PanduanPPrISA v9 3 2018 - 50

You might also like

You are on page 1of 1

a) Jawatankuasa Pemandu Projek

Jawatankuasa ini ialah jawatankuasa tertinggi dalam pelaksanaan projek.


Tugas utamanya adalah untuk memutuskan strategi dan hala tuju projek serta
memantau pelaksanaan projek secara keseluruhan.

Berikut ialah cadangan keahlian, urus setia dan kekerapan mesyuarat serta
bidang tugas Jawatankuasa Pemandu Projek:

Pengerusi Ketua Agensi atau Timbalan Ketua Agensi atau CIO

Ahli-ahli Pengurus ICT; Pengurus Projek


Wakil bahagian-bahagian daripada agensi pemilik projek
Pengguna utama (jika dari berlainan agensi)
Wakil agensi-agensi yang berkaitan (jika perlu)
Wakil kontraktor (ahli jemputan)
Urus Setia Pejabat Pengurusan Projek (PMO) atau
Bahagian Pengurusan Maklumat Agensi (BPM)
Kekerapan Setiap 3 bulan (4 kali setahun)
Mesyuarat

Bil. Bidang tugas

1 Menentukan hala tuju dan strategi pelaksanaan projek

2 Memantau status pelaksanaan projek secara menyeluruh

3 Memantau dan menyelaras aliran kewangan projek bersamaan


kemajuan projek
4 Meluluskan setiap pembayaran projek yang hendak dilakukan

Menimbang dan meluluskan cadangan penguatkuasaan terma-


5 terma kontrak seperti penalti, pelanjutan masa dan penamatan
kontrak
6 Menyelesaikan isu-isu dasar yang timbul berkaitan dengan projek

7 Melulus dan mengesahkan pelaksanaan setiap peringkat projek

8 Meluluskan serahan projek

38 | Panduan Pengurusan Projek ICT Sektor Awam

You might also like