You are on page 1of 22

ISI KANDUNGAN

BIL BUTIRAN MUKA SURAT

1. Pengenalan tentang kanak-kanak berkeperluan khas


(Definisi)

2. Objektif perlaksanaan pemerhatian

3. Masalah yang dihadapi

4. Cadangan penambahbaikan

5. Rumusan

6. Rujukan

7. Lampiran
DEFINISI : Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak yang


memerlukan perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak normal
dari segi ciri-ciri mental seperti ( pencapaian akademik ), keupayaan deria ( melihat dan
mendengar ), keupayaan berkomunikasi ( menulis dan bertutur ), tingkah laku ( mengawal
diri ), emosi ( bercampur gaul ) dan ciri-ciri fizikal ( bergerak dan menjaga diri sendiri ).

Istilah lain juga telah digunakan untuk “ kanak-kanak berkeperluan khas ” ini seperti
kanak-kanak istimewa, kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya, kanak-kanak
cacat, kanak-kanak abnormal, kanak-kanak bermasalah dan kanak-kanak terbantut
pertumbuhan dan perkembangan. Menurut Kail ( 2001 ), hampir 4% daripada populasi dunia
terdiri daripada individu luar biasa atau kanak-kanak berkeperluan khas. Terdapat kanak-
kanak yang dilahirkan tanpa boleh mendengar apa-apa bunyi, manakala ada juga yang
dilahirkan tanpa mempunyai keupayaan untuk melihat objek atau cahaya termasuklah muka
ibu bapa sendiri.

Selain itu kanak-kanak berkeperluan khas ( exceptional children ) ini terdiri daripada
kanak-kanak yang mengalami kesukaran dalam belajar ataupun mereka lebih dikenali oleh
masyarakat sebagai kanak-kanak Pintar Cerdas ( gifted ) yang mempunyai kebolehan yang
jauh lebih tinggi daripada normal. Justeru itu, kedua-dua kumpulan pelajar ini memerlukan
pengubahsuaikan kepada kurikulum dan kaedah mengajar supaya mereka dapat
merealisasikan potensi mereka di awal usia dan menonjolkan lagi kebolehan mereka ke
khayalak ramai di mana mereka membuktikan bahawa individu yang dikategorikan sebagai
kanak-kanak berkeperluan khas juga mempunyai kebolehan yang tidak dimiliki oleh kanak-
kanak normal.

Oleh itu, dalam instrument senarai semak yang dijalankan, pendidik telah membuat
pemerhatian terhadap kanak-kanak berkeperluan khas dari segi kecacatan fizikal dimana
kanak-kanak tersebut mengalami masalah Cerebral Palsy (CP) yang mempunyai kaitan
dengan otak yang mana ia merupakan kelemahan atau masalah menggunakan otot yang
disebabkan oleh perkembangan otak yang tidak normal atau kerosakkan pada otak yang
berlaku semasa di dalam kandungan, semasa lahir atau selepas kelahiran yang mempengaruhi
kemampuan seseorang untuk mengawal pergerakan otot dan mempunyai peluang yang terhad
untuk bermain dan bergerak dari satu tempat ke tempat lain.

Penyakit cerebral palsy ini bukanlah penyakit yang berjangkit ataupun berbahaya
kepada kanak-kanak yang mengalami penyakit seperti ini malah ia boleh disembuhkan.
Namun cara untuk menyembuhkan kanak-kanak yang mempunyai penyakit berjangkit adalah
bergantung kepada ibu bapa kanak-kanak tersebut bagaimana mana cara untuk mengatasi
agar kanak-kanak yang mempunyai masalah penyakit cerebral palsy menjadi seorang kanak-
kanak sihat sama seperti kanak-kanak yang normal. Penyakit seperti ini boleh dihadapi
dengan cara memberikan bahan pembelajaran dan aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk kanak-
kanak.
OBJEKTIF PERLAKSANAAN PERMERHATIAN

1) Membantu kanak-kanak untuk menguatkan motor kasar dan halus.

2) Memberi sokongan kepada kanak-kanak untuk berjalan normal tanpa


menggunakan alat bantuan.

3) Membantu pendidik untuk menyediakan satu alat bantu yang boleh membantu
kanak-kanak dalam mengatasi masalah penyakit cerebral palsy yang dihadapi.

4) Untuk mengenal pasti kelebihan dan kekurangan yang dihadapi oleh kanak-
kanak sepanjang pemerhatian dijalankan.

5) Pendidik dan guru boleh menggunakan pentaksiran dan penilaian sebagai


bahan untuk merangsang aktiviti yang dilaksanakan.

6) Dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan untuk bengkel DSA 4112


Kanak-kanak Berkeperluan Khas
MASALAH YANG DIHADAPI

SENARAI SEMAK PENGESANAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 4 TAHUN


(CELEBRAL PALSY)

Nama kanak-kanak : Sophia Nama ibu bapa/penjaga : -

Tarikh lahir :- Alamat :-

No.Kp/Surat Beranak : - Nombor telefon :-

Tempat penilaian : Ruang Simulasi Tarikh penilaian : 07/02 /2023 -


08/02/2023

Arahan: Tandakan ( / ) untuk kemahiran yang tercapai atau

( x) untuk kemahiran yang tidak tercapai atau

( - ) sekiranya tidak pasti

BIL DOMAIN/ITEM TANDA CATATAN

Motor Kasar
1. Turun naik tangga khas untuk  Adik sophia dapat melakukan aktiviti turun naik
kanak-kanak. tangga khas untuk kanak-kanak bagi menguatkan otot
pada bahagian kakinya.
2. Membongkok apabila mengutip - Adik sophia dapat membongkok dengan baik untuk
objek mengutip objek yang ada di depannya ataupun benda
yang jatuh dari tangannya tapi hanya dengan bantuan
ibu bapa.
3. Keseimbangan lebih baik - Adik sophia dapat duduk di atas bola helium dengan
seimbang tetapi masih memerlukan bantuan daripada
ibu bapa.
Motor Halus
4. Boleh menggunakan tangan untuk  Adik sophia boleh menggunakan tangan untuk
memegang alat bantuan berjalan. memegang alat bantuan berjalan yang digunakan
untuk kanak-kanak yang mengalami penyakit cerebral
palsy dengan baik. Ia juga membantu adik sophia
untuk menguatkan otot pada bahagian tangannya.
5. Boleh menyentuh buku. - Adik sophia boleh menyentuh buku tetapi tidak dapat
mengangkat buku tanpa dibantu oleh ibu bapa.
6. Mengikat tali kasut sendiri X Adik sophia belum boleh mengikat tali kasut dengan
sendiri dan memerlukan bantuan ibu bapa untuk
membantunya mengikat tali kasut.
Penglihatan

7. Melihat kamera semasa dirakam  Adik sophia boleh melihat ke arah kamera semasa
dirakam ketika melakukan aktiviti.
Pendengaran
8. Boleh mendengar muzik yang di  Adik sophia boleh mendengar muzik yang dipasang
pasang semasa melakukan aktiviti. sambil melakukan aktiviti yang telah disediakan.
9. Boleh menceritakan semula cerita - Adik sophia boleh mendengar cerita yang diceritakan
yang didengar. oleh ibu bapa namun belum boleh mengulang semula
cerita yang didengar.
Pertuturan Dan Bahasa

10. Bercakap dengan lancar. X Adik sophia boleh berkomunikasi tetapi masih belum
bercakap lancar. Contohnya adik sophia bercakap
dengan nada yang lambat dan pelan.
11. Menggunakan bahasa untuk X Adik sophia tidak tahu cara untuk menggunakan
meluahkan perasaan. bahasa bagi meluahkan perasaan yang ia alami.
Kognitif

12. Memahami konsep seperti masa  Adik sophia boleh memahami konsep masa dan ruang
dan ruang. contohnya adik sophia tahu waktu ia melakukan
aktiviti untuk menguatkan otot-otot dalam tubuh
badanya dan bagi ruang adik sophia tahu ruang yang
digunakan sesuai atau tidak untuk melaksanakan
aktiviti.
13. Memberi tindak balas apabila ibu - Ada masanya adik sophia tidak memberikan sebarang
bapa / ahli terapi bermain tindak balas ketika ibu bapa / ahli terapi bermain
bersamanya. bersamanya dalam masa tertentu.
Kelakuan (Personal Sosial)

14. Boleh mengawal emosi. X Adik sophia belum boleh mengawal emosinya dan
ketika adik sophia gagal untuk menyelesaikan aktiviti
yang dijalankan baginya ia akan marah dan teriak.
15. Menjaga tingkah laku ketika  Adik sophia boleh menjaga tingkah laku ketika
melakukan aktiviti di luar. melakukan aktiviti di luar seperti “berjalan di taman
ataupun sekitar kawasan perumahan.

Tandatangan Pentadbir :

Nama pentadbir :

Ulasan :

Dalam pemerhatian senarai semak yang dijalankan terdapat 15 item dalam setiap 3 senarai
semak yang dibuat. Dan senarai semak yang dijalankan merangkumi 7 domain yang
diperhatikan pada adik sophia iaitu domain motor kasar, halus, penglihatan, pendengaran,
pertuturan dan bahasa, kelakuan (personal sosial) dan juga kognitif.

