You are on page 1of 4

kertas 1

Bahagian A
Karangan Respons Terhad [ 150-200 ]

Surat Rasmi
Kelab Pencinta Alam,
Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri,
70200 Seremban,
Negeri Sembilan
______________________________________________________________________________________________________

Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri,
70200 Seremban,
Negeri Sembilan 26 JUN
2023

Puan,

Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Zoo Negara

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Kelab Pencinta Alam SMK Puteri berhasrat untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Zoo
Negara. Objektif utama lawatan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada para murid tentang cara kehidupan
pelbagai spesies haiwan di habitat semula jadi. Selain itu, pihak kami juga berharap agar murid-murid dapat memupuk
rasa cinta akan hidupan liar dan alam sekitar dalam diri mereka selepas lawatan ini.

3. Sehubungan dengan itu, Kelab Pencinta Alam akan mengadakan lawatan sambil belajar pada ketetapan berikut :

Tarikh : 02 Julai 2023


Tempat : Zoo Negara
Masa : 08:00 pagi hinga 03:00 petang
Bilangan pelajar : 20 orang
Guru pengiring : 2 orang

4. Untuk pengetahuan pihak puan, kami akan menjalankan pelbagai aktiviti yang menarik dan bermanfaat seperti
menunggang kuda, memberi makanan kepada gajah serta menyaksikan ‘Multi-Animal Show’. Di samping itu, kami juga
akan melawati pusat konservasi beruang panda, mengayuh bot dan melihat pertunjukan monyet.

5. Kami sangat berharap agar pihak puan dapat mempertimbangkan permohonan kami untuk mengadakan lawatan ke Zoo
Negara. Kerjasama dan keprihatinan pihak puan amat kami hargai dan dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Menjalankan Tugas,

(RITHIKA KANNAN)
Setiausaha,
Kelab Pencinta Alam,
Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri

[183 patah perkataan]

kertas 1 1
Kelab Koperasi,
Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri,
70200 Seremban,
Negeri Sembilan

______________________________________________________________________________________________________

Warga sekolah,
Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri,
70200 Seremban,
Negeri Sembilan 15 JULAI 2023

Tuan / Puan,

Jemputan ke Hari Keusahawanan anjuran Kelab Koperasi SMK Puteri

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Kelab Koperasi SMK Puteri akan menganjurkan Hari Keusahawanan sempena Sambutan Hari
Koperasi Peringkat Sekolah. Matlamat utama program ini adalah untuk mendedahkan murid-murid kepada dunia
perniagaan di samping menyemai sikap berdikari serta semangat keusahawanan dalam kalangan murid sekolah.

3. Sehubungan dengan itu, Kelab Koperasi akan mengadakan Hari Keusahawanan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 21 September 2023


Tempat : Dataran Terbuka Azizah, SMK Puteri
Masa : 8:00 pagi hingga 02:30 petang

4. Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, pihak kami akan menjalankan pelbagai aktiviti yang menarik dan bermanfaat seperti
pameran kerjaya, pameran pejabat kesihatan, cabutan bertuah dan sebagainya. Kami turut menjemput semua persatuan
dan kelab untuk mengambil bahagian dalam Hari Keusahawanan serta mengadakan jualan atau pameran yang memikat
perhatian warga sekolah.

5. Persatuan-persatuan yang berhasrat untuk menyertai Hari Keusahawanan dikehendaki mengemukakan borang
penyertaan, butiran mengenai jenis perniagaan atau pameran serta bayaran tapak khemah jualan sebanyak RM20 kepada
Puan Mariam selewat-lewatnya pada 9 September 2023.

6. Kami sangat berharap agar para pemimpin persatuan dan kelab akan merebut peluang keemasan ini dan melakar sejarah
dengan menjayakan program Hari Keusahawanan. Penyertaan anda amat kami mengalu-alukan.

Sekian, terima kasih.

Yang Menjalankan Tugas,

(RITHIKA KANNAN)

Setiausaha,
Kelab Koperasi,
Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri

Amalan Menabung dalam Kalangan Masyarakat


Pada zaman ini, amalan menabung kurang mendapat sambutan daripada masyarakat walaupun cara menabung kini lebih
efisien berbanding dengan masa dahulu. Sehubungan dengan itu, pelbagai pihak telah mempromosikan kelebihan
mengamalkan amalan menabung. 31
Kita tidak dapat menafikan bahawa amalan menabung mustahak bagi kegunaan pada masa kecemasan. Misalnya, jika kita
terlantar di hospital atau ahli keluarga kita memerlukan duit kerana sedang mengalami kemusykilan finansial, kita boleh

kertas 1 2
menggunakan wang simpanan untuk mengatasi kesulitan tersebut. Jelaslah bahawa amalan menabung dapat membantu kita
mengatasi perkara-perkara yang tidak diingini. 51

Selain itu, menabung dapat membantu kita melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Wang yang disimpan secara
berterusan mampu menanggung perbelanjaan ketika menyambung pengajian di universiti kerana kos untuk melanjutkan
pelajaran agak tinggi. Dengan berbuat demikian, kita dapat mengelakkan ibu bapa kita daripada menanggung hutang yang
sudah pasti membebankan. 48
Akhir sekali, wang yang ditabung dapat digunakan untuk membeli barang yang diperlukan. Sebagai contoh, jika kita
mempunyai duit simpanan yang mencukupi, kita boleh memiliki barang yang dihasrat seperti novel atau kosmetik tanpa
mengharapkan bantuan kewangan dari orang lain. Izharnya, menabung dapat membantu kita untuk memenuhi keperluan diri
dan juga keluarga. 49
Kesimpulannya, setiap lapisan masyarakat harus mempraktikkan amalan menabung kerana dapat memberi pelbagai manfaat
pada jangka masa yang panjang. 18

