You are on page 1of 1

EA pula ialah dokumen yang menjelaskan pendekatan berstruktur dan

digunakan sebagai amalan untuk membantu agensi mencapai objektifnya


secara berkesan melalui persefahaman, perancangan dan penyelarasan
merentasi proses kerja, data, aplikasi dan teknologi yang sedia ada.

Selain itu, rasional projek boleh juga dikenal pasti melalui cabaran dan
masalah/isu yang sedang dihadapi oleh agensi, seperti yang berikut:

 Masalah kelemahan sistem aplikasi sedia ada;


 Masalah infrastruktur ICT (perkakasan, perisian, rangkaian);
 Masalah penyenggaraan aplikasi dan infrastruktur ICT;
 Keperluan untuk perluasan perkhidmatan penyampaian;
 Keperluan untuk memperbaik proses perkhidmatan; dan
 Keperluan untuk perkongsian pintar, dari aspek maklumat dan/atau
perkhidmatan.

Maklumat berkaitan dengan rasional melaksanakan projek ICT


merupakan sebahagian daripada “Latar Belakang” projek dalam templat
PPrISA 01 – Dokumen Permulaan Projek.

3.2.3 Mengenal Pasti Objektif dan Skop Projek

Pengurus Projek perlu mengenal pasti objektif dan skop projek melalui
perbincangan dengan pihak pengurusan atasan, pemilik projek, pegawai yang
berkemahiran atau subject matter expert (SME) dalam kerja yang berkaitan
serta pihak yang berpengetahuan dalam bidang ICT (sama ada di dalam atau
luar agensi ataupun daripada pihak swasta). Maklumat berikut dapat
membantu Pengurus Projek menyediakan objektif dan skop projek yang lebih
jelas dalam DPP.

a) Objektif Projek
Objektif projek merupakan pernyataan yang ingin dicapai dalam sesuatu
projek. Setiap projek boleh mempunyai lebih daripada satu objektif.

13 | Panduan Pengurusan Projek ICT Sektor Awam

You might also like