Antara item yang ada dalam senarai semak untuk domain motor kasar ialah adik
sophia dapat melakukan aktiviti turun naik tangga khas untuk kanak-kanak bagi menguatkan
otot pada bahagian kakinya. Namun terdapat dua item yang pendidik tidak dapat memastikan
sama ada sophia dapat melakukannya ataupun tidak iaitu mengutip objek dan keseimbangan
badan dimana adik sophia dapat membongkok dengan baik untuk mengutip objek yang ada di
depannya ataupun benda yang jatuh dari tangannya tapi hanya dengan bantuan ibu bapa. Jadi
tanpa bantuan adik sophia belum dapat membongkokkan badannya disebabkan otot dalam
badannya masih lemah. Bagi item keseimbangan pula adik sophia dapat duduk di atas bola
helium dengan seimbang tetapi masih memerlukan bantuan daripada ibu bapa.

Bagi domain motor halus pula, untuk item menggunakan tangan untuk memegang alat
bantuan berjalan adik sophia boleh menggunakan tangan untuk memegang alat bantuan
berjalan yang digunakan untuk kanak-kanak yang mengalami penyakit cerebral palsy dengan
baik. Ia juga membantu adik sophia untuk menguatkan otot pada bahagian tangannya. Untuk
item menyentuh buku pula adik sophia boleh menyentuh buku tetapi tidak dapat mengangkat
buku tanpa dibantu oleh ibu bapa. Item mengikat tali kasut sendiri pula adik sophia belum
boleh mengikat tali kasut dengan sendiri dan memerlukan bantuan ibu bapa untuk
membantunya mengikat tali kasut.
Untuk domain penglihatan dan pendengaran, bagi item melihat kamera semasa
dirakam adik sophia boleh melihat ke arah kamera semasa dirakam ketika melakukan aktiviti
dengan baik tanpa perlu diarahkan oleh ibu bapa. Bagi item domain pendengaran pula adik
sophia boleh mendengar muzik yang di pasang semasa melakukan aktiviti tetapi untuk item
boleh menceritakan semula cerita yang didengarnya adik sophia boleh mendengar cerita yang
diceritakan oleh ibu bapa namun belum boleh mengulang semula cerita yang didengar. Hal
ini kerana adik sophia lebih menfokuskan diri dalam melakukan aktiviti untuk menguatkan
otot-otot dalam badannya bagi membantunya berjalan dan berdiri dengan bebas sama seperti
kanak-kanak normal yang lain.

Seterusnya item yang merangkumi domai pertuturan dan bahasa dimana kedua-dua
item yang dicatatkan dalam senarai semak tidak dapat dilakukan oleh adik sophia. Antara
adik sophia boleh berkomunikasi tetapi masih belum bercakap lancar. Contohnya adik sophia
bercakap dengan nada yang lambat dan pelan serta untuk item meluahkan perasaan melalui
bahasa adik sophia tidak tahu cara untuk menggunakan bahasa bagi meluahkan perasaan yang
ia alami.

Item dalam domain kognitif pula, adik sophia boleh memahami konsep masa dan
ruang contohnya adik sophia tahu waktu ia melakukan aktiviti untuk menguatkan otot-otot
dalam tubuh badanya dan bagi ruang adik sophia tahu ruang yang digunakan sesuai atau tidak
untuk melaksanakan aktiviti. Akan tetapi bagi item kedua dalam domain kognitif ada
masanya adik sophia tidak memberikan sebarang tindak balas ketika ibu bapa / ahli terapi
bermain bersamanya dalam masa tertentu.

Dan domain terakhir dalam senarai semak pemerhatian untuk adik sophia ialah
kelakuan (personal sosial) di mana terdapat dua item yang disertakan iaitu mengawal emosi
dan menjaga tingkah laku ketika melakukan aktiviti di luar rumah. Namun hanya satu item
yang boleh dilakukan oleh adik sophia yang mana adik sophia boleh menjaga tingkah laku
ketika melakukan aktiviti di luar seperti “berjalan di taman ataupun sekitar kawasan
perumahan. Tetapi untuk item mengawal emosi adik sophia belum boleh mengawal emosinya
dan ketika adik sophia gagal untuk menyelesaikan aktiviti yang dijalankan baginya ia akan
marah dan teriak.
SENARAI SEMAK PENGESANAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 4 TAHUN
(CELEBRAL PALSY)

