You are on page 1of 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

21030 KUALA NERUS TERENGGANU

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP)

AMBILAN JUN 2022 TAHUN 1 SEMESTER 3

TUGASAN 2 – PENGHASILAN PRODUK

NAMA PELAJAR : WAN NUR HASYIMAH BINTI WAN YUSOFF

ANGKA GILIRAN : 2022092310050

NO KAD PENGENALAN : 040129-11-0478

KUMPULAN/UNIT : BAHASA MELAYU UNIT 2

KOD KURSUS : GKEB 1072

NAMA KURSUS : KEMAHIRAN BELAJAR

NAMA PENSYARAH : PN ROSSAZWANI BT MUHAMMAD

TARIKH MULA : 12 JUN 2023

TARIKH HANTAR : 22 JUN 2023

NO. TEL : 017-5908628

Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :

Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh :

Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh : 22 JUN 2023


ISI KANDUNGAN

Penghargaan
BIL. KANDUNGAN HALAMAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Poster

2.0 Tajuk 2

3.0 Objektif 2

4.0 Alat Berfikir 2

5.0 Kelebihan Produk 3

6.0 Keterangan Poster 4

7.0 Penutup 5

8.0 Rujukan 6
PENGHARGAAN

Alhamdulillah. Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya
dapat juga saya menyiapkan tugasan saya pada kali ini. Tugasan ini amat penting buat
saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja kursus saya.

Ribuan terima kasih ingin saya ucapkan kepada individu terpenting yang banyak
membantu saya sepanjang saya menyiapkan penulisan esei saya pada kali ini. Pertama
sekali kepada Pn Rossazwani binti Muhammad selaku pensyarah saya kerana beliau telah
banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-
putus memberikan bantuan kepada saya iaitu rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah
banyak membantu saya untuk merealisasikan usaha saya bagi menyempurnakan tugasan
ini dengan jayanya.

Ucapan terima kasih ini juga ingin saya tujukan kepada semua pihak yang terlibat dalam
melaksanakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan
yang telah mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan mereka semua,
tugasan ini mungkin tidak dapat saya laksanakan dengan baik.

Sekian, terima kasih

………………………………….
WAN NUR HASYIMAH BINTI WAN YUSOFF
Pelajar
Jabatan Pengajian Melayu,
Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato’ Razali Ismail,
21030 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
1.0 PENGENALAN
Obesiti merupakan suatu keadaan perubatan yang mana berlakunya penghasilan
lemak badan secara berlebihan yang terkumpul sehingga ke suatu tahap yang
boleh menjejaskan tahap kesihatan seseorang. Individu akan dianggap serta
didiagnos sebagai obese sekiranya Indeks Jisim Badannya atau juga dikenali
sebagai Body Mass Index (BMI) melebihi tahap normal, yakni ukuran yang akan
diperoleh hasil daripada pembahagian berat badan (dalam unit kilogram) dengan
ketinggian (dalam unit meter) yang dikalikan dengan kuasa dua.

1.1 POSTER

1
2.0 TAJUK

Tema : Kesihatan
Tajuk Poster : Obesiti di Malaysia

Secara lazimnya, masalah obesiti ini kerap kali terjadi apabila berlakunya
pengambilan tenaga makanan seperti karbohidrat dan gula secara berlebihan.
Tidak dapat kita nafikan bahawa sumber makanan ini membekalkan tenaga
kepada kita untuk melaksanakan aktiviti seharian, namun sekiranya diambil
secara berlebihan, ianya akan memudaratkan kesihatan kita, Oleh itu, kita
dinasihatkan agar senantiasa berjaga-jaga dan bersederhana dalam apa jua
tindakan yang kita laksanakan. Sebenarnya, orang yang berada dalam kategori
obes ini perlu menggunakan tenaga yang lebih benyak jika dibandingkan dengan
mereka yang kurus kerana banyak tenaga yang diperlukan untuk mengekalkan
serta menampung jisim badan mereka.

