You are on page 1of 1

pengesahan/penerimaan serahan berkenaan dalam tempoh masa yang

ditetapkan.

Jika masalah masih belum boleh diselesaikan, maka keputusan bersama


perlu dicapai untuk menyenaraikan semua perkara yang belum disiapkan
dengan cadangan tindakan susulan termasuk mengenal pasti pihak yang
bertanggungjawab untuk menangani masalah tersebut. Biasanya pada
peringkat ini, perkara yang belum disiapkan merujuk kepada aktiviti yang perlu
dilaksanakan berikutan daripada penambahan skop projek atau tindakan
susulan yang perlu dilaksanakan untuk menyelesaikan isu yang timbul atau
terpaksa menunggu keputusan Kerajaan kerana perlu melakukan pindaan
prosedur, polisi atau undang-undang.

6.2.2 Menilai Pelaksanaan Projek

Aktiviti penilaian projek ini hanya melibatkan ahli pasukan projek terdiri
daripada Pengarah Projek (jika ada), Pengurus Projek dan ketua-ketua
kumpulan/pasukan dan PMO. Bagi projek yang dibuat secara outsourcing atau
co-soucing, penilaian projek perlu dibuat secara kerjasama antara agensi
dengan kontraktor.

Penilaian projek dilaksanakan dengan menyemak status kemajuan


terakhir projek dengan perancangan asal projek atau baseline projek yang
terdapat dalam dokumen PPP versi 1.0. Maklumat projek yang perlu dinilai
adalah:
 Pencapaian pelaksanaan projek berbanding dengan skop dan
jadual pelaksanaan asal;
 Pematuhan serahan-serahan berdasarkan spesifikasi dan kualiti
yang ditetapkan pada peringkat awal;
 Peningkatan atau pengurangan kos keseluruhan dan kos terperinci
berbanding dengan kos asal yang diperuntukkan; dan
 Pencapaian hasil projek dan objektif projek secara keseluruhan.

80 | Panduan Pengurusan Projek ICT Sektor Awam

You might also like