Nama kanak-kanak :Sophia Nama ibu bapa/penjaga : -

Tarikh lahir :- Alamat :-

No.Kp/Surat Beranak : - Nombor telefon :-

Tempat penilaian : Ruang Simulasi Tarikh penilaian : 09/02/2023 –


10/02/2023

Arahan: Tandakan ( / ) untuk kemahiran yang tercapai atau

( x) untuk kemahiran yang tidak tercapai atau

( - ) sekiranya tidak pasti

BIL DOMAIN/ITEM TANDA CATATAN

Motor Kasar
1. Berdiri dengan bantuan “reversed  Adik sophia dapat berdiri dengan baik dengan
child walker”. menggunakan alat bantuan berjalan yang
dipanggil “reversed child walker”.
2. Menggerakkan kaki dan tangan.  Adik sophia boleh menggerakkan anggota kaki
dan tangan dengan baik.
3. Boleh berjalan lurus.  Adik sophia boleh berjalan lurus ke depan
beberapa langkah tanpa dibantu oleh ibu atau
alat bantuan berjalan.
4. Boleh berdiri dengan lurus. X Adik sophia belum dapat berdiri dengan lurus
tetapi boleh berdiri sekiranya mendapat bantuan
untuk menyeimbangkan badan.
5. Regangkan kaki kiri dan kanan  Adik sophia dapat meregangkan kaki kiri dan
serta luruskan ke arah siling. kanan serta meluruskan kaki ke arah siling
dengan bantuan ibu bagi membantu menguatkan
otot pada bahagian kakinya.
Motor Halus
6. Memegang objek yang ada  Adik sophia boleh memegang objek yang ada
didepannya. didepannya seperti “patung”.
7. Boleh mengenggam objek. X Adik sophia boleh memegang objek tetapi belum
dapat mengenggam objek disebabkan otot pada
tangannya masih lemah.
Penglihatan
8. Memandang tepat ke arah objek.  Adik sophia memandang tepat ke arah objek
iaitu “buku” sebaik sahaja ibu memanggil
namanya.
Pendengaran

9. Memberi respon ketika dipanggil  Adik sophia memberikan reaksi ketika namanya
nama. dipanggil.
Pertuturan dan Bahasa

10. Menyebut perkataan “ma...mi”.  Adik sophia boleh menyebut perkataan pendek
seperti “ma..ma” ketika ia menginginkan
sesuatu.
11. Menyebut nama objek yang ada X Adik sophia belum boleh mengingat nama objek
didepannya. dan hanya menggunakan tangan untuk
menunggu ke arah objek yang ia inginkan.
Kelakuan (Personal Sosial)
12. Membalas senyuman dan  Adik sophia memberikan reaksi seperti senyum
memandang mata. sambil memandang mata dengan orang yang ada
di dekatnya.
13. Memberikan kerjasama sepanjang  Adik sophia memberikan kerjasama yang baik
aktiviti dilaksanakan. sepanjang aktiviti dilaksanakan.
Kognitif
14. Memahami arahan mudah seperti  Adik sophia boleh memahami arahan yang
“berdiri tegak tanpa bantuan” diberikan oleh ibu ataupun ahli terapi ketika
latihan dijalankan dengan diperhati oleh ibu atau
ahli terapi.
15. Menulis huruf besar dan kecil. X Adik sophia belum dapat memegang pensel
disebabkan objek kecil dan berbeza dengan alat
bantuan yang ia gunakan.
Tandatangan Pentadbir :

Nama pentadbir :

Ulasan;

Dalam pemerhatian senarai semak yang dijalankan terdapat 15 item dalam setiap 3 senarai
semak yang dibuat. Dan senarai semak yang dijalankan merangkumi 7 domain yang
diperhatikan pada adik sophia iaitu domain motor kasar, halus, penglihatan, pendengaran,
pertuturan dan bahasa, kelakuan (personal sosial) dan juga kognitif.

Dalam item senarai semak yang pertama terdapat 11 item yang adik sophia dapat
laksanakan manakala 4 item senarai semak masih belum dapat adik sophia kuasai. Antara
item yang dijalankan oleh adik sophia berkaitan dengan domain motor kasar ialah yang
pertama berdiri dengan bantuan “reversed child walker”, Adik sophia dapat berdiri dengan
baik dengan menggunakan alat bantuan berjalan yang dipanggil “reversed child walker”.
Item kedua menggerakkan kaki dan tangan, item ini dibuat untuk melihat sama ada adik
sophia boleh menggerakkan kaki dan tangannya atau tidak dan keputusnya adalah Adik
sophia boleh menggerakkan anggota kaki dan tangan dengan baik dalam beberapa kali. Item
ketiga adik sophia boleh berjalan lurus ke depan beberapa langkah tanpa dibantu oleh ibu
atau alat bantuan berjalan. Bagi aktiviti berjalan pula, adik sophia belum dapat berdiri dengan
lurus tetapi boleh berdiri sekiranya mendapat bantuan untuk menyeimbangkan badan. Item
terakhir bagi domain motor kasar adalah merengangkan kaki kanan dan kiri dimana adik
sophia dapat meregangkan kaki kiri dan kanan serta meluruskan kaki ke arah siling dengan
bantuan ibu bagi membantu menguatkan otot pada bahagian kakinya.

