You are on page 1of 2

LATAR BELAKANG MASYARAKAT KADAZANDUSUN

PENGENALAN

Sebelum kedatangan British pada tahun 1881, keadaan penduduk peribumi negeri sabah tidak

diketahui dengan jelas.Banyak kawasan pedalaman negeri sabah masih belum didiami

manusia. Menurut bancian penduduk yang dilakukan SBBU buat pertama kalinya pada tahun

1891, penduduk negeri sabah dikatakan berjumlah 67 062 orang sahaja(Rutter,

1922:51;jones,1960:18 & 31) kerana ketika itu SBBU belum meneroka semua tempat di

negeri sabah dan penduduknya belum dibanci sepenuhnya. Bancian penduduk tersebut

memberikan perhatian kepada beberapa kumpulan etnik peribumi negeri sabah shaja seperti

Tingaras dan Tombonuo. Walau bagaimanapun, kedua-dua etik tersebut tidak disebut lagi

dalam bancian penduduk seterusnya (Jones, 1966:15,;Maxwell, 1921:18).

Dalam bancian penduduk pada tahun 1911 pula, penduduk sabah dikatakan berjumlah

214 729 orang.Mereka dibahagikan kepada tujuh kumpulan, iaitu Eropah 466 orang, Dusun

dan kwijau 90 267 orang, murut 27 226 orang, serta bajau dan iranum 24 228 orang.

Penduduk lain seperti Melayu Brunei, Kedayan, Sungai, Bisaya, Sulu, Tidong, dan Sino-

Native berjumlah 30 864 orang. Orang cina termasuk Hakka, Kantonis, Hokkien, Teochew,

dan Hailam berjumlah 27 801 orang, sementara bangsa lain yang terdiri daripada peribumi

Sarawak, melayu cocos, indonesi, india, Pakistan, selon, dan Filipino berjumlah 13 878 orang

(Jones, 1960;126).

Penduduk sabah meningkat daripada 454 421 orang pada tahun 1960 kepada 653 264

orang pada tahun 1970. Bancian penduduk pada tahun 1970 membahagikan penduduk negeri

sabah kepada lapan kumpulan utama. Orang melayu yang sebelum ini dikelompok di bawah

kumpulan penduduk lain, telah diletakkan sebagai kumpulan penduduk utama yang
berjumlah 18 365 orang. Kumpulan penduduk peribumi lain bertambah daripada tujuh

kepada 17 kumpulan merangkumi suku kaum bisaya, dusun, dumpas, idahan, kedayan, lotud,

mangkahak, maragang, melayu brunei, minokok, paitan, rumanau, rungus, sino-native, sulu,

sungai, tidong dan tombonuo yang berjumlah 125 631 orang (siaran perangkaan tahunan

sabah, 1980:3). Daripada jumlah keseluruhan penduduk sabah pada tahun 1970, pendudk

peribumi merupakan kumpulan yang paling ramai, iaitu berjumlah 437 078 orang atau 66.9

peratus daripada jumlah penduduk sabah. Dalam kalangan kumpulan peribumi itu,

masyarakat peribumi dusun atau kadazandusun merupakan penduduk yang paling ramai, iaitu

berjumlah 279 549 orang atau 64 peratus. Kumpulan itulah yang dikenali sebagai masyarakat

dusun, dan dalam buku ini disebut sebagai masyarakat kadazandusun. Kebanyakan

masyarakat kadazandusun membuat petempatan di kawasan pedalaman. Ekonomi mereka

banyak bergantung pada sumber pertanian.

You might also like