You are on page 1of 3

Slug: Sekitar kampus

Tajuk: Program hijabista tutorial dedah ilmu tentang aurat dan cara menutup aurat dengan
sempurna kepada siswi USM

Oleh: Nur Alia Shahirah Mohd Rafidi

PULAU PINANG, 15 APRIL – Rakan Siswa Yadim USM telah menganjurkan program
hijabista tutorial kepada siswi USM dan telah membawa panel istimewa iaitu Penolong Pegawai
Perhubungan Masjid USM, Ustazah Iman Ahmad Yusof di mana beliau telah memberikan input
tentang cara menutup aurat mengikut syariat dan arus fesyen terkini.

Menurut Ustazah Iman, aurat dari segi Islam terbahagi kepada tiga makna iaitu yang pertama
ialah menjaga kehormatan seorang wanita, seterusnya yang kedua ialah menjaga waktu di mana
wanita dibolehkan untuk membuka aurat dan yang terakhir ialah aurat memberi perlindungan
kepada wanita.

“Hijab ialah apa yang menutupi badan kita seperti tudung, baju dan kain. Aurat dari sudut bahasa
ialah aib iaitu perkara yang memalukan manakala dari sudut syarak, aurat ialah menutup
bahagian badan yang wajib ditutup iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan”, jelas
Ustazah Iman.

Menurut Ustazah Iman lagi, cara untuk mengukur pakaian seseorang wanita itu menutup aurat
atau tidak ialah pakaian itu boleh dibawa solat. Pakaian itu mestilah mengikut syarak yang
ditetapkan dalam Islam iaitu memakai pakaian yang longgar, tidak mengikut bentuk badan dan
tidak jarang.

“Hikmah berhijab ialah dapat membezakan kita dengan haiwan kerana darjat kita lebih tinggi
daripada haiwan. Selain itu, hikmah berhijab ialah dapat meninggikan kemuliaan wanita serta
sebagai identiti seorang wanita Muslim”, jelas Ustazah Iman.

Selepas perkongsian daripada penceramah, AJK Rakan Siswa Yadim USM telah menunjukkan
tutorial untuk memakai hijab gaya bawal dan shawl kepada siswi. Kemudian, mereka telah
mengadakan permainan untuk tiga peserta iaitu peserta hendaklah menonton video tutorial hijab
dan memakaikan hijab pada model seperti dalam video selama tiga minit. Peserta yang
mengenakan hijab pada model yang paling betul, tepat dan sama seperti dalam video akan
dijadikan sebagai pemenang dan mendapat hadiah.

Menurut Hidayati Rauhah Hasmadi, Sains Matematik 2, program itu telah mengingatkan dia
kembali tentang pensyariatan menutup aurat kerana sekarang terlalu biasa untuk nampak orang
leka apabila aurat terbuka, jadi mengikuti program itu dapat mengingatkannya tentang hukum
menutup aurat itu.

”Saya juga dapat belajar tutorial gaya tudung. Walaupun sudah pernah nampak gaya itu, saya tak
pernah belajar cara menggayakan tudung itu. Melihat tutorial secara depan-depan dalam program
ini membuatkan saya rasa tutorial itu senang untuk digayakan dan saya boleh cuba tutorial itu
selepas ini”, jelas Hidayati.

Lampiran

Ustazah Iman memberikan perkongsian tentang aurat kepada siswi USM.

Sumber Foto: Rakan Siswa YADIM USM


AJK Rakan Siswa YADIM USM menunjukkan tutorial hijab kepada siswi.

Sumber Foto: Alia Shahirah

You might also like