You are on page 1of 5

PUSAT PENGAJIAN KOMUNIKASI

SEMESTER 2, 2021/2022

NAMA : NUR ALIA SHAHIRAH BINTI MOHD RAFIDI

NO MATRIK : 160122  

SUBJEK : YKT110 PENULISAN BERITA 1

TUGASAN : BERITA 2 (BERITA KOMUNITI)


Impak Negatif Covid-19 Terhadap Peniaga Kecil

KOTA BHARU, 6 JUN – Covid-19 telah memberi impak negatif terhadap peniaga kecil di

seluruh dunia termasuk Malaysia. Temu duga telah dilakukan terhadap peniaga kecil di sini pada

hari ini iaitu Shaikh Azmee Shaikh Abdullah untuk mengetahui tentang impak negatif Covid-19

terhadap peniaga kecil semasa musim PKP.

Shaikh Azmee Shaikh Abdullah merupakan peniaga kecil di Gerai Abe Shake yang menjual

pelbagai jenis makanan dan minuman seperti waffle, sosej, lokcing, air kelapa, air tebu dan

banyak lagi. Beliau merupakan pesara guru dan berniaga di gerai beliau untuk mencari

pendapatan bersama isteri beliau yang juga merupakan seorang guru.

Menurut beliau, Covid-19 telah memberi impak negatif terhadap jualan beliau iaitu daripada

masalah kewangan yang menyebabkan beliau tiada pendapatan dan bantuan pula sedikit

diberikan daripada kerajaan. Hal ini tidak padan untuk menampung keluarga beliau dan

membuat modal untuk perniagaan beliau kerana tiada orang keluar membeli pada musim PKP.

Beliau juga menyatakan impak negatif Covid-19 ialah banyak sektor perniagaan ditutup terutama

sekali peniaga kecil kerana kawalan PKP oleh kerajaan disebabkan ketakutan Covid-19 merebak

terhadap orang ramai.

Selain itu, beliau berkata bahawa Covid-19 telah menyebabkan tekanan perasaan terhadap

peniaga kecil apabila tiada punca pendapatan untuk menyara keluarga sehingga timbulnya

masalah sosial seperti bunuh diri, mencuri, merompak dan sebagainya.

Tambahan lagi, beliau menambah bahawa impak negatif Covid-19 ialah ramai peniaga kecil

menganggur dan menyebakan mereka tiada pendapatan pada musim PKP ini serta pembaziran

turut berlaku kerana jualan mereka tidak laku pada musim ini.
Akhir sekali, beliau menjelaskan tentang Covid-19 yang telah memberi impak yang besar

terhadap ekonomi negara. Covid-19 telah melumpuhkan ekonomi negara menyebabakan tiada

pendapatam negara pada musim PKP. Hal ini juga menyumbang kepada kenaikan harga barang

dan hasil tanaman tidak dapat dipasarkan kerana rosak disebabkan tidak ramai orang membeli

pada musim PKP.


LAMPIRAN

Shaikh Azmee Shaikh Abdullah

You might also like