You are on page 1of 9

BORANG KERJA KURSUS

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN (PROPOSAL) PRA SISWAZAH


FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

1. Borang ini wajib dihantar pada kelas tutorial terakhir pada setiap semester
kepada pensyarah atau tutor yang mengendalikan kursus ini mengikut Pusat
masing-masing.
2. Sila isikan semua maklumat dalam borang ini berdasarkan panduan yang
diberikan.
3. Pensyarah/Tutor setiap Pusat berhak menolak kerja kursus ini sekiranya
terdapat maklumat yang tidak lengkap.

A. MAKLUMAT PELAJAR

A(1) Hari SABTU


Masa 11pm
Tempat NEGERI SEMBILAN

Nama Ketua Kumpulan: NOR AUNI AFIQAH BINTI NOR AZMI

Alamat Pusat: PUSAT KAJIAN SYARIAH

Tahun: 1

Tel. Bimbit: 0169609530

E-Mail: A176411@siswa.ukm.edu.my

A(2) Senarai ahli kumpulan*:

Bil. Nama Ahli No. Matrik No. Phone

1. ASMA’NADHIRAH BT MOHD A176460 011-13302543


NOOR
2.
3.
4.
* tidak dibenarkan lebih daripada 4 ahli.
B. MAKLUMAT PENYELIDIKAN

B(1) Tajuk penyelidikan yang dicadangkan (1 Markah):

TUGAS MERISIK DALAM PERNIKAHAN MENGIKUT AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU

Panduan Umum;
- Tidak lebih daripada 15 perkataan
- Mesti berasaskan bidang, kepakaran, tahap dan kemampuan.
- Menggambarkan hubungan antara tajuk, latar belakang, pernyataan masalah, objektif dan metode penyelidikan.

B(2) Pengenalan (2 markah):

Amalan merisik dalam perkahwinan juga disebut sebagai peminangan dalam Islam merupakan salah satu proses
ke arah menghalalkan hubungan antara dua insan. Amalan merisik dalam adat Melayu pula merupakan salah
satu adat sebelum berkahwin atau jenjang daripada beberapa adat yang lain seperti bertunang, menyarung
cincin, berinai dan sebagainya. Bagi masyarakat Melayu, amalan merisik mampu mewujudkan nilai-nilai sosial
seperti rasa hormat antara kedua-dua keluarga serta menghormati hak-hak perempuan, sementara ikatan janji
yang dibuat pula berisi makna kesetiaan (Norhuda binti Salleh, 2017). Manakala dalam agama Islam pula,
amalan merisik tidak dinyatakan secara khusus sebaliknya, peminangan yang membawa tujuan sama lebih
berperanan seakan amalan merisik. Hal ini jelas menerusi penerangan Al-Khatib al-Syarbini yang mendefinisikan
khitbah atau peminangan sebagai pertanyaan untuk melangsungkan pernikahan dari seorang lelaki kepada si
perempuan. Perkara ini berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 235, ‫َواَل ُج َنا َح َعلَ ْي ُك ْم فِي َما‬
ِ‫ض ُتم ِبهِۦ مِنْ خ ِْط َب ِة ٱل ِّنسَآء‬
ْ ‫ َع َّر‬yang bermaksud “Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu
bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam idah).”
Biarpun ayat ini menceritakan mengenai keharusan meminang wanita yang masih di dalam iddah, namun
keumuman ayat ini memberi isyarat mengenai keharusan meminang wanita yang ingin dinikahi (Mufti Wilayah
Persekutuan, 2018). Perbezaan pengamalan kedua-dua amalan ini dilihat sesuatu yang tidak ketara namun
penting demi pemahaman masyarakat Melayu yang beragama Islam agar kebiasaan sesutau adat boleh menjadi
tidak wajib dilaksanakan dan boleh disuai kini dengan peredaran zaman.
Penulisan ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman agar lebih jelas berkaitan isu-isu amalan merisik dalam
agama Islam dan adat Melayu serta mengenal pasti cadangan bersesuaian untuk menormakan amalan merisik
yang mudah mengikut agama Islam tetapi tidak menghilangkan nilai adat itu sendiri. Semua ini berdasarkan
penelitian ke atas konsep amalan merisik dalam kedua-kedua konteks.

Panduan Umum;
- Mewakili penerangan ringkas terhadap keseluruhan kandungan proposal kajian.
- Mempunyai ciri-ciri seperti penerangan tajuk, tujuan atau matlamat kajian, ringkasan metode kajian, ringkasan kepentingan
kajian dan penerangan tentang kandungan penulisan secara keseluruhan dalam proposal.