Untuk domain motor halus pula, item yang pertama ialah memegang objek yang ada
didepannya bermaksud si ibu ataupun ahli terapi meletakkan objek seperti mainan patung di
depan adik sophia dan melihat sama ada ia dapat memgang objek tersebut ataupun tidak dan
ternyata adik sophia boleh memegang objek yang ada didepannya dengan betul. Untuk
bahagian mengenggam objek pula, adik sophia boleh memegang objek tetapi belum dapat
mengenggam objek disebabkan otot pada tangannya masih lemah.

Domain penglihatan pula item yang dicatatkan adalah memandang ke arah objek dan
adik sophia memandang tepat ke arah objek iaitu “buku” sebaik sahaja si ibu atau ahli terapi
memanggil namanya.
Dalam domain pendengaran adik sophia memberikan reaksi ketika namanya
dipanggil. Untuk item domain pertuturan dan bahasa, terdapat 2 item yang dicatat iaitu
menyebut perkataan “ma...ma” yang mana adik sophia boleh menyebut perkataan pendek
seperti “ma..ma” ketika ia menginginkan sesuatu dan item kedua ialah menyebut nama objek
yang ada didepannya namun di item ini adik sophia belum boleh mengingat nama objek dan
hanya menggunakan tangan untuk menunggu ke arah objek yang ia inginkan.

Domain seterusnya ialah domain kelakuan (personal sosial), terdapat 2 item dan
kedua-duanya dapat dilakukan oleh adik sophia iaitu dalam item pertama adik sophia
memberikan reaksi seperti senyum sambil memandang mata dengan orang yang ada di
dekatnya dan memberikan kerjasama yang baik sepanjang aktiviti dilaksanakan.

Domain terakhir dalam senarai semak tersebut adalah domain yang berkaitan dengan
kognitif dimana 2 item yang disertakan dalam senarai semak iaitu memahami arahan dan
menulis huruf akan tetapi hanya satu dari dua item yang dapat adik sophia laksanakan iaitu
boleh memahami arahan yang diberikan oleh ibu ataupun ahli terapi ketika latihan dijalankan
dengan diperhati oleh ibu atau ahli terapi manakala bagi menulis huruf pula adik sophia
belum dapat memegang pensel disebabkan objek kecil dan berbeza dengan alat bantuan yang
ia gunakan.
SENARAI SEMAK PENGESANAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 4 TAHUN
(CELEBRAL PALSY)

