You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

TADIKA TAHFIZ AZZIKRULHAKIM

KUBANG KERIAN

PADA 25 OGOS 2022

ANJURAN :

STAFF TADIKA TAHFIZ AZZIKRULHAKIM


&
STAFF AZZIKRULHAKIM CHILDCARE CENTRE
1.0 Pengenalan
Bulan kemerdekaan yang disambut setiap tahun mempunyai peranan yang sangat
penting dalam membina sebuah Negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat.
Generasi muda yang bakal menjadi pewaris Negara perlu memahami dan
menghayati sejarah perjuangan mencapai kemerdekaan dalam erti kata yang
sebenar. Sekolah menjadi antara agensi utama kerajaan mendidik dan membina
pelajar mempunyai semangat patriotism yang tinggi.

Bulan kemerdekaan juga merupakan satu program yang dianjurkan oleh semua
guru dan kakitangan Tadika Tahfiz Azzikrulhakim. Program ini diadakan bertujuan
untuk meraikan Hari kemerdekaan Negara Malaysia yang disambut setiap tahun
pada 31 Ogos. Oleh yang demikian, program ini dilaksanakan dengan matlamat
bagi membangkitkan semangat patriotik di kalangan murid-murid sekolah dan
seluruh warga Tadika Tahfiz Azzikrulhakim.

2.0 RASIONAL
Sambutan Hari Kemerdekaan merupakan aktiviti yang wajib diraikan oleh semua
rakyat Malaysia sama ada di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat sekolah.
Ia bertujuan mengukuhkan pengetahuan sedia ada serta pengetahuan yang
diperolehi melalui proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas untuk
dipraktikkan di dalam kehidupan seharian.Selain itu, ia dapat mengeratkan
perpaduan di kalangan murid serta menyuntik semangat cintakan tanah air.
Program ini bertujuan memupuk semangat cintakan tanah air,mengasah dan
menonjolkan bakat dan juga diharap dapat mengeratkan silaturahim di kalangan
murid dan juga guru-guru.
3.0 TEMA
“MALAYSIA PRIHATIN TEGUH BERSAMA”

4.0 OBJEKTIF
i)Menyemai semangat cintakan Negara dan patriotism
ii)Mencungkil bakat pelajar
iii)Menguji pengetahuan am para pelajar
iv)Mewujudkan komitmen dan daya saing antara pelajar
v)Murid-murid dapat mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas
nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini

5.0 TARIKH
25 Ogos 2022

6.0 SASARAN
Semua murid dan guru/staff Tadika Tahfiz Azzikrulhakim dan Azzikrulhakim
childrcare centre

7.0 AJK INDUK


Penasihat : Pn. Nik Atikah Binti Ab Rahman
( Guru Besar Tadika Tahfiz Azzikrulhakim)
Pengarah program :Pn. Sumaiyah Binti Abdullah
Setiausaha/Bendahari : Cik. Atiq Aqilah Binti Azman

7.0 AJK KERJA

Fotografi & Cenderahati :Cik. Atiq Aqilah Binti Azman


Kecerian & Aktiviti :Cik. Amalina Binti Ahmadzizan
Makanan & Persegaran :Cik. Hamizah Binti Azmi
Keselamatan :Cik Sharifah Al Bushra Binti Syed Norudin
:Cik Bazilah Binti Yussof
8.0 TENTATIF PROGRAM

Masa Aktiviti Person in charge


8.00 pagi - Reading session - Cikgu Amalina
- Cikgu Sumaiyah
9.00 pagi - Perarakan/Circle - Cikgu Amalina
10.00 pagi time/Nyanyian/Dhuha
10.15 pagi - Makan pagi - Cikgu Hamizah
10.40 pagi - Sesi bergambar - Cikgu Aqilah
10.45 pagi - Aktiviti 1(Fesyen Merdeka) - Cikgu Bushra
11.30 pagi - Aktiviti 2 (Jalur Gemilang - Cikgu Amalina
11.50 pagi menggunakan sarang telur)
12.15 tengah - Pot luck - Cikgu Hamizah
hari - Aktiviti 3 (Kraf tangan Merdeka) - Cikgu Sumaiyah
12.45 tengah - Majlis penyampaian hadiah - Cikgu Hamizah
hari - Pot luck/Mandi - Cikgu Aqilah
- Solat Zohor
- Makan tengah hari - Cikgu Hamizah
9.0 JADUAL PERANCANGAN KERJA
HARI TUGAS PERSON IN CHARGE
AHAD - Penyedian bahan pertandingan - Semua guru dan
admin
ISNIN - Keluar beli barang alatan hadiah - Puan Atikah/Admin
pertandingan

SELASA - Semua guru dan


- Persiapan hadiah pertandingan
admin

RABU
- Persiapan akhir dan penyediaan
- Semua guru dan
makanan kering
admin
KHAMIS
- Program kemerdekaan
10.0 PENDAPATAN / PERBELANJAAN

Bil Perkara Keperluan Bil × harga Jumlah


seunit (RM)
1. Aktiviti 1 (Fesyen Pelajar & Juri
Merdeka)
Hadiah Tempat pertama
Hadiah Tempat kedua
Hadiah Tempat ketiga

Bil Perkara Keperluan Bil × harga Jumlah


seunit (RM)
2. Aktiviti 2 (Jalur Gemilang -Sarang telur - Sedia ada
menggunakan sarang -Warna air
telur) (Biru,Merah,Kuning,Putih)
Hamper peserta -Pembalut hamper 5×
-Makanan gudies

Bil. Perkara Keperluan Bil × harga Jumlah


seunit (RM)
3. Aktiviti 3 (Kraf Tangan -Gambar tapak tangan
Merdeka) -Straw -sedia ada
-Warna air
-Sellotape putih

Bil Perkara Keperluan Bil × harga Jumlah


seunit (RM)
4. Persegaran -Keropok keping
-Sunquick
Bil Perkara Keperluan Bil × harga Jumlah
seunit (RM)
5. Kecerian -Bendera kecik panjang

11.0 PENUTUP
Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah digarisi.
Semoga semua perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan kelulusan
daripada pihak tuan.Ini adalah kerana program sambutan kemerdekaan bukan
sahaja mampu mendidik masyarakat pelajar mencintai negara, bahkan dapat
meningkatkan jati diri pelajar.

Disediakan oleh,

...........................................................................................................
(CIK ATIQ AQILAH BINTI AZMAN)
Setiausaha Bulan Kemerdekaan
Admin
Tadika Tahfiz Azzikrulhakim
Kubang Kerian

You might also like