B(3) Latar Belakang Kajian (4 markah):

Adat dalam perkahwinan seperti merisik dan bertunang boleh terus diamalkan selagi tidak bertentangan dengan
prinsip-prinsip yang digariskan dalam nas al-Quran dan al-Sunnah (International Journal of Humanities,
Philosophy, Language, 2019). Sepertimana adat menetapkan wang hantaran yang tinggi dilihat membebankan,
isu merisik juga dilihat salah satu faktor pasangan berasa terbeban dalam menguruskan kewangan perkahwinan.
Secara umumnya, pelaksanaan setiap adat dalam pernikahan memerlukan kepada perbelanjaan tertentu kerana
ada yang melibatkan pemberian hadiah, pelaksanaan jamuan dan persiapan pasangan seperti cincin merisik.
(Syh Noorul Madihah binti Syed Husin, 2017).
Dalam memahami isu-isu amalan merisik dalam agama Islam dan adat Melayu, rujukan daripada kajian lepas
berkaitan amalan merisik adalah sangat diperlukan. Sungguhpun rujukan utama ialah Al-Quran dan Hadis serta
buku-buku berkaitan adat digunakan, terdapat beberapa sumber daripada artikel dan jurnal yang perlu dianalisis
bagi menghasilkan pemahaman yang terbaik. Ringkasnya, isu-isu amalan merisik atau peminangan dalam islam
perlu diputuskan secara bersesusaian tanpa mengenepikan adat dan menormakan tuntutan dan kaedah dalam
Islam agar pemahaman masyarakat dapat ditingkatkan. Hal ini kerana, meningkatkan kefahaman masyarakat
mengenai konsep merisik dalam agama Islam dan adat Melayu serta perbezaan dan persamaan antara kedua-
duanya adalah antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian khusus bagi menormakan pengamalan merisik
yang mudah dan tidak membebankan.

Panduan Umum;
- Latar belakang kajian adalah keterangan berkenaan subjek utama kajian merangkumi perkara-perkara berkaitan konsep,
sejarah, perkembangan, ciri2, sumber, kepentingan, kesan baik dan kesan buruk dan lain-lain yang difikirkan berkaitan.
- Sumber rujukan adalah aspek penting yang dinilai di bahagian ini.
- Sumber rujukan mestilah merangkumi bahan-bahan primer (buku-buku asas bidang yang dikaji) dan sekunder (bahan-bahan
yang diterbitkan oleh penerbit termasyhur) serta artikel Jurnal.

B(4) Kajian Literatur (2 markah)

