You are on page 1of 2

KPS3014 : PENGURUSAN PEMBELAJARAN

E-FOLIO

TAJUK:
PENGURUSAN BILIK DARJAH

DISEDIAKAN OLEH
NAMA PETRI CHA LIA MALANG
NO. MATRIK D20211099284
PROGRAM AT13-IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
KIMIA

KUMPULAN KULIAH : U
PENSYARAH: DR.MOHD RAZIMI BIN HUSIN
TARIKH SERAHAN: 15 JUN 2022
1.0 FOKUS TAJUK / ISU TAJUK
Pengurusan Bilik Darjah: Proses melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik
darjah, galakan komunikasi dan interaksi antara murid untuk mengendalikan
pembelajaran di dalam kelas. Pengurusan bilik darjah terbahagi kepada:
 Pengajaran Berkumpulan: Pengelompokan murid berdasarkan kebolehan atau minat dalam aktiviti
berkumpulan.
- memudahkan guru membimbing murid.
- menggalakkan penglibatan aktif murid secara individu.
- memupuk kerjasama dan tanggungjawab dalam murid. (Murid yang cerdas membantu murid yang lemah.)
- guru dapat memberi perhatian kepada murid yang sama peringkat kebolehan.
 Pengajaran Individu: Proses pembelajaran secara individu dan pelajar berkembang secara menyeluruh
dari segi kecerdasan, kebolehan, kemahiran, bakat, minat dan cita-cita.
- murid mendapat panduan langsung daripada guru atau rakan sebaya.
- murid dapat memperkembangkan kemahiran berfikir dan bertindak serta keyakinan diri di dalam belajar.
 Pusat Pembelajaran : Ruang dalam bilik darjah yang dilengkapi dengan sumber dan bahan
pembelajaran yang kreatif disediakan oleh guru dan murid.
- Dapat menyediakan ruang, peluang dan bahan kepada murid serta guru dapat melaksanakan pengajaran
dengan penglibatan maksimum setiap murid.
- Tempat memaparkan hasil kerja murid yang kreatif.
-Penyusunan fizikal di dalam pusat pembelajaran serta penyediaan bahan-bahan sumber yang sesuai
dijadikan panduan untuk membina pusat pembelajaran murid . Contoh pusat pembelajaran: di papan
kenyataan bilik darjah.
 Penyediaan Bahan: Proses penyediakan alat dan isi pelajaran atau media pendidikan dan digunakan
sebagai rangsangan mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih bermakna.

 Pengurusan Sumber: Proses memilih, menyusun,mengguna, dan menyimpan bahan serta alat untuk
proses pengajaran dan pembelajaran sempurna.
- Dapat mewujudkan suasana pendidikan yang kondusif.
- Menjamin perkembangan pembelajaran pelajar melalui peningkatan minat dan semangat belajar murid.
-Contoh pengurusan sumber : buku (rak buku terbuka) , Globe (kabinet) , Peta (laci) , Gambar (sampul surat)
1.1 RUMUSAN/KESIMPULAN
Pengurusan bilik darjah yang cekap dalam merangkumi pengajaran berkumpulan,
pengajaran individu, pusat pembelajaran, penyediaan bahan serta pengurusan sumber
dapat membantu melancarkan proses pembelajaran murid di dalam bilik darjah.

You might also like