You are on page 1of 2

Dalam masyarakat Sabah, Bobohizan dipanggil

untuk menolong dalam membuat keputusan yang


penting seperti pembinaan rumah baru, pemindahan
seluruh kampung, peperangan, pemburuan kepala dan
penanaman padi.Pada masa yang sama juga, mereka
juga Menjaga keharmonian antara manusia, alam dan
dunia rohani. Mereka sering berkumpul untuk
mengupacarakan ritual mistik untuk menenangkan roh
yang mengelilingi kita dan mendiami alam semula jadi.
Mereka juga sering dirujuk apabila orang jatuh
sakit atau mempunyai mimpi buruk seperti petanda-
petanda tanaman akan gagal. Bobohizan juga
merupakan perantara yang boleh berhubung dengan
semangat-semangat seperti roh untuk menyuarakan diri
mereka.
Selain itu, dalam perantisan yang panjang
Bobohizan belajar dan di ajar oleh Bobohizan yang
lebih tua dan berpengalaman iaitu Bohungkitas untuk
menguasai “rinait” atau “inait” iaitu mantera ajaib.
Rinait tersebut amat penting dalam proses untuk
Menjadi Bobohizan kerana tidak semua Bobohizan
dapat mempelajari rinait tradisi yang tidak dicatatkan
dan ditulis untuk mengganti Bohungkitas mereka.
Rinait dan upacara Bobohizan yang terkenal ialah
semasa perayaan menuai padi iaitu Pesta Kaamatan
untuk memanggil semangat padi Bambaazon
khususnya, untuk tuaian padi yang banyak.

You might also like