MERISIK DALAM PERNIKAHAN MENGIKUT AGAMA ISLAM


Islam sebagai satu agama yang syumul turut merangkumi tatacara perkahwinan individu Muslim bermula
daripada sebelum pernikahan sehingga selesai pasangan dinikahkan. Permulaan pernikahan dalam Islam ialah
proses al-ta’aruf yang dijalankan selepas panduan pemilihan calon diteliti. Selepas proses al-ta’aruf, sekiranya
pihak lelaki berhasrat untuk memilih calon isteri yang dikenalinya itu, beliau perlu menyatakan hasrat tersebut
melalui tatacara al-khitbah. Dari sudut pelaksanaan, Islam tidak menetapkan cara yang khusus melainkan hanya
dengan menyampaikan hasrat untuk berkahwin dari sebelah pihak dan persetujuan dari pihak yang kedua.
Hasrat tersebut boleh disampaikan sama ada oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan atau daripada wali
perempuan kepada pihak lelaki, malah turut boleh dimulakan oleh perempuan itu sendiri. (Syh Noorul Madihah
Binti Syed Husin, 2017).
Secara teori dan pengamalannya, amalan merisik dalam pernikahan mengikut agama Islam tidak ditetapkan cara
yang tertentu bahkan pihak lelaki atau perempuan yang mana dahulu memulakan perlakuan merisik ini juga tidak
ditetapkan.
MERISIK DALAM PERNIKAHAN MENGIKUT ADAT MELAYU
Masyarakat Melayu penuh dengan adat dan tradisi. Dalam urusan perkahwinan, kehidupan masyarakat tersebut
juga diwarnai dengan pelbagai tradisi dan kelaziman baik sebelum majlis perkahwinan berlangsung, semasa
majlis ataupun selepas majlis berlangsung. (Siti Zaleha Ibrahim, 2018). Proses merisik ialah satu kaedah iaitu
keluarga lelaki menghantar wakil untuk berbincang dengan keluarga perempuan. Wakil kedua pihak biasanya
ialah ibu bapa atau seseorang yang sangat dipercayai boleh menyimpan rahsia. Pertemuan diadakan di rumah
keluarga perempuan dan semasa pertemuan diadakan, pihak lelaki membawa sebentuk cincin sebagai tanda.
Adat peminangan dilakukan oleh kaum keluarga terdekat pihak lelaki bagi menyatakan tujuan mereka yang
sebenarnya secara rasmi. Jika tidak dibincangkan di majlis merisik atau majlis majlis merisik tidak dilakukan
hantaran,tarikh dan jumlah rombongan yang akan datang untuk upacara akad nikad akan dibincangkan.
(Muammar Ghaddafi Bin Hanafiah, 2018)
Terdapat pelbagai kajian lepas yang mempunyai kaitan sama ada secara langsung atau tidak dengan kajian
yang akan dijalankan ini. Namun, masih belum ada kajian terperinci mengenai amalan merisik dalam pernikahan
mengikut agama Islam dan adat Melayu. Pada masa kini, masyarakat mula berfikiran terbuka dan berlapang
dada mengenai adat merisik yang kebiasaannya dimulakan oleh pihak lelaki meskipun dalam agama Islam, tiada
penetapan khusus mengenai hal tersebut. Oleh itu, kajian terperinci perlu dilaksanakan untuk mengenal pasti
konsep merisik dalam pernikahan mengikut agama Islam dan menjelaskan konsep merisik dalam pernikahan
mengikut adat Melayu untuk menganalisis persamaan dan perbezaan merisik dalam pernikahan dalam kedua-
dua sudut. Malah, kajian ini adalah signifikan untuk menambahkan kesedaran masyarakat mengenai norma
amalan merisik tanpa mengikut gender.

Panduan umum;
- Kajian literatur adalah penerangan berkenaan kajian-kajian yang serupa, atau hampir serupa dengan kajian yang calon ingin
laksanakan.
- Penjelasan mengenai kajian-kajian lampau ini merangkumi tajuk penyelidikan, tahap penyelidikan (projek, disertasi, tesis MA
atau Phd, Laporan Teknik dll.), tahun penyelidikan dibuat, teori-teori yang telah digunapakai oleh penyelidik dalam
laporan/tesis kajian tersebut dan lain-lain yang difikirkan berkaitan.
- Rumusan pada bahagian ini adalah penjelasan bagaimana kajian calon dapat mengisi, menambah baik atau mampu
menampilkan dapatan baru berbanding dengan kajian yang sedia ada.

B(5) Penyataan Masalah (4 markah):

Mengikut adat perkahwinan masyarakat Melayu, sebelum berkahwin pihak lelaki perlu menyediakan
sebentuk cincin merisik, melamar dan bertunang untuk diberikan kepada calon isteri sebagai tanda
perempuan itu telah dirisik, dilamar atau dipinang ( Karafi Salleh,2010 ). Amalan merisik ini
merupakan langkah pertama untuk menuju kearah gerbang perkahwinan dan merupakan satu adat
yang biasa dilakukan dalam masyarakat. Tidak kira apa anutan agama, masyarakat akan
meraikannya mengikut pegangan anutan dan kebudayaan yang didokong mereka. Hal ini dibuktikan
dengan kajian yang telah dilakukan oleh Van Gennep (1960).

Pada masa kini, masyarakat mula berfikiran terbuka dan berlapang dada mengenai adat merisik
yang kebiasaannya dimulakan oleh pihak lelaki meskipun dalam agama Islam, tiada penetapan
khusus mengenai hal tersebut. Disebabkan adat Melayu yang biasa diamalkan sejak dahulu,
golongan masyarakat yang ingin berkahwin akan terikat dengan pelbagai prosedur dan syarat yang
melambatkan dan menyusahkan prosedur sesuatu perkahwinan. Selain itu, jika seseorang wanita
yang tertarik dengan lelaki yang dirasakan calon yang sesuai untuk dijadikan suami namun
disebabkan dia hanya menunggu akhirnya lelaki tersebut terlepas ke tangan pihak lain. Padahal tiada
salahnya dalam Islam untuk wanita merisik pihak lelaki, tetapi dalam masyarakat Melayu kita
dianggap lari daripada adat dan budaya (Hilal Asyraf,2012). Jika kita telusuri sirah Rasulullah SAW
sendiri, baginda terlebih dahulu dilamar oleh isteri pertama baginda iaitu Ummul Mukminin Khadijah
RH (Sayfurrahman Mubarakfuri,1976). Namun, masih belum ada kajian terperinci mengenai amalan
merisik dalam pernikahan mengikut agama Islam dan adat Melayu. Oleh itu, kajian terperinci perlu
dilaksanakan untuk mengenal pasti konsep merisik dalam pernikahan mengikut agama Islam dan
menjelaskan konsep merisik dalam pernikahan mengikut adat Melayu.