Nama kanak-kanak : Sophia Nama ibu bapa/penjaga : -

Tarikh lahir :- Alamat :-

No.Kp/Surat Beranak : - Nombor telefon :-

Tempat penilaian : Ruang Simulasi Tarikh penilaian : 11/02/2023 -


12/02/2023

Arahan: Tandakan ( / ) untuk kemahiran yang tercapai atau

( x) untuk kemahiran yang tidak tercapai atau

( - ) sekiranya tidak pasti

BIL DOMAIN/ITEM TANDA CATATAN

Motor Kasar
1. Bergerak secara merangkak  Adik sophia boleh bergerak dari satu tempat ke
kepada duduk. tempat lain secara merengkak kepada duduk dengan
baik.
2. Berdiri sendiri selama  Adik sophia boleh berdiri sendiri dalam beberapa
beberapa saat. saat tanpa bantuan.
3. Berjalan ke depan dengan alat  Adik sophia dapat berjalan ke depan dengan adanya
bantuan “reversed child alat bantuan “reversed child walker”.
walker”.
Motor Halus
4. Menyentuh alat mainan yang  Adik sophia dapat menyentuh alat mainan yang
ditunjukkan kepadanya ditunjukkan oleh ibu bapa atau ahli terapi kepadanya.
5. Mencantumkan bentuk X Adik sophia belum dapat mencantumkan bentuk
mengikut warna. mengikut warna kerana adik sophia masih
mempunyai kelemahan dari segi mengenal bentuk
dan warna sesuatu objek.
6. Mengutip objek yang ada X Adik sophia tidak dapat mengutip objek yang ada di
didepannya. depannya tanpa ada bantuan dari ibu bapa atau ahli
terapi.
Penglihatan
7. Melihat tindakan yang  Adik sophia dapat memberikan perhatian sepanjang
dilakukan ibu bapa. aktiviti dijalankan dengan melihat tindakan yang
dilakukan oleh ibu bapa sebelum membuat aktiviti
rengangkan badan.
Pendengaran
8. Memberi reaksi terhadap bunyi  Adik sophia memberi reaksi terhadap bunyi yang ia
yang ia dengar. dengar seperti melihat ke arah bunyi yang ia dengar.
9. Mengenal bunyi lagu yang  Adik sophia boleh mengenal jenis irama lagu yang
dipasang. dipasang oleh ibu semasa melakukan aktiviti.
Pertuturan Dan Bahasa
10. Mengeluarkan ayat yang  Adik sophia boleh mengeluarkan ayat yang boleh
mudah difahami. difahami oleh ibu bapa seperti “jalan”.
11. Menjawab pertanyaan ketika X Adik sophia belum boleh menjawab pertanyaan yang
ditanya. tetapi adik sophia belum boleh menjawab pertanyaan
yang diberikan sekiranya pertanyaan yang diberikan
terlalu panjang seperti “Adakah adik lebih suka
aktiviti berjalan ataupun berdiri”
Kognitif
12. Membelek jari sendiri  Adik sophia boleh membelek jari sendiri dari masa
ke semasa untuk memberi tenaga pada otot jejarinya
13. Meluruskan tangan ke depan  Adik sophia boleh meluruskan tangan ke depan
sebelum berdiri. sebelum berdiri tanpa bantuan dengan cara adik
sophia bersandar di dinding terlebih dahulu untuk
menyeimbangkan badannya daripada terjatuh
kemudian meluruskan tangannya secara perlahan-
lahan ke depan.
14. Boleh bergurau atau berjenaka. - Adik sophia boleh bergurau atau berjenaka dengan
orang lain akan tetapi adik sophia ada masanya ingin
bersendiri dimana ia tidak ingin diganggu.
Kelakuan (Personal Sosial)
15. Boleh berinteraksi dengan  Adik sophia boleh berkomunikasi dengan orang lain
orang lain. dengan baik dan pandai menjaga tutur kata.
Tandatangan Pentadbir :

Nama pentadbir :

Ulasan ;

Dalam pemerhatian senarai semak yang dijalankan terdapat 15 item dalam setiap 3 senarai
semak yang dibuat. Dan senarai semak yang dijalankan merangkumi 7 domain yang
diperhatikan pada adik sophia iaitu domain motor kasar, halus, penglihatan, pendengaran,
pertuturan dan bahasa, kelakuan (personal sosial) dan juga kognitif.

Antara item yang terdapat dalam domain yang pertama iaitu motor kasar ialah
bergerak secara merangkak kepada duduk, untuk item ini adik sophia boleh bergerak dari satu
tempat ke tempat lain secara merengkak kepada duduk dengan baik. Item kedua ialah berdiri
sendiri selama beberapa saat dimana adik sophia boleh berdiri sendiri dalam beberapa saat
tanpa bantuan. Item terakhir untuk domain motor kasar ialah berjalan ke depan dengan alat
bantuan “reversed child walker” yang mana adik sophia dapat berjalan ke depan dengan
adanya alat bantuan “reversed child walker”.

Bagi item motor halus pula adik sophia dapat menyentuh alat mainan yang
ditunjukkan oleh ibu bapa atau ahli terapi kepadanya, bagi item mencantum objek dengan
warna objek pula adik sophia belum dapat mencantumkan bentuk mengikut warna kerana
adik sophia masih mempunyai kelemahan dari segi mengenal bentuk dan warna sesuatu objek
begitu juga dengan item mengutip objek adik sophia tidak dapat mengutip objek yang ada di
depannya tanpa ada bantuan dari ibu bapa atau ahli terapi.

Bagi domain penglihatan dan pendengaran pula, adik sophia dapat melaksanakan
kedua-dua item tersebut adik sophia dapat memberikan perhatian sepanjang aktiviti
dijalankan dengan melihat tindakan yang dilakukan oleh ibu bapa sebelum membuat aktiviti
rengangkan badan. Item senarai semak berkaitan pendengaran adik sophia boleh memberi
reaksi terhadap bunyi yang ia dengar seperti melihat ke arah bunyi yang ia dengar dan boleh
mengenal jenis irama lagu yang dipasang oleh ibu semasa melakukan aktiviti.

