You are on page 1of 1

a) Risiko Projek

Sebarang risiko perlu dikenal pasti supaya ianya dapat dikawal dan diuruskan
dengan baik dan seterusnya dapat mengelak timbulnya isu yang boleh
menjejaskan tempoh, kos dan kualiti serahan projek. Aspek risiko yang perlu
diberi perhatian ialah dari segi pengurusan dan keperluan projek, sumber
manusia, pengurusan perubahan, teknikal, pengujian dan integrasi dan
pemilihan kontraktor.

Bagi kaedah pelaksanaan projek secara outsourcing atau co-sourcing,


risiko yang dikenal pasti boleh dijadikan sebagai asas penilaian
tender/sebutharga iaitu sama ada cadangan yang dikemukakan berisiko tinggi
ataupun tidak dan kaedah yang dicadangkan untuk meminimumkannya.

b) Faktor Kejayaan Kritikal atau Critical Success Factor (CSF)

Faktor kejayaan kritikal atau CSF merupakan perkara yang menjadi sokongan
kepada kejayaan projek. Berikut adalah antara contoh CSF:
 Sokongan dan komitmen yang tinggi oleh pihak pengurusan atasan
agensi;
 Penglibatan aktif dan komitmen pemilik projek atau pengguna
sepanjang tempoh pelaksanaan projek;
 Penglibatan SME pada peringkat awal projek;
 Polisi dan dasar yang mantap; dan
 Pasukan projek yang fokus, berdedikasi dan berkemahiran.

c) Faedah dan Impak Projek

Pengurus Projek hendaklah mengenal pasti faedah dan impak (positif atau
negatif) melaksanakan projek ICT secara keseluruhan. Maklumat mengenai
faedah projek boleh diperoleh daripada KPI projek yang telah dikenal pasti,
seperti peningkatan penyampaian perkhidmatan agensi yang boleh dicapai
dan peningkatan produktiviti personel. Impak projek terhadap agensi pula

21 | Panduan Pengurusan Projek ICT Sektor Awam

You might also like