Panduan Umum;
- Penyataan masalah adalah isu utama penyelidikan.
- Penjelasan tentang bahagian ini perlu kepada penelitian terhadap kandungan lit. review atau susunan teori atau kajian-kajian
lampau yang berkaitan dengan kajian yang ingin dikaji.
- Ia mampu menonjolkan sesuatu yang menarik untuk dikaji dan mempunyai nilai tambah ilmu.
- Penulisan pada bahagian ini perlu bersandarkan kepada susunan jjustifikasi-justifikasi yang tulen, berautoriti dan terpilih.

B(6) Objektif Kajian (2 markah):

Kajian ini dijalankan berdasarkan kepada tiga objektif iaitu :-

1. Mengenal pasti konsep merisik dalam pernikahan mengikut agama Islam.


2. Menjelaskan konsep merisik dalam pernikahan mengikut adat Melayu.
3. Menganalisis persamaan dan perbezaan merisik dalam perkahwinan mengikut agama Islam dan Adat
Melayu

Panduan Umum;
- Kesemua objektif wajib bersifat realistik dan dirangka berdasarkan tajuk, latar belakan, penyetaan masalah serta alat ukur
(metode) yang sesuai dengan kemampuan.
- Terma-terma yang sring digunapakai dalam penulisan objektif penyelidikan adalah seperti “Mengkaji, Mengenal pasti,
Menganalisis, Menguji, Membina Garis panduan/Modul/Model...
- Penulisan objektif seharusnya mengambil kira alat ukur yang jelas dan sesuai.

B(7) Persoalan Kajian (2 markah)

1. Apakah konsep merisik dalam pernikahan mengikut agama Islam ?

2. Bagaimanakah konsep merisik dalam pernikahan mengikut adat Melayu?

3. Apakah persamaan dan perbezaan merisik dalam perkahwinan mengikut agama Islam dan Adat
Melayu?

Panduan Umum;
- Persoalan kajian adalah persoalan-persoalan yang timbul kesan daripada permasalahan kajian yang wujud dan yang
dikeluarkan melalui objektif kajian.
- Persoalan-persoalan ini perlu dilihat dijawab dalam dapatan kajian bagi menandakan sesuatu kajian itu selesai atau tidak.
- Terma-terma lazim dalam penulisan persoalan kajian adalah seperti “Sejauhmanakah; Apakah...; Bagaimanakah….
B(8) Hipotesis Kajian (2 markah)
Kajian ini dibuat untuk mengenalpasti tugas merisik merupakan tugas lelaki dalam amalan
masyarakat Melayu manakala mengikut agama islam, tugas merisik merupakan tugas lelaki dan
perempuan

Panduan Umum;
- Hipotesis kajian adalah set andaian dan ramalan jawapan kepada persoalan kajian.
- Terma lazim seperti “Terdapat hubungan yang signifikan/tidak signifikan terhadap……..; Tahap rendah/sederhana/tinggi
pembolehubah berkaitan

B(9) Limitasi kajian (2 markah)

Kajian ini dilakukan terhadap kelompok masyarakat orang Islam Melayu di Malaysia.
Kes –kes yang dianalisis adalah sekitar 2015 hingga 2019.

Panduan Umum;
- Bahagian ini adalah penerangan tentang fokus dan limitasi kajian calon daripada semua aspek yang direncanakan.
- Penentuan fokus dan tumpuan ini akan memudahkan penyelidik dan penyelia meneliti bagi mengelak sebarang persoalan
yang mungkin timbl daripada pembaca/penerima manfaat.