Untuk domain pertuturan dan bahasa terdapat satu item yang adik sophia boleh
lakukan iaitu adik sophia boleh mengeluarkan ayat yang boleh difahami oleh ibu bapa seperti
“jalan”. Manakala item yang ia tidak boleh lakukan adalah menjawab pertanyaan yang tetapi
adik sophia belum boleh menjawab pertanyaan yang diberikan sekiranya pertanyaan yang
diberikan terlalu panjang seperti “Adakah adik lebih suka aktiviti berjalan ataupun berdiri”

Domain seterusnya ialah kognitif dimana terdapat 3 item dan 2 daripada item dapat
adik sophia lakukan antara item tersebut ialah adik sophia boleh membelek jari sendiri dari
masa ke semasa untuk memberi tenaga pada otot jejarinya dan adik sophia boleh meluruskan
tangan ke depan sebelum berdiri tanpa bantuan dengan cara adik sophia bersandar di dinding
terlebih dahulu untuk menyeimbangkan badannya daripada terjatuh kemudian meluruskan
tangannya secara perlahan-lahan ke depan. Namun terdapat item yang belum pasti adik
sophia buat atau tidak dimana adik sophia boleh bergurau atau berjenaka dengan orang lain
akan tetapi adik sophia ada masanya ingin bersendiri dimana ia tidak ingin diganggu.

Domain terakhir ialah kelakuan (personal sosial) dan item yang dicatatkan ialah
berinteraksi dengan orang lain iaitu adik sophia boleh berinteraksi dengan orang lain dengan
baik dan pandai menjaga tutur kata semasa berkomunikasi dengan orang lain tidak kira orang
terdekat mahupun orang luar.
REKOD PERSAMPELAN MASA

PERSAMPELAN MASA
Nama : Sophia Umur: Pusat :
Masa : 9:00 am- 10:30am Tarikh: Pemerhati : Hevelen Binti Numimbal
Aspek Pemerhatian
Pomerhatian Masa Komen
Melalui video kedua yang saya Melalui perbezaan video kedua yang saya perhatikan
perhatikan dalam pemerhatian senarai bersama dengan ahli kumpulan, saya telah membuat
semak saya, adik sophia mempunyai satu lagi pemerhatian dimana saya membandingkan
peningkatan dari segi tahap video kedua dan ketiga untuk melihat perbezaan di
perkembangan dan pertumbuhannya antara dua video tersebut.Saya juga memilih video
daripada video pertama yang saya kedua daripada tiga video yang saya telah pilih untuk
perhatikan di mana di dalam video kedua dimasukkan dalam senarai semak saya kerana dalam
ini adik sophia sudah boleh berdiri dan 15 video tersebut ia membantu saya untuk mendapatkan
berjalan sendiri dalam 5 ke 10 langkah minit lebih banyak maklumat berkaitan dengan adik sophia
tanpa bantuan ibu bapa atau ahli terapi kemudian membandingkan perbezaan di antara video
mahupun alat bantuan berjalan iaitu kedua dan video ketiga apakah adik sophia mempunyai
“reversed child walker”. Walaupun perubahan yang banyak ataupun sedikit.
dalam video sebelumnya adik sophia
memang boleh berjalan tanpa apa-apa Untuk video yang ketiga, saya mendapati bahawa adik
bantuan namun tidak seperti yang sophia sudah boleh berdiri dengan baik tanpa
terdapat dalam video kedua di mana adik mempunyai sebarang masalah seperti yang adik sophia
sophia sudah boleh membuka langkah hadapi di video pertama dan kedua.
yang besar untuk bergerak dari satu masa
dan seterusnya. Dalam video ini juga,
saya dapat mengenal pasti bahawa adik
sophia sudah mula memberikan reaksi
seolah-olah ia sudah sembuh sepenuhnya
daripada penyakit yang ia hadapi iaitu
“Cerebral Palsy” di mana adik sophia
sudah boleh mengerakkan tangan dan
kaki dengan lebih baik dari video
sebelumnya. Selain itu, dalam video
tersebut juga saya dapat melihat
perkembangan di mana pada permulaan
adik sophia belum boleh menyelesaikan
kesemua aktiviti yang dilaksanakan oleh
ibu bapanya namun setelah dicuba secara
berulang kali dari masa ke semasa
akhirnya adik sophia dapat melakukan.
Saya juga dapat melihat bahawa adik
sophia adalah seorang kanak-kanak yang
tidak mudah putus asa kerana walaupun
ia gagal melakukan aktiviti yang
disediakan oleh ibu bapanya ia tetap
berusaha dan membuktikan bahawa
penyakit yang ia hadapi boleh
disembuhkan.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Pendidik perlulah bertanya kepada ibu bapa Sophia apakah mereka


menghantar sosial ke pusat terapi atau mana-mana tempat yang boleh
membantu sophia kemudian mencatatkan ke dalam buku rekod. Hal ini
1.Pendidik menjalankan aktiviti bagi memudahkan pendidik mengetahui proses yang dilakukan oleh
yang pernah Sophia buat. ibu bapa dalam membantu Sophia berdiri dan berjalan seperti kanak-
kanak normal yang lain walaupun proses yang diperlukan mengambil
masa yang panjang.

