.
Operasi pengajaran dan pembelajaran

Persediaan di peringkat universiti di bawah bimbingan Timbalan Naib Canselor


Akademik dilakukan secara menyeluruh dengan mengambil kira keperluan dan
kesesuaian proses PdP  dari pelbagai sudut bukan sahaja dari aspek
penyampaian, tetapi juga pengukuran dan penilaian has

You might also like