B(10) Metode Kajian (4 markah)

Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang berbentuk analisis dokumen. Dokumen yang akan dianalisis adalah
berkaitan dengan amalan merisik dalam pernikahan daripada dua sudut iaitu agama Islam dan adat Melayu.
Analisis dokumen ini adalah berfokus untuk mengenal pasti konsep merisik dalam pernikahan mengikut agama
Islam dan adat Melayu, konsep merisik dalam pernikahan mengikut adat Melayu serta persamaan dan
perbezaan merisik dalam perkahwinan mengikut agama Islam dan Adat Melayu.
Justeru, data yang bersifat dokumen atau bahan bercetak atau tidak bercetak akan dikumpulkan menggunakan
metode kepustakaan. Di samping itu, jurnal, artikel atau bahan lain turut dirujuk untuk membina satu rangka
konsep mengenai amalan merisik dalam pernikahan menurut agama Islam dan adat Melayu. Kajian ini turut
menganalisis persamaan dan perbezaan amalan merisik daripada dua sudut menggunakan kaedah
dokumentasi.
Analisis secara sistematik dan tematik akan digunakan setelah data-data dikumpulkan. Malah, perbincangan
hanya dalam bentuk penjelasan dari sumber yang berautoriti.

Panduan Umum;
- Metode kajian perlu dibentuk selari dengan tajuk, latar belakang, penyataan masalah dan objektif penyelidikan.
- Penulisan bahagian ini adalah berkenaan rekabentuk kajian yang dicadangkan sama ada kuantitatif atau kualitatif atau kedua-
duanya; jenis kajian (cth. Kuantitatif-kajian tinjauan / Kualitataif-Analisis Kandungan); Instrumen kajian (cth. Soal selidik
merupakan instrumen lazim bagi kajian tinjauan dan protokol tembual adalah instrumen lazim bagi kajian kualitatif tembual)
- Penulisan bahagian ini juga perlu menjelaskan populasi, sampel dan persampelan bagi kajian kuantitatif dan jumlah informan
bagi kajian temubual.
- Proses kesahan kajian (validity dan reliability) dalam bahagian ini perlu digambarkan secara ringkas.
- Tatacara pengumpulan data dan tatacara penganalisisan kajian perlu dijelaskan.
- Penulisan metode ini perlu disertakan jsutifikasi dan sentiasa dikemaskini mengikut perkembangan penyelidikan calon.
B(11) Kepentingan Penyelidikan (1 markah):

Penyelidikan ini penting dilaksanakan supaya masyarakat dapat membezakan antara adat dan syariat. Hal ini
supaya adat merisik tidak menjadi satu beban kepada orang ramai dan seterusnya dapat memudahkan urusan
perkahwinan. Tanpa kajian ini dilaksanakan, masyarakat akan terus terikat dengan adat yang mana mereka
menyangka adat merisik adalah satu kewajipan yang perlu dilakukan sebelum berkahwin.
Selain itu, kajian ini juga penting dalam memberikan sumbangan khasnya dalam bentuk ilmu pengetahuan sosio-
budaya Melayu dan Islam. Kajian ini dapat menjelaskan tentang peranan adat dalam masyarakat Melayu Islam.
Dengan itu, kajian ini diharap dapat menyediakan ilmu tambahan berhubung dengan amalan merisik yang
diamalkan dalam masyarakat Melayu Islam pada zaman sekarang.
Kajian ini juga penting untuk menjelaskan tugas merisik dalam Islam tidaklah dikhususkan kepada pihak lelaki
sahaja seperti yang berlaku dalam adat Melayu zaman sekarang. Maka, kajian ini penting untuk membetulkan
pemahaman ataupun kebiasaan dalam masyarakat mengenai tugas sebenar dalam merisik.

Panduan Umum;
- Kepentingan penyelidikan adalah keterangan berkenaan sejauhmana kajian dan dapatan yang dilaksanakan calon ini
berupaya menambah nilai ilmu atau menyumbang sesuatu yang segar kepada agama, masyarakat, bangsa dan negara.

B(12) Definisi Operasi Penyelidikan (2 markah):

DEFINISI OPERASI
1. Merisik
Merisik adalah menyelidik sesuatu secara diam-diam (Dewan Bahasa dan Pustaka,2007).
Manakala menurut Syed Alwi Alhady (1962) merisik adalah meninjau bagi menggambarkan
kehidupan sosial antara lelaki dan perempuan yang ingin berkahwin ketika itu,

Oleh itu dalam kajian ini merisik bermaksud seorang lelaki atau perempuan mengunjungi
bakal pasangannya untuk bertanyakan status terkini pasangan tersebut samada sudah
dipinang atau sudah mempunyai pilihan yang lain.