3.0 OBJEKTIF
Seterunya, berbalik kepada topik utama, objektif perdana poster ini adalah untuk
memberi kesedaran kepada masyarakat di luar sana berkenaan dengan kesan
dan risiko masalah obesiti ini jika tidak dibendung pada peringkat awal.
Seterusnya, poster ini juga ditujukan untuk menguar-uarkan cara mudah yang
boleh dilaksanakan untuk menangani masalah obesiti ini khususnya kepada
mereka yang sedang menghidapi masalah obesiti. Malah, poster ini juga menjadi
sebuah platform atau rujukan kepada masyarakat di luar sana bahawa masalah
obesiti ini mampu menjadi faktor utama kepada penyakit yang lain. Pendek kata,
masalah obesiti ini boleh dikatakan agak berisiko untuk mengundang penyakit
lain yang lebih serius sehingga boleh meragut nyawa.

4.0 ALAT BERFIKIR


Sebagaimana yang kita sedia maklum, poster ini menerapkan unsur Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi pembelajaran abad ke-21 iaitu menggunakan
peta minda. Peta minda merupakan peta pemikiran yang diaplikasikan dalam
segala aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang mana ianya

2
disesuaikan mengikut tajuk berdasarkan sub topik yang berkaitan. Bahkan, peta
minda ini juga kelebihannya adalah boleh diolah dan dikembangkan isi utamanya
sekali gus menjadi pecahan kepada isi penting yang lainnya. Dalam poster ini,
terdapat dua jenis peta minda yang digunakan iaitu peta buih dan peta pokok.

Peta minda yang pertama adalag peta buih yang turut dikenali sebagai
Bubble Map. Jenis peta ini selalunya digunakan untuk meningkatkan kebolehan
bagi mengenal pasti dan menunjukkan kualiti yang mana pada asasnya adalah
menggunakan perkataan deskriptif ataupun huraian. Bahkan, peta ini lebih
ringkas berbanding peta yang lain sekali gus lebih mudah bagi pelajar untuk
membuat rujukan. Dalam situasi ini, pada bahagian tengah peta buih, telah
dinyatakan topik utama manakala bulatan yang lain digunakan untuk
mengelaskan subtopik untuk menerangkan topik yang dipilih.

Di samping itu, peta seterusnya adalah peta pokok. Penggunaan peta pokok
sebenarnya adalah untuk mengkategorikan serta mengelaskan tentang sesuatu
tajuk yang dibincang. Contohnya, dalam konteks ini, peta pokok digunakan untuk
membuat pengelasan berkenaan dengan cara untuk menangani masalah obesiti.
Oleh kerana cara yang diberikan itu tidak mempunyai kaitan antara satu sama
lain, maka penggunaan peta pokok merupakan pilihan yang sangat seuai sekali
gus memudahkan para pembaca untuk membuat pengelasan mengikut topik.

5.0 KELEBIHAN PRODUK


Selain daripada itu, isu yang tidak dapat dikesampingkan lagi adalah berkenaan
dengan keistimewaan poster ini. Perkara yang membuatkan poster ini kelihatan
begitu istimewa adalah kerana ianya menerapkan penggunaan peta minda.
Seperti yang kita sedia maklum, penggunaan peta minda mampu meningkatkan
tahap pemikiran seseorang dari aras rendah ke aras yang lebih tinggi kerana
ianya melibatkan daya imaginasi yang tinggi. Dengan adanya peta minda ini,
pembaca akan lebih tertarik untuk membaca. Sebaliknya, jika menggunakan
kaedah ayat untuk menceritakan tentang sesuatu perkara, pembaca akan kurang
berminat untuk mentelaah dengan lebih lanjut.

3
Di samping itu, penggunaan warna yang terang dan tulisan yang sesuai juga
lebih menarik minat pembaca sekali gus menjadikan poster ini lebih istimewa.
Adakalanya, poster yang menggunakan warna yang tidak sesuai dan akan
menyebabkan pembaca kurang tertarik untuk membacanya. Bahkan, ada di
antara mereka yang menggunakan saiz tulisan agak kecil yang mana isu ini akan
menyukarkan pembaca untuk membaca terutamanya bagi mereka yang
mempunyai masalah kelihatan.

