You are on page 1of 1

dan perakaunan.

Kadangkala SME juga berperanan untuk memastikan


serahan projek adalah sepertimana yang dikehendaki dari aspek kualiti.

4.2.5 Menyediakan Pelan Pengurusan Projek (PPP)

Penyediaan Pelan Pengurusan Projek (PPP) atau Project Management Plan


(PMP) merupakan satu aktiviti mandatori dalam Fasa Perancangan Projek.
PPP ialah dokumen paling penting dalam mengurus dan mengawal projek dan
menjadi sumber rujukan utama kepada semua yang terlibat. Ia ialah satu
dokumen yang hidup dan perlu dikemas kini sepanjang tempoh pelaksanaan
projek selaras dengan sebarang keputusan tadbir urus berkaitan dengan
pelaksanaan projek. Templat PPP adalah seperti dalam PPrISA02 – Pelan
Pengurusan Projek.

Pada peringkat ini, Pengurus Projek dikehendaki mengisi templat PPP


semua maklumat asas projek hingga ke perenggan 7 (Tadbir Urus dan Struktur
Organisasi Projek), berdasarkan maklumat dalam DPP, dan perbincangan
yang diadakan dengan pihak pengurusan agensi serta Pemilik Projek.

Maklumat yang terdapat di perenggan 7 templat PPP hendaklah


merangkumi perkara yang berikut:
 Carta yang menunjukkan struktur organisasi projek;
 Maklumat Pemilik Projek;
 Tadbir urus projek (senaraikan jawatankuasa-jawatankuasa yang
perlu wujud, termasuk maklumat pengerusi, ahli dan urus setia
jawatankuasa serta bidang tugas);
 Maklumat mengenai SME yang diperlukan; dan
 Kumpulan projek yang perlu diwujudkan dalam Pasukan Projek.

4.3 KOMPONEN PENGURUSAN SKOP PROJEK

Komponen ini mengandungi lima aktiviti utama sepertimana yang digambarkan


dalam Rajah 4.5 di bawah. Input kepada komponen ini ialah maklumat dalam

41 | Panduan Pengurusan Projek ICT Sektor Awam

You might also like