Professional Documents
Culture Documents
Sekolah Papan
Sekolah Papan
Pada tahun 2018, SJK Tamil Ladang Kulai Oil Palm telah
menyertai dalam Program Sekolah Transformasi (TS25), Kohort
3. Melalui program ini, pihak sekolah telah memberi keutamaan
dalam kepimpinan yang berkesan, kualiti guru, keberhasilan
murid dan Penglibatan Ibubapa dan Komuniti. Melalui amalan
program - program dan aktiviti TS25, maka pihak sekolah telah
mendapat impak yang baik dan berkesan dalam pencapaian dan
keberhasilan murid - murid. Pada tahun 2019, SJK Tamil Ladang
Kulai Oil Palm telah menjadi sekolah ikon TS25 dan melayan
sebanyak 20 buah sekolah yang hadir untuk program Penanda
Arasan anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Era
perkembangan sekolah ini membuktikan bahawa sekolah ini akan
menjadi sebagai satu sekolah ikon yang cemerlang di daerah dan
juga negeri.
Pengurusan SJK Tamil Ladang Kulai Oil Palm telah memberi
tumpuan utama dalam kemenjadian murid dalam kurikulum dan
kokurikulum selama ini. Pembelajaran dan pengajaran dapat
dijalankan dengan sepenuhnya mengikut amalan Pendidikan
Abad Ke-21. Pihak sekolah memberi keutamaan dalam
kemenjadian holistik murid - murid. Hala tuju sekolah ini adalah
‘SJK Tamil Ladang Kulai Oil Palm komited untuk mewujudkan
iklim pembelajaran sekolah yang menyokong kepada
kemenjadian murid secara holistik’.