2. Adat
(Kamus Dewan Edisi Keempat,2005) bermaksud peraturan yang sudah diamalkan turun
temurun sejak dahulukala di dalam sesuatu masyarakat sehingga merupakan hokum dan
peraturan yang harus ditepati.
(H.M Sidin,1964) berpendapat bahawa adat bermaksud satu kebiasaan daripada suatu
perbuatan yang diulang-ulang dan diterima oleh masyarakat sebagai satu peraturan hidup
yang mesti dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat.

Oleh itu dalam konteks kajian ini, adat bermaksud satu kebiasaan dan amalan masyarakat
yang diamalkan sejak zaman dahulu lagi sehingga zaman sekarang.

Panduan Umum:
- Definisi operasi penyelidikan adalah penjelasan tentang terma-terma yang digunakan dalam tajuk proposal kajian
- Bahagian ini penting bagi mengelak terma-terma yang boleh mendatangkan keraguan.
- Ada pelbagai cara yang boleh digunakan antaranya adalah dengan meujuk terma berkaitan dalam tulisan-tulisan tokoh yang
berautoriti dalam bidang yang dikaji.
- Senaraikan maksud terma dan pilih yang mana yang akan dan hendak digunakan dalam kajian anda.

B(13) Rujukan (2 markah):

1) Syed Alwi Al-Hady. 1962. Adat Resam dan Adat Istiadat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia.
2) H.M Sidin. 1964. Asal Usul Adat Resam Melayu. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara.
3) Karafi Salleh. 2010. Adat dan Pantun Perkahwinan Melayu Penyeri Impian Teruna dan Dara. Kuala
Lumpur: Tinta Publishers.
4) Van Gennep. 1960. The Rites of Passage. English.
5) Hilal Asyraf. 2012. Sebelum Aku Bernikah. Kuala Lumpur: PTS Millenia Sdn.Bhd.
6) Sayfurrahman Mubarakfuri. 1976. Ar-Raheeq Al-Makhtum. Pustaka Buku Putih.
7) Siti Zaleha Ibrahim, Dr. Phayilah Yama & Hasliza Talib. 2018. Hantaran Kahwin Dalam ‘Urf Perkahwinan
Melayu: Satu Kajian Dari Sudut Fiqh Kontemporari.
http://conference.kuis.edu.my/pasak3/images/eprosiding1/PASAK3_2128.pdf
8) Kogila A/P Sunder Raj & Muammar Ghaddafi Bin Hanafiah. 2018. Adat Bertunang: Satu Kajian
Perbandingan Antara Etnik Melayu Dengan Etnik India.
http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/164
9) Syh Noorul Madihah Binti Syed Husin. 2017. Gelagat Perbelanjaan Perkahwinan Masyarakat Melayu
Muslim Menurut Perspektif Syariah. http://studentsrepo.um.edu.my/7379/2/TESIS_PHD_MADIHAH.pdf
10) Norhuda Binti Salleh. 2017. Ritual dan Simbol dalam Adat Perkahwinan Masyarakat Melayu Sekinchan,
Selangor.
http://studentsrepo.um.edu.my/7862/6/RitualdanSimbolDalamAdatPerkahwinanMasyMelayuSekinchanS
elangor.pdf
11) Asmawati Suhid, Abd. Muhsin Ahmad, Fathiyah Mohd Fakhruddin & Noreha Che Abah. 2019. Aplikasi
‘Urf dalam Amalan Adat dan Budaya Saudara Baharu di Malaysia: Satu Tinjauan Awal.
http://www.ijhpl.com/PDF/IJHPL-2019-05-03-06.pdf

Panduan Umum;
- Kesemua bahan-bahan yang dirujuk dalam penulisan proposal perlu disenaraikan dengan jelas.
- Kesemua rujukan perlu ditulis mengikut Gaya UKM yang betul.
- Pelajar mampu membawa bahan-bahan berkenaan kepada pensyarah apabila dipinta berbuat demikian.

C. PERAKUAN PELAJAR

Saya dengan ini mengaku bahawa semua maklumat yang dikemukakan adalah benar.

Tarikh : 07 JUN 2020 Tandatangan Ketua Kumpulan : Auni


D. PERAKUAN PENSYARAH

Ulasan umum:

…………………………………………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………………………………..

Markah Keseluruhan: _______ / 60

Pensyarah Penilai:

Nama :

Tandatangan:

Tarikh:

You might also like