6.0 KETERANGAN POSTER


Isu obesiti ini sebenarnya isu yang hangat yang sering meniti dari bibir ke bibir
masyarakat kerana masalah ini boleh berlaku pada semua peringkat umur dan
jantina. Oleh itu, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya
masalah obesity dan salah satu daripadanya adalah disebabkan oleh keturunan.

Seterusnya, kata mereka, mencegah lebih baik daripada mengubati. Maka,


terdapat banyak tindakan yang boleh dipraktikkan untuk menangani masalah ini.
Antaranya termasuklah memilih diet yang betul. Contohnya, pengambilan
makanan yang mengandungi kadar gula yang tinggi sebaiknya kita elakkan.
Walaubagaimanapun, makanan yang mengandungi serat dan fiber yang tinggi
lebih baik diamalkan. Selain itu, hendaklah kita melakukan senaman yang
ringkas tetapi sentiasa berterusan agar dapat membakar kalori dalam badan.
Mempunyai tidur yang cukup juga merupakan salah satu cara yang digalakkan
untuk menangani masalah obesiti di samping meminum air yang secukupnya
iaitu sekurang-kurangnya dua liter sehari.

Kendatipun, sekiranya individu tersebut berhadapan dengan masalah obesito,


maka risiko bagi mereka untuk menghidapi penyakit yang lain sangatlah tinggi.
Mereka yang mengalami masalah ini akan lebih cenderung untuk menghidapi
masalah kardiovaskular seperti sakit jantung, arteriosclerosis dan sebagainya.
Bahkan, mereka juga akan lebih senang untuk dijangkiti penyakit kulit seperti
ruam, kurap dan sebagainya.

4
7.0 PENUTUP
Sebagai mengakhiri diskusi ini, terdapat begitu banyak faktor yang boleh
mengundang masalah obesiti ini. Namun, semuanya bergantung kepada kita
sendiri untuk menentukan tahap kesihatan diri kita. Tetapi, mereka kata, setiap
masalah pasti akan adanya jalan penyelesaiannya. Maka, pilihan terletak di
tangan kita sendiri. Oleh itu, kita dinasihatkan agar membuat pilihan yang bijak.

5
8.0 RUJUKAN

Cara Mengatasi Obesiti: Ini Panduan Elak Obesiti Ikut Peringkat Umur. (n.d.). Hello Doktor.
Retrieved June 24, 2023, from https://hellodoktor.com/pemakanan/obesiti/cara-
mengatasi-obesiti-umur/

5 Cara Mengatasi Obesiti (Mudah & Berkesan). (n.d.). cariblogger.com. Retrieved June 24,
2023, from https://cariblogger.com/cara-mengatasi-obesiti/

42 peratus daripada 600000 pekerja di Malaysia obesiti. (2023, June 1). Kosmo Digital.
Retrieved June 24, 2023, from https://www.kosmo.com.my/2023/06/01/42-peratus-
daripada-600000-pekerja-di-malaysia-obesiti/

Obesiti - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. (n.d.). Wikipedia, ensiklopedia


bebas. Retrieved June 24, 2023, from https://ms.wikipedia.org/wiki/Obesiti

PENANDA WACANA KARANGAN. (2018, September 4). GALERI CIKGU HAMIDAH.


Retrieved June 24, 2023, from http://hamidahraya.blogspot.com/2018/09/penanda-
wacana-karangan.html

Penyakit Yang Disebabkan Oleh Obesiti, No 3 Pasti Anda Tak Sangka! (n.d.). Hello Doktor.
Retrieved June 24, 2023, from https://hellodoktor.com/pemakanan/obesiti/penyakit-
yang-disebabkan-oleh-obesiti/

Peta i-Think: Peta Pemikiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). (2023, April 8).
Student Portal. Retrieved June 24, 2023, from https://studentportal.my/peta-i-think/

PETA PEMIKIRAN. (n.d.). KEMAHIRAN BELAJAR. Retrieved June 24, 2023, from
http://afzanms.blogspot.com/p/blog-page_40.html

6
Tangani obesiti dari awal tingkat produktiviti, kualiti hidup. (2023, January 2). Berita Harian.
Retrieved June 24, 2023, from
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/01/1047090/tangani-obesiti-dari-
awal-tingkat-produktiviti-kualiti-hidup

You might also like