[199 patah perkataan ]

Bahagian B
Karangan Respons Terbuka [ 350-500 ]

Kepentingan-Kepentingan Amalan Membaca

Dalam meniti arus kemodenan ini, amalan membaca dalam kalangan masyarakat terutamanya generasi muda semakin
pudar. Statistik yang telah dikeluarkan oleh Indeks Skor Budaya Sedunia (WCSI) menunjukkan rekod purata membaca rakyat
Malaysia kurang memberangsangkan iaitu hanya 15 hingga 20 buku setahun. Pelbagai inisiatif seperti Program NILAM di
peringkat sekolah telah diadakan tetapi usaha-usaha tersebut seperti mencurahkan air ke daun keladi. Justeru, kepentingan-
kepentingan amalan membaca harus kita kupas.

Kita tidak dapat menafikan bahawa membaca dapat meluaskan ilmu pengetahuan kita. Setiap individu harus digalakkan
untuk membaca pelbagai bahan bacaan bagi meluaskan horizon pemikiran dan menjadi seorang individu yang berintelektual.
Contohnya, kita harus menjadikan amalan membaca surat khabar sebagai rutin harian kerana surat khabar mengandungi
berbagai-bagai maklumat. Oleh itu, kita dapat mengetahui isu-isu semasa yang berlaku di seantero dunia dan kita tidak akan
menjadi seperti katak di bawah tempurung. Jelaslah bahawa amalan membaca dapat meningkatkan pengetahuan am kita.
Selain itu, tabiat membaca mampu meluaskan perbendaharaan kata. Apabila kita membaca, kita akan berjumpa perkataan-
perkataan yang kita tidak pernah lihat sebelum ini. Perkara ini akan membuatkan kita hendak mengetahui definisi perkataan
tersebut dengan lebih lanjut. Tamsilnya, pembacaan buku-buku berbahasa asing seperti Bahasa Inggeris dapat meningkatkan
kosa kata serta mendorong kita untuk menguasai bahasa tersebut. Senario ini persis dengan peribahasa sehari selembar
benang, lama-lama menjadi kain. Justifikasinya, kita mestilah rajin membaca untuk meningkatkan perbendaharaan kata.
Seterusnya, amalan membaca meningkatkan pemikiran masyarakat secara kreatif dan kritis. Hal ini demikian kerana bahan
bacaan terdiri daripada pelbagai genre seperti fiksyen, biografi dan kesusasteraan. Misalnya, praktis membaca dapat
membantu pertumbuhan kognitif kanak-kanak dan menguatkan memori mereka. Ibu bapa perlu memainkan peranan mereka
dan membeli pelbagai bahan bacaan untuk anak-anak bagi memperkembangkan daya fikiran mereka kerana anak-anak ibarat
kain putih, ibu bapalah yang mencorakkanya. Jelaslah bahawa masyarakat yang membaca akan mempunyai perspektif yang
lebih kritis.
Di samping itu, amalan membaca merupakan amalan terbaik untuk dijadikan sebagai hobi. Golongan belia pada zaman ini
lebih gemar menghabiskan waktu senggang mereka dengan membuat aktiviti-aktiviti yang tidak bermanfaat seperti melepak
dan bermain permainan video. Perbuatan-perbuatan negatif sedemikian akan merosakkan imej diri, keluarga dan negara.
Sebagai solusi, para remaja harus digalakkan untuk membaca kerana tumpuan yang lama diperlukan bagi menghabiskan
sebuah buku. Justeru, amalan membaca perlu dipraktikkan oleh kalangan remaja untuk mengisi masa lapang mereka kerana
masa itu emas.
Akhir sekali, budaya membaca dapat memajukan negara kita. Jika anggota masyarakat terutamanya murid-murid
menambahkan pengetahuan mereka dalam sesuatu bidang seperti sains dan teknologi, negara kita dapat membangunkan
sektor tersebut dan banyak ciptaan baharu dapat direka. Sebagai contoh, rakyat negara Jepun yang minat membaca telah
mencapai kemajuan dalam bidang sains dan teknologi dengan mencipta pelbagai produk yang inovatif dan telah meningkatkan
ekonomi negara mereka. Oleh itu, kita hendaklah rajin membaca supaya tanah air kita dapat dimajukan.

Konklusinya, sudah terang lagi bersuluh bahawa budaya membaca amat signifikan untuk membangunkan intelektual anggota
masyarakat. Tabiat membaca harus dipupuk ibarat sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit ke arah meningkatkan purata

kertas 1 3
pembacaan rakyat negara kita. Semua pihak harus berganding bahu dan mengambil pelbagai prakarsa untuk menanamkan
semangat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Dengan berbuat demikian, kita dapat melahirkan sebuah
generasi yang berpendidikan baik dan bijaksana.

[ 500 patah perkataan ]

kertas 1 4

You might also like