Sebelum menyediakan sebuah pembelajaran kepada kanak-kanak


2.Menyediakan pendidikan khas berkeperluan khas, pendidik perlulah mengetahui kategori yang
yang bersesuaian dengan dihadapi oleh kanak-kanak serta penyakit yang ia alami bagi
penyakit yang dihadapi oleh memastikan pendidik tidak menyediakan bahan bantu mengajar yang
Sophia. salah dan tidak sesuai bagi kanak-kanak tersebut.

Bagi memudahkan pendidik mendapatkan maklumat yang lebih terperinci


berkaitan kanak-kanak, pendidik hendaklah menghubungi pemilik akuan
media sosial dan sekiranya tidak mendapat sebarang maklum balas dari

Menghubungi pemilik akaun mereka pendidik hendaklah mencari jalan lain iaitu dengan membuat

media sosial bagi mendapatkan pemerhatian secara langsung bersama kanak-kanak berkeperluan khas di

maklumat yang lebih jelas. sekolah berkeperluan khas bagi membantu memahami dengan lebih baik
tentang bagaimana cara pendidik lain memberikan pembelajaran kepada
kanak-kanak yang berkeperluan khas.
RUMUSAN

Secara keseluruhannya, melalui aktiviti pemerhatian senarai semak yang pendidik jalankan
terhadap kanak-kanak berkeperluan khas yang dikategorikan sebagai kanak-kanak yang
mengalami kecacatan fizikal dari segi mempunyai penyakit Cerebral Palsy (CP) ianya dapat
membantu pendidik untuk lebih mengenali kanak-kanak yang dilabel sebagai kanak-kanak
berkeperluan khas dengan lebih mendalam. Kerana tidak semua ibu bapa yang mempunyai
anak berkeperluan khas menghantar anak mereka ke sekolah pendidikan khas, hampir semua
ibu bapa mendaftarkan anak mereka untuk bersekolah di sekolah biasa menyebabkan
pendidik ataupun guru melaksanakan sesi pembelajaran dalam bentuk yang sama.

Selain itu, dengan pemerhatian yang pendidik laksanakan ianya dapat membantu
pendidik dan guru untuk mengenal pasti kanak-kanak yang berkeperluan khas di kalangan
kanak-kanak normal. Dengan pemerhatian ini juga, ia membantu pendidik untuk
menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai dijalankan bersama kanak-kanak itu.
Ia bukan sahaja memberi kebaikan kepada pendidik tetapi juga kepada kanak-kanak dimana
mereka dapat meningkatkan tahap perkembangan dan pertumbuhan mereka dari semasa ke
semasa.

Adalah penting kepada pendidik dan juga guru untuk sentiasa menyediakan rancangan
perancangan individu (RPI) dan juga kaedah serta instrument lain di bilik darjah bagi
memudahkan mencatat dan merekod maklumat sekiranya perlu dan juga sentiasa memerhati
setiap tingkah laku kanak-kanak untuk memudahkan mengenalpasti apakah kanak-kanak
yang ada di dalam bilik darjah itu kanak-kanak bekerperluan khas atau kanak-kanak normal.

Akhir sekali, dalam senarai semak yang dilaksanakan, pendidik mendapati bahawa
adik sophia belum dapat menyelesaikan keseluruhan latihan terapi yang berkaitan dengan
cerebral palsy dalam masa sehari disebabkan adik sophia masih memerlukan waktu untuk
memastikan motor halus dan motor kasar mereka memberikan kerjasama yang baik
sepanjang proses latihan disediakan. Oleh itu untuk membantu adik sophia dalam masalah
penyakit yang dihadapinya, kita sebagai pendidik hendaklah mencari maklumat terlebih
dahulu untuk membantu memberikan pertolongan kepada adik sophia ataupun mana-mana
kanak-kanak yang mengalami penyakit sama seperti adik sophia.
RUJUKAN

1. Internet

2014.Masalah pembelajaran. Diperolehi daripada


https://zaihanmathussin91.wordpress.com/about/definisi-kanak-kanak-
berkeperluan -khas/ . Diambil pada 21 Februari 2023

Zainudin bin Sattar ( 28 ogos 2020). Pengendalian kanak-kanak cerebral palsy.


Diperolehi daripada
http://www.myhealth.gov.my/pengendalian-kanak-kanak-cerebral-palsy/.
Diambil pada 22 Februari 2023

Jaren Wicklund ( May,2,2022). 11 things to know about cerebral palsy. Diperolehi


daripada

https://www.cdc.gov/ncbddd/cp/features/cerebral-palsy-11-things.html.
Diambil pada 22 Februari 2023
LAMPIRAN

You might also like